Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 31

BAB 31
Luqman termenung di meja kerjanya. Baru sahaja dia berura-ura untuk keluar makan bersama Hafni terpaksa di batalkan di saat akhir. Dia baru sahaja menerima pesanan ringkas dari papannya untuk makan tengah hari bersama. Kerja yang berada di atas meja tidak menarik minatnya.
Kesejukkan penghawa dingin tidak mampu mendamaikan hatinya yang resah. Ingin sahaja dia menghantar mesej kepada Hafni untuk berkongsi resah hatinya tetapi apa pula yang akan diberitahu sekiranya Hafni bertanya apa perkara yang membuatkan hatinya resah. Itu seperti menjerat lehernya sendiri. Hanya satu nama sahaja yang terlintas di benaknya. Fikri! Nombor telefon Fikri segera didail. Lama Luqman menanti di talian namun tidak berjawab. Cubaan kali keduanya berjaya. Fikri menjawab panggilan telefon Luqman.
‘Asal lambat jawab call?’ sergah Luqman tanpa salam.
‘Wa’alaikumsalam. Hai… Tak kan aku tak boleh nak pergi melepas Encik Luqman?’ sindir Fikri.
‘Maaf Fik. Assalamualaikum. Bukannya tak boleh. Bukan selalu kau bawa sekali ke handphone kau tu? Ni apa hal pulak kau tinggal kat bilik?’
‘Kau ni ada-ada je lah Luq. Aku nak cepat tadi. Ni apa kes kau telefon aku aku ni. Janganlah kata yang kau tengah ada masalah sekarang ni?’ tebak Fikri.
‘Tahu aje kau kan. Memang aku tengah ada masalah besar sekarang ni. Tak best cerita dalam telefon ni. Jap lagi aku datang bilik kau. ‘ Luqman terus mematikan talian.
Bergegas Luqman menuju ke bilik Fikri di tingkat dua. Fikri melemparkan senyuman kepada Luqman yang telah masuk ke biliknya. ‘Apa masalahnya kali ni pulak Luq?’
‘Pasal siapa lagi Fik, kalau bukan Liyana. Dia dah separuh meroyan tadi nak balik semula dekat aku. Kebetulan, masa pengawal bawa Liyana keluar dari bilik aku, papa aku terserempak dengan Liyana. Mahu tak mahu, aku kena warta berita dengan papa aku pagi tadi.’
‘Luq…Luq….Luq. Kau tak cari masalah, masalah cari kau. Dah tu, kau kata apa  kat Dato’?’
‘Aku cerita benda yang betullah. Nasib baik papa aku boleh terima. Cuma dia minta aku selesaikan perkara ni secepat mungkin. Yang meresahkan aku sekarang ni, papa aku minta aku temankan dia lunch hari ni. Masak aku kalau tetiba papa aku tanya pasal Liyana.’ terpancar riak risau di wajah Luqman.
‘Alamak bro! Bukan kau digelar macho man ke? Tak kan setakat papa kau dah gerun. Selama ni aku tengok kau berlagak macho dan cool je masa layan wanita-wanita yang nak berdamping dengan kau. Papa kau tu bukannya nak makan kau pun.’ sekali lagi Fikri perli Luqman.
‘Tu wanita yang setakat nak kejar aku. Bolehlah aku berlagak macho depan dia orang. Ni papa aku. Aku respect dia bukan sahaja sebagai papa aku tetapi sebagai pencetus kejayaan aku.Sedikit sebanyak semua dari tu usaha dia.’
‘Kalau macam tu baguslah. Kau je yang buat andaian melulu. Entah-entah papa kau nak bincang pasal kerja ke? Mana kau tahu. Sabarlah bro. Jangan cepat melatah.’ nasihat Fikri yang mula mengemas mejanya.
‘Yang kau mengemas ni nak ke mana pulak? Aku belum habis berborak lagi.’ Luqman kehairanan.
‘Hello kawan! Cuba tengok jam mahal kau tu sekarang pukul berapa? Dah lunch time. Aku ada date dengan buah hati aku. Kalau aku layan kau, alamatnya yang kat sana tu muncung panjang sedepa. Siapa yang kena pujuk? Aku jugak.’
Luqman mencebik bibirnya. ‘Owh !!! Bila tunang kau tak da, pandai kau cari aku kan. Tu lah kawan!!!’
‘Sudah-sudah Luq. Kau tak payah nak berlakon depan aku. Bukan kau kata tadi yang kau kena lunch dengan papa kau ke? Kau nak suruh papa kau jemput kau kat bilik aku ker?’
Luqman menepuk dahinya. Macam mana dia boleh terlupa. Tanpa sebarang kata, Luqman meninggalkan Fikri sendirian di dalam bilik.
‘Good luck bro.’ teriak Fikri.
Luqman yang tidak sempat berkata apa-apa hanya mengangkat menunjukkan isyarat okay.
Setiba di lobi Lutfi Holdings, Dato’ Lutfi telah sedia menunggunya di dalam kereta. Kelihatan Malik juga turut serta. Luqman segera memboloskan diri ke dalam perut kereta. Malik sempat menyapa Luqman. Walaupun lima tahun beza umur mereka, Luqman membahasakan Malik sebagai abang Malik. Mereka akrab memandangkan Luqman tiada adik beradik lelaki.
Dato’ Lutfi memilih untuk makan tengah hari di Bangi. Kebetulan, Dato’ Lutfi akan melawat tapak projek usahasama Haslam Holdings dan Lutfi Holdings selepas makan. Sementara menunggu hidangan yang dipesan, Dato’ Lutfi tiba-tiba bersuara.’Tok wan kamu ada telefon papa pagi tadi. Katanya, bila kamu nak perkenalkan isteri kamu dekat saudara mara. Kebetulan pak ngah kamu nak buat kenduri doa selamat untuk Imran yang akan melanjutkan pelajaran di Arab Saudi dan kenduri cukur jambul anak Irzrin.’
Mendengar kata-kata papanya, hati Luqman lega. Risau juga jika papanya tiba-tiba bertanya mengenai Liyana. ‘Luq tak da masalah pa. Cuma Hafni je lah pa. Berapa lama papa bagi Luq cuti?’
‘Papa ingat mungkin seminggu kot. Mama kamu tu dah tak sabar nak balik kampong.’
‘Eh! Mama dan papa pergi jugak ke?’
‘Dah tu? Kamu ingat kamu seorang je yang nak bercuti. Papa ingat nak cuti lama sikit. Dah lama papa tak balik kampong. Alang-alang pak ngah kamu nak buat kenduri, papa ingat nak tumpang sekali untuk kenduri adik kamu yang bakal ada orang baru tak lama lagi.’
‘Jap…Jap papa. Adik nak ada orang baru? Luq tak faham.’ Luqman blur tiba-tiba.
‘Apalah kamu ni Luq. Pasal adik kamu seorang tu pun kamu tak ambil berat. Hafni isteri kamu tu pun tahu yang adik kamu tu mengandung. Dah empat bulan, Luqman.’ mengucap panjang Dato’ Lutfi apabila Luqman tidak mengetahui Rose sedang mengandung.
‘Bukan Luq tak ambil berat pa. Kebelakangan ni Luq pun jarang jumpa dia. Mana sibuk nak urus projek, nak pikat isteri Luq.’ Luqman membela dirinya.
Malas Dato Lutfi hendak melayan kerenah anaknya. Ada sahaja alasannya. Sesi perbualan anak beranak berhenti seketika apabila makanan yang dipesan telah sampai. Masing-masing menikmati hidangan tanpa memikirkan perkara lain.
Hafni terkejut menerima pesanan ringkas dari Luqman menyuruhnya untuk membuat permohonan cuti selama seminggu. Kata Luqman, pak ngahnya akan mengadakan kenduri doa selamat untuk sepupunya, Imran yang akan keluar negara dan kenduri cukur jambul anak kak Irzrin. Pada masa yang sama, papa dan mama ingin menumpang untuk membuat kenduri Rose yang telah mengandung empat bulan. Borang permohonan cuti segera diisinya dan meminta Irah menghantarnya kepada Idham. Rasa meluat untuk menghadap Idham yang seakan tidak faham dengan amaran yang telah diberikan olehnya sebelum ini.
Hafni pulang lebih awal setelah menyiapkan semua kerja yang memerlukan tindakan segera mengenangkan dia akan mengambil cuti yang agak panjang. Hatinya lega Idham tidak menghubunginya bertanyakan permohonan cutinya. Hafni merebahkan diri di atas katil. Disebabkan keletihan, Hafni terlelap sehinggakan tidak sedar kepulangan Luqman. Puas mencari kelibat isterinya di tingkat bawah, Luqman menapak naik ke tingkat atas. Kelihatan Hafni sedang lena di atas katil.
Butang baju Hafni yang terbuka sedikit di bahagian atas dada menggoncangkan iman lelaki Luqman. Luqman sedaya upaya membuang jauh gejolak nafsunya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menerkam Hafni. Tiba-tiba rasa simpatinya datang bertandang melihat isterinya tidur dengan lena.
Kerana kepenatan, Luqman turut menyertai Hafni berehat sebentar. Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus. Luqman selamat belayar. Hafni yang tidak sedar Luqman berada di sisinya, berkalih menghadap Luqman. Akibat jarak yang terlalu dekat, Luqman dapat mengidu bau minyak wangi yang dipakai Hafni. Dalam tidak sedar, mereka sekali lagi terbabas. Dalam bayangan Luqman, dia berfikir yang dia sedang bermimpi.
Suara azan yang sayup-sayup kedengaran, menyedarkan Luqman dari lenanya. Melihat baju yang bersepah, ligat otaknya mengingat kembali apa yang telah terjadi. Luqman mengucap panjang. Dia sangka dia hanya bermimpi. Namun sebaliknya.
Sekira diketahui oleh Hafni, mahu seminggu Hafni membebel di telinganya. Luqman termenung sendirian. Hafni yang berada disisinya dikerling sekilas. Rasa kesal datang bertandang namun di bibirnya terukir senyuman. Menyedari Hafni telah terjaga, Luqman membuat muka tidak bersalah.
Melihat keadaan dirinya yang tidak sempurna, Hafni mengerling Luqman disebelahnya. Hafni meminta penjelasan dari suaminya.
Sorry sayang…. Abang ingatkan abang bermimpi tadi. Rupa-rupanya…..’
Hafni mengetap bibir. ‘Mimpi abang kata!’
‘’Iyalah!!! Yang sayang pergi pakai minyak wangi tu kenapa? Kan abang dah tergoda. Sayang pun tak menolak.’ giat Luqman.
Hafni hilang kata-kata. Malas hendak bertengkar dengan suaminya. Hafni mencapai kemeja kerja yang dipakai Luqman lalu disarungkan ke badan. Baru sahaja Hafni hendak turun dari  katil, Luqman terlebih dahulu memaut tubuh isterinya.
‘Sayang marah kata bang ker?’
Hafni senyap.
‘Sayang abang ni merajuk ye. Nak suruh abang pujuklah tu.’
Hafnii masih tidak bersuara.
‘Hmmmmm… Betul sayang abang ni merajuk? Abang tahu macam mana nak pujuk.’
Cup….. Satu ciuman singgah di pipi Hafni. Hafni masih tidak bereaksi. Luqman juga belum mahu mengalah. Kali ini bibir Hafni menjadi mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, terkeluar bunga silat Hafni. Nasib baik tidak mengenai Luqman. Luqman mengurut dadanya yang terkejut dengan tindakan spontan Hafni.
‘Nasib baik tak kena. Kalau tak, tak pasal-pasal lebam pipi abang tu.’ ucap Hafni.
‘Laju saja tangan sayang abang ni. Hai lah nasib badan. Nak buat macam mana.’ keluh Luqman.
Luqman dan Hafni bersantai di ruang rehat sambil menonton tv. Cerita yang disiar lebih menarik minat Hafni berbanding suami yang berada di sebelahnya. Masa kan tidak, drama Korea ‘My Princess’ sedang ditayangkan. Luqman menghirup air nescafe di dalam cawannya.
‘Syok sangat sayang tengok drama Korea tu. Abang kat sebelah ni sayang tak hiraukan langsung.’ omel Luqman.
‘Af tak pernah miss tengok drama ni bang. Bukan lama pun. Sejam je Af tak hiraukan abang. Lepas tu giliran abang pulak. Yang paling penting, hero drama ni hensem.’
‘Hmmmm…. Kalau sayang mengandung, alamatnya terkenanlah muka hero drama Korea tu. Habis abang ni tak handsome la?’ luah Luqman yang kedengaran tengah merajuk.
Handsome. Siapa kata tak handsome. Cuma hero drama ni handsome sikit je dari abang.’
Luqman yang baru hendak tersenyum terus terbantut senyumannya. Malas hendak menggangu isterinya yang sedang menonton drama, Luqman mencapai iPadnya yang terletak di atas meja. Baik dia melayari internet. Mana tahu kalau-kalau ada cerita yang menarik.
Tiada apa yang dapat menarik minat Luqman melainkan isu-isu semasa. Semuanya berkisar gosip-gosip panas artis Malaysia mahupun luar Negara. Tawa isterinya lebih menarik minat Luqman. Ipadnya dicampak ke tepi sofa. Posisi kedudukannya ditukar menghadap Hafni. Ralit Luqman memandang wajah Hafni.
Sedar dirinya dijadikan bahan tontonan, Hafni menoleh ke kanan. ‘Kenapa abang pandang Af macam tu?’
‘I was curious. Did you hiding something from me sayang?’ tiba-tiba Luqman mengajukan soalan.
‘Hidding something? Maksud abang?’ pening kepala Hafni dibuatnya.
‘Boleh tak terangkan betul-betul. Af tak faham la bang.’
‘Pasal Rose. Kenapa sayang tahu yang Rose mengandung sedangkan abang tak tahu apa-apa. Nasib baik papa yang beritahu.’ rungut Luqman.
Hafni mengekek ketawa. ‘La pasal tu je ke? Sebenarnya Af dapat tahu pun dari umi. Bila Af dapat tahu je, terus Af call Rose. Memang sah Rose berbadan dua. Dia tak sempat nak beritahu dekat Af sebab di mabuk teruk. Teruk jugak mabuk dia. Ingat senang entah nak mengandung.’
Mendengar perkataan mabuk, Luqman teringat ketika dia mencuri dengar perbualan isterinya dengan seseorang. Mungkinkah orang yang bercakap dengan isterinya adalah Rose. ‘Tempohari yang sayang berborak pasal mabuk dalam telefon dekat rumah umi tu, sayang berbual dengan Rose la?’
Bulat mata Hafni. dia tidak menyangka Luqman mencuri dengar perbualannya dengan Rose. ‘Owh!!! Abang curi dengar perbualan Af ye!!’
‘Pembetulan. Terdengar okay. Yang abang dengar sayang kata pasal makan ubat  untuk hilangkan mabuk. Abang tak tahu pulak sayang ada kawan yang mabuk.’ Berhati-hati Luqman menutur kata-katanya.
‘Dijauhkanlah hendaknya. Selama ni abang ingatkan Af ada kawan yang macam tu la. Kenapa abang tak tanya Af masa abang dengar perbualan Af tempohari.’soal Hafni.
‘Abang takut kalau abang tanya nanti, takut keruhkan hubungan kita. So abang tunggulah masa yang sesuai.’
‘Kira ni masa yang sesuailah Encik Luqman Haqeem. Perbualan yang abang dengar tu sebenarnya perbualan antara Af dengan Rose. Mabuk sebab pembawa budak. Bukan mabuk sebab minum air haram seperti yang abang fikir tu.’ terang Hafni.
Hafni telah mengangkat punggung. ‘Sayang abang ni nak ke mana pulak? Kejap lagi ada movie.’

‘Af nak naik atas. Barang kita tak kemas lagi. Abang kata esok kita dah nak gerak. Jangan tidur lambat. Esok abang kena drive jauh.’ 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22