Abangku Suamiku Bab 9

BAB 9
Bunyi alarm yang aku set di telefon bimbitku berlagu kuat. Kacau daun betullah alarm aku ni. Aku baru je mimpikan prince charming aku. Tanganku mencapai telefon yang berada di atas meja kecil di tepi katil. Hanya dengan sekali kilas aku memandang waktu. Pukul tujuh pagi. Masih awal lagi desisku. Bantal kecil berwarna merah ku tarik menutup mukaku.
‘Pukul tujuh pagi!’ terjerit aku dibuatnya. Mana tidaknya, aku ada kelas lapan setengah pagi. Masalah paling besar sekarang, aku kat tengah bandaraya. Pukul berapa nak sampai kat kampus? Parah! Terkocoh-kocoh aku turun dari katil. Misi pertamaku, aku perlu kejutkan Tipah. Lepas tu baru mandi. Punyalah sedap si Tipah tidur sampai tak ingat kuliah.
‘Woi makcik Tipah! Bangun cepat!’kejutku siap dengan menggegarkan tubuh Tipah.
Ingatkan sekali kejut terus bangun. Silap! Bukan saja mengeliat, siap tarik comforter tutup muka. Ewah! Ewah! Ewah! Dia ingat hari ni hari minggu. Boleh tidur sampai tengahari.
‘Amylia Azhar bangun! Kita dah lewat! Kau nak dengar Prof Zubir memekak kat telinga kau ke?’tempikku geram.
Petik je nama Prof Zubir tahu pulak nak bangun. Dah macam kartun aku tengok Tipah. ‘Asal kau kejut aku lambat? Kau kan tahu Prof Zubir tu alergik tengok kita berdua lambat.’ rungut Tipah.
‘Ni cakap tak sayang mulut ker? Main aci redah je salahkan aku. Aku pun kesiangan gak. Dah! Tak payah nak berleter, siap cepat!’
Belum pun sempat aku dan Tipah duduk di tempat biasa, muncul Prof Zubir dari sebalik pintu dewan. Aku menghela nafas lega. Tipah pun begtu juga. Nyaris-nyaris terlambat masuk kelas Prof Zubir. Daring jugalah jelingan Prof Zubir kepada aku berdua. Aku dan Tipah buat-buat tak nampak je. Prof Zubir mula memberi perhatian kepada aku dan Tipah sejak kes kami terlewat masuk kelasnya, gara-gara red wagenku buat hal. Bermula hari tu lah aku dan Tipah menjadi pelajar kesayangan ‘in bracket okay’ Prof Zubir.
Rasa nak pecah kepala ni bila memikirkan assignment yang diberikan oleh Prof Zubir. Kalau kerja berkumpulan okay lagi. Ini tak, kerja individu. Mahu haru biru.
‘Habislah aku. Alamatnya kantoi aku sem ni.’ Tipah merapu entah apa ntah.
‘Kau ni drama queen lah Tipah. Kantoilah sangat. Kau ni sebenarnya dah salah course. Patutnya kau ambil course seni persembahan.’
‘Hello! Puan Hana Qusandria. Bukan course seni persembahan tapi kosmetik.’ Tipah melawak.
            Tak pasal-pasal berderai tawaku dan Tipah. Nasib baik Prof Zubir dan pelajar-pelajar lain telah meninggalkan dewan kuliah. Tinggal aku dan Tipah sahaja serta beberapa classmate yang sedang berbincang mengenai assignment yang baru diberikan oleh Prof Zubir.
            ‘Hai princess. Senang hati nampak. Tak nak kongsi dengan aku ke?’ suara yang tidak ingin ku dengari muncul entah dari mana.
‘Nothing! Women matter’s’ jawab Tipah bagi pihakku. Aku segera beredar meninggalkan dewan kuliah tetapi sempat dihalang oleh Ikmal.
‘Tunggu Hana! Aku nak cakap dengan kau sekejap.’ keras suara Ikmal.
Aku mengeluh panjang. Tipah yang ingin meninggalkan aku berdua dengan Ikmal sempat aku menyuruhnya menemaniku. Sekurang-kurangnya aku ada teman sekiranya Ikmal cuba membuat sesuatu denganku.
‘Kau nak apa lagi Ikmal?’ naik letih aku menyoal soalan yang sama kepada Ikmal.
‘Kau tahu kan, aku dah lama suka kat kau. Kenapa kau tak pernah bagi peluang kat aku?’
Rimas aku mendengar kata-kata Ikmal. Rasanya dah seribu kali aku memberitahunya yang aku tak boleh mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki. Susah sangat ke nak faham? ‘Aku rasa dah berbuih mulut aku beritahu kau. Tak kan kau tak faham Ikmal?’
‘Apa maksud kau yang kau tak boleh ada hubungan dengan lelaki lain?’soal Ikmal.
‘Maksud Hana, dia dah jadi milik orang. Clear!’ Tipah menyampuk.
‘Kau sengaja cipta alasan. Kalau betul, mana buktinya?’ Ikmal masih tidak berputus asa.
‘Kau nak sangat bukti ek? Tunggu sekejap.’ tutur Tipah. Tipah menyelok beg mencari sesuatu. Aku yang berada di sisi Tipah turut tertunggu bukti yang hendak ditunjukkan.
‘Nah! Ini buktinya.’ Tipah menunjukkan sesuatu di telefonnya kepada Ikmal. Aku cuba mencuri lihat apa yang ditunjukkan oleh Tipah kepada Ikmal tapi tak berjaya. Lama Ikmal melihat sesuatu di dalam telefon Tipah.
Berubah wajah Ikmal. Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. ‘Asal pulak kau yang ada gambar ni Tipah? Bukannya Hana?’
Aku pulak yang terkedu. Ahah! Asal pulak Tipah ada gambar aku dengan seseorang bukan sepatutnya aku yang ada ke? Boleh mereng kepala aku macam ni.
‘Kau nak tunggu Hana tunjuk kat kau Ikmal? Jangan haraplah. Ini pun aku curi ambil masa dia tak sedar.’
Pucat lesi wajah Ikmal. Dia seperti tidak percaya. Dusta semua ni jerit Ikmal di dalam hati.
‘Aku tak percaya. Dan aku tak kan percaya semuanya. Kau kena ingat Hana, kau hanya milik aku seorang sahaja!’ bentak Ikmal lalu meninggalkan aku dan Tipah terkulat-kulat dengan bait-bait amaran Ikmal.
Aku memandang wajah Tipah inginkan penjelasan. Cuak aku mendengar amaran terakhir Ikmal. Dia ingat aku ni apa? Barang? Suka-suka hati kata aku ni hak milik dia. Entah bila masa mama dan papa terima pinangan dia.
‘Gambar apa yang kau tunjuk kat Ikmal sampai angin satu badan? Tunjuk kat aku sekarang.’ soalku geram.
Tipah tersengih sumbing. Lamabt dia menghulur telefonnya kepadaku. Buntang biji mataku meilhat gambarku sedang didukung abang Rizz semasa aku jatuh kuda tempohari. Sempat lagi masa aku cedera tu dia boleh amik gambar.
‘Explanation please?’
‘Janganlah marah Hana. Masa abang Rizz datang meluru kat kau, aku tengok dia cemas gila. He looked he will regret if anything happened to you. So I tooked a picture for memory.’ jelas Tipah dengan muka double jerk.
‘So I tooked the picture!’ ulangku semula dengan gayanya sekali.
‘So sweet ayat kau Tipah. Sekarang ni masalah tak selesai tapi lagi bermasalah. Ingatkan Ikmal akan berputus asa tapi sebaliknya. Apa kita nak buat sekarang ni?’
‘Cool babe! Kau nak takut apa. Kalau Ikmal buat apa-apa kat kau, abang Rizz kau kan ada. Kau report lah kat dia. Habis citer.’
‘Kalau habis citer. Kalau citer tu jadi drama pulak macam mana?’ tungkasku.
Comfirm menang anugerah skrin.’
‘Amylia Azhar binti Dato’ Amzar Ahmad.’ Jeritku geram.
Menikus Tipah mendengar jeritan batinku. Sekejap je minah tu menghilang dari pandanganku. Mana nak lari Tipah. Nanti jumpa jugak dalam kelas. Aku menapak ke bilik pensyarah untuk menghantar tugasan yang telah siap.
Tiba di dewan kuliah, kelibat Tipah ku cari. Tiada. Mungkin dia akan tiba sekejap lagi. Aku mengambil tempat duduk biasaku. Dewan kuliah mula dipenuhi dengan pelajar lain. Namun Tipah tak muncul jua. Nombor Tipah ku dail. Sekejap sahaja panggilan ku berjawab.
‘Where are you? Kelas dah nak mula ni?’ kau yang kerisauan.
‘Jap. Aku kat tepi dewan ni.’ Jawab Tipah terus mematikan talian.
Belum pun sempat aku menyimpan telefonku, aku terasa ada seseorang duduk disebelahku. Minyak wangi yang dipakainya cukup untuk aku tahu siapa orangnya. ‘Hah! Baru sampai!’ ujarku terus menoleh ke kiri.
Gulp! Bila masa pulak Tipah bertukar jadi macho man. Aku gosok mataku berulang kali. Mana tahu kala-kalau apa yang aku lihat tadi cuma khayalan. Sahih! Bukan cubaan tapi betul-betul Rizzman Adha a.k.a suami aku.
Sorry Hana. Aku terserempak dengan abang Rizz tadi. Dia suruh aku tunjuk dewan kuliah kita. Aku tak sangka yang dia boleh masuk dan duduk sebelah kau.’ bisik Tipah yang duduk di sebeleah kananku.
‘Buat macam tak ada apa-apa berlaku. Habislah aku lepas ni kena masak kaw-kaw dengan abang Rizz.’ bisikku di telinga Tipah.
Apa yang disampaikan oleh pensyarah tidak masuk langsung di dalam otakku. Otakku ligat memikirkan cara untuk meloloskan diri dari abang Rizz. Boleh pulak tak ada yang perasan kehadiran abang Rizz di dalam dewan.
‘Don’t’ you ever think that you can run away from me starting today.’ giliran abang Rizz berbisik di telingaku.
Tamat sudah kelas aku begitu juga tamat jua kehidupan bebasku. Habislah hidup aku. Semua teman sekuliahku tela meninggalkan dewan kuliah. Tinggal aku, Tipah dan abang Rizz. Sengaja aku lambat mengemas barang-barangku. Tipah disebelah hanya menurut sahaja tindakanku. Yang abang Rizz ni pun satu, boleh pulak jadi patung cendana kat sebelah.
‘Are you done?’ pendek soalan abang Rizz.
‘Hah!’ terkejut aku dengan soalan abang Rizz.
‘Are you done Hana Qusandria?’ sedikit tinggi nada suara abang Rizz.
Aku hanya mengangguk. Takut kalau-kalau singa lapar menerkam aku. Tak sempat aku nak tinggalkan wasiat. Sempat lagi aku buat lawak untuk ceriakan hati sendiri.
‘Tunggu apa lagi? Nak kena berdukung ke?’
Berdukung? Dijauhkan sama sekali. Mahu huru hara kampus ni dengan cerita Hana Qusandria didukung oleh lelaki. Baik aku ikutkan sahaja kehendak abang Rizz. Aku dan Tipah jalan beriringan manakala abang Rizz mengekori dari belakang. Harap-haraplah tak ada yang nampak. Mahu berbuih mulut ni nak menjawab. Setiba di kawasan parkir kereta, sempat aku menyuruh Tipah membawa balik red wagen aku. Aku baru berkira-kira nak meloloskan diri, abang Rizz terlebih dahulu bersuara ‘Don’t you ever….’
Aku mengetap bibir. Tahu-tahu je apa yang sedang aku fikirkan. Dengan wajah yang mencuka, aku menapak ke kereta abang Rizz yang mana pintu sebelah penumpang telah sedia terbuka. Dengan rasa terpaksa rela, aku selamat berada di dalam perut kereta abang Rizz. Abang Rizz tak membebel pun dah cukup baik. Kalau tak, mahu cair tahi telinga aku.
Hamper empat puluh lima minit perjalanan, kami sampai di Villa Anggerik. Aku terus menonong keluar dari perut kereta abang Rizz. Rasa nak hanggus badan aku duduk bersebelahan abang Rizz. Aura marahnya dapat ku rasakan. Sepasang kasut tumit tinggi yang tidak pernah ku lihat tersadai di hadapan pintu. Siapa pulak yang datang desisku sendirian.
Belum pun sempat memberi salam, terpacul seorang wanita yang amat aku kenali. Baju yang dipakainya, masya Allah. Dah serupa balut nagka. Dialah satu-satunya wanita yang berani keluar masuk Villa Anggerik.
‘Lambatnya abang Rizz balik. Penat Zara tunggu abang Rizz.’ tutur Zara dengan sengaja melanggar aku yang berada di muka pintu. Macamlah aku heran sangat. Ni spesis adik sotong kurita. Badan tu dah macam tak da tulang. Telentok-lentok bagai. Goli den kata orang nismilan.
‘Lepaslah. Tak tahu malu ke pegang orang.’ marah abang Rizz tahap dewa.
Padan muka. Siapa suruh usik orang yang tengah membuak-buak marahnya. Tak pasal-pasal kena tempik. Kuang, kuang, kuang.
‘Tak payah nak tersengih-sengih kat depan pintu. We’re not done yet. Go to up stair right now!’ terus je abang Rizz menarik tangan aku mengikutnya naik ke tingkat atas.
Melopong mulut Zara bila tengok abang Rizz tangan aku naik ke tingkat atas. Sebab tak puas hati, Zara siap tarik pegangan tangan abang Rizz. ‘Tak kan dengan budak tak de mak bapak ni abang Rizz berkenan?’
‘Siapa kata budak ni tak da mak bapak? Mama dengan papa tu bukan mak bapak dia? And one more thing, if she doesn’t have mak bapak, she have me as her busband. Stastified?’ abang Rizz.
Walaupun aku sentap dengan kata-kata Zara tapi marahku tidak ke mana bila aku dengar kenyataan abang Rizz. Suka memang suka. Masalahnya rahsia dah pecah. Haru aku macam ni.
‘What are you waiting? Go up stair now!’ naik satu oktaf suara abang Rizz.
Macam lipas kudung aku mendaki anak tangga. Tinggal abang Rizz dan Zara di tingkat bawah. Mama yang berada di ruang tamu hanya menjadi pemerhati apa yang berlaku.
‘What do you meant by husband to her? Tell me abang Rizz.’ Zara separuh meroyan.
‘Do you want me to speak in what language so that you can understand what have I told you Zara Arlyssa?’
Aku yang skodeng dari tingkat atas dapat melihat drama air mata oleh pelakon bernama Zara Arlyssa. Mama sedari tadi yang hanya duduk menjadi pemerhati bangun dari tempat duduknya menuju ke arah Zara dan abang Rizz.
‘Tell me aunty. Apa maksud abang Rizz that he is husband to Hana?’ rengek Zara.
‘Bawa mengucap Zara. Abang Rizz suami Hana.’ Habis je penerangan mama, Zara dah separuh meroyan dengan melolong dah macam puntianak jibam, jibam. Nasib baik mama tak kena heart attack. Tak pasal-pasal mama kena jadi penyelamat sepupu aku yang satu. Tengah aku sedap-sedap duk ketawakan Zara, boleh aku tak perasan dengan abang Rizz dah sampai kat tingkat atas.
‘Seronok nampak!’
Opps! Terkantoila pulak. ‘Mana ada seronok. Biasa je.’
Aku yang sedap-sedap landing kat atas lantai, tiba-tiba abang Rizz menarik tangan ku mengikutnya masuk ke bilik. Tak boleh cakap baik-baik ntah. Suka sangat main tarik-tarik. Nasib baik tangan aku tak tercabut. Kalau tercabut, tak pasal-pasal kena pakai tangan palsu.
‘Sakitlah. Kalau tercabut tangan ni macam mana?’ tegurku tidak berpuashati.
‘Owh! Tahu sakit. Kalau buat hati orang lain sakit tak apa. Elok jugak tangan tu tercabut. Lagi elok dengan kaki-kaki sekali tercabut. Tak da lah pandai nak lari.’ Pedas kata-kata abang Rizz.
‘Asal tak rantai je Hana ni! Baru puas hati abang Rizz kan.’
‘Menjawab!’
‘Bermula esok, I will send you to class and I will pick up you after class. If you try to do something. Don’t regret what will I do to you.
‘This unfair. Sekurang-kurangnya bagilah Hana kebebasan masa Hana belajar. Siapa abang Rizz nak aturkan hidup Hana.’
‘I’m your husband!’
‘Hana tak ada suami. Abang Rizz bukan suami Hana.’ Aku pulak yang dah separuh meroyan. Habis dada bidang abang Rizz ku pukul bertalu-talu.
Pukulan aku tak memberi apa kesan pun pada abang Rizz. Tanganku yang sakit ada lah. Lama jugaklah aku berkelakuan sedemikian sehinggalah abang Rizz memelukku. ‘Shhh! Bawa mengucap Hana Qusandria.’ Penuh romantik bisikan abang Rizz di telingaku. Termakan jugaklah aku dengan pujukkannya.
‘Kalau Hana tak mengiyakan hubungan ni, kenapa Hana pakai cincin kahwin tu?’
Berderau darahku. Macam mana abang Rizz boleh perasan cincin di jari manisku. ‘Hana….’
‘Shhh! Idon’t need your explanation.’ sampuk abang Rizz. Pelukkan abang Rizz bertambah erat dan seeratnya. Aku mula merasakan satu perasaan yang aneh tiba-tiba menjengah.

Tanpa aku sedari, aku telah berada di atas katil bersama abang Rizz. Aku masih berada dalam pelukkan abang Rizz. Pandangan kami bertaut. Ada getaran halus di dada. Bersediakah aku untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang isteri? Pandanganku masih tertancap pada pandangan mata abang Rizz. Satu ciuman singgah di ubun-ubunku. Diikuti dengan pipi kiri dan kananku. Kemudian ciuman itu singgah di bibirku. Aku terkesima. Kali ini ciuman abang Rizz mendarat ke leher jinjangku. Telingaku sempat mendengar abang Rizz membaca sesuatu sebelum aku sah menjadi miliknya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22