Abangku Suamiku Bab 8

BAB 8
‘Hai abang Rizz!’ tegur empunya suara.
‘Wa’alaikumsalam. Kau nak apa?’
‘Eeeeeyew. Tak romantik langsunglah abang Rizz ni. Boleh pulak ber ‘kau’ ‘aku’ dengan Zara. Panggilah Zara. Kalau nak manja lagi panggillah sayang.’
Meluat Rizzman mendengar kata-kata Zara. Kecik, besar, kecik, besar Rizzman melihat Zara. Sementara aku yang ada dalam kat dalam bilik ni dah cacing kepanasan. Apalah yang dibisikkan oleh mak Jah pada abang Rizz. Makin lama aku duduk terperap dalam bilik makin macam-macam yang aku fikirkan. Cara terbaik , aku perlu meninjau siapa yang datang.
Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di anak tangga terakhir, aku amat mengenali suara wanita yang sedang merengek di ruang tamu. Untuk memastikan telahanku benar, perlahan-lahan aku meninjau ke arah ruang tamu mama. Sahih! Zara Arlysa musuh ketatku. Aku duduk di anak tangga mencuri dengar perbualan musuh ketatku dan musuh suam-suam kukuku kalau bukan abang Rizz.
‘Abang Rizz ni kenapa? Macam tak suka je Zara datang sini?’ cair tahi telinga aku mendengar suara gedik sepupuku yang satu ni.
‘Tak da sesiapa pun suruh Zara datang sini. Mengganggu ketenteraman lagi ada lah.’ jawab abang Rizz tak berperasaan. Kalau aku kat tempat Zara, dah tebal berinci-inci muka aku. Muka tak tahu malu langsung. Pipi tersorong-sorong. Eh! Betul ke peribahasa aku? Ah! Lantaklah. Yang penting aku faham.
‘Memang tak da sesiapa pun yang ajak tapi Zara yang nak datang. Zara tahu, abang Rizz pun suka Zara datangkan.’
‘Perasaanmu je Zara!’ serentak aku dan abang Rizz menjawab. Nasib baik tak kuat aku menjawab. Kalau tak, naya je aku dituduh mencuri dengar perbualan mereka.
Aku terkejut mak Jah yang sedang menatang dulang melihatku duduk di tangga. Segera jari telunjuk ku letak dibibirku memberi isyarat kepada mak Jah agar tidak bersuara. Nasib baik mak Jah mahu bersengkongkol denganku. Dengan wajah bersahaja, mak Jah menuju ke ruang tamu membawa air minuman untuk tetamu tak diundang.
‘Lambat betullah mak Jah ni buat kerja. Dah naik kering tekak Zara berbual dengan abang Rizz.’ rungut Zara a.k.a musuh ketatku. Pedih telinga aku mendengar dia memarahi mak Jah. Melampau betul perempuan ni. Aku yang dah lama duduk dengan mak Jah pun tak pernah marahkan mak Jah. Yang abang Rizz ni pun satu. Buat apa lah dilayan budak tak cukup akal tu. Suruh je lah balik.
‘Lega tekak Zara dapat minum. Abang Rizz tak nak minum?’ kemain Zara bercakap dengan suara yang menggoda. Nak muntah aku dengar.
‘Dah minum kan. Dipersilakan balik.’ Serius suara abang Rizz. Rasa nak meloncat-loncat aku dengar abang Rizz menghalau perempuan gedik tu.
‘Kejamnya abang Rizz ni. Apa salah Zara sampai Zara dihalau balik. Zara rindukan abang Rizz.’
Stop it Zara! Antara kita tak ada apa-apa perasaan dan tak akan ada apa-apa hubungan.’ herdik abang Rizz lalu meninggalkan Zara keseorangan di ruang tamu.
Aku ibarat menang loteri. Tak pasal-pasal Zara dapat free-free je amukkan Mr. Tarzan. Sibuk meraikan kekalahan Zara, terpacul abang Rizz di hadapanku. Tertelan air liur aku dibuatnya. Pantas aku mengangkat tangan menunjukkan tanda peace. Ku sangkakan aku terpaksa menadah telinga mendengar leteran Mr. Tarzan tapi meleset sama sekali. Lebih dari itu tindakan abang Rizz. Bayangkan, tiba-tiba sahaja abang Rizz mencempung tubuhku dibawa masuk ke bilik. Lagi mengharukan, aku dan abang Rizz baring di atas katil dengan pelukan yang kejap oleh abang Rizz. Naik lemas aku dibuatnya.
‘Abang Rizz ni dah kenapa? Buang tebiat ke?’ ujarku geram.
‘Siapa yang buat tabiat?’
Orang tua ni faham ke atau tidak soalan aku? Aku yang tanya dia. Dia boleh pulak dia tanya aku balik desisku di dalam hati.
‘Ni faham bahasa ke tak? Hana tanya abang Rizz bukannya abang Rizz tanya Hana. Lemaslah Hana!’
‘Tadi bukan main suka duduk kat tangga. Ni nak bagi hadiahlah ni.’ sinis jawapan abang Rizz.
‘Simpan je lah hadiah tu. Hana tak heran.’
‘Tak heran sudah! Kalau offer kat Zara, laju je dia nak.’
Rasa nak putus nyawa aku bila Mr. Tarzan ni petik nama Zara. Sahaja nak pancing akulah tu. Ada aku kisah gumamku sendirian. Kalau cakap yang betul , pastinya kes sebelum Zara sampai akan berulang kembali. Tak sanggup aku. Aku terus bangkit dari pembaringan setelah abang Rizz melepaskan pelukan. Abang Rizz masih di atas katil dengan mata terpejam seperti memikirkan sesuatu.
Apa lah agaknya orang tua tu tengah fikirkan ek? Betul ke kalau aku tak heran kat dia, dia akan cari Zara? Kau dah kenapa Hana? Tadi kau kata kau tak heran. Asal tetiba kau kisah!?’ soal suara hatiku.
‘Memang aku tak heran!’ ujarku.
‘Tapi Zara macam mana?’ soal suara itu lagi.
‘Alaa.. Abang Rizz saja petik nama Zara untuk sakitkan hati aku.’ Bidasku.
‘Kalau dia benar-benar maksudkan? Putih mata kau Hana. Abang Rizz tu hak kau seorang je Hana.’ Suara itu masih tidak mahu mengalah.
Aku terkedu! Ada benar jugak kata-kata suara tu.
‘Argh!!!!’ jeritku dengan asakkan dari suara yang entah mana datangnya.
‘Ni dah kenapa? Meroyan ke! Sayang, muda-muda dah ada penyakit kronik. Rugi betul siapa dapat anak dara ni.’ rungut abang Rizz sambal menggeleng kepalanya lalu menapak keluar dari bilik.
Sabar Hana. Sabar Hana. Aku menyejukkan hati yang sedang hangat membara. Breath in, breath out Hana. Eeeeeeeeee!!!!! Stress nya. Ting!! Idea baru sampai. Laju tanganku menaip sesuatu sebelum menekan butang hantar. Sekejap sahaja telefonku berbunyi. Aku tersengih sendirian. Disebabkan peluang terbuka luas, cepat-cepat aku bersiap. Sempat juga aku membaca jampi serapah sebelum turun ke tingkat bawah.
Aku menyorok disebalik dinding tangga meninjau kelibat abang Rizz. Mr. Tarzan ni macam chipsmore. Kejap ada kejap tak da. Yes! Line clear. Ibarat lipas kudung aku berlari terencut-encut ke pintu utama. Bergegar ruang tamu mama dengan jeritan abang Rizz. ‘Hana Qusandria!’
 Tipah dah sedia menanti aku di dalam kereta. Panggilan abang Rizz dibiarkan sepi. Sengaja aku berpura-pura tidak mendengarnya. Tipah membantu aku memandagkan kakiku belum pulih sepenuhnya. Sejurus aku memasuki perut kereta dan mengunci pintuku, abang Rizz mengetuk tingkap kereta menyuruh aku keluar dari kereta. Dengan selamba aku menjelir lidah ke arahnya. Sebelum Mr. Tarzan mengamuk, aku menyuruh Tipah menekan pedal minyak.
Aku tidak pulang ke rumah pemberian mama di Shah Alam sebaliknya aku menyuruh Tipah memandu ke rumah di Kenny Hill tinggalan arwah mummy dan daddy kepadaku. Tiada siapa yang tahu tentang rumah di Kenny Hill termasuklah mama dan papa. Sekurang-kurangnya, ada jugak tempat persembunyianku di Kuala Lumpur. Kalau tak, naya jugak kalau nak lari dari rumah kena keluar bandar Kuala Lumpur. Rumah di Shah Alam dah tak selamat. Bukannya abang Rizz tak pernah datang ke situ. Itu sebelum kami ada apa-apa hubungan. Sempat jugak aku menyuruh Tipah memborong stok makanan. Al maklumlah rumah yang jarang dijenguk.
Melopong mulut Tipah ketika memijak kaki di dalam rumah aku. Entah apa yang nak dijakunkan sangat pun aku tak tahu. ‘Tutuplah mulut tu Tipah. Masuk lalatlah pulak.’
‘Daebak! Rumah kau Hana. Siap ada permandangan ibu kota Kuala Lumpur. Kau tak pernah cerita pun yang kau ada rumah kat sini!’
‘Kalau bab merepek ni serah kat kau je Tipah. Sengaja aku tak beritahu sesiapa termasuklah mama dan papa aku pun tak tahu pasal rumah ni. Ni rumah peninggalan mummy dan daddy aku. Ni kira tempat persembunyian aku waktu terdesak. Rumah Shah Alam tu, along dan abang Rizz dah tahu. Tak selamat bila kes-kes macam ni. Buatnya kita balik rumah sana, tak sampai lima minit dah terpacul abang Rizz kat muka pintu. Kau jangan nak jakun sangat. Macamlah anak pegawai kanan kerajaan tak pernah tengok rumah macam ni. Biasa je.’ tuturku.
‘Pandai kau buat persediaan ek. Kot iya pun janganlah sindir aku macam tu. Aku saja-saja je. Itu pun nak emo.’
Rancak aku berbual dengan Tipah sehingga tak sedar masa berlalu dengan pantas. Jam di dinding menunjukkan hamper pukul tujuh setengah malam. Aku dan Tipah masuk ke bilik bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing. Lama aku bertekur di  atas sejadah. Sempat aku meghadiahkan surah Yassin buat mummy dan daddy.
Haruman bau spaghetti menusuk hidungku. Mesti Tipah sedang memasak menu untuk makan malam kami. Sahih! Terhidang semangkuk spaghetti di atas meja. Tak lama kemudian, Tipah tiba dengan membawa dua gelas dan sejug air oren.
Sorry sebab kau kena masak sorang-sorang.’ Ujarku malu.

‘Tak da hal la Hana. Setakat spaghetti ni, kacang putih. Tapi kalau masak lauk pauk, aku angkat tangan. Tak boleh lawan kau. Kau dah tak payah nak buat muka seposen. Jom makan. Aku lapar’.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22