Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 30

BAB 30
Setibanya Hafni di rumah, Luqman telah pun berada di rumah terlebih dahulu. Jam di tangan diliriknya. Awal suami aku balik hari ni bisik Hafni sendirian. Hafni mengeluh kepenatan. Agak lama dia bersembang dengan Rose adik ipanya dan Nazri.

‘Baru balik?’ tegur Luqman yang berdiri di belakang Hafni.

‘Maaf. Sebab Af balik lambat. Ingatkan lepas hantar Rose dekat rumah mama, boleh terus balik. Mama ajak bersembang dulu.’

Luqman terejut dengan apa yang baru disampaikan oleh isterinya. Sangkanya Hafni berjumpa dengan Nazri hanya berdua. Rupa-rupanya Rose juga turut serta.

‘Sayang tak cakap pun yang Rose ada sekali? Abang ingatkan sayang jumpa Nazri seorang je’ Luqman melabuhkan duduknya di sebelah Hafni.

Hafni menukar posisi duduknya menghadap Luqman. ‘Kalau Af jumpa Nazri seorang macam mana pulak? Bukan abang dah izinkan Af jumpa Nazri ker?’

Luqman terkedu. Hafni sedang memerangkap dirinya. ‘Memang abang izinkan. Curiosity tu terlampau sangat. Abang cuba usir tapi datang jugak.’

‘Jangan terlalu ikutkan rasa cemburu tu. Takut nanti memudaratkan hubungan kita. Memang Af jumpa Nazri berdua je. Kebetulan terserempak dengan Rose. Tu yang Rose joint sekali melepak.’

‘Siapa tak cemburu bila isteri yang cantik keluar dengan orang lain. Lagi-lagi pulak kekasih lama.’

‘Pembetulan. Kawan baik ye. Tak da istilah kekasih lama. Guess what? I meet Julia. Your old friend.’

Jatuh rahang Luqman dibuatnya. ‘Really. So how she is?’

‘Dia pandang Af macam nak telan je. Mungkin lapar kot sebab berbincang sampai terlupa nak makan. Kenapa? Abang rindu kat dia ker?’ sindir Hafni.

Sekali lagi Hafni menyindir suaminya. Dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. ‘Sayang abang ni cemburu ker? Abang sayangkan sayang seorang je.’

‘Macam-macam la abang ni. Af nak naik atas. Nak mandi. Lepas tu nak siapkan makan malam pulak.’

‘Jom kita mandi sama-sama. Abang pun tak mandi lagi ni.’ ajak Luqman.

Membuntang mata Hafni. ‘Dah mula dah……. Belum pun sempat Hafni menghabiskan kata-katanya, Luqman telah mencempung tubuh Hafni. Hafni selamat berada dalam dakapan Luqman. Mereka mendaki anak tangga hingga ke tingkat atas.

Kali pertama Hafni  mencatat sejarah dalam hidupnya. Bukan sahaja terpaksa mengikut idea yang kurang bernas dari suaminya untuk mandi bersama malahan Luqman telah menyiapkan makan malam mereka. Semuanya gara-gara Hafni berjumpa dengan Nazri. Luqman mula tidak tentu arah di pejabat. Penyudahnya Luqman pulang awal ke rumah.

Masing-masing tersandar kekenyangan di ruang menonton. Entah kali ke berapa Luqman sendawa kekenyangan.

‘Kenyang betul abang nampaknya. Sampai tak terkira Af dengar abang sendawa. Tak kan Af jumpa Nazri buat abang sampai tak lalu nak makan?’

Luqman tersengih. Telahan isterinya tepat sekali. Mengenang isterinya keluar berjumpa dengan mamat yang bernama Nazri membuatkan dirinya hilang selera makan.

Idham tidak tentu arah di dalam biliknya. Dia menanti-nanti kehadiran Hafni. Jam di tangan dikerlingnya. Hampir pukul sepuluh pagi. Hafni masih belum masuk ke pejabat. Sudah tiga kali kak nora menelefon pembantu Hafni, Irah bertanyakan perihal Hafni.

Ketukan pintu menyedarkan Idham. ‘Ada apa Kak Nora?’

‘Akak dah telefon Irah. Katanya Puan Hafni masuk lambat hari ni. Puan Hafni ke tapak projek di Sepang. Ada masalah yang timbul.’

‘Terima kasih Kak Nora.’ ucap Idham pendek.

Setelah Kak Nora keluar dari biliknya, Idham terus mendail nombor telefon Hafni. Tiada jawapan. Barangkali Hafni sedang berbincang. Jiwa Idham tak tentu arah. Dia harus menjelaskan dan meminta maaf atas kekasaran yang di lakukannya semalam.

Kehadiran Fikri di dalam biliknya pada awal pagi agak mengejutkan Luqman. Senyuman dilemparkan kepada Fikri. ‘What a surprise. Pagi-pagi lagi dah masuk bilik aku. ada hal penting ke?’ sindir Luqman.

Sindiran Luqman tak memberi apa-apa kesan kepada Fikri. Wajahnya sukar ditafsirkan. Seperti sahabatnya mempunyai masalah.

‘Kau ada masalah ke Fik. Selalunya kau tak macam ni?’

‘Bukan aku yang ada masalah. Masalahnya kau sekarang ni.’ tungkas Fikri.

Luqman bingung. Bila masa pulak dia yang menimbulkan masalah.

‘Kau buat aku peninglahh Fik. Apa maksud kau yang sebenarnya. Aku tak faham. Bila masa pulak aku buat masalah? Cuba kau terang kat aku betul-betul?’ kepalanya tiba-tiba berdenyut.

‘Liyana datang nak jumpa kau. Dia ada kat luar. Aku terserempak dengan Liyana dekat lif. Memang kau tak buat masalah. Masalah yang datang cari kau.’ Fikri meninggalkan Luqman sendirian dengan masalah yang baru tiba.

Bunyi telefon di atas meja minta dijawab. Lemah Luqman mencapai ganggang telefon. Satu persatu butir bicara pembantunya jelas kedengaran di telinganya. Dalam keterpaksaan, dia menyuruh Fifi memanggil Liyana masuk.

Have a sit Liyana.  Ada urusan apa you datang jumpa I?’ datar suara Luqman tanpa memandang wajah wanita yang berada di hadapannya.

Hati Liyana bagai disiat-siat dengan layanan yang diberikan oleh Luqman. Liyana cuba mendekatikan Luqman. Menyedari Liyana ingin mendekati dirinya, Luqman berganjak duduk jauh dari Liyana. Sebolehnya dia tidak mahu terlalu dekat dengan Liyana.

‘Apa yang buat you datang cari I, Liyana?’ Luqman tidak sabar untuk menghabiskan sesi perbualannya denga Liyana agar wanita itu segera meninggalkan pejabatnya.  

You macam tak suka I datang jumpa you ke Luq?’ soal Liyana.

‘Sejujurnya, I memang tak suka you datang sini. Ni pejabat. Tempat I cari rezeki untuk isteri dan anak-anak I. Bukan tempat untuk bercerita pasal hal peribadi.’ sinis kata-kata Luqman.

‘Luq….. Jangan buat I macam ni. Memang dulu I yang salah sebab I tinggalkan you. I menyesal Luq. I nak tebus balik semua kesilapan I.’ Liyana separuh merayu.

Rayuan Liyana melucukan hati Luqman. ‘You aut of your mind ke Liyana? I dah ada isteri. Kisah kita dah lama jadi sejarah. Sejarah yang you cipta sendiri. You baliklah Liyana. Balik pada suami dan anak you.

Liyana hampa dengan jawapan Luqman. Air matanya yang ditahannya, akhirnya berjujuran di pipi Liyana. Dia cuba untuk menjadi kuat di hadapan Luqman. Namun jiwanya terlalu lemah. ‘I dah tak da apa-apa Luq. Anak yang I kandung tempohari telah lama tinggalkan I. Sejak kehilangan anak yang I kandung, suami I mula menjauhkan diri dari I. seolah-olah I yang menjadi punca dia kehilangan anaknya.’

Luqman terkesima. Sangkanya Liyana telah selamat melahirkan bayinya. ‘ I simpati dengan you. Itu tak bererti I akan kembali pada you. I bahagia dengan kehidupan I sekarang Liyana. Marah suami you tu tak ke mana. Reda marahnya nanti, pulanglah dia ke pangkuan you.’

No Luqman. I tak boleh hidup tanpa you. I nak hidup dengan you. You ceraikan isteri you, lepas tu kita kahwin. Kalau you tak sanggup nak ceraikan isteri you, I sanggup hidup bermadu.’ melengking suara Liyana.

Luqman terkejut dengan tindakan Liyana. Lebih mengejutkan lagi, Liyana siap memaut kaki Luqman. Liyana lupa diri. Dia mula meracau-racau. Takut perbuatan Liyana di salah erti oleh pekerja-pekerjanya, Luqman segera memanggil Fifi masuk untuk membantunya.

Pautan Liyana terlampau kejap. Luqman dan Fifi gagal untuk melepaskan pautan Liyana.  Dalam keadaan terdesak, Fifi terpaksa memanggil pengawal untuk membantu. Dengan bantuan dua pengawal, Luqman selamat dari amukkan Liyana. Pilu hatinya melihat keadaan Liyana yang terpaksa diheret keluar dari biliknya. Dia tidak menyangka Liyana akan bertindak sedrastik itu. Luqman tersandar di sofa. Buntu fikirannya mengenangkan keadaan Liyana. Berkali-kali bibirnya mengeluh berat.

Belum pun otaknya dapat mencerna kejadian tadi dengan sebaiknya, ketukkan di pintu membuat hatinya tidak keruan. Takut-takut Liyana datang semula. Melihat kelibat Fifi di muka pintu, Luqman menghela nafas lega. ‘Kenapa Fifi?’

Riak wajah Fifi serba salah. Dalam keterpaksaan dia harus menyatakan jua. ‘Maaf Encik Luqman. Dato’ Lutfi is here.’

Belum pun sempat Fifi cuba membantu majikannya, Dato’ Lutfi lebih awal terpacul dari sebalik pintu. Semuanya gara-gara Liyana. Dato’ Lutfi terserempak dengan Liyana yang separuh meroyan memanggil nama Luqman di hadapan lif. Bila Dato' Lutfi menanyakan kejadian tersebut pada Fifi, Fifi tidak dapat menjawabnya. Fifi sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi sebenarnya.

Sekali lagi Luqman mengeluh. Lepas satu bala datang menimpanya. Kali ini, dia terpaksa berdepan dengan papanya. Dato’ Lutfi tercegat di hadapan pintu menanti anaknya untuk menjemputnya masuk. ‘Kamu nak suruh papa duduk tercegat dekat pintu ni ke Luq?’

Luqman menggaru kepala yang tidak gatal. Bagaimana dia boleh terlupa untuk menjemput papanya . ‘Maaf pa. Luq terlupa tadi. Jemput masuk pa.’

Keruh muka Dato’ Lutfi ketika masuk ke bilik Luqman. Geram dia melihat peristiwa yang berlaku di hadapannya sebentar tadi. Paling mengecewakan Dato’ Lutfi adalah disebabkan wanita yang dibawa keluar dari pejabat Luqman menjerit-jerit memanggil nama anaknya.

‘Apa yang kamu dah buat Luq sampai perempuan tu menjerit-jerit panggil nama kamu. Kamu dah lupa ke yang kamu tu dah isteri Luq?’ tegur Dato’ Lutfi tidak berkenan dengan sikap anaknya.

‘Sampai hati papa hukum Luq sebelum papa beri peluang pada Luq untuk terangkan kejadian yang sebenarnya.’

Terbit keluhan panjang di bibir Dato’ Lutfi. ‘Papa minta maaf sebab menghukum kamu sebelum kamu jelaskan perkara yang sebenar. Malu dan simpati papa pada perempuan tu. Sedikit sebanyak perbuatan dia memberi gambaran buruk terhadap kamu sebagai majikan. Nanti apa pula kata kakitangan kita.’

‘Luq minta maaf papa. Luq pun tak sangka boleh jadi perkara macam tu. Sebenarnya perempuan tadi tu Liyana, bekas kekasih Luq. Dia tinggalkan Luq dan berkahwin dengan pilihan keluarganya. Alih-alih sekarang dia datang nak jalinkan semula hubungan dengan Luq semula.’ luah Luqman dengan suara yang penuh kecewa. Luqman tersandar di sofa sambil kepala yang pening dipicitnya perlahan.

‘Dah tu, kamu setujulah dengan idea gila budak Liyana tu?’ Dato’ Lutfi serkap jarang.
Luqman bertambah rimas dengan soalan serkap jarang papanya. ‘Luq masih waras lagi pa. Luq sayangkan rumah tangga Luq walaupun Hafni tu pilihan papa dan mama. Tak kan Luq nak mempersia-siakan semua tu.’

‘Baguslah kalau kamu boleh berfikir secara waras. Papa tak nak perkara ni berlanjutan. Cepat-cepat kamu selesaikan masalah kamu dengan Liyana. Jangan sampai perkara ni ke pengetahuan mama kamu dan Hafni. Nanti mana mama dan papa nak letak muka kalau keluarga mertua kamu tahu perkara ni.’ Dato’ Lutfi mengingatkan anaknya.

‘Baiklah pa. Nanti Luq selesaikan secepat mungkin. Thank’s pa.’ lega hati Luqman mendengar kata-kata papanya.

Dato’ Lutfi meninggalkan Luqman sendirian di biliknya. Walaupun di mulut, Dato’ Lutfi mempercayai anaknya. Jauh di sudut hatinya, dia masih risau, takut-takut perkara buruk terjadi kepada rumah tangga anaknya. Cukuplah Hafni seorang yang menjadi menantunya. Tiada galang gantinya. Dato’ Lutfi termenung sendirian. Pantas tangannya menekan butang interkom memanggil pembantu peribadinya.

Pintu diketuk dari luar. ‘Masuk Malik.’

‘Ada yang boleh saya bantu Dato’.’ tegas nada suara Malik pembantu peribadi Dato’ Lutfi yang telah lama berkhidmat dengan Dato’ Lutfi. Malik mengenali luar dan dalam mengenai Dato’ Lutfi. Ke mana sahaja Dato’ Lutfi , pastinya Malik ada di sisi majikannya. Dato’ Lutfi telah di anggap seperti ayah kandungnya sendiri. Pertemuan pertama mereka di rumah anak yatim Klang. Sejak itu, Dato’ Lutfi tertarik dengan peribadi yang dimiliki oleh Malik. Atas rasa kasih seorang ayah dan dapat melihat potensi yang ada pada Malik, Dato’ Lutfi berbesar hati menanggung kos pembelajaran Malik. Setelah berjaya dalam pelajarannya dengan memperoleh segulung ijazah, Malik lebih rela berkhidmat dengan Dato’ Lutfi mengenangkan jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh Dato’ Lutfi.

‘Saya nak awak selidik perempuan yang bernama Liyana yang kita nampak tadi. Awak dapatkan maklumat daripada setiausaha Luqman. Pastikan hanya awak dan saya sahaja yang tahu pasal perkara ni.’ arah Dato’ Lutfi.

‘Baik Dato’. Saya keluar dulu.’


Dato’ Lutfi mengangguk kepalanya. Tiba-tiba kepalanya terasa pening memikirkan masalah Luqman.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22