Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 29

BAB 29
Hafni rimas dipandang oleh Idham yang duduk di hadapannya. Dia menjadi kekok untuk berbincang mengenai urusan kerja memandangkan Idham lebih gemar memerhatikannya daripada mendengar apa yang hendak disampaikannya.
‘Encik Idham, saya rasa kita tak boleh nak teruskan perbincangan ni lagi.’
Idham di pagut resah. ‘ Af ada masalah ker?’
Hafni mendengus geram. ‘Memang saya ada masalah. Masalahnya Encik Idham sendiri. Yang banyak cakap sekarang ialah saya. Tiada satu pun pandangan pun Encik Idham utarakan. Baik Encik Idham cari engineer lain untuk projek ni.’ Hafni mengemas kertas-kertas yang bertaburan dan bersiap untuk meninggalkan bilik perbincangan.
Idham kaget. Sememangnya semua berpunca dari dirinya juga. Dia gagal untuk menumpukan perhatian terhadap perbincangannya dengan Hafni. Matanya seperti ada magnet untuk menatap wajah Hafni.
Belum pun sempat Hafni memusingkan badannya, tangannya terlebih dahulu disambar oleh Idham. Terkejut dengan tindakan Idham, segera Hafni menepis tangan Idham.
‘Tolong jaga batas Encik Idham. Tak manis dipandang orang. Kalau saya buat aduan, bukan sahaja reputasi Encik Idham bahkan reputasi Haslam Holdings turut terjejas.’ gertak Hafni yang sudah cukup tercabar dengan tindakan Idham.
‘Am minta maaf Af. Am tak dapat nak lupakan Af. Bagilah Af peluang kali kedua.’
Hafni tidak mengendahkan pujuk rayu Idham. Fail-failnya di ambil semula dan beredar meninggalkan Idham sendirian. Sakit hatinya meruap-ruap mengenangkan kejadian tadi. Bersepah fail di atas meja kerjanya. Moodnya untuk bekerja terus hilang. Hafni cuba memberi tumpuan pada kerjanya tetapi tidak berjaya. Fikirannya buntu tiba-tiba. Hafni menjerit melepaskan geram.
Irah yang berada di luar terkejut mendengar jeritan bosnya. Segera dia masuk ke dalam bilik Hafni. Takut-takut ada perkara buruk yang berlaku. ‘ Puan okay tak? Tiba-tiba saya dengar puan menjerit.’
Hafni malu sendiri. ‘Maaf Irah. Sebab saya buat awak terkejut. Saya okay. Stress sikit. Semua kerja yang saya buat tak menjadi. Terima kasih sebab prihatin.’
‘Kalau macam tu, saya keluar dulu.’
‘Sekejap Irah. Saya rasa, mungkin hari ni saya kerja separuh hari. Macam tak sedap badan je. Kalau ada yang urgent, just call saya.’ Hafni fikirkan itulah cara yang terbaik untuk melupakan kejadian yang menimpa dirinya.
Siap mengemas barangnya dan menutup suis komputernya, Hafni berlalu meninggalkan bilik yang gelap. Ketika melintas di hadapan meja Irah, Hafni melemparkan senyuman. Hafni termenung di dalam keretanya. Dia berhasrat untuk berkongsi masalahnya dengan Rose tetapi memikirkan Rose sedang berbadan dua, hasratnya dibatalkan. Terlintas nama Nazri di benak fikirannya.
Sebelum menelefon Nazri, Hafni terlebih dahulu menelefon Luqman untuk meminta kebenaran suaminya. Hafn masih ingat batas-batas pergaulannya. Lebih-lebih lagi jika dia ingin berjumpa dengan Nazri yang bukan muhrimnya. Agak lama dia menunggu, akhirnya panggilanya berjawab.
‘ Assalamualaikum… Sorry ganggu. Kenapa lambat sangat abang jawab panggilan Af?’ Hafni bersuara terlebih dahulu.
‘Walaikumsalam. Tak ganggu pun. Tadi abang ada perbincangan dengan Fikri. Abang tertinggal telefon kat bilik. Kenapa sayang?’
‘Mmmmmm…. Taka pa-apa lah bang. Af nak minta izin abang nak jumpa Nazri sekejap boleh? Itupun kalau abang izikan.’ Serba salah Hafni dibuatnya.
‘Kalau abang tak izin kan, mesti sayang dah call Nazri kan?’ duga Luqman.
‘Bunyi macam orang cemburu je. Kalau Af dah tahu abang tak izinkan, buat apa Af susah-susah call abang kan? Cuba jangan serkap jarang. Af belum pun call Nazri pun. Af call abang dulu untuk minta izin, lepas tu barulah Af call Nazri.’ Lembut Hafni memujuk Luqman.
Giliran Luqman serba salah. Rasa percayanya berlawan dengan rasa cemburunya. Luqman menarik menarik nafas. Berpuashati dengan keputusannya, akhirnya Luqman bersuara. ‘Abang izikan sayang jumpa Nazri. Jangan lama-lama. Abang cemburu.’
Hafni ketawa kecil. Ada-ada sahaja suaminya. ‘ Tak lama pun Af jumpa Nazri. Af sayang abang sorang je. Jumpa kat rumah nanti.’
Kembang Luqman mendengar kata-kata isterinya. Perasaannya bercampur baur. Luqman menenangkan dirinya. Fikirannya disetkan, isterinya berjumpa dengan Nazri tak lebih dari urusan seorang sahabat. Setelah dia betul-betul fokus, Luqman kembali meneliti hasil perbincangannya dengan Fikri sebentar tadi.
Setiba di Midvalley, Hafni mencari kiosk Baskin Robins seperti yang di janjikan Nazri. Kebetulan Nazri ada temujanji dengan pelanggannya di situ. Hafni jarang ke Midvalley. Alang-alang kepalanya tengah berserabut, apa salahnya dia bertukar angin. Sekejap sahaja kiosk Baskin Robins betul-betul berada di hadapan Hafni. Terang lagi bersuluh, kelihatan Nazri sedang berbual dengan pelanggannya yang juga seorang wanita. Apa yang menghairankannya, Hafni seperti mengenali pelanggan Nazri. Hafni cuba mengingati di mana dia pernah berjumpa dengan pelanggan Nazri.
Sangkaannya tepat sekali. Rupa-rupanya pelanggan Nazri ialah Julia, pramugari MAS yang bertugas ketika dia dan Luqman pergi berbulan madu ke Perth. Hafni cuba mengelak untuk bertembung dengan Julia. Malangnya nazri terlebih dahulu perasan kehadirannya. Nazri melambai-lambai tangangnya ke arah Hafni mengajaknya untuk turut serta bersamanya dan Julia. Hafnii berlagak selamba. Tiada apa yang patut ditakutinya. Dia telah pun memaklumkan Luqman tentang pertemuannya dengan Nazri.
Julia terkejut dengan kehadiran Hafni. kelihatan riak wajah Julia yang tidak senang dengan kehadiran Hafni.
‘Cik Julia, kenalkan kawan I, Hafni. Af ni Cik Julia, client aku,’ sesi suai kenal mereka buat kali kedua.
‘Hai Cik Julia, Hafni’ pendek sahaja tutur Hafni.
‘Julia. Apa hubungannya you dengan Nazri?’ soal Julia tidak berlapik langsung.
Just an old friends. Ada hal yang perlu I bincangkan dengan Nazri.
‘Kalau macam tu Nazri, I balik dulu. Kalau dah approved, you call I, okay.’ Separuh menggoda percakapan Julia.
‘Okay Julia. Hope you can get good news from I nanti.’ Hafni meluat tengok lenggok bahasa badan Julia. Ngeri pulak dia melihatnya. Nazri yang menyedari Hafni tidak selesa dengan kehadiran Julia, meminta penjelasan dari temannya.
‘Aku tengok kau macam anti je dengan si Julia tu?’
‘Memang pun. Aku kenal minah sotong tu. Masa aku fly ke Pert, dial ah pramugari yang sound aku. Dan satu lagi, dia kenal Luqman.’ luah Hafni tanpa berselindung.
‘Oh ye ke? Keciknya Malaysia ni kan. Kau ni ada-ada sajalah Af. Asal kau panggil dia minah sotong. Aku tengok punyalah cantik si Julia tu.’
‘Tu lah orang lelaki. Asal wanita tu tampal make up setengah inci, pakai bulu mata palsu, pakai baju seksi dah cukup cantiklah kat mana korang. Tu belum lagi dengan liuk lentok badan macam tak da tulang.’
Mengekek ketawa Nazri mendengar Hafni membebel. Ikutkan hatinya di belum puas untuk untuk tertawa. Melihatkan Hafni menjegilkan matanya, terus terhenti tawa Nazri. ‘Kau ni dah mengalahkan mak tiri lah Af.’
‘Sudah Naz. Aku jumpa kau bukan nak dengar kau cerita pasal minah tu ataupun nak dengar kau ketawa. Aku ada masalah ni.’ kedengaran suara serius Hafni.
Nazri agak terkejut dengan apa yang baru disampaikan oleh Hafni. Dia yang juga kawan Idham , tidak bersetuju dengan apa yang telah di lakukan oleh Idham. Kalau Hafni melaporkan masalah ini ke pihak yang berkenaan, bukannya sahaja Idham, Haslam Holdings turut terkena tempiasnya.’ Habis… Kau dah cakap perkara ni dengan Luqman?’
Tersedak Hafni. Nasib baik nyawanya masih panjang. ‘Kau nak bergegar Haslam Holdings tu nanti, kalau aku cerita perkara ni kat suami aku. Aku beritahu kau ni nak minta kau slow talk dengan kawan baik kau tu.’
‘Pembetulan. Bekas kawan baik aku. Sejak dia balik sini, dia tak pernah cari aku langsung. Dia malu nak mengadap aku kot. Pasal kes korang tu.’
‘Sudahlah Naz. Tu cerita lama. Tak payah nak ungkit lagi.’ lemah suara Hafni bila cerita lamanya dengan Idham menjadi bahan perbualan.
Belum pun habis bercerita mengenai Idham, perbualan mereka melarat sehingga ke latihan silat. Rindu hafni datang bertandang mengenang kenangan bersama-sama teman silatnya. Untuk Hafni ke latihan silat agak terbatas memandangkan jadual kerjanya yang agak padat ditambah lagi dengan kerja-kerja di rumah
Terbantut seketika perbualan mereka, apabila kedengaran suara memanggil nama Hafni dan Nazri.
‘Hai Af, Naz. Kemain korang berborak sampai aku panggil pun korang tak dengar.’ tutur Rose mengalahkan machine gun.
 ‘Rose rupanya. Kau nampak gemuk la sekarang ni.’ tegur Nazri.
‘Woit… Tak sayang mulut nampaknya tu. Aku dah gemuk ke Af?’ Rose membelek badannya.
‘Ala…. Adat la Rose. Lepas sembilan bulan, kau kuruslah balik.’ pujuk Hafni.
Nazri tidak faham dengan maksud sembilan bulan yang baru diperkatakan oleh Hafni. Dah kenapa pula dengan Rose dalam masa sembilan bulan ni? ‘Jap…. Jap… Apa maksud kau dengan sembilan bulan dekat Rose ni Af? Aku tak faham.
Soalan Nazri mencuit hati dua orang sahabat di hadapannya. ‘Lembap la kau ni Naz. Kau pakai processor apa ha? Cepat-cepatlah tukar processor baru. Rose ni terkena buatan orang. Cukup sembilan bulan dia okay la balik.’
‘Buatan orang lepas sembilan bulan, okay balik?’ Nazri masih tidak mengerti.
Rose yang melihat telatah Nazri tidak dapat menahan tawanya. Berderai gelak tawa Rose memandang wajah Nazri. Hafni masih belum puas menyakat sahabatnya yang seorang itu.
‘Dah la tu Af. Cukup-cukuplah kau sakat Nazri tu.’ Walaupun Rose mengenali Nazri melalui Hafni, kesian dia melihat Nazri disakat oleh Hafni.
‘Sebenarnya aku tengah mengandung ni. Tu yang kau nampak aku gemuk.’
‘La…. Pasal orang baru rupanya. Af kalau tak sakat aku memang tak sah. Apa-apa pun, tahniah Rose. Af ni memang suka menyakat orang.’ Nazri menahan geram.

Hafni buat tak tahu. Riang hatinya kerana dapat menyakat Nazri. Lama tiga sahabat bersembang sehingga masa terlalu mencemburui mereka.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22