Abangku Suamiku Bab 5


            Tanpa aku dan abang Feez sedar, ada mata sedang memerhatikan kami dari sebalik dinding tangga. Kalau dibiarkan makin menjadi budak dua ketul ni. Si Feez ni pun satu, apa dia lupa ke Hana tu isteri aku desis Rizzman di dalam hati. Terpacul abang Rizz dari belakang. Baik je dia duduk disebelah aku. Siap peluk aku bagai. Orang tua ni dah kenapa nak peluk-peluk bagai. Naik segan pulak aku dengan abang Feez.
            ‘Abang Rizz ni dah kenapa? Rimaslah peluk-peluk ni.’ Mulut aku mula membebel tidak suka dengan keadaan kami.
            Senyap. Tidak bersuara pulak mamat ni. Tidak lama kemudian, abang Feez terpaksa meminta diri memandangkan dia ada temujanji. Sempat lagi aku mengajak abang Feez datang ke ruamh jika ada kelapangan. Terbeliak jugaklah mata abang Rizz mendengar pelawaanku. Pandangannya membunuh jiwa ragaku.
            Sekembali menghantar abang Feez ke pintu utama, abang Rizz menuju tepat ke arahku dengan wajah yang tidak berpuashati. ‘Kalau dah sakit, buat cara sakit. Sakit-sakit pun ada hati nak menggatal.’
            Sedas aku ditembak. Tembakannya menusuk hingga ke tangkai hati. ‘Abang rizz ni mereng ek? Tak kan Hana tak boleh nak berborak dengan abang Feez. Huh! Cemburu melampau sangat.’
            ‘Cemburu! Ridiculuos.’ Terus abang Rizz hilang dari pandanganku.
            Sakit hati betul bila dengar kata-kata abang Rizz. Kalau sehari tak sakitkan hati aku memang tak sah langsung. Kalau bukan sebab abang Feez ada hal, sudah pasti aku ada teman berbual. Papa tak payah cakaplah. Sibuk memanjang. Mama pulak hilang entah ke mana. Mesti sibuk menghadiri mesyuarat persatuan mak datin. Abang Rizz... menyakitkan hati adalah. Mak Jah! Tentu-tentu sibuk dengan periuk belanga. Nak melepak, kaki pulak cedera. Nasib badanlah Hana Qusandria.
            Dah naik kematu punggung aku duduk kat atas sofa mahal mama ni. Habis semua cerita di tv telah ku khatam. Maghrib baru je masuk waktu. Aku cuba berjalan. Denyut di kaki bertambah sakit. Terduduk semula aku di atas sofa. Nama mak Jah ku laung perlahan. Takut pula terdengar oleh singa kelaparan tu . Terkedek-kedek mak Jah menuju ke arahku.
            ‘Kenapa Hana?’ mak Jah terlebih dahulu menyoal.
            ‘Janganlah panik sangat mak Jah. Hana nak minta tolong mak Jah papah Hana masuk ke bilik tetamu sebelah bilik mak Jah. Nanti mak Jah masuk bilik Hana, mak Jah ambil beberapa helai baju dan seluar Hana serta keperluan lain. Sementara ni, Hana duduk kat bawah je. Lecehlah dengan keadaan Hana sekarang ni kalau nak duduk kat tingkat atas.
            Mak Jah sekadar mengangguk. Perlahan-lahan mak Jah memapahku hingga ke bilik tetamu bersebelahan dengan bilik mak Jah. Nasib baik jarak bilik tetatmu tidak jauh dari ruang tamu mama. Masak jugak mak Jah hendak memapah aku. Sementara menunggu mak Jah membawa perkakasanku, aku membaringkan diri. Aku malas membuka mata walaupun menyedari pintu dibuka dari luar. Pastinya mak Jah menghantar barang yang dipesanku tadi.
            ‘Mak Jah letak je barang-barang Hana kat atas meja. Nanti pandailah Hana susun sendiri. Terima kasih ya mak Jah.’ Saranku dengan mata masih terpejam.
            ‘Mengalahkan orang patah kaki. Padahal terseliuh sikit je!’
            Aik! Kenapa pulak suara mak Jah bertukar jadi suara lelaki? Suara mamat ni macam pernah ku dengar je. Abang Rizz!!! Menjerit aku sekuat hati dan segera membuka mata memastikan telahanku adalah benar.
            Sah! Abang Rizz. Di tangannya penuh dengan pakaian termasuklah adik-adik kecilku. Arghh!! Malunya. Terkial-kial aku turun dari katil untuk mengambil pakaianku di tangan abang Rizz. Aku tersilap percaturan. Baru sahaja selangkah aku melangkah, perit mula terasa dan aku terus terjelepok di atas lantai. Aku sangkakan aku akan jatuh menyembah bumi tapi sebaliknya. Ada tangan sasa telah menyambut tubuhku.
            Perlahan-lahan aku membuka mata. Benda pertama yang aku Nampak ialah bibir abang Rizz. Kononnya aku berkira-kira untuk membetulkan kedudukanku, malangnya aku tersalah langkah menyebabkan bibir kami bertaut. Ada getaran halus bergetar di dadaku begitu juga abang Rizz. Tanganku yang berada di dada abang Rizz dapat merasakan degupan jantung bergetar laju. Menyedari kealpaannya, pantas sahaja abang Rizz melepaskan pelukkannya.
            Aku segera mengutip baju yang bertaburan di atas lantai. Abang Rizz awal-awal lagi telah meninggalkan bilik. Yang menghairankan aku, baju abang Rizz serta adik kecilnya turut ada sekali. Tak kana bang Rizz nak tidur sekali dengan aku? Biar betul mamat sorang ni. Seluar kecil abang Rizz ku pegangsedikit di bahagian hujung seluar. Walaupun ianya bersih, aku geli untuk memegangnya. Seumur hidup aku tak pernah memegang adik kecil kecuali kepunyaanku.
            Siap mengemas, aku terus mandi dan solat maghrib. Terpaksalah aku solat maghrib dalam keadaan duduk memandangkan keuzuranku. Ketukkan di pintu membantutkan bacaan al-quranku.
            ‘Masuklah.’
            Tersembul wajah along yang kepenatan baru pulang dari kerja. ‘Macam mana boleh jatuh?’ soal along tidak berpuas hati.
            ‘Seingat along, setakat menunggang Black, tak da masalah buat Hana. Don’t tell me that .....?’ along tidak menghabiskan bicaranya.
            ‘As you know. Hana malas nak kecoh benda ni. Just ignored it along.’
            ‘Mana boleh Hana. Ni bukan kali pertama dia buat Hana macam ni. Kalau kira yang ni, dah masuk kali ketiga.’ Along mengingatkan aku.
            Rizzman yang mendengar perbualan Hana dan alongnya betul-betul terkejut. Walaupun Hana mahupun alaongnya tidak mengaitkan nama sesiapa tetapi dia tahu siap yang dimaksudkan oleh mereka berdua. Membuak-buak rasa marahnya terhadap si pelaku dan rasa marahnya juga terhadap Hana. Mengapa Hana sanggup berkongsi masalahnya dengan along dan bukan dirinya. Memang tak dinafikan dia sendiri melihat dengan mata kepalanya sendiri melihat Zara sengaja mencederakan Hana. Apa lagi yang tidak diketahuinya tentang Hana. Banyak perkara yang dia tertinggal walaupun dia sentiasa mengupadate semua kegiatan isterinya.
            ‘Ya Allah Rizz. Terkejut along dibuatnya. Yang Rizz terpacak kat sini dah kenapa? Tak kan curi-curi dengar perbualan along dengan Hana?’ sergah Razzman sengaja menduga perasan adiknya.
            ‘Tak ada maknanya. Rizz baru selesai jawab panggilan telefon tadi. Kalau tak ada apa-apa, Rizz masuk dulu.’
            ‘Jap Rizz. Along ada hal nak bincang dengan Rizz.’ Tahan Razzman.
            ‘Bincang pasal apa long?’
            ‘Pasal Hana.’ Pendek jawapan Razzman.
            Gazebo di tepi kolam menjadi pilihan dua beradik untuk membincangkan pasal Hana. Sayang mereka terhadap Hana umpama darah dagingnya sendiri walaupun mereka sekadar sepupu.
            ‘Apa yang along nak bincang pasal Hana?’ Rizzman tidak sabar-sabar untuk mengetahui.
            ‘Pasal Zara Arlysa.’ Luah alongnya.
            ‘Zara Arlysa anak pak ngah? Kenapa dengan Zara, long?’
            ‘For you info, ini bukan kali pertama Hana jatuh masa menunggang. Kali pertama masa Hana ambil bahagian dalam tournament di universiti. Ada yang sabotaj dengan melonggarkan ikatan tempat duduk. Nyaris-nyaris Hana jatuh ke tanah.’
            ‘What!’ separuh menjerit Rizzman.
            Razzman menepuk bauh adiknya supaya tidak cepat melatah. ‘Sejak insiden tu, lama Hana tak menyertai mana-mana tournament. Trauma katanya. Setahun Hana menyepi, Hana cuba buat comeback. Belum pun sempat Hana menyertai mana-mana pertandingan, dia sekali lagi ditimpa malang. Ada orang meracun makanan Black. Nasib baik abang Isma sempat merawat Black dan kejadian terbaru ni, mungkin Rizz lebih arif apa yang berlaku.
            ‘Habis! Selama ni tak kan along tak da buat apa-apa untuk betulkan keadaan?’ Rizzman mula tidak senang duduk.
            ‘Along dah cuba tapi Hana yang halang. Dia tak nak keruhkan keadaan yang sememangnya dah keruh. Selagi Hana boleh bertahan selagi tu dia akan cuba bertahan. Rizz cubalah berbincang dengan Hana. Mana tahu dia nak dengar. Sekarang ni pun, Hana memang bawah jagaan Rizz. Bincang baik-baik.’ Razzman berlalu meninggalkan Rizzman keseorangan di gazebo.
Aku yang baru terlena terkejut apabila merasakan ada orang tidur di sebelahku. Dalam keadaan mamai dengan jelas aku melihat susuk tubuh abang Rizz. ‘Abang Rizz buat apa kat sini?’ tegurku cemas.
            ‘Nak tidurlah. Tak kan nak main bola kot?’ laju sahaja ayat itu meluncur di bibir abang Rizz.
            ‘Kalau nak tidur pergi masuk bilik sendiri. Jangan tidur sini.’ Ujarku sambil menolak tubuh abang Rizz dari katilku.
            ‘Hana Qusandria! Mine your manners. Kalau tak nak adengan tadi berulang semula,’ templak abang Rizz.

            Menikus aku di dalam comforter. Hari ni je dah dua kali abang Rizz mengaum. Aku terlelap dengan rasa tidak berpuas hati di dada.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22