Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 27

BAB 27
‘Kau ajak aku keluar, alih-alih dah jumpa, kau pulak yang senyap. Kenapa Am?’ Zaufi tidak senang duduk melihat sepupunya.

Idham melonggar tali leher berwarna hitam yag telah sedia longgar dilehernya. Perasaannya berkecamuk. ‘Aku bengang Fi.’

‘Kau bengang denga siapa pulak ni Am? Cuba kau cerita dari awal. Ini tak, kau cakap kau bengag je.’ Zaufi mula pening.

‘Tengah hari tadi aku masuk bilik Hafni. Aku nampak dia tengah bercumbuan dengan Luqman. Terbantut niat aku nak ajak dia keluar makan.’

‘Am…..Am…..Am…. Kau tak boleh nak bengang dengan Hafni dan Luqman. Hafni tu memang dah sah-sah milik Luqman. Luqman boleh buat apa yang dia suka. Am, kau jangan rumitkan keadaan. Nanti haru jadinya.’ nasihat Luqman.

‘Kau sama je macam kak Qarl. Suruh aku lupakan Hafni. Aku dah cuba tapi tak boleh. Lagi aku cuba buang Hafni jauh, lagi kuat aku teringat dekat dia.’

Zaufi rimas dengan jawapan yang sama diberikan oleh Idham. ‘Itu tandanya, kau menyimpan dendam dalam diri kau sendiri. Kalau kau tak dapat memiliki Hafni, orang lain pun tak akan dapat memiliki Hafni. Betul tak apa yang aku cakap ni Am? Sepatutnya, kau kena lepaskan Hafni. Sememangnya dia bukan milik kau lagi. Dari dulu lagi aku dah nasihat kau untuk fikir masak-masak sebelum kau buang dia dari hidup kau. Penyudahnya, kau yang terhengeh-hengeh nak kutip dia balik.’

Am menjerit sekuta hatinya melepaskan kekusutan yang melanda. Nasib baik mereka berada di tepi tasik. Cuma ada beberapa pengunjung tasik memandang ke arah mereka. ‘Aku buntu Fi.’

Zaufi menepuk-nepuk bahu Idham untuk menenangkan sepupunya. Walaupun Idham yang menanggung beban, namun dia dapat merasakan apa yang dirasakan oleh Idham. Dia hanya mampu memberi nasihat dan selebihnya terserah kepada Idham. Dia berdoa agar Idham tidak melakukan perkara yang berada di luar jangkaannya. Mentari terbenam di ufuk jingga seperti terbenamnya cinta Hafni buat Idham.

Zaufi pulang lewat dari kebiasaannya. Kepulanggannya disambut dengan wajah manis Rose. Riak wajah Zaufi dapat dibaca oleh Rose. Zaufii seperti ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Rose duduk di sebelah Zaufi.

‘Banyak kerja ke bang, sampai lewat abang balik hari ni.’ tanya Rose.

Tak da la banyak sangat pun kerja abang, sayang. Tadi abang jumpa sepupu abang. Dia ada masalah sikit.’ lancar Zaufi menjawab soalan isterinya.

‘Owh… Ye ke. Tadi Rose telefon pejabat abang, pembantu abang kata abang dah balik. Rose risau gak sebab abang tak sampai rumah lagi.’ Ujar Rose tanpa berselindung apa-apa dari suaminya.

Zaufi menyeluk kocek seluarnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Rupa-rupanya mesej yang sepatutnya dihantar kepada isterinya tidak sampai, gara-gara dia terlupa untuk menekan butang ‘hantar’. ‘Sorry sayang. Abang memang nak hantar mesej kat sayang yang abang balik lewat hari ni. Abang terlupa nak tekan butang ‘hantar’.’ Zaufi menunjukkan mesej yang ditaipnya sebelum ini kepada Rose.

‘Teruk sangat ke masalah sepupu abang tu sampai abang terlupa nak tekan butang send? Abang tak cerita dekat Rose. Mana tahu kalau Rose boleh sumbang idea yang bernas ker?’

Zaufi tersenyum. Bijak isterinya mengorek rahsianya. ‘Tak da lah teruk sangat pun. Kisahnya, dulu dia ada kekasih sebelum melanjutkan pelajaran kat luar Negara. Sampai kat luar Negara, dia berkenan dengan seorang gadis. Gadis melayu jugak. Sebab gadis tu, dia tinggalkan kekasih dia. Tuhan tu Maha Adil. Rupa-rupanya, gadis yang dia puja selama ni, bukanlah gadis yang baik. Dia menyesal. Niatnya balik ke Malaysia sebab nak baik balik dengan bekas kekasih dia tapi sayangnya, kekasih dia dah kahwin dengan orang lain. Dia tak boleh terima kenyataan. Dia akan usahakan untuk dapatan semula kekasih dia.’

Rose terkejut dengan apa yang baru diceritakan oleh suaminya. Jalan ceritanya lebih kurang sama dengan kisah hidup Hafni. Adakah orang yang diceritakan oleh suaminya adalah orang yang sama mengecewakan Hafni. Hajatnya untuk bertanya lebih lanjut dibatalkan sahaja. Sekarang bukan masa yang terbaik untuk mereka berbincang. Rose masuk ke dalam menyiapkan  makan malam. Zaufi yang keletihan elok bersandar di sofa di ruang tamu. Zaufi menghela nafas lega kerana isterinya tidak bertanya mengenai Idham lebih lanjut.

Luqman memerhati Hafni yang sedang bersiap untuk latihan silat. Baru sahaja dia berangan untuk bermesra dengan Hafni. Apa kan daya, terpaksalah dia menggigit jari. Hafni siap berpakaian. Pandangan ditala ke arah Luqman yang berada di atas katil. Muka suaminya tidak berperasaan. Dah sudah. Tak kan laki aku dah berubah fikiran. Masak kalau macam ni desis Hafni di dalam hati.

‘Abang jom. Af dah siap.’ ajak Hafni.

Luqman buat-buat tak dengar. Berat hatinya untuk melepaskan isterinya. hafni bungkam. Ajakkannya tidak bersahut. Baru petang tadi Luqman membenarkannya untuk menghadiri latihan silat. Alih-alih Luqman berubah fikiran malam itu. Malas hendak bertegang urat, Hafni baring di sebelah Luqman di atas katil dengan lengkap bertudung menunjukkan protestnya terhadap Luqman.

Luqman serbu rasa bersalah. Segera dia mendapatan isterinya. ‘Ala sayang…. Abang bergurau je. Jom abang hantarkan sayang.’ pujuk Luqman.

Diam. Hafni tidak menjawab. Pujukan Luqman tidak berhasil. Baru sahaja hubungan mereka bertambah mesra telah di cemari dengan sikap penting diri Luqman.

‘Jangalah macam ni sayang. Memang abang benarkan sayang pergi latihan silat tu cuma perasaan cemburu abang ni melampau sangat. Abang takut ada yang cuba nak mengurat isteri abang yang cantik ni.’

Tiba-tiba Luqman terasa perit di tangannya. Semuanya gara-gara dicubit Hafni. ‘Abang ni cuba fikir secara waras. Kalau ada yang nak ngorat Af sekali pun, Af nak buat macam mana? Perasaan dia orang, mana boleh kita nak tahan. Kalau Af berkenan dengan salah seorang pun, tak da la Af kahwin dengan abang.’ Hafni bersyarah.

Sebijik Luqman kena tepat. Membahang wajahnya. Ada betul juga kata-kata isterinya bisik Luqman di dalam hati.

‘Okay. Abang minta maaf. Kalau macam tu, lagi susahlah sayang nak keluar rumah.’

Sekali lagi Hafni menghadiahkan cubitan kepada suaminya. Kali ini, peha Luqman menjadi mangsa. Luqman menyeringai menahan sakit. Hafni selamat sampai di gelanggang silat. Segera dia mencari kelibat Nazri sebelum latihan bermula. Kebetulan pandangan mereka bertaut. Nazri yang baru keluar dari stor di sudut hujung gelanggang.

‘Assalamualaikum. Sihat?’ tegur Nazri terlebih dahulu.

‘Wa’alaikumsalam. Alhamdulillah. Kau macam mana?’

‘Macam ni lah Af. Nasib baik kau datang. Kalau tak, tak tahulah aku nak jawab dengan budak-budak ni.’ terang Nazri.

‘Terima kasih Naz. Kebelakangan ni, aku banyak kerja sikit. di tambah pulak dengan projek-projek yang menimbun. Harap-harap lepas ni boleh aku join selalu.’

‘Insyallah Af. Nanti kita sambung lagi. Budak-budak dah tunggu tu. Enjoy yourself.’ Nazri memahami perubahan situasi yang di alami oleh sahabatnya itu.

Sejam berlalu tanpa sedar oleh Hafni. Berlainan dengan Luqman yang berada di banglo Dato’ Lutfi. Dia jarang melihat jam di tangan berubah menjadi seorang yang tidak boleh berpisah dengan jamnya. Tidak cukup dengan jam di tangan, habis semua jam di banglo Dato’ Lutfi di kerlingnya.

‘Kamu ni dah macamcacing kepanasan je papa tengok. Tak ke mana de isteri kamu tu Luq.’ rimas Dato’ Lutfi melihat anaknya. Datin Rafidah yangt berada di sebelahnya turut bersetuju dengan penadapat suaminya. Bukan sahaja rimas, kepalanya pula yang terasa pening melihat Luqman mundar mandir.

‘Ala…. Papa cakap senang la. Hati Luq ni tuhan je yang tahu. Buatnya ada yang nak ngorat isteri Luq, tak ke putih mata Luq ni nanti.’ Luqman siap menunjukkan anak matanya sekali.

‘Kamu ni ada-ada sahaja la Luq. Siapa yang nak ngorat isteri kamu. Semuanya dah tahu yang Hafni tu milik Luqman Haqeem. Jangan ikut sangat perasaan tak percaya kat Hafni. Tak baik untuk rumahtangga. Yang penting, kamu kena percaya dengan Hafni. Insyallah, rukun rumahtangga kamu nanti.’ tempelak Datin Rafidah.

Luqman terus duduk di sofa bertentangan dengan mama dan papanya setelah di tempelak mamanya. Dia pun hairan dengan sikapnya sendiri. Sejak-sejak Hafni mula memanggilnya dengan panggilan ‘abang’. Belom lagi yang lain. Alamatnya tak keluar rumah lah Luqman lepas ni. Tumpuan Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah menonton tv terganggu dengan ketawa Luqman yang perlahan tetapi masih dapat didengari oleh mereka.

Mamanya memicit kepala yang berdenyut. Apa pula yang di lakukan Luqman kali ini.

‘Kamu ni dah kenapa Luqman. Sampai sakit kepala mama ni dibuat oleh kamu. Tadi sibuk mundar mandir  sambil tengok jam. Ni ketawa sorang-sorang pulak. Apalah yang kamu fikir Luq? Mesti kamu fikir yang bukan-bukan lah tu.’ Datin Rafidah masih memicit kepalanya.

Sorrylah mama sebab buat mama sakit kepala. Luq tak fikir-fikir apa-apa lah. Mama ni macam dah tak sayang kat Luq je sampai Luq balik sini, mama nak marah-marah Luq. nak merajuk la macam ni.’

‘Sudah-sudah lah tu Luq. janglah kamu sakat mama kamu tu. Pandai-pandai jelah kamu ni. Orang tua mana yang tak sayang anaknya. Cuma perangai kamu hari ni buat mama sakit kepala. Jangan kata mama, kepala papa ni pun pening menengok kamu. Happy semacam je papa tengok. Jangan kamu liat pergi ofis lepas ni Luq.’ tutur Dato’ Lutfi seperti memahami isi hati anaknya.

Luqman tersengih. Jelas sangat ke perangainya berbanding sebelum ini. Sampai papa dan mama pun boleh perasan. Ni tak boleh jadi. Tenang Luqman desis suara hatinya.

Jam di pergelanggan tangan dikerling Hafni. Masih ada dua puluh minit sebelum Luqman datang menjemputnya. Masa yang ada di gunakan oleh Hafni untuk berborak dengan Nazri yang telah lama tidak ditemuinya.

‘Af…. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni tapi aku…aku…aku….’ Nazri terangak-agak untuk menanyakan soalan.

‘Kau apa Naz? Cakap je lah.’ Hafni tidak sabar malahan rasa berdebar untuk mendengar soalan Nazri.

‘Aku harap kau tak marah kat aku bila aku beritahu kau perkara ni.

Hafni sekadar mengangguk.

‘Sebenarnya Idham dah balik Malaysia. Dia ada jumpa aku hari tu. Dia kata, dia nak kau semula.’

Hafni ketawa. Nazri pelik. Jangkaannya pasti Hafni terkejut tetapi sebaliknya. Masa kan Hafni ketawa mendengar berita yang baru disampaikan olehnya. ‘Aku dah tahu Naz. Nak di jadikan berita ni sedap lagi, syarikat yang aku berkerja sekarang ni, syarikat papa dia. Lagi satu, sekarang ni dia jadi second boss aku. Tiap-tiap hari lah aku kena mengadap muka dia.

Terjatuh rahang Nazri. Rupa-rupanya Hafni telah mengetahui mengenai Idham. ‘Kau macam mana sekarang ni? Suami kau kata apa?’

Hafni geleng kepalanya. ‘Suami aku tak tahu lagi Naz. Kalau aku bagi tahu, mesti dia suruh aku berhenti kerja. Sebelum ni pun, dia ada offer aku bekerja di syarikat papanya. Aku tolak tawaran dia. Buat masa ni, biarlah aku kerja dahulu dekat Haslam Holdings. Aku dengan Idham dah lama jadi sejarah. Mungkin selesai semua projek aku di Haslam Holdings, aku akan mempertimbangkan semula tawaran suami aku tu.’

Nazri tabik dengan cara pemikiran Hafni. dia masih menjaga harga diri Idham walaupun Idham telah mengkhianatinya. Iphone Hafni berbunyi. Mesej dari Luqman. ‘Okay Naz, suami aku dah sampai. Aku gerak dulu.’

‘Kirim salam dekat suami kau.’ laung Nazri.

Pintu kereta dibuka dari luar. Luqman tersenyum melihat wajah Hafni. ‘Maaf lambat. Dah lama abang tunggu?’

It’s okay sayang. Ada dalam lima minit. Macam mana latihan? Okay tak?’ Luqman mula memandu pulang ke rumah.

‘Alhamdulillah. Nazri kirim salam dekat abang.’ Hafni menyampaikan  pesanan Nazri.

Serta merta darah Luqman menyerbu naik ke muka. Dia tidak mengenali lelaki yang bernama Nazri. Adakah lelaki yang pernah ditemuinya bersama Hafni di pusat boling tempohari.

‘Boleh abang tanya sayang sikit?’

‘Apa dia?’

‘Siapa Nazri? Abang kenal ke?’

Hafni tersenyum. Dia tidak mahu berahsia dengan suaminya. ‘ Nazri tulah yang abang pernah dia dengan Af masa dekat pusat boling tempohari.

Kejap Luqman menggenggam stereng kereta. Muka Luqman bertukar menjadi kelat. Hafni dapat membaca wajah suaminya. Perlahan-lahan tangannya menyentuh tangan Luqman. Hati Luqman yang panas tiba-tiba sejuk apabila disentuh Hafni.

‘Apa sebenarnya hubungan sayang dengan Nazri? Abang minta maaf kalau pertanyaan abang ni terlalu mendesak sayang.’

‘Untuk pengetahuan abang, Af dah berkawan dengan Nazri dari sekolah menengah hinggalah sekarang. Sebab tu af rapat dengan Nazri. Nazri pernah ada perasaan dengan Af tapi Af tak boleh nak terima perasaan dia. Af lebih sayangkan persahabatan Af dengan Nazri.’ Hafni merungkai segala yang yang telah berserabut di dalam fikiran Luqman.

‘Betul sayang tak da perasaan dengan Nazri?’ duga Luqman.

‘Sikit pun tak da abang. Sekarang ni af cuba belajar untuk sayang suami Af je.’

Hilang semua segala persoalan yang selalu bermain di benaknya. Terungkai sudah segala kekusutan. Wajah Luqman yang mendung bertukar ceria. ‘Abang nak minta maaf juga kat sayang sebab abang dah tersalah sangka. Abang ingatkan af ada hubungan dengan Nazri.’

‘Lain kali jangan buat lagi. Kalau ada apa-apa yang abang musykil, abang tanya je kat Af. Tak da yang Af nak selindungkan dari abang.’

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22