Abangku Suamiku Bab 4


            “ Amboi si Mika tu. Kita belum sampai lagi, dia dah menunggang dulu!” omel Tipah.
            Aku buat-buat tak dengar dengan omelan Tipah.Pintu kereta ku tutup segera lalu meninggalkan Tipah sendirian.Kakiku melangkah menuju ke pejabat sebelum ke kabin kuda.Tipah hilang entah ke mana.Mungkin sibuk mengejar Mika yang telah menunggang kuda.Pintu pejabat ku tolak perlahan.Kelihatan kak Ton sibuk menaip sesuatu di komputer.
            “ Assalamualaikum.” Ucapku.
            “ Walaikumsalam. Ya Allah! Hana.Lamanya tak jumpa.Hana sihat?” terkejut kak Ton melihat aku terpacul di hadapannya.Bergegas kak Ton memeluk tubuhku.Habis satu persatu wajahku dibelek oleh kak Ton.
            “ Cukup-cukuplah tu belek muka Hana tu. Naik rimas abang yang menengoknya Ton.” tegur abang Isma yang muncul entah dari mana.
            “ Ala abang ni. Tak kan Hana pun abang nak cemburu ko?”
            “ Tak da masanya abang nak cemburu dengan Hana. Tak kesian ke Ton tengok Hana tu?”
            “ Ye lah tu abang oi. Manalah Ton tak belek muka Hana ni. Dah berapa lama Hana tak datang sini. Makin kurus Ton tengok Hana ni. Sampai ‘Black’ pun merajuk dengan kita sebab tuan puteri dia tak datang jenguk.”terang kak ton panjang berjela.
            “ Ada-ada je lah awak ni Ton. Kalau dah tahu ‘Black’ tu rindu kat tuan dia, janganlah tahan tuan dia lama-lama kat sini.”
            “ Hana pergilah jenguk ‘Black’ tu. Nanti, kalau kerja akak dah siap, akak cari Hana kat ladang.” tutur kak Ton.Aku hanya menurut kata kak Ton.Kak Ton ku tinggalkan bersama abang Isma di pejabat.
            Sempat juga aku melihat kawasan sekitar ladang kuda kepunyaan sepenuhnya arwah daddy.Ada satu dua pembaharuan yang telah dibuat. Walaupun ladang kuda ni telah diserah milik kepadaku, pengurusan sepenuhnya dikendalikan oleh abang Isma dan kak Ton yang telah lama berkhidmat dengan arwah daddy dan mummy. Kelihatan ‘Black’ sedang dibersihkan oleh petugas  teruja melihat kehadiranku. Aku menyambung tugas menyikat rambut ‘Black’.Sempat jugak aku berbual bersama ‘Black’.Siap membersihkan ‘Black’, aku membawa ‘Black’ keluar. Sejak Tipah dan Mika mula berkawan dengan rapat aku, kami mula berkongsi minat yang sama sehingga Mika dan Tipah meletakkan kuda-kuda kepunyaan mereka di ladangku.
            Mika dan Tipah menunggang kuda menghampiri aku yang berada di tepi pokok.Kelihatan wajah cemberut Mika dan Tipah.“Ni dah kenapa?” soalku untuk kepastian.
            “ Musuh tradisi kau ada kat sini.” jawab Mika pendek.
            “ Musuh aku yang mana pulak ni?” aku confuse.
            “ Banyak sangat ke musuh kau Hana?” Tipah mengajukan pertanyaan bukannya menjawab pertanyaan ku.
            Aku garu kepala yang tidak gatal.Banyak sangat ke musuh aku?Aku bertanya diriku sendiri.“ Jap. Jap.Jap.Setahu aku, musuh utama aku, Zara anak pakngah. Musuh suam-suam kuku aku pulak, bang Rizz. Yang mana satu musuh aku yang kau cakapkan ni?”
            “ Musuh nombor satu kaulah Hana. Siapa lagi kalau bukan Zara Arlysa.Tahu-tahu je kau ada kat sini.” sahut Mika dengan muka meluat.
            “ Dah nama pun sepupu aku. Lari mana sekalipun, pasti jumpa juga. Biarlah si Zara tu. Janji dia tak kacau aku.Dah.Tak payah nak membebel kat sini.Aku nak berjalan-jalan dengan my darling. Jom cuci mata.” malas aku hendak berborak pasal Zara. Tiada faedahnya.
            Dari jauh sepasang mata sedang leka memandang dari jauh. Hatinya mula membara melihat kelibat Mika di samping Hana. Ikutkan amarahnya, mahu sahaja dia menarik Hana pulang bersamanya. Sabarnya masih bertahan. Hana yang teruja dapat menunggang ‘Black’ lupa dengan hal sekelilingnya. Perlahan-lahan Hana menyusuri denai diikuti Tipah dan Mika di belakangnya.
            Sebaik tiba semula di perkarangan kandang, melulu seekor kuda dari arah bertentangan. ‘Black’ tiba-tiba hilang pertimbangan dan aku gagal mengawalnya. Tanpa sempat membuat apa-apa, akhirnya aku tersemban menyembah bumi. Pada awalnya, aku sempat mendengar suara memanggil namaku dan lama kelamaan panggilan itu hilang begitu sahaja.
            Rizzman yang semenjak tadi mengekori Hana terkejut dengan apa yang berlaku. Bagai halilintar, Rizzman berlari mendapatkan isterinya. Berulang kali dia menepuk-nepuk pipi Hana sambil memanggil nama Hana namun panggilannya tidak bersahut. Mencerlung Rizzman memandang tuan empunya kuda yang melulu menyebabkan kemalangan isterinya. Rupa-rupanya Zara Arlysa sepupunya sendiri.
            ‘Eh! Abang Rizz pun ada kat sini? Bila Abang Rizz balik dari luar negara?’ suara Zara separuh menggoda.
            ‘None of your business. What have you done to Hana? Are you out of your mind Zara?’ jerkah Rizzman.
            ‘Hana tu tak ada apa-apa la abang Rizz. Setakat jatuh kuda apalah sangat. Saje buat-buat pengsan.’
            ‘Kau doktor ke sampai boleh tahu yang Hana tak apa-apa kalau jatuh dari kuda. Kau ingat Hana ni anak patung?’ Tipah hilang sabar melihat perempuan meroyan.
            ‘Stop it both of you. And you Zara, if anything happen to Hana, you watch out.’ Rizzman memberi amaran keras sebelum mencempung Hana lalu dibawa ke hospital. Mika dan Tipah turut mengekori dari belakang.
            Hasil pemeriksaan doktor peribadi Tan Sri Razlan, kecederaanku tidaklah seteruk mana. Hanya kakiku terkehel sedikit. Doktor Amirah sempat berpesan padaku agar mengurangkan aktiviti luar sementara kakiku pulih sepenuhnya. Siap memberi ubat buatku, abang Rizz menghantar doktor Amirah hingga ke pintu utama. Tinggal Tipah sahaja yang ada di dalam bilikku manakala Mika menunggu di dalam kereta. Entah bila, aku pun tidak sedar kepulangan Tipah. Usai menelan ubat penahan sakit, aku dibuai lena.
            Rizzman tersandar di muka pintu. Pandangnya ditala ke arah isterinya. Kehadiran mamanya langsung tidak disedari.
            ‘Jauh termenung Rizz.’ Ujar Puan Sri Maimon.
            ‘Mama! Rizzman terkesima.
            ‘Rizz tak payahlah risau. Hana selalu macam tu. Tak pernah nak ambil berat tentang keselamatan kalau dah leka menunggang.’
            ‘Kali ni Hana jatuh bukan sebab kelalaian Hana, ma.’ Jawab Rizzman tergantung.
            ‘Apa maksud Rizz, bukan sebab kelalaian Hana? Rizz jangan kata ada orang sengaja buat Hana jatuh. Siapa Rizz? Beritahu mama.’ Puan Sri Maimon inginkan kepastian.
            Rizzman meraup wajahnya. Dia sudah terlepas cakap. ‘Mama tak payah la risau. Tahulah Rizz nak selesaikan.’
            Puan Sri Maimon kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh anaknya. Puas dia memujuk Rizzman tetapi tidak berhasil. Puan Sri Maimon meninggalkan Rizzman sendirian. Mungkin anaknya memerlukan masa untuk memberitahunya.
Kepalaku masih berdenyut apabila aku terjaga dari lenaku. Hilang denyutan di kepala pabila melihat abang Rizz tidur di sebelahku. Mana tidaknya, tangannya siap melingkar di pinggangku. Pandanganku ditala ke seluruh ruang bilik. Ternyata aku di dalam bilikku. Pandanganku jatuh ke badanku pula. Baju yang aku pakai tadi telah bertukar. Begitu juga dengan seluarku. Tanpa perlu menggunakan mikrofon, bergegar Villa Anggerik dengan jeritanku.
Abang Rizz terpisat-pisat bangun mendengar jeritanku. ‘Tak kan jatuh kuda dah meroyan?’ sinis sindirannya buatku.
‘Aha! Meroyan sebab ada lelaki tidur sekatil dengan Hana. Ni bilik Hana. Apa abang Rizz buat dalam bilik Hana?’ geramku bertambah dengan sindirin abang Rizz.
I’m your husband. You should thanks to me because I saved you.’   Angkuh jawapan suami aku ni.
Yeah! Thanks a lot and get out from my room.’ Tempikku sudah tidak tertahan sabarku melihat wajah abang Rizz.
Apa yang paling mengejutkan aku, abang Rizz menurut sahaja kemahuanku. Kakinya mula melangkah meninggalkan bilik tanpa memandang ke belakang. Comforter ditaburi bunga merah ku selak ke tepi. Baru saja aku ingin berdiri, sakitnya mencucuk bukan kepalang sehingga terduduk aku dibuatnya. Aku meraung sekuat hati seperti anak kecil.
Tergesa-gesa abang Rizz masuk semula ke dalam bilikku. ‘ Siapa suruh turun katil. Tak ke duduk diam kat atas katil tu.’ Sedas aku dimarahi.
Nak je aku tunjal jariku di dahi abang Rizz. Manalah aku tahu yang kakiku tercedera. Dai pun tak cakap apa-apa. ‘Hana nak pergi bilik air. Tak kan nak membuang atas katil pulak?’
‘Ada mulut. Panggillah orang minta tolong. Tadi menjerit pandai pulak.’ Pedas kata-kata abang Rizz. Terus sahaja abang Rizz mendukungku tetapi aku terlebih dahulu menepis tangannya yang cuba menyentuhku.
‘Abang  Rizz nak buat apa ni?’ jeritku tidak berpuas hati.
Merona wajah abang Rizz memandangku. ‘Tadi kata nak pergi bilik air. Hana ingat, Hana boleh berjalan dengan keadaan kaki macam ni?’ naik satu oktaf suara abang Rizz.
Aku menggigit bibir. Sejak aku terjatuh, biul kepalaku dibuatnya. Mama yang mendengar perang mulut kami berdua tiba-tiba terpacul di muka pintu. ‘Ya Allah Hana. Hana tak apa-apa ke? Kenapa Hana terduduk kat atas lantai ni Rizz?’
‘Mama tanyalah anak kesayangan mama ni. Orang nak tolong, ditengking-tengkingnya.’ Rizzman bangun memberi ruang kepada mamanya.
‘Kenapa ni sayang? Kan abang Rizz nak tolong Hana.’
‘Hana tak perlukan pertolongan abang Rizz. Mama tolong Hana boleh? Hana nak masuk bilik air.’ Rayuku pada mama. Sempat lagi abang Rizz mencebirkan bibirnya.
‘Hana sayang. Manalah mama larat nak angkat Hana. Kalau Hana umur empat tahun, bolelah mama dukung Hana. Hana dah dua puluh empat tahun. Tak laratlah mama sayang.
Belum sempat aku menjawab, tubuhku terlebih dahulu telah dicempung oleh abang Rizz dan lalu membawa aku masuk ke bilik air. Terkejut pun ada. Nak marah pun ada. Siap meletakkan aku di atas mangkuk tandas, boleh pulak abang Rizz duduk tercegat memandangku.
‘Tunggu apa lagi? Keluarlah.’ Usirku selamba.
‘Terkulat-kulat abang Rizz diusir oleh ku. Segera aku menutup pintu. Kenapalah masa-masa begini perutku meragam. Arghhh.. Malunya bukan kepalang. Proses pembuangan ku telah lama selesai. Sengaja aku berkurung lebih lama di dalam bilik air. Pili air di singki sengaja aku buka. Pastinya menyumpah-nyumpah abang Rizz yang menunggu aku di luar.
Ketukan pintu bilik air bertalu-talu dari luar. ‘Hana buat apa lama-lama dalam bilik air tu. Membuang air ke atau tidur kat dalam tu?’ teriak abang Rizz dari luar.
Aku yang mendengar berdekit-dekit ketawaku. Ada ke patut abang Rizz kata aku tidur dalam bilik air. ‘Kejaplah. Perut Hana meragam ni.’ Sengaja aku membakar kesabaran abang Rizz. Tak sempat aku hendak mengenakan abang Rizz, abang Rizz lebih awal mengatur langkah. Pintu air dibuka dari luar. Nasib baik tiada pertunjukan percuma.
‘Tak boleh ke bagi privasi sikit kat Hana.’ Aku bertanya setelah terkantoi.
Pertanyaanku tidak berjawab sebaliknya tubuhku dicempung keluar oleh abang Rizz. Aku memandang ke arah lain kerana tak sanggup melihat wajah abang Rizz yang tidak berperasaan. Tubuhku diletakkan di atas katil. Abang Rizz meninggalkan aku tanpa kata. Terasa payah untuk ke sana sini sejak kakiku tercedera sedangkan baru beberapa jam kecederaan yang aku alami. Ini kan pulak perlu menunggu dalam beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya. Baru beberapa mini berbaring di atas katil, aku mula dilanda rasa bosan. Ingin ber ‘whatsapp’ dengan Tipah, telefonku hilang entah ke mana. Puas aku cari tapi tidak jumpa langsung.
‘Maaf Feez sebab kau tunggu lama.’ Tutur abang Rizz menyesali kelewatannya.
‘Tak da hal lah Rizz. Sempat jugak aku jamah jemput-jemput mak Jah. Dah lama aku tak rasa jemput-jemput mak Jah. Apa kes lambat bro?’
‘Hana kemalangan. Jatuh kuda.’
‘ Ya Allah. Teruk ke Rizz?’ Tanya Amirul Hafeez teman baik Rizzman sejak dibangku sekolah.
‘Kaki Hana terkehel sikit. Dia tak boleh nak lasak sangat kalau nak cepat pulih.’ Komen Rizzman tidak beriak.
‘Sayang jugak kau kat Hana tu Rizz. Bukan kau tak setuju ke perkahwinan kau dengan Hana?’
‘Suka tak suka, aku kena terima Feez. Hana tu dah tanggungjawab aku.’
‘Kalau dah suka, cakap je. Tak payah nak dolak dalih Rizz. Tengok air muka kau aku dah tahu.’
‘Hai Feez. Bila masa pulak kau jadi ahli nujum tak bertauliah ni. End of story. Apa cer....’ belum sempat Rizzman menghabiskan katanya, mak Jah dengan nafas tercungap-cungap mendapatkan Rizzman.
‘Rizz cepat!’ tutur mak Jah separuh. Mana tidaknya, tak cukup nafas tua mak Jah dibuatnya.
‘Ya Allah. Bawa istigfhar mak Jah. Nafas betul-betul dulu. Lepas tu baru mak Jah cakap.’
‘Hana.. Rizz. Dia terjatuh tangga.’
Dah macam Watson Nyambek, abang Rizz berlari masuk ke dalam rumah. Terlihatkan wajahnya begis ibarat singa, sengaja aku menayang muka cute mute aku.
‘Tak boleh duduk diam-diam ke dekat dalam bilik tu.’ sergah singa yang sedang kelaparan.
‘Sebab tak boleh nak duduk diam-diam la, Hana pose baik kat sini.’
‘Menjawab je tahu!’ sekali lagi naik satu oktaf suara abang Rizz. Mak Jah yang sedari tadi ada di tepi tangga hanya menjadi penonton setia.
‘Mak Jah tolong Hana turun bawah.’ Pintaku.
Terkebil-kebil mak Jah memandang wajah abang Rizz. Masakan tidak, mencerlung pandangan abang Rizz terhadap mak Jah yang berura-ura ingin membantuku. Memahami pandangan mata abang Rizz, mak Jah berundur ke belakang. Aku yang leka memandang mak Jah, terasa tubuhku dicempung. Nak heart attack aku apabila wajah abang Rizz agak dekat denganku. Mamat ni pun satu, kot iya pun suka dukung aku, bagilah hint awal-awal. Ni main terjah je. Aku yang berada dalam dukungan hanya diam membisu.
Sampai sahaja di ruang tamu, abang Rizz meletakkan aku di atas sofa. Aku yang masih terkejut hanya mendiamkan diri.
‘Hana okay ker?’ tegur seseorang di belakang.
Cepat-cepat aku menoleh ingin melihat siapa empunya suara.
‘La.. abang Feez rupanya. Hana okay. Ada singa kelaparan tolong Hana tadi.’
‘Baiknya singa kelaparan tu tolong Hana. Nasib baik dia tolong Hana, kalau dia terkam Hana...’ jawab abang Feez yang telah pun duduk di salah satu sofa di ruang tamu.
Berderai tawa aku.  Tak ingat dunia ketawa sampai ditegur oleh abang Rizz. ‘Ketawa tu beringat sikit Hana Qusandria!’
Terus tangan aku menekup mulut. Abang Feez yang turut sama berada di ruang tamu pula ketawa terbahak-bahak. Bertambahlah sakit hati abang Rizz bila abang Feez tidak berpihak padanya.
‘Apa yang kelakar sangat Feez?’ dingin suara abang Rizz.
‘Sabar bro. Tak kan aku pun kena jugak?’

‘Kau pun sama Feez. Kau layanlah si Hana ni.’ Terus abang Rizz menghilangkan diri naik ke tingkat atas. Aku dan abang Feez berpandangan sesama sendiri. Inilah peluangku untuk berborak dengan abang Feez. Lagipun dah lama aku tidak berjumpa dengan abang Rizz. Memang silaplah abang Rizz tinggalkan kami berdua.

Comments

  1. lama menghilang akhir ada update. Gila garang si Hana kerjanya menjerit jer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22