Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 26

BAB 26
Idham tersedar dari lenanya. Jam yang berada di atas meja di tepi katilnya di capai. Lapan setengah pagi. Dia kesiangan. Kepalanya terasa pening. Semuanya gara-gara dia lewat tidur semalam. Segera Idham meloncat turun dari katil menuju ke bilik air. Sepuluh minit berlalu, Idham siap berpakaian kemas untuk ke pejabat. Tergesa-gesa Idham menuruni anak tangga. Kebetulan mummynya berada di meja makan. Idham singgah sebentar untuk menyalam tangan mummynya.
‘Am dah lewat mummy. Tak sempat nak sarapan.’
‘Tak payahlah kamu nak terkejar-kejar Am. Mummy dah cakap kat daddy yang kamu lambat sikit masuk pejabat.’ tegur Datin Ilyani.
Idham menarik nafas lega. ‘Terima kasih mummy.’
‘Tak selesai lagi ke masalah kamu Am. Lewat kamu masuk tidur semalam. Kan tak pasal-pasal kamu terlewat nak ke pejabat.’ Datin Ilyani mula berleter.
‘Belum lagi mummy. Am minta maaf mummy. Lagipun mata Am tak boleh nak lelap semalam. Am janji, Am tak buat lagi.’
‘Bunga bukan sekuntum Am. Mummy terima siapa sahaja calon menantu mummy. Asalkan baik budi pekerti dan tahu jaga maruah keluarga.’ mendalam maksud kata mummynya.
            Idham menghirup air kopi di dalam cawan. Beberapa sudu mee hoon goring masuk ke dalam mulutnya. Cukup sekadar mengalas perut. Idham bangkit. Tangan dihulur kepada Datin Ilyani. Datin Ilyani mengeleng kepala mengenangkan sikap anak bongsunya.
            Laju langkah Idham masuk ke bilik. Dia menghempaskan tubuhnya di kerusi kerjanya. Fail yang berada di atas meja mula diselak perlahan-lahan. Laporan progress projek di Bangi yang di uruskan oleh Hafni menjadi tatapan matanya. Butang interkom ditekan.
            ‘Kak Nora, kenapa fail laporan projek di Bangi ada atas meja saya?’ Idham bertanya untuk kepastian.
            ‘Dato’ minta Encik Idham ambil alih pantau progress projek di Bangi bersama Puan Hafni. Dato’ nak Encik Idham turun padang sekali.’ jelas Kak Nora merangkap pembantu peribadinya.
            ‘Terima kasih Kak Nora.’ Kini baru Idham mengerti. Daddynya seperti tahu isi hatinya. Ini peluang untuknya merebut Hafni kembali. Dia tidak akan mensia-siakan peluang yang telah terbuka di luas buatnya.

            Maklumat yang baru disampaikan oleh Irah membuat jantungnya berhenti berdegup. Dia terpaksa bekerja dengan musuhnya. Siapa lagi kalau bukan Idham. Dato’ Haslam meminta dirinya untuk memberi tunjuk ajar kepada Idham. Hafni serba salah untuk menolak. Dia terpaksa akur. Pen di tangannya dicampak ke atas meja. Iphonenya berbunyi menandakan mesej baru sahaja di terima. Mesej yang tidak disangka oleh Hafni. Nazri pengirim mesej yang baru tiba.
            Lama menghilang. Bila nak datang latihan silat?
            Ligat tangan Hafni menaip mesej.
            Sibuk sikit. Memang nak datang tapi tak da masa terluang. Hari ni ada latihan ker?
            Sekali lagi bunyi mesej masuk.
            Hari ni ada latihan. Kalau free, datanglah. Budak-budak pun dah bising bertanya pasal kau.
            Sepantas kilat Hafni membalas mesej Nazri.
            Thanks Naz. Aku tanya suami aku dulu. Nanti kita jumpa kat gelanggang.
            Iphonenya diketuk perlahan-lahan. Dia sedang membuat pertimbangan untuk menghantar mesej kepada Luqman meminta izin untuk hadir latihan silat pada sebelah malam. Perasaan takut datang menerpa. Takut Luqman tidak membenarkannya. Hafni tawakal. Siap menaip mesej, butang send segera ditekan. Harap-harap Luqman memberi respons yang positif desis Hafni.
            Lama Hafni menunggu. Mesejnya tidak berbalas. Hafni kecewa kerana Luwman tidak memahami dirinya. Iphonenya di biarkan sepi. Hafni kembali memberi tumpuan semula kepada kerja yang berlambak. Ketekunannya terhadap kerja menyebabkan dia lupa melihat jam di tangan. Waktu rehat tiba menjengah. Hafni malas untuk keluar. Perutnya masih terasa kenyang. Langkahnya diatur ke arah sofa hitam yang berada di dalam biliknya. Hafni meregang badannya yang terasa lenguh. Matanya terasa mengantuk. Hafni membaringkan tubuhnya di atas sofa. Entah bila, matanya terus terlelap di tambah dengan kesejukan alat penghawa dingin.
            Luqman terpacul di hadapan meja kerja Irah. Irah terkejut sehingga tak terkata. Selama ini, dia hanya melihat Luqman di dada majalah. Kali ini, dia berpeluang melihat dari dekat. Bertuah Puan Hafni memiliki suami sekacak Luqman.
            ‘Cik okay ke tak ni?’ soal Luqman.
            ‘Maaf Encik Luqman. Selama ni saya hanya dapat melihat Encik Luqman di dada akhbar dan majalah. Tapi hari ni saya jumpa Encikk Luqman secara live. Encik Luqman nak jumpa Puan Hafni ke?’ Irah gementar berhadapan dengan suami majikannya.
            ‘Yup. Puan Hafni ada?’
            ‘Ada. Saya inform Puan Hafni dulu.’  pantas tangan Irah mencapai ganggang telefon untuk memberitahu majikannya.
            ‘Hmmm.. Tak payah inform dia. Saya nak buat surprise.’ pinta Luqman sambil menunjukkan sejambak bunga tulip di tangannya.
            Irah tersenyum. Kebetulan bosnya tiada urusan luar hari ini. Bahagianya Puan Hafni mempunyai suami yang romantik desis Irah sendirian. Luqman menolak pintu bilik Hafni. Kosong. Hafni tiada di meja kerjanya. Luqman terpandang susuk tubuh sedang terbaring di atas sofa. Luqman menghampiri sofa hitam. Dia duduk di sisi Hafni yang lena. Raut wajah Hafni ditatapnya. Bermula dari dahi hinggalah pandangannya jatuh pada bibir merah Hafni. Kali terakhir dia cium Hafni ketika mereka terbabas gara-gara Hafni tersedar dari tidur dalam perjalanan ke tapak projek.
            Seperti ada tarikan magnet, bibir Luqman semakin hampir dengan bibir Hafni. hanya kedengaran nafas Hafni begitu juga Luqman. Luqman was-was. Namun jiwa lelakinya bergelodak hebat. Kelihatan isterinya cukup menggoda ketika tidur. Tanpa sedar, bertemu jua bibir mereka. Luqman cepat-cepat berundur. Tiada respons dari isterinya. Luqman mencuba sekali lagi. Kali ini cubaannya gagal. Isterinya telah sedar. Hafni masih mamai. Kelihatan seperti ada susuk tubuh yang amat dikenalinya. Bibirnya terasa hangat. Sakit kepalanya mula berkurangan. Pandangannya mula jelas. Dia melihat suaminya berada di sisinya.
            Hafni agak terkejut dalam masa yang sama bibirnya terukir senyuman melihat sejambak bunga tulip di tangan Luqman. Luqman yang faham dengan maksud senyuman isterinya, segera menghulurkan jambangan bunga. Senyuman Hafni kian melebar. Jambangan bunga bertukar tangan. Hafni mengira kuntuman bunga tuip yang ada. Kesemuanya dua belas kuntum. Lantas jambangan bunga itu Hafni cium. Segar dan wangi.
            ‘Terima kasih. Macam mana awak tahu saya suka bunga tulip?’ Hafni mengaju soalan tiba-tiba.
            ‘Rahsia. Mana boleh bagi tahu.’ jawab Luqman sombong.
            Hafni menjelir lidah. Dia leka dngan jambangan bunga yang di perolehinya. Luqman tidak dihiraukannya.
‘Bolehlah abang dapat hadiah seperti yang dijanjikan.’ Luqman mengingatkan isterinya tentang janji yang dibuatnya sebelum ini.
            Gulp!!!! Hafni menelan air liur. Dia tidak menyangka Luqman dapat mengetahui bunga kesukaannya secepat itu. Bersediakah Hafni untuk menunaikan janjinya. Hafni diam membisu.
            ‘Sayang……’ seru Luqman.
            Tiada jawapan. Fikiran Hafni menerawang entah ke mana.
            ‘Sayang okay ke tak ni?’ sekali lagi Luqman bertanya. Kali ini , tangannya menyentuh tangan isterinya.
            Nasib baik jambangan bunga tulip tidak melayang. Hafni tersedar.
            ‘Hmmmm….. Saya okay. Saya lupalah hadiah apa yang saya janjikan dulu kat awak tempohari.
            Kelat wajah Luqman. Hafni sengaja mempermainkannya. Luqman membelakangkan Hafni. Gayanya orang merajuk. Hafni membetulkan kedudukan tubuhnya agar lebih selesa. Kini dia betul-betul berada di belakang Luqman. Jambangan bunga di letakkan di atas meja. Lembut tanganya menyentuh bahu Luqman.
            ‘Orang tua kalau merajuk, buruklah abang.’ tegur Hafni.
            Luqman tidak mengendahkan teguran Hafni. dia masih tidak perasan panggilan yang digunakan oleh Hafni.
            ‘Abang tak sayang Af ke? Kalau abang dah tak sayang Af, Af cari  yang lain lah macam ni.’
            Sepantas kilat Luqman berpusing menghadap Hafni. Pipi Hafni dicubitnya.
            ‘Berani sayang nak cari orang lain. Tak kan ada lelaki lain yang boleh memiliki sayang kecuali abang seorang.’ gertak Luqman.
            Hafni tersenyum. Seperti yang dijangkanya. Luqman jenis yang senang dipujuk. ‘Hmmmm…. Tahu takut. Ingatkan abang dah tak sayang Af.
            ‘Gila tak sayang. Sekejap. Cuba sayang ulang balik ayat terakhir sayang tadi. Abang tak dengar.’ pinta Luqman.
            ‘Ayat yang mana? Tak kan tak dengar.’ Hafni buat tak tahu.
            ‘Ayat yang last tadi. Please sayang…. Please…’ Luqman separuh merayu.
            Hafni malu. ‘Ingatkan abang dah tak sayang Af.’
            Jelas dan terang kedengaran di gegendang telinga Luqman. Giliran Luqman pula tersenyum lebar. ‘Ni yang bertambah sayang abang dekat sayang.’
            Dek terlampau teruja dengan hadiah yang diberikan oleh isterinya, spontan Luqman memberikan ciuman kepada Hafni. Bukan di pipi sebaliknya di bibir merah Hafni. Dalam masa yang sama, Hafni terkejut bukan di sebabkan ciuman suaminya sebaiknya terkejut dengan kehadiran Idham di dalam biliknya.
            Semuanya yang berada di dalam bilik terkejut dengan kehadiran yang tidak di duga. Luqman berlagak selamba. Tiada apa yang perlu di sembunyikan. Hubunganya dengan Hafni adalah sah. Silapnya, kejadian tadi berlaku bukan di tempat sepatutnya.
            ‘Sorry Af. Am tak tahu yang Af ada tetamu.’ akui Idham terlebih dahulu.
            ‘Nope. It’s okay. Irah tak da kat depan ker?’ soal Hafni.
            Idham menggelengkan kepalanya.
            ‘By the way abang, ni Encik Qairul Idham, my new second boss. Actually Encik Idham ni anak Dato’ Haslam.’ terang Hafni.
            Luqman menangguk kepalanya. ‘Encik Idham nice to meet you. Maaf, kita berkenalan dalam keadaan yang tak di duga. Luqman Haqeem, Hafni husband.’
            ‘Nice to meet you Encik Luqman. Maaf sebab ganggu you all. I’ll see you again Encik Luqman. Af, I keluar dulu.’ tutur Idham.
            ‘Okay.’ jawab Hafni dan Luqman serentak.
            Suasana kemali sunyi tiba-tiba. Mungkin kerana kejutan yang baru berlaku. Lama mereka berkeadaan sedemikian.
            ‘Boleh tahan bos sayang.’ Luqman cuba menceriakan suasana.
            ‘Iya? Suami Af lagi kacak oranngya.’
            Kembang Luqman dibuatnya. Buat pertama kali, Hafni memuji dirinya. Hafni bangun dari sofa hitam dan melangkah ke meja kerjanya bersama jambangan bunga di tangannya. Luqman ditinggalkan sendirian di sofa. Hafni melabuhkan duduknya di kerusi kerjanya dengan menghala pandangannya ke arah Luqman.
            Kelat muka Luqman. Baru sahaja dia ingin bermanja dengan isterinya, sebaliknya Hafni membiarkan dirinya keseorangan.
            ‘Kenapa sayang duduk jauh dari abang? Abang tengah happy ni, tiba-tiba sayang buat tak tahu pulak.’ rengek Luqman.
            ‘Sudah-sudah tu Encik Luqman Haqeem. Sekarang ni kita kat Haslam Holdings bukannya dekat rumah kita. Kalau nak bermanja, tunggu bila kita kat rumah. Nasib baik kantoi dengan Encik Idham. Kalau Dato’ Haslam yang masuk tadi, tak ke naya kita.’ Bebel Hafni.
            ‘Ala…. Tak kan Dato’ Haslam tu nak buang pekerja kesayangan dia gara-gara kantoi. Lagipun kita dah halal. Sayang milik abang yang mutlak dan sah.’ belum pun sempat Luqman menghabiskan kata-katanya, Hafni terlebih dahulu menyampuk.
            ‘Dah-dah. Saya tak nak dengar hujah-hujah Encik Luqman. Nanti saya tarik balik panggilan saya tadi macam mana?’ Hafni mengertak.
            ‘Sayang abang dah pandai main ugut-ugut. Okay.. Sayang menang kali ni. Abang pun dah lewat ni. Petang ni abang kena jumpa client. Kita jumpa kat rumah nanti.’ ujar Luqman yang telah tercegat di sebelah Hafni.

            ‘Take care. Jumpa kat rumah nanti.’ Hafni  menyalam tangan Luqman manakala Luqman membalas dengan mencium ubun-ubun isterinya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22