Abangku Suamiku Bab 3


            “ Arghh!” Bergema tingkat dua villa anggerik dengan suara aku. Mana tidaknya, elok-elok je aku buka mata, wajah abang Rizz betul-betul depan mata aku. Yang paling best, abangdapat penyepak sulung dari aku.Penyudahnya terjatuh abang Rizz dari katil.Dah macam nangka busuk.Naik roboh pintu bilik diketuk mama.Terkial-kial aku turun dari katil dengan comforter berbalut di badan.
            “ Kenapa Hana terjerit-jerit subuh ni. Nasib baik mama tak kena serangan jantung” memetir suara mama.
            “ Mama tanya Hana? Sepatutnya Hana yang tanya kenapa Hana boleh tidur dalam bilik abang Rizz ni?”
            “ Dia yang tidur berjalan lepas tu sibuk nak tanya macam mana boleh tidur dalam bilik orang lain.” bidas abang Rizz di tepi katil.
            “ Ya Allah Rizz. Kenapa kamu tidur kat atas lantai tu. Katil punyalah besar mama sediakan.” sekali lagi mama sakit kepala melihat perangai aku dan abang Rizz.
            “ Mama tanyalah anak kesayangan mama tu. Ada ke patut dia sepak Rizz sampai jatuh katil.Bisa tulang punggung Rizz ni hah!”
            “ Memang tak patut langsung. Tak bau syurgalah Hana oi.” jawab along yang kebetulan lalu di hadapan bilikku.
            “ Dah! Tak payah nak bertekak. Siap cepat. Papa dah tunggu kat bilik solat. Hana tolong Rizz tu. Cepat sikit.” pesan mama sebelum meninggalkan aku berdua.
            Rasa nak menjerit je bila mama buat-buat tak tahu. Aku memandang abang Rizz yang duduk di atas katil sambil tanganya memicit punggungnya. Terus sahaja aku berlalu meninggalkan bilik abang Rizz. Sempat jugak aku mencampakkan semula comforter kepunyaan abang Rizz. Panggilan abang Rizz aku buat-buat tak dengar. Baik aku bersiap sebelum mama membebel.
            Tak pasal-pasal abang Rizz kena sembahyang subuh secara duduk. Sakit di punggungnya masih bersisa. Tiba-tiba rasa bersalah datang menerjah. Usai solat subuh, aku terus turun ke dapur membantu mama menyiapkan sarapan pagi.Aku pura-pura buat x nampak jelingan mama kepadaku.
            “Hana jangan buat-buat tak nampak. Kenapa Hana biarkan abang Rizz macam tu je. Kan mama dah suruh Hana tolong abang Rizz!” memetir semula suara mama di dapur. Nasib baik papa buat dapur yang besar untuk mama. Kalau tak, mahu roboh rumah papa ni dengan nyaringan suara mama.
            “Sepatutnya Hana yang ditolong. Bukannya abang Rizz. Hana mangsa keadaan. Tahu-tahu je tidur sekatil dengan abang Rizz.”
            “Hana lupa ke atau buat-buat lupa. Hana kan isteri Rizz. Memang sepatutnya Hana tidur sebilik dengan Rizz. Selama ni pun duit belanja dan duit nafkah Hana, Rizz yang bagi.”
            Gulp! Apa yang baru diperkatakan oleh mama betul-betul buat aku terkejut. “Bukan ke selama ni mama kata tu duit belanja Hana.”
            “Memang betul. Duit belanja untuk Hana dari Rizz. Papa dan mama sepakat tak kan bagi Hana duit belanja. Hana dah jadi tanggungjawab Rizz.”
            “Tidak!! Separuh nyawa aku menjerit. Musnahlah harapan aku untuk lari dari cengakaman abang Rizz.
            “Sudah tu Hana. Tak payah nak buat drama dalam dapur ni. Cepat goreng nasi tu. Tak makan pulak orang dalam rumah ni ni nanti.” mama menyindir aku. Mak Jah yang berada di dapur turut tersengih mendengar sindiran mama.
            Siap menggoreng nasi, aku landing di sofa di ruang tamu bawah. Saluran cartoon network menjadi pilihan aku. Ogy & coakcroach menjadi santapan mataku. Dari duduk hinggalah terlentang aku dibuatnya melayan cerita Ogy. Sepasang mata asyik memerhatikan setiap gerak geriku. Bunyi batuk yang sengaja dibuat mengganggu kosentrasiku.
            “Dah macam ular sawa. Berlingkar depan tv. Apalah nak jadi dengan perempuan zaman sekarang ni.” baik punya abang Rizz sound aku.
            “Suka hati Hanalah nak jadi apa. Baik jadi ular senduk. Patuk terus gol.” aku tak mahu kalah.
            “Sikit-sikit menjawab. Siapkan makanan. Nak makan sekarang.” abang Rizz memberi arahan.
            “ Ambiklah sendiri. Hana sibuk.”
            “Eloklah tu. Tak cium bau syurgalah nampaknya.” pendek sahaja teguran abang Rizz tapi cukup menusuk ke kelabu. Aku mengetap bibir. Seperti ada sesuatu yang menarik aku untuk terus menuju ke dapur menyiapkan sarapan untuk mamat yang tiada berperasaan.Abang Rizz telah duduk di meja makan ketika aku sedang menyusun mangkuk berisi nasi goreng yang aku masak. Siap menyenduk nasi ke dalam pinggan dan menuang air ke dalam gelas, aku terus meninggalkan meja makan.
            Seperti dapat membaca fikiranku, namaku terlebih dahulu dipanggil.“ Nak ke mana? Ada sesiapa suruh tinggalkan meja makan ni ke?”
            Ibarat lembu dicucuk hidung, aku menurut sahaja kehendak tuan besar tak bertauliah. Sengaja aku menarik kerusi yang agak jauh dari abang Rizz. Belum pun sempat aku melabuhkan punggungku, aku disindir sekali lagi.“ Tak payah nak duduk jauh sangat. Duduk sini.” arah abang Rizz siap menarik kerusi di sebelahnya.
            Sedih betul dengan hidup aku sekarang ni. Belum pun sempat aku nak mengatur hidupku, ada orang lain terlebih dahulu mengatur hidupku. Malas hendak bertekak, aku hanya menurut sahaja kemahuan mamat yang tiada berperasaan. Dah macam anak raja lagaknya. Nak tambah nasi pun siap suruh aku sendukkan. Sabarlah wahai hati. Nama pun suami. Seperti memahami penderitaan jiwaku, mesej Tipah tiba-tiba menerjah masuk.
            Tipah mengingatkan aku tentang janji semalam. Dia akan menjemputku jam sembilan setengah pagi. Aku mengerling jam di dinding. Aku ada masa sejam lagi untuk ku bersiap. Cepatlah abang Rizz makan. Boleh aku naik ke tingkat atas untuk bersiap.
            “Siapa mesej?” abang Rizz bertanya terlebih caring.
            “Kawan.” jawabku acuh tak acuh.
“Kawan tu tak da nama ker?”
Hesyh!! Mamat tak da perasaan ni dah mula mencabar kesabaranku. “ I dont think you should know.” Aku lantas bangun terus mengutip pinggan kotor abang Rizz.Aku tidak betah lagi untuk terus duduk lama di sebelahnya sebelum agendaku dengan Tipah dihidu oleh abang Rizz.
Abang Rizz yang mendengar terbakar dibuatnya. Namun sempat lagi dia menahan amarahnya sedangkan wajahnya mula kemerahan. Segera aku menghilangkan diri dari pandangan matanya. Semestinya abang Rizz curiga terhadapku. Lebih-lebih lagi tentang mesej yang baruku terima.
Gembiranya sampai tak terkata. Nasib baik abang Rizz tidak banyak bertanya. Jika tidak, masak jugak aku nak menggoreng orang tua tu. Siap membersihkan diri, aku memilih t-shirt Polo berwarna biru gelap dipadankan dengan seluar khakis berwarna hitam. Manakala rambutku, ku ikat ala pony tail. Alamari kaca yang terletak di sudut bilik bilik ku hampiri dan topi yang biasa ku gunakan ketika menunggang ‘Black’ ku capai sebelum meninggalkan bilikku.
Ketika menjejakkan kaki di tingkat bawah, papa dan mama berada di meja makan sementara mamat yang tak berperasaan sedang membaca surat khabar di ruang tamu. TV yang bersiaran dibiarkan terbuka sahaja.Membazir sahaja tungkasku di dalam hati. Langkahku atur ke meja makan untuk bersalaman dengan mama dan papa sebelum aku meninggalkan rumah. Mama sudahku maklum terlebih awal tentang perancanganku untuk menjenguk ‘Black’. Usai bersalaman, aku mengatur langkah ke pintu utama. Tipah akan tiba bila-bila masa sahaja dengan menaiki red wagenku.
Saat melintas di ruang tamu, sengaja aku melajukan langkahku sebelum ditahan oleh orang yang tidak berperasaan. Sangkaanku meleset sama sekali. Belum pun sempat aku membuka langkah, abang Rizz terlebih dahulu bersuara.“Nak ke mana?” jerkah abang Rizz.
“Keluar dengan Tipah!” jawabku jujur.
“Siapa izinkan?”
“Mama dan papa” balasku lagi.
“Kenapa minta izin dengan mama dan papa? Sepatutnya kena minta izin dengan siapa?” abang Rizz mula naik angin.
“Sama je minta izin dengan sesiapa pun.” aku mula rimas.
“Jangan keluar.” tutur abang Rizz yang masih tekun membaca surat khabar.
Pada masa yang sama, kedengaran bunyi hon kereta. Teguran abang Rizz tidak ku endahkan.“Got to go.”Terus aku membuka langkah seribu.
“Hana!!” bergegar Villa Anggerik dengan jeritan abang Rizz.
Kecut perut aku mendengar jeritan abang Rizz. Seperti lipas kudung aku membuka pintu almari kasut dan mencapai kasutku. Dengan kaki ayam, aku berlari menuju ke arah red wagen. Selamat meloloskan diri di dalam kereta, aku segera menyuruh Tipah menekan pedal minyak sebelum usahaku menjadi sia-sia.
Pertanyaan Tipah tidak ku jawab. Nafasku masih belum teatur. Sempat jugak aku meninjau di cermin sisi melihat abang Rizz kalau-kalau dia mengejarku.
“Huhhhhhh!!!” aku menghela lega.
“Engkau ni dah kenapa Hana? Macam kena kejar hantu je?”
“Kau ni gelojoh sangatlah Tipah. Tunggulah nafas aku ni pulih. Dah aku tak cukup oksigen, macam mana aku nak jawab soalan kau. Setakat kena kejar hantu, aku okey lagi. Ni jembalang yang kejar aku.Tu yang aku tak cukup oksigen dibuatnya.”
“Kot iya pun nak membohong, tengoklah masa sikit. Pagi-pagi buta ni mana ada jembalang?’ Tipah angin satu badan.
“Jembalang ni, dia bukan keluar malam je, siang pun dia keluar. Lagi satu, jembalang ni educated.”
“Kau jangan cakap yang jembalang ni kau maksudkan abang Rizz, Hana?” duga Tipah.
“Tiba-tiba pulak otak kau cepat proses ye Tipah. Lagi pulak kalau pasal abang Rizz. Tak payah cakap pun kau dah tahu.”
“Tak baik kau cakap macam tu Hana. Buruk-buruk abang Rizz tu pun, dia suami kau yang sah.Sedih dia nanti kalau dia dapat tahu kau panggil dia jembalang.”
“Hidup aku ni lagi sedih. Pagi tadi aku bangun-bangun je, abang Rizz baik punya peluk aku.Jawapannya, dia jatuh katil disebabkan aku sepak dia. Bila mama datang, aku dipersalahkan.Siap suruh aku tolong abang Rizz lagi.Guess what?”
What?” soal Tipah.
“Aku tinggalkan abang Rizz macam tu je.”
“Kau ni hati batu lah Hana.” ujar Tipah.
“Suka hatilah kau nak cakap apa Tipah. Masa aku tolong mama kat dapur, aku kena kuliyah pagi lagi. Sementara tunggu yang lain turun, tengah aku syok layan kartun Ogy, abang Rizz sindir aku macam ular sawa sebab aku berlingkar depan tv.”
“So sweet lah abang Rizz kau.” puji Tipah.
“Tolonglah. Siap suruh aku hidangkan sarapan pagi untuk dia. Baru je aku nak tinggalkan meja makan selepas hidangkan nasi goreng, boleh pulak dia suruh aku duduk sebelah dia dan temankan dia makan. Hidup aku ni tak payah aku susah-susah nak atukan sebab ada orang dah tolong aturkan untuk aku. Dah macam robot pun ada aku ni.” lirihku panjang berjela. Tipah yang mendengarnya pun tidak menyebelahiku.
“ Okey apa ada orang tolong aturkan hidup kau. Masa kau tidur satu katil dengan abang Rizz, dia ada buat apa-apa tak?” soal Tipah –tiba-tiba.
“ Buat apa-apa, apanya Tipah? Dia bukannya sukkat aku.” sanggahku laju.
“ Macam mana kau tahu. Kau kalau tidur mana nak sedar. Bom meletup pun kau tak sedar. Ini kan kalau abang Rizz sentuh kau. Lagilah kau tak sedar.”
“ Tipah!!!” bergema satu kereta dengan jeritanku.
“ Mengucaplah Hana. Kau ni macam orang tak da iman.”
“ Kau yang buat aku tak da iman. Patutnya kau backup aku.Ni tak. Kalau macam tu hantar aku balik rumah kita. Aku tak da mood dah ni.” sakit hatiku pabila dilayan oleh Tipah sebegitu.
“ Ala Hana. Aku minta maaf. Kau ni cepat sangat sensitifnya. Sejak-sejak ada abang Rizz ni, ke main lagi kuat sensitif kau. Dulu okey je kalau aku dengan Mika sakat kau.”
“ Tadi baru je minta maaf. Ni dah buat balik.” sergahku.

“ Ye lah. Ye lah. Aku zip mulut aku ni.”

Comments

  1. keluar juga part yg belum dibaca..

    ReplyDelete
  2. akhirnya sambungan yg ditunggukan.. txs.

    ReplyDelete
  3. best3x nak lagi. Bila nak sambung..

    ReplyDelete
  4. dah sebulan. tiap2 hari dok cek ada sambung ke tak... anywhere, keep it up dear !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22