Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 25

BAB 25
Luqman tersandar di sofa. Letihnya bukan kepalang. Letih menemani mamanya lebih berbanding dengan letih kerja seharian di pejabat. Akibat kepenatan, Luqman terus pulang ke rumah. Dia telah memaklumkan kepada papanya terlebih dahulu. Nasib baik papanya tidak bersoal balas dengannya. Semuanya gara-gara menemani mamanya membeli belah. Tali leher ditanggalkan dan diletak bersama-sama kot di atas meja. Tubuhnya direbahkan di atas sofa. Kesejukan penghawa dingin menyebabkan mata Luqman semakin berat. Lama kelamaan, Luqman telah di buai mimpi.
            Kereta BMW 5 series menjalar masuk ke perkarangan rumah. Kekok Hafni memandu kereta Luqman. Pandangan ditala ke arah rumah. Sunyi sepi. Barangkali suaminya belum pulang. Hafni menapak masuk ke dalam rumah. Bunyi penghawa dingin yang terpasang meresahkan jiwanya. Terjengket-jengket Hafni berjalan menuju ke bilik menonton. Dia meninjau ke dalam bilik. Sekujur tubuh terbaring di sofa. Melihat kot dan tali leher yang berada di atas meja, amat di kenalinya. Kedua-duanya milik Luqman. hafni mendekati sofa hitam. Sah!!! Suaminya. Jelas kelihatan wajah Luqman keletihan.
Tali leher dan kot Luqman dicapai lalu di bawa naik ke bilik. Luqman di biarkan tidur.
Selesai membersihkan diri, Hafni turun ke dapur untuk menyiapkan juadah makan malam. Kali ini, Hafni memilih tomyam campur sebagai menu makan malam mereka. Memandangkan memasak tomyam tidak mengambil masa yang lama, Hafni sempat membuat pudding truffle untuk dijadikan sebagai pencuci mulut mereka. Siap mengemas rumah, Hafni ke ruang menonton untuk mengejut suaminya.
            Hafni melabuhkan duduknya di tepi sofa. Tangannya mengerlus lembut rambut Luqman. Luqman yang telah lama tersedar, berpura-pura tidur. Girang hatinya tak terkata. Hafni mula menunjukkan penerimaan dirinya. Kali ini pelipis Luqman menjadi mangsa. Lama Hafni berkeadaan sedemikian. Tanpa Luqman sedar, bibirnya menguntum senyuman. Hafni yang menyedari tindakan Luqman, pantas jarinya mengetip lengan sasa Luqman.
            Luqman mengadu kecil. ‘Aduh…!!!! Sakitlah sayang.’
            ‘Siapa suruh tipu saya. Dah bangun cepat. Nak maghrib dah. Awak dah solat asar ke belum?’ soal Hafni.
            ‘Eh! Bila masa abang tipu sayang? Yelah, yelah…. Abang bangunlah ni. Abang dah solat tadi masa temankan mama.’
            Mendengarkan kata-kata suaminya,Hafni bingkas bangun. Kakinya melangkah ke menuju ke belakang rumah. Dia nyaris-nyaris terlupa baju-baju yang dijemurnya sebelum keluar rumah pagi tadi. Bakul yang penuh dengan baju yang baru dibasuh terus di bawa ke tingkat atas. Sementara menunggu suaminya, Hafni melipat baju yang baru diangkatnya dari ampaian. Telah separuh baju siap dilipatnya, barulah Luqman keluar dari bilik air. Baju yang siap dilipat disimpan di dalam wadrobe. Kebetulan, ketika Hafni masuk, Luqman yang hanya berseluar kecil. Bergema wadrobe dengan jeritan Hafni.
            Luqman tersengih. Habis bertaburan baju yang baru dilipat Hafni. Luqman membantu Hafni mengutip baju yang bertaburan, masih belum menyarung kain pelekat di badannya. Hafni yang menyangka Luqman telah menyarung kain pelekat segera membuka mata. Sekali lagi bergema wadrobe dengan pekikkan suara Hafni. Baju yang siap dikutip Luqman kembali bertaburan.
            ‘Kenapa sayang jerit-jerit ni?’ Luqman sedikit berang.
            ‘Macam mana saya tak menjerit. Yang awak tak sarung kain pelekat tu dah kenapa? Nak buat tiger show kat dalam wadrobe ni ker?’ geram Hafni di buatnya.
            Luqman memandang tubuhnya. Luqman menepuk dahinya. ‘Sorry sayang. Abang terlupa. Ni semua gara-gara sayang. Kalau sayang tak menjerit, tak da la abang terlupa nak sarung kain tadi.’
            Hafni mendongkol geram. Baju yang dikutip Luqman bertukar tangan. Hafni mengambil baju dengan mata yang terpejam.
            ‘Dah ke belum?’ Hafni menyoal.
            ‘Jap. Belum lagi. Kalau sayang nak tengok apa salahnya.’ jawab Luqman sedangkan dia telah siap berpakaian. Hafni dihampirinya. Berpuas hati dengan kedudukkannya, barulah Luqman menyuruh Hafni membuka mata.
            ‘Okay. Dah siap.’
            Hafni membuka matanya. Dia terkejut melihat Luqman berada di hadapannya. Belum pun sempat dia melarikan dirinya, cup!! Satu ciuman singgah di bibirnya. Selesai menyempurnakan misinya, Luqman meninggalkan Hafni sendirian di dalam wadrobe. Hafni menghentak kakinya beberapa kali menunjukkan tanda protesnya. Siap menyimpan baju di tempatnya, Hafni keluar dari wadrobe. Luqman yang sedang membentang sejadah dikerlingnya dengan hujung mata.
            Usai solat maghrib, Luqman lebih awal turun ke bawah meninggalkan Hafni. Iphone Hafni berbunyi minta dijawab. Nombor yang tertera di skrin telefonnya tidak di kenalinya. Hafni sangsi untuk menjawab panggilan dari pemanggil misteri.
            ‘Sayang buat apa kat atas tu? Abang dah lapar ni.’ laung Luqman.
            ‘Jap. Nak turun dah ni.’ terkocoh-kocoh Hafni menuruni anak tangga.
            Telefonnya masih berbunyi. Dengan rasa berat hati, Hafni menjawab panggilan telefonnya.
            ‘Assalamualaikum.’ ujar empunya suara.
            ‘Waalaikumsalam.’ Hafni menjawab cuba mengecam suara pemanggil.
            ‘Sorry ganggu. Af tengah buat apa? Kenal lagi tak?’
            Akhirnya teka-tekinya berjawab. ‘Idham! Awak nak apa lagi? Tak cukup awak ganggu saya kat ofis sampai dekat rumah pun awak nak ganggu saya.’
            ‘Af… Bagilah peluang dekat Am untuk tebus segala kesalahan Am pad Af. Am nak kita macam dulu.’ Idham belum berputus asa.
            ‘Lupakan sahaja angan-angan awak. Cerita kita dah lama jadi sejarah. Kita tak mungkin macam dulu. Saya dah ada kehidupan saya sendiri. Saya dah ada suami.’
            ‘Am tahu. Af tak cintakan suami Af. Af kahwin dengan dia pun sebab pilihan keluarga. Af tak kan bahagia. Af akan bahagia dengan Am je.’
            Kata-kata Idham kedengaran lucu di gegendang telinga Hafni. ‘Siapa awak untuk menentukan saya bahagia atau tidak dengan suami saya? Awak tuhan ke yang menentukan kebahagian seseorang tu.’ Hafni mematikan panggilan.
            Dalam Hafni berperang mulut dengan Idham, Luqman telah mendengar semua perbualan isterinya. Hatinya gembira bercampur gusar mendengarkan kata-kata Hafni yang mempertahankan rumah tangganya dan siapa gerangan yang  cuba merobohkan mahligai kasihnya dengan Hafni. Luqman bersandar di dinding dengan keluhan yang panjang.
            Menyedari Hafni ingin keluar dari bilik, Luqman segera beredar turun ke tingkat bawah. Perasaan ingin tahunya di biarkan ke tepi. Dia percaya satu hari nanti isterinya akan bercerita dengannya kelak. Yang paling penting sekarang, dia harus belajar bersabar.
Idham termenung jauh. Dia masih belum mengalah untuk merebut Hafni semula. Kenangan ketika belajar bermain di mindanya. Ketika itu, dia berada di tahun kedua pengajiannya. Perkenalannya dengan Nur Alicia menyebabkan dia memutuskan hubungannya dengan Hafni. pada awal perkenalannya, Alice seorang gadis yang sopan santun dan manja. Sayangnya sikap Alice yang lemah lembut hanya lakonan semata-mata. Hampir tiga tahun perkenalannya, tuhan mula menunjukkan sikap sebenar Alice. Rupa-rupanya Alice hidup berpesta di malam hari. Habis satu pub ke satu pub dikunjunginya. Malah Alice tidak segan silu berpakaian seksi serta meneguk air haram.
            Mengucap panjang Idham di buatnya. Kawan-kawannya pernah memberitahu kepadanya, mereka terserempak dengan Alice yang sering bertukar pasangan. Idham tidak mempercayai semua kata-kata temannya. Di matanya, Alice adalah gadis yang cukup sempurna sehinggalah dia melihat dengan mata kepalanya sendiri. Alice yang baru keluar dari hotel lima bintang dengan pemuda mat salleh. Berkecai semua angannya untuk menjadikan Alice sebaai suri hatinya.
            Sejak terserempak dengan Alice, Idham terus memutuskan hubungannya dengan Alice. Hatinya luka parah, tidak pada Alice. Alice asyik dengan keseronokkan duniawi. Pada saat itulah, Idham tekad untuk mencari Hafni setelah pulang ke tanahair. Malangnya, kepulangan Idham terlewat. Hafni telah sah menjadi milik orang lain. Sukar untuk dirinya menerima hakikat bahawa hafni telah menjadi milik Luqman. Bunyi kerusi ditarik di sebelahnya, menyentak lamunannya.
            ‘Jauh Am mengelamun. Sampai mummy panggil pun Am tak dengar.’ sapa Datin Ilyani.
            ‘Tak da la mummy. Teringat kawan-kawan lama masa belajar dulu. Daddy mana mummy?’
            ‘Ada dalam bilik.  Mummy nampak Am sorang-sorang tadi. Tu yang mummy singgah sekejap. Am ada masalah ker?’
            ‘Am okay mummy. Mummy tak yah lah risau. Jap lagi Am masuk.’ Idham menyedapkan hati mummynya.
            Datin Ilyani beredar masuk ke dalam rumah meninggalkan Idham sendirian di taman. Cahaya lampu kereta yang menyinar masuk ke perkarangan rumah. Past kakaknya Qarlyda Izara baru pulang dari kerja. Qarlyda Izara satu-satunya kakak buat Idham. Kepada Qarlyda lah dia sentiasa meluah keluh kesahnya selain daripada sepupunya, Zaufi. Qarlyda Izara merupakan seorang doktor yang berkhidmat di Hospital HUKM. Satu-satunya dari adik beradiknya memilih untuk menceburi bidang kedoktoran berbanding Idham dan abangnya yang menyambung kesinambungan legasi perniagaan daddynya.
            Qarlyda melabuhkan duduknya di sebelah Idham. Air milo Idham yang masih berbaki di dalam cawan dihirupnya.
            ‘Apa ni kak Qarl! Tu kan air milo Am.’ rungut Idham.
            ‘Sejak bila Am ni berkira dengan kak Qarl? Ni termenung mesti ada masalah kan. mesti pasal Af.’
            Idham bungkam. Kakaknya boleh membaca apa yang berada di dalam fikirannya. Idham hanya mengangguk.
            ‘Am… Akak faham perasaan Am. Cuba Am lapangkan fikiran Am dan Am fikirkan apa yang Am buat ni betul atau pun tak. Kita dah sedia maklum, Af dah sah-sah jadi milik orang lain. Tak kan Am nak robohkan masjid orang lain. Berdosa besar Am. Semuanya yang berlaku ada hikmahnya.’
            Pilu hati Idham. Dia sendiri maklum, apa hukumnya merobohkan masjid orang lain. Dia cuba untuk melepaskan Hafni namun hatinya berkeras untuk tidak melepaskan Hafni. Idham meraup wajahnya. Kusut fikirannya mengenangkan apa yang sedang berlaku.
            ‘Am fikirlah semasak-masaknya. Akak sekadar menasihati. Akak nak yang terbaik untuk adik akak. Cuma satu, andai kata ada perkara buruk yang berlaku, bukan sahaja nama Am yang terjejas, nama daddy dan Haslam Holding turut terjejas jugak.’

            Terkedu Idham mendengar ayat terakhir yang diluahkan oleh kakaknya. Pandangannya ditala ke dada langit yang kelam. Tiada sebutir bintang pun yang menghiasi kegelapan malam. Begitulah kelam jiwanya dengan kehilangan seorang insan bernama Amni Hafni.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22