Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 24

BAB 24

Hafni khusyuk di meja kerjanya. Dia meneliti semula laporannya sebelum membuat perbentangan. Ketukan di pintu menggangu tumpuannya.

      ‘Puan Hafni dah hampir pukul sepuluh. Masa untuk perbentangan projek.’ Tutur pembantunya.

            ‘Terima kasih Irah. Sekejap lagi saya keluar.’

           Irah terus menutup pintu setelah mendengar arahan ketuanya. Irah berpaling semula ke arah Hafni. ‘Maaf puan. Saya dengar Dato’ Haslam akan buat pengumuman penting masa perbentangan nanti.’

            Hafni terkejut dengan makluman dari pembantunya. ‘Pengumuman apa Irah?’
            ‘Saya tak pasti puan. Dengar-dengarnya ada orang baru yang nak di perkenalkan oleh Dato’. Saya keluar dulu puan.’

            ‘Thank’s again Irah.’ Hafni termenung sendirian. Fikirannya terganggu. Jadi benarlah apa yang didengarinya kebelakangan ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengalami perasaan yang tidak sedap hati. Perkataan orang baru sedikit menakutkan dirinya.

            Fail-fail untuk mesyuarat dikemasnya. Telefon bimbitnya dibiarkan dalam keadaan mode senyap. Hafni bergerak menuju ke bilik mesyuarat. Sempat lagi Hafni  melemparkan senyumannya kepada pembantunya Irah. Kelihatan bilik mesyuarat yang sederhana besar mula dipenuhi dengan kakitangan Haslam Holdings. Hafni mengambil tempat duduknya bersebelahan dengan Encik Fariz. Mereka berbalas senyuman.

            ‘Hai pengantin baru. How’s new life with the most wanted bachelor in town, puan Hafni?’ seloroh Fariz.

            ‘Great Encik Fariz. Lebih terjaga perhap’s. Encik Fariz bila lagi? Rugi lambat kahwin ni.’ Hafni menduga.

            Fariz ketawa kecil. ‘Hajat di hati tu memang nak. Masalahnya saya tak da calon la Hafni. Tak pun, you kenalkan lah seorang kawan you pada I.’

            ‘Susah sikit Encik Fariz. I tak ramai kawan perempuan. Adik Luqman dah kahwin. Kalau I ada adik, boleh je I kenalkan kat you. Yang ada pun abang I je yang belum kahwin. You memilih sangat kot?’

            ‘Kenalah memilih Hafni. Tak da lah I cari yang cantik. I cari yang boleh jadi pendamping I masa I susah atau pun senang. The most important, dia boleh jadi mama pada anak-anak I’ ujar Luqman.

            Hafni setuju dengan pendapat Fariz. Memang tak di nafikan, wanita pada zaman sekarang lebih bersifat materialistic dan memandang kepada kemewahan sebelum mengahwini seseorang lelaki. Walaupun dia dari kaum yang sama, dia sendiri tidak bersetuju dengan sikap wanita di luar sana. Tak hairanlah kaum adam sanggup membujang dari berkahwin.

            Sunyi sepi bilik mesyuarat. Hanya suara Dato’ Haslam sahaja yang kedengaran menerangkan prestasi syarikat. Kini giliran masing-masing untuk membentangkan laporan projek syarikat yang di uruskan. Alhamdulillah, pembentangan Hafni berjalan dengan lancar. Dato’ Haslam berpuas hati dengan semua pembentangan laporan projek. Lega dengan pembentangan laporan projek yang telah selesai, masing-masing tidak sabar menunggu pengumuman yang bakal dibuat oleh Dato’ Haslam.

            ‘Saya berpuas hati dengan semua laporan yang telah dibentangkan. Saya ada satu pengumuman buat kamu semua. Memandangkan tempat pengurus besar kosong di sebabkan Qairul Izhar mengambil alih cawangan Lutfi Holdings di Johor, saya ingin memperkenalkan pengganti Qairul Izhar, Qairul Idham, anak bongsu saya.’ gemuruh tepukan bergema di dalam bilik mesyuarat.

            Jatuh rahang Hafni. Dia tidak menyangka yang dia akan berkongsi pejabat dengan satu-satunya manusia yang telah meragut kebahagiannya. Idham muncul dari sebalik pintu. Senyuman dilemparkan kepada semua yang berada di dalam bilik. Pandangannya ditala kepada Hafni yang cantik berbaju kemeja polo berwarna biru. Tiada lagi perasaan seperti dahulu ketika mereka bercinta. Selesai sesi suai kenal, Hafni mengatur langkahnya keluar dari bilik mesyuarat.

            Hafni mengeluh panjang. Bertambah sesak mindanya terpaksa bersemuka setiap hari dengan Idham. Gambar kenangan bersama Luqman di Perth ditatapnya. Dalam diam dia mula menerima kehadiran Luqman dalam hidupnya. Teringatkan telefonnya, Hafni terus membuka laci meja. Satu pesanan ringkas belum berjawab daripada suaminya.

            Abang jemput sayang nanti. Kita lunch sama-sama.

            Hafni tersengih. Luqman sedang memikat dirinya. Patutkah dia memberi Luqman peluang. Hatinya mula berbunga riang. Dia telah mendapat jawapan yang sebenarnya. Masalah Idham dibuang ke tepi dahulu. Hafni nekad untuk menerima perkahwinannya dengan Luqman. Dia berjanji pada dirinya untuk cuba mencintai suaminya. Belum pun sempat Hafni ingin membalas mesej dari Luqman, pintu biliknya diketuk.

            ‘Masuk.’ Hafni mengarah.

            Hafni menggigit bibir. Baru sahaja dia ingin membuang jauh nama Idham, terpacul pula Idham di hadapannya. Hafni diam. Begitu juga Idham. Idham membuka langkah terlebih dahulu. Wajah Hafni ditatap sepuasnya. Rimas diperlakukan sebegitu, Hafni bangun dari tempat duduknya lantas menghadap tingkap membelakangkan Idham. Faham dengan bahasa badan Hafni, Idham mula bersuara.

            ‘Af sihat?’ Kedengaran soalan bodoh dari mulut Idham.

            ‘Sihat. Kalau Encik Idham masuk bilik saya semata-mata nak tanya saya sihat atau tidak, lupakan sahaja. Terima kasih kerana ambil berat pasal saya.’ senada suara Hafni.

            ‘Tak perlu nak berencik-encik dengan Am. Am minta maaf atas apa yang Am dah buat pada Af. Af tak pandai menilai yang mana kaca atau permata.’

            ‘Saya masih sedar siapa saya. Encik Idham adalah majikan dan saya adalah pekerja encik. Saya ni manusia biasa. Sedangkan nabi ampunkan umatnya. Inikan saya pula.’ sinis jawapan Hafni.

            Am syukur sebab Af dapat maafkan Am. Kalau boleh Am nak kita macam dulu. Dah waktu rehat dah ni. Jom kita keluar makan.’ pelawa Idham.

            ‘Maaf encik Idham. Antara kita tak mungkin seperti dulu. Yang pastinya hubungan kita sekadar pekerja dan majikan. Sekali lagi saya minta maaf sebab tak dapat nak keluar dengan encik. Saya dah janji dengan suami saya nak lunch bersama. Saya minta diri dulu.’ pantas tangan Hafni menyambar begnya. Idham ditinggalkan sendirian.

            Dengan langkah yang longlai, Idham melangkah masuk ke dalam biliknya. dia bersandar di kerusi empuknya. Selera makannya tiba-tiba hilang mengenangkan kata-kata Hafni. Walaupun Hafni telah memaafkannya, hubungannya dengan Hafni tak mungkin seperti dahulu. Hafni telah membuangnya jauh. Idham menyeluk kocek seluarnya mengambil telefon bimbitnya. Nama Zaufi terlintas di benaknya. Hajatnya untuk menelefon sepupunya dibatalkan. Telefonnya dilemparkan di atas meja.

            Luqman membuat kejutan buat Hafni. Sengaja dia menempah meja untuk makan tengahari mereka di hotel. Bagaikan hendak luruh jantung Hafni dengan kejutan suaminya. Sekali lagi Luqman memberi kejutan buat Hafni dengan menghadiahkan sejambak bunga ros merah. Jambangan bertukar tangan. Hafni mencium jambangan bunga. Wangi.

            ‘Terima kasih. lain kali tak yah lah membazir.’ ujar Hafni.

            ‘Sama-sama. Apa salahnya membazir untuk isteri abang sorang ni.’ kerusi di hadapannya ditarik.

            ‘Suka hati awaklah. Sebenarnya bunga ros bukan bunga kegemaran saya. Tapi awak dah bagi, saya terima je.’

            ‘Eh!!! Bukan semua perempuan suka bunga ros ker? Kalau mcam tu, cuba bagitahu abang, sayang suka bunga apa?’ soal Luqman.

            ‘Apa kata, awak buat homework sikit. Kalau awak berjaya, saya bagi awak hadiah.’ Hafni tawar menawar dengan Luqman.

            Luqman mengetap gigi. Hafni sedang mengujinya. ‘Abang sahut cabaran sayang. Kalau abang berjaya, sayang mesti tunaikan janji sayang.’

            Asyik mereka berbual, dua pasang mata memandang mereka dari jauh. Mereka menghampiri meja Luqman dan Hafni. Terkebil-kebil Luqman memandang papa dan mamanya. Mereka bersalaman sesama sendiri.

            ‘Patutlah papa cari kat pejabat tak da. Rupa-rupanya berdating dekat sini.’ sindir Dato’ Lutfi.

            ‘Ala… papa. Luq bukannya hilang. Sebelum Luq keluar tadi, Luq cari papa tapi pembantu papa kata papa dah keluar. Luq keluar awal setengah jam je.’ bela Luqman. Hafni di sebelahnya tersenyum.

            ‘Hmmmm…. Anak dengan bapanya sama je. Entah angin apa, papa ajak mama makan kat hotel ni. Ni mesti ada buat salah dengan mama la ni.’ celoteh Datin Rafidah.

            ‘Ada-ada je lah mama ni. Papa sayang mama sorang je. Tak kan salah kot kalau papa bawa mama makan kat mana sekalipun.’ giliran Luqman menyokong papanya.

            ‘Harap-harap gitulah Luq, Af. Tapi kenapa Af dapat bunga, mama tak dapat pulak. Ni tak adil.’

            ‘Hah!!!! Yang tu Luq tak dapat nak tolong. Papa sendiri kena jawab.’ Luqman menyerah kalah.

            ‘Kejap lagi saya belikan untuk awak. Jangan kata sejambak, satu kedai bunga tu saya belikan.’ seloroh Dato’ Lutfi.

            Riuh rendah meja mereka di buatnya. Almaklumlah, jarang berjumpa. Masa yang terluang di manfaatkan dengan sebaik mungkin. Dato’ Lutfi terpaksa beredar lebih awal kerana perlu menghadiri mesyuarat. Puas Datin Rafidah memujuk Hafni untuk menemaninya membeli belah. Hafni terpaksa menolak pelawaan mamanya mengenangkan kerja yang berlambak di pejabat. Kesudahannya Luqman menjadi mangsa menemani mamanya membeli belah.

            Datin Rafidah menjeling Luqman di sebelahnya. Luqman ralit dengan telefon Black Berrynya. Dia yang berada di sebelahnya tidak diendahkan Luqman. Datin Rafidah cuba mengintai apa yang di lakukan oleh Luqman. Malangnya, tidak berjaya. Luqman yang sibuk menaip mesej, segera menyudahkan mesej dan butang hantar ditekan sebelum dileteri oleh Datin Rafidah.

            Rose membaca mesej yang baru masuk. Mesej dari abang Luq nya.
Adik, abang nak minta tolong sikit.
Kepala yang tidak gatal, digaru Rose. Ligat jari jemarinya membalas mesej Luqman.
Abang Luq nak adik tolong apa?
Giliran Luqman membalas mesej adiknya.
Hafni suka bunga apa?.

Rose tersenyum sendirian. Kini baru dia faham maksud pertolongan abang Luqnya. Jarinya kembali menaip mesej.

Seingat adik, Af suka bunga tulip. Semoga berjaya.

Lebar senyuman Luqman. Adiknya telah membantu dirinya. Kini, bolehlah dia memulakan acara memikat isterinya. Pastinya dia tidak sabar untuk menunggu hadiah daripada Hafni. Datin Rafidah yang berada disebelahnya menjadi bertambah keliru melihat Luqman yang tersengih tiba-tiba.

‘ Kamu, kenapa tersengih sorang-sorang ni Luq? Dah macam orang gila pulak mama tengok.’ tegur Datin Rafidah.

Luqman terkejut dengan teguran mamanya. ‘Ke situ pulak mama ni. Mama nak ke anak lelaki mama ni gila.’

Geram dengan jawapan anaknya, singgah satu cubitan di paha Luqman. Ada saja helah anaknya untuk mengenakan dirinya. Paha yang pedih digosok Luqman perlahan-laha.

‘Sakitlah mama.’ adu Luqman.

‘Tahu pun sakit. Mama tanya, tak pernah nak jawab betul-betul.’

‘Ala…… Luq gurau je. Tak kan tak boleh. Luq tengah jalankan misi sekarang ni. Tapi Luq tak boleh bagitahu mama. Private and confidential.

Datin Rafidah menarik muka. ‘Suka hati kamulah Luq. Dah. Jom teman mama. Mama nak cari barang sikit.’


Luqman tidak menjawab. Dia mengekori mamanya dari belakang. Sambil menemani mamanya, sempat juga Luqman meninjau barang-barang yang ada. Kalau ada yang berkenan, bolehlah dibeli untuk dijadikan hadiah buat isterinya. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22