Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 22

BAB 22
Hari pertama Hafni memulakan tugas selepas lama bercuti. Ramai kakitangan Haslam Holdings mengucapkan tahniah di atas perkahwinanya, tidak kurang juga ada suara sumbang mempertikai perkahwinannya dengan Luqman.
‘Wah!!! Semakin cantik Puan Hafni sejak berkahwin ni.’ tegur Irah, pembantunya.
            ‘Ada-ada jelah awak ni Irah. Masuk bilik saya sekejap.’ arah Hafni.
            Hafni memandang sekeliling ruang biliknya. Masih sama seperti ditinggalkannya dua minggu yang lepas. Pandangannya jatuh di atas meja. Bertimbun fail untuk tindakannya. ‘Jadual saya untuk hari dah ada ke belum?’ soal Hafni.
            ‘Dah ada Puan Hafni. Pukul 10.00 pagi, puan ada mesyuarat dengan Dato’ Haslam dan board directors yang lain. Dato’ nak bincang status projek yang sedang berjalan. Sebelah petang pula, puan ada site visit projek di Seri Kembangan. Tiga fail hitam atas meja puan dah saya prepare untuk mesyuarat pagi ni dan fail yang berwarna merah adalah untuk site visit petang nanti.’ terang Irah dengan jelas.
            ‘Terima kasih Irah. Kalau ada apa-apa nanti, saya panggil awak. Lagi satu, saya tak nak ada gangguan dan saya tak mahu jawab panggilan telefon kecuali yang urgent sahaja.’ pinta Hafni yang mula serabut dengan kerja yang bertimbun.
            ‘Baik Puan Hafni.’ Irah berlalu meninggalkan bilik bossnya. Belum pun Hafni menyentuh fail-fail yang bertimbun, iPhonenya berdering minta dijawab. Tertera nama mamat poyo di skrin. Hafni mendengus geram. Apa sajalah yang dimahukan oleh suaminya.
‘Hello. Assalamualaikum.’ ujar suara disebelah sana.
‘Walaikumsalam. Anythings urgent Mr. Luqman Haqeem.’ soal Hafni tanpa berkias.
‘Salah ke abang call isteri abang?’
‘Tak salah. Cuma tak kena waktu je. Sekarang time kerja. So, kita cakap pasal kerja. Kalau tak da yang penting, kita jumpa petang nanti dekat site.’ balas Hafni.
‘Tapi sayang…. Abang rindukan sayang. Abang tak boleh nak buat kerja. Asyik terbayang wajah sayang je.’ rengek Luqman.
Hati Hafni bertambah sakit dengan sikap Luqman yang kebudak-budakkan.
‘Ye abang. Sayang pun rindu kat abang. Petang nanti kita jumpa ye.’ terus Hafni mematikan talian.
Terbahak-bahak ketawa Luqman mendengar jawapan Hafni. Baru Luqman perasan satu tabiat baru tentang dirinya. Dia suka menyakat Hafni. Telefon diletaknya semula di atas meja. Fikri yang sedari tadi memerhati turut tergelak melihat telatah sahabatnya.
‘Kau curi dengar perbualan aku ye Fik?’ Luqman baru menyedari kehadiran sahabatnya.
‘Pembetulan. Terdengar. Bukannya curi dengar. Kau saja je yang tak dengar aku ketujk pintu. Tahulah masih mood pengantin baru. Sampaikan member sendiri panggil pun tak dengar.’ sakat Fikri.
‘Merepek je lah kau ni Fik. Tak da maknanya mood pengantin baru. Kau tak nampak fail yang berlambak atas meja aku ni. Kalau mood pengantin baru, aku tak masuk ofis lagi. Kau pun satu. Bukannya nak tolong aku. Ni tak, berlambak fail kat atas meja aku.’
‘Opppss…Maaf bro. Kalau aku boleh settlekan fail yang berlambak atas meja kau ni, dah lama aku tolong. Fail ni semua perlukan pengesahan kau. Kalau aku yang sahkan, alamatnya SPRM kejar akulah lepas ni. Sejak-sejak kahwin ni, kau asyik ngelat buat kerja je Luq?’
‘Mana ada ngelat Fik. Lama bercuti. Masuk-masuk je, meja dah penuh dengan fail. Tak haru kepala aku ni.’ luah Luqman.
‘Apa-apa je lah Luq. Aku jumpa kau ni cuma nak bagitahu petang ni kita akan turun site. Mungkin isteri kau pun ada sekali. Projek tu dah bermula. Nak tengok progres projek tu. Kalau tak da apa-apa, aku keluar dulu. Selamat dengan fail-fail atas meja tu.’ sindir Hafni.
Luqman mengeluh. Satu persatu fail di atas meja diselaknya. Berkerut-kerut dahinya membaca laporan yang dibuat oleh pekerjanya. Butang intercom ditekan. ‘Fifi masuk bilik saya.’ Luqman memanggil pembantu peribadinya.
‘Ada apa Encik Luqman?’ sopan Fifi bertanya kepada majikannya.
‘Awak pulangkan balik laporan ni pada Puan Rosediana dan yang lain. Minta mereka semak balik laporan yang dihantar. Ada figure yang tak betul. Lagi satu, saya ada temujanji ke pagi ni?’
‘Encik Luqman free pagi ni. Belah petang, ada lawatan ke tapak projek Haslam Holdings dan Lutfi Holdings. Masa Encik Luqman bercuti, Puan Liyana Laily ada call bertanyakan encik tapi dia tak da tinggalkan apa-apa pesanan.’
Luqman terpempan. Liyana mencari dirinya.
‘Ada apa-apa lagi Encik Luqman?’ tegur Fifi melihat majikannya mengelamun.
‘Thank’s Fifi. Awak boleh keluar. Luqman masih memikirkan tentang Liyana. Apa yang dimahukan Liyana daripadanya. Bertambah serabut kepalanya. Untuk menelefon Liyana sama sekali tidak mungkin. Dia tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Hafni. Tidak mungkin dia akan kembali kepada Liyana. Hanya Hafni kini bertahta di hatinya.
            Leka dengan kerja yang bertimbun, Hafni lupa melihat jam ditangan. Jam menunjukkan tepat pukul 1.00 petang. Perutnya mula minta diisi. Hafni mengemas mejanya yang berselerak. Fail projek Haslam Holdings dan Lutfi Holdings dicapai sebelum meninggalkan biliknya.
            ‘Saya nak keluar lunch. Lepas lunch saya terus ke site. Take note for me Irah.’ terang Hafni.
            ‘Baik puan Hafni. Oh!! Lupa saya nak bagitahu puan. Tadi Encik Luqman telefon. Dia tinggalkan pesanan untuk puan.
            ‘Encik Luqman telefon saya? Kenapa tak sambung panggilan pada saya Irah?’ tanya Hafni hairan.
            ‘Maaf puan. Encik Luqman nak cepat tadi. Katanya, dia akan lunch dengan puan. Saya rasa Encik Luqman dah sampai dekat lobi.’
            Hafni menepuk dahinya. Dia terlupa yang Luqman menghantarnya ke pejabat. Beg kerjanya digalas dibahu kanannya manakala tangan kirinya mencapai handabagnya di atas meja Irah. Setiba di lobi, kelihatan Luqman sedang menantinya. Lagak seperti empunya Haslam Holdings. Main sedap je nak parking di hadapan lobi, bebel Hafni sendirian.
            Hafni menghampiri Luqman. Luqman menghulur tangannya minta disalam. Terbeliak mata Hafni. Ada-ada sahaja permintaan Luqman yang sukar diduganya. Hafni segan dengan orang sekeliling. Dalam masa yang sama , dia juga perlua menjaga air muka suaminya. Siapa yang tidak mengenali Luqman Haqeem. Dalam keterpaksaan, Hafni menyambut huluran salam suaminya. Tanpa berlengah, masing-masing masuk ke dalam perut kereta.
            Usai mengisi perut masing-masing, sebelum ke tapak projek, Luqman singgah sebentar di masjid bagi menunaikan solat zuhur. Luqman mula memandu  ke tapak projek. Sempat dia mengerling Hafni disebelahnya.
            ‘Sejak kita makan tadi, abang tengok sayang senyap je? Ada masalah kat pejabat ke?’ Luqman prihatin dengan isterinya.
            ‘Saya tak da masalah. Saya penat je. Berlambak kerja dekat ofis tadi. Itu pun baru separuh je yang siap.’ lemah Hafni menjawab.
            Luqman hanya mengangguk kepalanya. Dia faham sangat dengan sikap isterinya. Jangan ditanya lebih-lebih ketika moodnya yang tidak berapa baik. Langkah yang terbaik adalah berdiam diri. Tumpuan sepenuhnya dihalakan ke jalan raya.
            ‘Boleh saya tanya?’ tiba-tiba Hafni bersuara.
            ‘Awak dah tahu ke yang kita sepatutnya ada site visit petang ni? Sebab tu awak beriya-iya nak hantar saya ke pejabat.’ telahan Hafni.
            Terlopong mulut Luqman. ‘Seriously abang tak tahu pun kita ada site visit petang ni. Abang tak da niat apa-apa pun cuma abang terfikir semalam, hari ni hari pertama kita masuk kerja. Mesti Af banyak kerja. Bila dah banyak kerja, badan tentu penat. Sebab fikirkan sayang penat dengan kerja, apa salahnya abang jadi driver sayang. Tak lebih dan tak kurang.’
            Hafni terharu dengan sikap prihatin suaminya. Sememangnya apa yang diperkatakan Luqman ada betulnya. Satu badannya cukup letih dengan timbunan kerja yang berlambak di pejabat. Itu  belum termasuk dengan mesyuarat setiap bahagian. Di tambah lagi dengan site visit projek Haslam Holdings dan Lutfi Holdings.
            ‘Terima kasih awak….’ ucap Hafni.
            ‘Sama-sama. Sayang rehatlah dulu. Nanti dah sampai, abang kejutkan.’ Luqman menumpukan perhatiannya kepada  pemanduan. Sekali sekala Luqman mengerling hafni disebelahnya. Hafni terlena kerana keletihan. Penat mengemas belum pun hilang ditambah pula dengan penat bekerja di pejabat. Pemanduannya terganggu apabila telefon Black Berry nya berbunyi. Tangannya menyeluk poket seluar. Berkerut dahinya melihat nombor pemanggil. Panggilan telefon segera dijawabnya sebelum menggangu tidur isterinya.
            ‘Assalamualaikum.’ ujar empunya suara.
            ‘Walaikumsalam.’ sepatah Luqman menjawab.
            ‘You sihat ker? Still remember me Luq?’ suara pemanggil yang masih berteka-teki.
            Dengan panggilan nama Luq, Luqman amat mengenali empunya suara. ‘I sihat. You nak apa sebenarnya?’ Luqman separuh berbisik. Takut Hafni terdengar perbualannya dengan Liyana.
            ‘I nak jumpa you….Please.. Ada hal yang perlu I jelaskan kat you’ Liyana separuh merayu.
            ‘This is not the time. I’m sorry.’ talian dimatikan. Hatinya panas mengenangkan sikap Liyana. Luqman menoleh Hafni di sebelahnya. Hafni tidur dengan lenanya. Luqman menarik nafas lega. Harap-harap isterinya tidak mendengar perbualannya dengan Liyana.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22