Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 21

BAB 21
Selesai akhirnya Hafni mengemas rumah baru yang diberi oleh keluarga mertuanya. Terasa besar rumah dua tingkat pemberian papa dan mamanya hanya buat mereka berdua. Ingin ditolak, takut mertuanya terasa hati. Hendak tak nak, Hafni terpaksa menerimanya. Nasib baik Luqman mahu membantunya mengemas rumah. Hafni bersandar di sofa berwarna hitam di ruang menonton tv. Seharian dia dan Luqman berpenat lelah mengemas dan memunggah barang-barang. Hafni mencari kelibat Luqman. Sayangnya, Luqman hilang entah ke mana.
Hafni melepaskan lelahnya seketika. Alat penghawa dingin dihidupkan. Tanpa sedar, matanya terlelap keletihan. Luqman yang baru masuk ke dalam rumah mencari kelibat isterinya. Puas dia mencari dari tingkat bawah hinggalah ke tingkat atas. Malangnya dia masih tidak menjumpai isterinya. Luqman merebahkan badannya di atas katil. Pandangannya di tala ke siling bilik. Sejenak memikirkan di mana isterinya berada, Luqman teringat satu tempat yang belum dicarinya. Pantas sahaja Luqman menuruni anak tangga. Ruang menonton tv tujuan utama.
Luqman menarik nafas lega. Rupa-rupanya disini Hafni berada. Kelihatan wajah isterinya yang keletihan. Simpatinya datang bertandang. Luqman membetulkan kedudukan badan Hafni agar isterinya tidur dengan lebih selesa. Luqman mengambil peluang untuk berehat seketika. Matanya melirik jam di dinding. Hampir pukul dua belas tengah hari. Luqman menepuk dahinya. Mereka belum memasak untuk juadah makan tengah hari. Luqman tidak sampai hati untuk mengejut isterinya.
Luqman berjalan menonong terus ke dapur. Isi peti ais diselongkarnya. Nasib baik mereka telah membeli keperluan dapur terlebih dahulu sebelum berpindah masuk. Luqman mengeluarkan ikan siakap, sayur kalian dan beberapa bahan-bahan lain untuk dimasak. Ligat tangannya menyiang ikan dan sayur. Selesai menyiapkan semua bahan, apron disarung ke badan dan Luqman mula memasak. Hafni tersedar dari lenanya. Bunyi bising dari dapur menggangu lenanya. Pandangannya tertancap pada jam di dinding. Mengucap panjang Hafni dibuatnya. Hafni bergegas ke dapur. Dilihatnya Luqman yang siap berapron sedang mengemas dapur. Haruman semerbak bau lauk yang dimasak oleh Luqman.
Luqman terkejut melihat Hafni telah terjaga. ‘Awak sorry sangat-sangat. Saya terlelap tadi. Tak pasal-pasal awak yang kena masak.’ tutur Hafni sedar akan kesilapannya.
‘It’s okay. Bukan silap sayang pun. Abang sahaja tak kejutkan sayang tadi. Kesian abang tengok sayang penat sangat. Sayang pergi basuh muka dulu, lepas tu kita makan sama-sama.’ arah Luqman yang sedang menanggalkan apron dibadannya. Lauk pauk yang telah siap dimasak diangkat dan dihidangkan di atas meja makan. Hafni membantu suaminya mengangkat pinggan dan gelas ke ruang makan. Setelah siap menyusun pinggan dan gelas, Hafni naik ke atas untuk mencuci muka. Hafni yang siap membasuh muka  terus turun ke tingkat bawah tatkala itu, Luqman telah menantinya di meja makan. Hafni segan untuk duduk. Malunya bukan kepalang mengenangkan Luqman yang memasak untuknya.
‘Kenapa sayang berdiri? Duduklah. Penat abang masak untuk sayang.’
‘Saya malu dengan awak. Sepatutnya saya yang masak untuk awak.’ Hafni berasa kesal.
‘Dah-dah. Tak da apa yang nak dimalukan. Banyak masa lagi sayang boeh tunjuk skill memasak sayang tu kat abang. Apa-apa pun, hari ni sayang makan lauk hasil air tangan abang. Silalah duduk wahai tuan puteri.’ Luqman bangun lalu menarik kerusi dihadapannya untuk Hafni.
Hendak tak nak, Hafni terpaksa jugak duduk. Luqman duduk ditempatnya semula. Mereka menikmati  makan tengah hari yang pertama di rumah baru. Dalam diam, Hafni memuji keenakkan masakan suaminya. Tidak sia-sia dia mengahwini Luqman. Nasi di pinggan Luqman telah lama licin. Begitu juga dengan Hafni.
‘Macam mana masakkan abang? Sedap tak?’ soal Luqman.
Not bad.’ jawab Hafni pendek.
Not bad je. Punyalah penat abang masak untuk sayang, sayang komen not bad je. Sampai hati sayang buat abang macam ni.’ lirih Luqman mula berdrama swasta.
Hafni malas drama swasta suaminya. Dia bingkas bangun mengutip pinggan mangkuk yang kotor di bawa ke dapur. Luqman masih berteleku di meja makan ketika Hafni kembali semula mengutip saki baki pinggan yang kotor. Wajahnya tidak berpuashati dengan sikap Hafni. Hafni mengemas meja terlebih dahulu sebelum mencuci pinggan mangkuk. Siap mencuci pinggan mangkuk, Hafni terkejut apabila Luqman berada dibelakangnya. Laluannya dihalang.
‘Awak ni kenapa? Dah buang tebiat ke?’ Hafni geram.
‘Abang tak puas hati dengan sayang. Tak kan tak ada pujian untuk masakan yang abang masak tadi.’ Luqman masih tidak berpuashati.
‘Awak duk berdiri belakang saya ni semata-mata nak kan pujian dari saya. Awak ni macam budak-budak la. Kalau saya tak nak puji masakkan awak, awak nak buat apa?’ Hafni sengaja membakar kesabaran Luqman.
‘Abang akan ikut ke mana sayang pergi selagi sayang tak bagi komen untuk masakan abang.’ bunyi mengarut namun kedengaran suara Luqman yang serius.
Sambil melangkah menuju ke ruang menonton tv, Hafni masih berkira-kira sama ada mahu memuji masakan suaminya atau tidak. Hafni duduk di sofa dua. Luqman turut duduk di sofa yang sama. Jam di dinding diliriknya. Drama korea kegemarannya akan ke udara sebentar sahaja lagi. Luqman berada disebelahnya tidak di endahkan. Tangannya menekan nombor channel pada alat kawalan jauh astro. Baru sahaja drama dimainkan, tiba-tiba tv dihadapannya gelap tidak bersuara. Hafni menoleh Luqman disebelahnya. Luqman menayang barisan giginya yang putih. Hafni cuba merampas alat kawalan jauh astro dari tangan Luqman tapi tidak berjaya. Beberapa cubaan dilakukannya namun masih tidak berjaya. Hafni berang.
Just tell me want do you want from me Luqmaan Haqeem?’ berangin satu badan Hafni.
‘Abang Cuma nak dengar sayang puji masakan abang je. Susah ke sayang?’ Luqman buat muka tidak bersalah.
‘Okay. Lauk yang awak masak tadi tu sedap. One credit for you. Cukup tak? Kalau tak cukup saya tambah lagi.’
‘Kenapa sayang nak marah-marah ni. Dari tadi abang tanya sayang tapi sayang buat tak tahu je. Kalau abang ada buat salah, abang minta maaf.’ Luqman tidak mahu mengeruhkan keadaan. Hubungannya baru sahaja hendak berkembang.
Hafni nanar. Dia tidak berniat untuk meninggikan suaranya. ‘I’m so sorry awak. Kadang-kadang perangai awak ni mengalahkan budak-budak. Sebabkan awak, saya tak dapat nak tengok drama Korea kesukaan saya. Saya tak pernah miss tengok drama Korea tu.’ mata Hafni mula berair.
            Luqman dihimpit perasaan serba salah. Dia tidak menyangka isteri merupakan peminat drama Korea. Dia sendiri allergic dengan drama Korea. Gara-gara drama Korea, dia sering bertekak dengan adiknya berebutkan untuk menonton rancangan kegemaran masing-masing. Penyudahnya, dia terpaksa beralah dengan membeli tv nya sendiri. Hai lah nasib badan keluh Luqman sendirian.
            Luqman menoleh tempat duduk disebelahnya. Kosong. Luqman gelebah. Baru sebentar tadi Hafni tadi disebelahnya. Alih-alih isterinya telah hilang. Luqman meninjau di tingkat bawah. Hafni tiada. Langkahnya di atur ke tingkat atas. Pintu bilik utama terbuka. Pastinya Hafni berada di dalam bilik. Sayangnya Hafni tiada juga. Tiba-tiba hatinya terpanggil  untuk meninjau di bilik sebelah. Telahannya betul kali ini. Hafni sedang membentangkan sejadah.
            Luqman bercekak pinggang. ‘Boleh bagitahu abang, kenapa sayang solat dalam bilik tetamu ni? Kenapa tak solat dalam bilik kita?’
            ‘Saya ingat saya tak nak sebilik dengan awak buat sementara waktu. Kalau boleh kita tidur bilik asing-asing. Awak tidur di bilik utama, saya tidur di bilik tetamu.

            ‘Tak boleh. Abang nak sayang tidur dalam bilik kita. Abang nak isteri abang tidur dengan abang. Abang tak kan sentuh sayang sampai sayang dah ready untuk terima abang.’ ujar Luqman dengan nada serius.

            Hafni akur dengan  perintah suaminya. Hafni yang bertelekung, melipat semula sejadah mula menapak masuk ke bilik utama. Luqman memberi laluan kepada Hafni dan mengekorinya dari belakang. Hatinya berbunga riang. Hafni patuh akan arahannya. Tidak sanggup rasanya untuk dia berjauhan dengan Hafni tatkala pada waktu malam. Sejadah yang dilipatnya dibentang semula mengikut arah kiblat.
            Hafni yang siap hendak solat zuhur, ditahan oleh Luqman tiba-tiba. ‘Tunggu abang sekejap. Kita jemaah sama-sama.’
            Hiba hati Hafni kembali ceria. Perkara yang sangat disukai sejak berkahwin kerana dapat berjemaat dengan suaminya. Walidnya sentiasa berpesan, solat berjemaah lagi besar pahalanya dari solat sendirian. Peluangnya untuk berjemaah bersama umi dan walidnya ketika bujang hanya sekali sekala sahaja. Semuanya gara-gara beban kerja di pejabat.

            Suara Luqman mengalun iqamat menyedarkan Hafni. Hafni bangkit lalu berdiri dibelakang Luqman. Bacaan ayat al-quran yang di alun oleh Luqman cukup menyentuh perasaan Hafni. Selesai membaca doa, sudah mejadi rutin Hafni untuk bersalaman dengan suaminya. Pandangan masing-masing bertaut. Sekali lagi getaran halus datang menerjah. Sebelum terjadi apa-apa, Hafni segera bangun. Sejadah yang digunakan, dilipat dan digantung ditempat biasa. Luqman yang masih di atas tikar sejadah membuat muka tidak bersalah. Semuanya penangan Amni Hafni.

Comments

  1. Best lama juga tunggu nak lg.

    ReplyDelete
  2. nice stories... very romantic couple... keep up writer... we wait another episode

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22