Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 18

BAB 18
            Usai solat subuh, Hafni duduk termenung di balkoni bilik. Kicauan burung-burung di pantai sedikit pun tidak menarik perhatiannya. Dia masih memikirkan perasaan yang dirasainya semalam. Jiwanya meronta-ronta untuk mendapatkan jawapan bagi perasaannya. Sangkanya perasaan itu akan hilang begitu sahaja namun sebaliknya. Itu bukanlah kali pertama Luqman mengucup ubun-ubunnya. Satu susuk tubuh sedang memerhatikannya dari tepi pintu gelangsar. Risau hatinya melihat Hafni duduk termenung di luar dengan hanya memakai baju tidur dalam keadaan cuaca yang agak sejuk. Ingin ditegur takut pula menggangu ruang privasi isterinya. Luqman mengetap bibir menahan sejuk. Alat kawalan penghawa dingin dicapai lalu dimatikan. Pandangannya ditala ke balkoni bilik. Hafni tiada. Luqman cemas. Baru sahaja Hafni ingin melangkah masuk, Luqman yang datang dari dalam terus berlanggar dengan isterinya. Sempat tangannya menangkap tubuh isterinya dari menjadi mangsa bucu pintu gelangsar. Akibat dari perlanggaran yang tidak disengajakan, Luqman jatuh betul-betul di atas badan Hafni. Hafni terpana begitu juga Luqman. Mereka beku seketika. Malang sekali lagi tidak berbau, tangan Luqman yang menampung badan mereka berdua terlepas menyebabkan tubuh Luqman menidih tubuh Hafni dan sekali lagi bibir Luqman mendarat di bibir mungil Hafni. Terbuntang mata Hafni.

            Baru sahaja Hafni ingin menolak tubuh suaminya, perasaan yang satu kembali datang bertandang. Menyedari apa yang baru berlaku, Luqman dengan pantasnya menarik tubuhnya. Niatnya terbantut apabila ada tindak balas dibibirnya. Isterinya sedang membalas kucupannya. Hatinya sedikit terbuai dengan kucupan hangat isterinya. Perlahan-lahan dia mencempung tubuh isterinya lalu diletakkan di katil.

            Luqman merebahkan badan di atas badan Hafni. Wajah putih gebu Hafni ditatapnya. Merona kemerahan wajah Hafni apabila dijadikan bahan tatapan suaminya. Hafni cuba mengalih wajahnya tapi sayangnya tidak berjaya. Dia kini betul-betul dikunci oleh Luqman. Cubaannya menolak tubuh suaminya juga tidak mendatangkan hasil. Ingin bersuara tetapi tidak terluah oleh mulutnya. Hafni mengerling seimbas wajah Luqman. Ternyata Luqman memiliki pakej yang cukup sempurna sehingga menjadi rebutan ramai wanita di luar sana. Gayanya yang bersahaja sudah mampu untuk mencairkan hati wanita yang memandang akan wajahnya.

            ‘Hmmmm…. Lama pandang muka abang ni kenapa? Dah mula jatuh cinta ke?’ usik Luqman.

            Tersedak Hafni dibuatnya. ‘Tolonglah..!!! Perasan je lah awak ni. Sebenarnya saya tengah tengok muka awak tu. Kot-kot ada jerawat ke, tak pun panau ke?’ sambil jarinya yang runcing  menguis-guis muka Luqman. Luqman sedikit terpempan dengan tindakan isterinya. Mana tidaknya, ini kali pertama Hafni menyentuh wajahnya.

            ‘Wah..wah..wah. Isteri abang ni dah ada sedikit kemajuan. Dah mula prihatin apa yang ada kat muka abang ni. So macam mana? Ada ke tak jerawatnya. Ke panau?’

            Kali ini Hafni pula terkantoi dengan tindakannya. Dia tidak menyangka dirinya akan terperangkap dengan perangkapnya yang dibuat oleh nya. Akalnya ligat mencari jawapan. ‘Hmmmm… Hasil dari pemerhatian yang telah dibuat, panau taka da tapi cuma macam ada jerawat yang nak keluar je kat pipi sebelah kiri tu?’ jelas Hafni sambil jarinya menunjukkan tempat seperti yang diperkatakanya.

            Tiba-tiba sahaja tawa Luqman kedengaran. Pelik Hafni dibuatnya. Baru sebentar tadi dia memberitahu perkara yang benar sebaliknya Luqman mentertawakan dirinya. ‘Jangan kata panau, jerawat pun tak pernah ada kat muka abang ni sayang. Tiap-tiap hari abang mesti belek muka abang ni. Muka hensem macam ni mana boleh ada jerawat. Jatuh saham abang nanti.’

            ‘Huh!! Perasan je la awak ni. Tak percaya sudah. Saya nak tanya. Hari ini awak dah tengok ke belum muka awak tu?’ soal Hafni.
           
            Kepala yang tidak gatal digaru Luqman. Ada benar juga kata isterinya. Dia sendiri belum membelek mukanya hari ini. Tak mungkinlah jerawat akan naik hanya semalaman sahaja desis hatinya. Pertanyaan Hafni tidak berjawab. Luqman segera bangkit dari pembaringan lalu mula menapak masuk ke bilik air. Berdekit-dekit Hafni menahan tawanya. Perangkapnya mengena. Hafni sengaja mereka cerita agar dia dapat melepaskan dirinya dari Luqman. Cepat aje bila cakap ada jerawat kat muka dia. Tahulah muka dia tu aset. Memang tak dinafikan suaminya mempunyai raut wajah yang bersih dan kacak di mata wanita. Pertama kali hidup sebagai suami isteri, perkara pertama yang mula dipelajari tentang suaminya ialah Luqman adalah seorang yang amat mementingkan penampilan diri.

            Kedengaran Luqman menjerit dari dalam bilik air. Dia baru menyedari isterinya baru mengenakannya. Pintu bilik air dibuka dari dalam. Tawa Hafni berhenti apabila memandang wajah Luqman.

            ‘Owh!! Isteri abang dah mula nakal nampaknya. Dah pandai kenakan abang dah.’ terang Luqman yang masih berdiri dihadapan pintu bilik air.

            ‘Terpaksa. Keadaan darurat tadi.’ jawab Hafni selamba.

            ‘Darurat? Sound interesting to me. Rasa-rasanya keadaan darurat tu akan berulang lagi ke ek?’ balas Luqman.

            Terkebil-kebil Hafni dibuatnya.Saat yang paling menakutkan dirinya adalah ketika dia berada terlalu dekat bersama suaminya. Degupan jantungnya mengalahkan kelajuan kereta Ferrari. Dia sendiri tidak tahu maksud sebenarnya,. Telayar kembali saat-saat dia sah menjadi milik Luqman. Perasaan yang pertama kali hadir dalam dirinya. Perasaan yang telah lama tidak dirasainya selepas Idham meninggalkan dirinya.

            Hafni yang ralit mengimbas saat-saat dia bersama Luqman di hotel tempohari tidak sedar akan kehadiran suaminya, peluang telah terbuka luas. Luqman mencari helah untuk mengenakan isterinya. Hafni dapat merasakan seperti ada hembusan ditelinganya. Setahunya, semasa kejadian tempohari, tiada hembusan yang dirasainya. Semakin lama, hembusan yang dirasainya semakin dekat dengannya. Kini, baru hafni tersedar dari lamunannya. Belum pun sempat Hafni memandang kiri kanannya, Luqman terlebih dahulu menyergahnya dari sisi. Akibat terkejut dengan tindakan suaminya, pantas sahaja tangan Hafni menepis wajah Luqman. Tak pasal-pasal Luqman merasa penangan isterinya.

             
            ‘Aduh!!!’ adu Luqman manakala tangannya memegang pipinya yang baru sahaja menjadi mangsa.

            ‘Kan…. Free-free je pipi tu kena cium. Nasib baik tak kuat. Meh sini saya tengokkan.’ Hafni menarik tubuh Luqman agar lebih dekat dengannya bagi memudahkan Hafni untuk melihat muka Luqman. Haru nanti, kalau balik Malaysia, muka Luqman lebam-lebam. Apa pula kata keluarga mertuanya. Tak kan ganas sangat menantunya.

            ‘Hai….. Tak kan sempat berkhayal kot? Abang tengah sakit ni sayang.’ lirih Luqman manja.

            ‘Awak yang cari penyakit. Tak da sapa pun yang suruh.’

            Wajah Luqman cemberut. Sangkanya ingin bermanja dengan isterinya namun sebaliknya. Memang salah dirinya menjolok sarang tebuanlah katakan. Hafni membelek muka suaminya. Takut-takut kot terlebam pula muka anak orang ni. Perlahan-lahan tangannya menekan pipi Luqman. ‘Sakit tak?’

            ‘Hmmmm… Macam mana nak cakap ek? Nak kata sakit tapi macam tak sakit la pulak.’ jawab Luqman.

            ‘La…. Tak sakit ker?’ Hafni menekan kuat sedikit dari sebelumnya. ‘Sakit tak?’

            ‘Auchhh…!! Sakit la sayang. Macam nak bunuh abang je. Dah tak sayang abang ke?’ soal Luqman.

            ‘Cuba awak serius sikit boleh tak? Kot lebam pipi awak tu nanti, apa saya nak jawab dengan papa dan mama awak?’

            ‘Tak susah mana pun. Abang cakaplah menantu kesayangan dia ni ganas sikit. Kesian kat anak teruna dia orang ni.’

            Hafni yang bosan mendengarkan jawapan kebudak-budakkan Luqman, bingkas turun dari katil.

            ‘Sayang nak ke mana tu?’ Luqman risau apabila Hafni meninggalkannya. Baru sahaja dia ingin bermanja dengan isterinya. Pertanyaan suaminya dibiarkan sepi. Hafni mengambil tuala kecil putih di dalam almari. Kemudiannya melangkah ke arah peti ais kecil berhampiran dengan meja soleknya. Beberapa ais batu diletakkan di dalam tuala kecil. dia kembali semula kepada Luqman yang masih berada di atas katil. Melihat isterinya datang semula kepadanya, Luqman berganjak sedikit ke belakang, memberi ruang kepada Hafni untuk duduk.

            Hafni duduk dihadapan suaminya. Tuala kecil yang berisi ais ketul dihulurkan kepada Luqman. Dalam keterpaksaan Luqman menyambut huluran Hafni. Berubah riak wajahnya. Hafni yang menyedari perubahan riak wajah suaminya, mengambil semula tuala kecil di tangan suaminya. Perlahan-lahan tangannya menekap tuala di pipi Luqman.

            ‘Arghh…arghh…arghh…’ jerit Luqman perlahan.

            Hafni cuak.  ‘ Sakit sangat ker?’

            ‘Sakit sikit je. Tak yah la risau.’ Serius nada suara Luqman.

            Setelah selesai menuam pipi Luqman, Hafni turun dari katil untuk membersihkan dirinya. Tangannya sempat disambar oleh suaminya.

            ‘Thank’s sayang. Kalau boleh abang nak kita jadi kawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Sebab tu abang tak nak  kita serius sangat. Abang nak kita have fun dalam hubungan ni. Abang harap sayang faham kenapa abang tak pernah serius dalam perbualan kita. Apa yang telah terjadi tadi tu semuanya silap abang. Memang patut pun abang kena. Lagi satu, abang pun lupa yang isteri abang ni tok guru silat. Tak pasal-pasal bang kena silat tadi.’
            ‘Sama-sama. Af pun akan cuba. But sometimes we need to have a serious conversation. Tak de dua puluh empat jam nak buat lawak je. Bukannya rancangan Maharaja Lawak pun. Lepas ni beringat sikit. Ni baru sikit. Nanti tak pasal-pasal ada yang kena admit dalam wad. I warned you.’ tutur Hafni.

            ‘Huh……. Sounds so scary to me.’ balas Luqman.

            Hafni memandang tangannya yang masih dipegang oleh Luqman. Luqman tidak faham dengan maksud renungan Hafni. Sekali lagi Hafni menjatukan pandangannya kea rah tangan mereka. Luqman yang baru menyedari maksud renungan isterinya, segera melepaskan pegangan tangannya. Hafni segera mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Lagi lama dia berada di situ, lain pula yang jadinya.


Comments

  1. Hafni x luak kalau suami sentuh kita malah dapat pahala...
    Luq hendak juga ambil hati Hafni... biarlah faham dan buat seperti kawan dulu... InshaAllah hati Hafin akan terbuka buat Luq .... sabar ya Luq

    ReplyDelete
  2. suka sgt cerita niew....cpt2 la keluar bab baru..x sabar nk tggu...

    ReplyDelete
  3. terima kasih...
    lewat sikit post bab baru sebab sy sedang berkursus.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22