Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 17

BAB 17
                Pagi-pagi lagi Luqman dan Hafni telah siap untuk bersiar-siar menikmati keindahan bumi Perth. Mereka bersarapan di hotel sebelum mereka keluar mencuci mata dan poket sekali. Siap bersarapan, Luqman dan Hafni memulakan edisi menjelajah mereka. Luqman lebih gemar untuk memandu sendiri berbanding menggunakan khidmat tour guide. Selepas pulang dari Fremantle semalam, Luqman sempat membuat research tempat-tempat yang menarik di Perth.  Luqman memilih untuk melawat Kings Park. Perjalanan dari hotel hanya memakan masa selama sebelas minit sahaja.

            Setiba di Kings Park, Hafni terpegun dengan kehijauan lanskap sehingga Luqman siap membuka pintu untuknya. ‘Cantik.’ aju Hafni.

            ‘Sememangnya cantik. Tak kan nak duk dalam kereta je. Jom kita berjalan.’ ajak Luqman  yang telah siap memegang kamera di tangannya. Mereka menyusuri di bawah kanopi eucalypt yang tinggi dan sempat bergambar dibawah rimbunan pohon. Kings Park dikenali sebagai sebuah kawasan tinggi yang bertingkat yang menghijau.

            ‘Selain terkenal dengan kawasan yang hijau, Kings Park juga mempunyai lanskap yang unik, taman yang permai dan telah dikunjungi lebih enam juta pengunjung. ’ Luqman berkongsi info dengan Hafni.

            ‘Tempat ni memang menarik. Masih mengekalkan alam semulajadi walaupun kawasan persekitaran pesat membangun. Nanti bolehlah saya jadikan pencentus idea untuk projek-projek akan datang. Manalah tau kan.’ cadang Hafni.

            ‘Boleh je. Hantarlah proposal. Boleh saya pertimbangkan nanti.’ Tiba-tiba Luqman menyokong cadangan Hafni.

            ‘Nanti-nantilah awak. Sekarang ni saya tak nak fikir pasal kerja. Saya nak rehatkan minda dulu. Lepas ni tak tau lagi bila boleh dapat bercuti lagi.’

            ‘Hai awak ni macam menyindir suami awak ni ker? Tak kan lah saya ni gila kerja sampai tak boleh nak bawa isteri saya pergi bercuti selepas ni?’ Luqman terasa dengan sindiran Hafni.

            Tercengang Hafni. Tiada niat untuk menyindir suaminya. Dah mereng apa si Luqman ni. Bisik hatinya. Badan disandarkan pada tiang besi. Tersergam indah  permandangan kota Perth. Hafni menukar posisinya membelakangkan permandangan bandar Perth.

            ‘Yang awak ni dah kenapa? Bila masa saya sindir awak? Saya maksudkan tempat kerja saya. Tak mungkin kot dalam masa terdekat ni saya dapat cuti. Lebih-lebih lagi projek usahasama Lutfi Holdings dengan Haslam Holdings akan bermula tak lama lagi. Tak kan itu pun awak dah lupa?’

            Kepala yang tidak gatal digaru Luqman. Macam mana dia boleh terlupa tentang projek syarikatnya dengan Haslam Holdings. Tiba-tiba terlintas satu idea yang dia sendiri tidak pernah terfikir. Setujukah Hafni dengan cadangannya? ‘Saya betul-betul terlupa pasal projek tu. Apa kata lepas selesai projek tu, awak letak jawatan je lah kat Haslam Holdings. Kerja dengan syarikat papa.’ usul Luqman was-was.

            Sekali lagi Luqman memberikan kejutan buat Hafni. Buang tabiat ke apa suami aku ni kata Hafni di dalam hati. Inilah satu yang tidak di sukainya. Dia lebih suka berdikari dengan usahanya sendiri. Sebolehnya dia tidak mahu bekerja sebumbung dengan Luqman. Kenapa? Sendiri mau ingatlah. Cadangan Luqman di biarkan sepi. Terbit keluhan kecil di bibir Luqman apabila pertanyaannya tidak di jawab oleh Hafni. Pantas sahaja Luqman mengejar isterinya yang telah jauh di hadapan. Sekelip mata sahaja tangan Hafni di dalam pegangan Luqman. Pegangan itu di biarkan sahaja oleh Hafni. Setakat pegang tangan, tak luak mana pun. Hai sejak bila pula kau dah tak kisah Luqman pegang-pegang tangan kau Hafni? Mula-mula pegang. Lama-lama…..lu pikir la sendiri, hatinya bersuara.

            ‘Arghhhh….’ jerit Hafni tiba-tiba.

            Terkejut Luqman dibuatnya. Tiba-tiba sahaja isterinya menjerit. ‘Dah kenapa dengan awak ni Af? Menjerit tak tentu pasal. Nasib baik orang tak dengar.’ Rungut Luqman tidak berpuas hati.

            Hafni tersengih menampakkan giginya yang putih. ‘Tak da pape la. Sengaja nak release tension.’

            ‘Bulan madu kita ni buat awak tension ker?’

            Banyak pula soalan mamat ni. Terlebih ramah Luqman hari ni nampaknya. ‘Saya tak cakap pun bulan madu kita ni membosankan. Tak da kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Jom pergi tempat lain. Dah lama sangat kita kat sini.’ selamba sahaja Hafni menjawab soalan Luqman.

            Hafni terlebih dahulu sampai di kereta. Hampir sepuluh minit berlalu, bayang suaminya tidak muncul. Naik jenuh kakinya berdiri menunggu Luqman. Ntah ke mana suaminya merayap. Tahu-tahu sahaja dah hilang. Nasib baik dia hafal jalan ke parkir kereta. Kerana terlalu lama menunggu, Hafni mengambil keputusan untuk mencari suaminya. Tidak jauh dari parkir kereta, Hafni ternampak kelibat Luqman sedang berbual dengan seorang wanita. Dia sendiri tidak mengenali siapa wanita yang sedang berbual dengan suaminya. Nampak gayanya seperti orang Malaysia. Dia serba salah sama ada perlu atau tidak dia berada di sisi suaminya. Hafni mundar mandir. Belum pun sempat dia membuat keputusan, Luqman terlebih dahulu memanggil namanya. Mulutnya ternganga. Cepat-cepat Hafni menutup mulutnya. Tak pasal-pasal masuk lalat pulak. Dalam kepayahan, Hafni melangkah menuju ke Luqman. Segaris senyuman terpamer di wajahnya.

            ‘Sayang, ni Julia dan Julia kenalkan isteri I, Amni Hafni.’ Luqman memperkenalkan Hafni dengan kawan wanitanya. Sempat lagi Luqman menarik Hafni agar lebih dekat dengannya dan sekejap sahaja tangan sasa itu memeluk pinggang ramping Hafni. Riak wajah Julia berubah serta merta melihat aksi pasangan bahagia di hadapannya. Baru sahaja hatinya kembang apabila Luqman menegurnya dahulu. Sangkanya Luqman hanya berseorangan.

            ‘Julia you okay ke tak ni?’ Luqman bertanya apabila Julia hanya diam membisu.

            ‘Sorry Luq. Ntah apalah yang I fikir tadi sampai I tak dengar you perkenalkan isteri you kat I. Hai Hafni. I Julia. Kawan lama Luqman.’ Tangan dihulur namun huluran tidak berbalas. Kali ini giliran Hafni pula yang senyap. Luqman mengerling Hafni di sebelahnya. Bulat mata Hafni memandang Julia. Apa sudah jadi dengan isterinya. Cepat-cepat bahu Hafni ditepuknya perlahan. Hafni tersedar dengan kesilapannya. Terus sahaja mereka bersalaman.

            ‘Maafkan I Julia. Your face looked familiar. Mungkin kita pernah berjumpa sebelum ni?’ aju Hafni. Dalam masa yang sama, dadanya bergetar halus melihat wajah Julia.

            Julia terkedu. Mungkinkah Hafni masih mengingati kejadian ketika mereka berada di dalam kapal terbang tempohari. Hafni sempat perasan wajah Julia berubah apabila dia bertanya sama ada mereka pernah berjumpa sebelum ini.

            ‘Sayang okay ke tak ni? tanya Luqman risau.

            ‘Sayang okay. Mungkin lapar kot. Langsung tak dengar apa yang Julia cakapkan.’ dalih Hafni.

            ‘La…. Dah lapar ker? Kalau macam tu, kita pergi makan. Do you want to joint us Julia?’

            Bibir diketap geram mendengar Luqman mengajak Julia turut serta makan tengahari bersama mereka. Pasti perutnya tidak akan kenyang sekiranya Julia turut sama. Sempat mulutnya terkumat kamit berdoa agar Julia menolak pelawaan suaminya.

            ‘Tak pe la Luq. I nak terus balik. Petang ni I dah flight balik ke Kuala Lumpur. Lain kali saje la ya. I tak naklah kacau daun you berdua. Lagi-lagi you tengah berbulan madu. Jumpa lain kali.’ Julia segera beredar selepas bersalaman dengan Luqman dan Hafni.

            Lapang dadanya setelah Julia berlalu. Laju sahaja tangannya menyiku Luqman. Luqman mengadu kesakitan. Walaupun tidak sekuat mana Hafni menyikunya, rasa perit tetap terasa. Luqman membuka langkahnya mengejar Hafni yang telah jauh di hadapan. Dah macam cerita Hindustan la pulak.

            Sebelum menjamu selera, Luqman dan Hafni singgah sebentar di Botanic Garden melihat bunga-bunga liar Western Australian. Beberapa gambar sempat dirakam untuk di jadikan kenangan. Sebuah restoran sederhana mewah yang menawarkan makanan halal menjadi pilihan Luqman. Hanya alunan lagu menemani mereka menikmati hidangan makan tengah hari mereka. Ikutkan sakit hatinya terhadap Julia, Hafni tidak lalu untuk menikmati juadah yang dihidang di hadapannya, namun ditelannya jua mengenangkan perut yang mula berkeroncong minta di isi. Pinggan makannya yang masih bersisa ditolak ke hadapan. Perutnya tiba-tiba terasa penuh. Hanya sedikit sahaja Hafni menjamah makanannya.

            Luqman memandang pinggan makanan yang ditolak oleh Hafni. ‘Sikit je awak makan Af. Bukan awak kata lapar ke tadi?’

            ‘Tiba-tiba sahaja perut ni terasa kenyang.’ jawab Hafni acuh tak acuh. Semua gara-gara Julia. Kenapalah harus Luqman bertembung dengan Julia. Jika mereka tidak bertembung, sudah tentu dia tidak alan mengenali Julia, pramugari yang menarik muka dengannya ketika di dalam pesawat. Dia sendiri tidak menyangka yang suaminya mengenali Julia. Boleh percaya ke hubungan mereka sekadar teman lama atau mungkin jua kekasih lama Luqman hati Hafni mula berteka-teki. Elusan lembut di tangannya menyedarkan dirinya kembali ke alam nyata. Jauh sungguh dirinya bermenung.

            ‘Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak ke Af? Puas saya panggil nama awak tapi awak leka mengelamun. Ada yang awak nak kongsikan dengan saya?’ Luqman risau melihat perangai Hafni yang berubah seratus peratus selepas bertembung dengan Julia.

            Hafni gelisah. Mungkinkah Luqman dapat membaca apa yang sedang di fikirkanya. ‘Nothing. Tengah fikir lepas ni kita nak ke mana pula?’
            Luqman tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hafni. Gaya Hafni seperti cuba mengelak darinya. Fikirannya menjadi kusut. Kali ini giliran Luqman meletakkan sudu dan garpu di pinggannya. Pinggannya masih bersisa dengan makanan turut ditolaknya ke hadapan sedikit. Wajah Hafni di tatap Luqman untuk mendapatkan jawapan. Hafni kurang selesa apabila dirinya diperhatikan oleh Luqman. Segera dia menundukkan wajahnya. Luqman mengeluh. Dia terpaksa beralah dalam memenangi hati Hafni.

            Selesai menghabiskan baki air di dalam gelas, Luqman bingkas bangun. Pantas sahaja tangannya mencapai tangan Hafni. Terkejut Hafni dibuatnya. Luqman berdiri di sebelah meja menantikan Hafni bangun. Hafni yang terpinga-pinga tidak tahu arah tujuan hanya menurut sahaja. Perlahan-lahan kereta yang dipandu Luqman membelah jalan raya. Tangan Hafni lincah membelek peta bandar Perth. Dia cuba untuk mengenalpasti ke mana Luqman akan membawanya sebentar lagi. Ringan sahaja mulutnya ingin bertanya ke mana arah tujuan mereka tapi tak terluah. Mahu sahaja terhambur tawanya melihat telatah Hafni yang leka membelek peta bandar Perth namun segera dia menahannya. Hilang rasa marahnya terhadap Hafni. Luqman merasakan ada perubahan terhadap dirinya sejak mereka tiba di Perth. Perasaan marahnya hanya seketika. Perasaan itu akan hilang begitu sahaja apabila melihat Hafni. Hafni mempunyai auranya tersendiri. Dia tidak menunjukkan auranya tetapi auranya akan dapat dirasai apabila berdamping dengan Hafni. Sememangnya pilihan papa dan mamanya menjodohkan dirinya dengan Luqman adalah tepat. Kelebihan Hafni mengisi ruang kelemahan dirinya dan begitu juga Hafni. Dalam diam Luqman mula memuja Hafni sebagai suri hatinya.

            Baru sahaja dia membelek peta Perth, Luqman telah memberhentikan kereta yang dinaiki mereka. Hafni baru menyedari yang kini dia berada di jeti. Nak kemana pula mamat ni nak bawak aku? desis Hafni. Segera Hafni membuka pintu kereta dan terus keluar dari perut kereta. Hafni menapak dan berdiri bersebelahan dengan Luqman yang sedang bersandar di belakang bonet kereta yang menghadap ke arah jeti.

            ‘Kita nak ke mana ni awak?’ tanya Hafni persis si anak kecil bertanya kepada ayah.

            Luqman diam seribu bahasa. Pinggang Hafni dirangkul perlahan. Dia mula melangkah menuju ke jeti, malangnya Hafni membatukan dirinya. Semuanya gara-gara soalan yang diajukan oleh Hafni tidak berjawab.

            Luqman masih mengunci mulutnya. Dia membongkokkan sedikit badannya hingga bibirnya betul-betul di cuping telinga Hafni, ‘Kalau awak tak nak saya cium awak kat sini, apa kata awak ikut je ke mana saya pergi.’ bisik Luqman dengan senyuman double meaning.

            Sekali lagi Luqman mencuba nasib. Kakinya mula melangkah, malangnya Hafni masih enggan. Pantas sahaja Luqman menarik tangan kirinya yang merangkul pinggang Hafni menyebabkan Hafni kini berada dalam pelukan Luqman. Hafni terperangkap. Sangkanya Luqman hanya bergurau. Belum pun sempat bibir Luqman mendarat di bibirnya, Hafni sempat menengkup bibir Luqman menggunakan tangan kanannya.

            ‘Janganlah buat saya macam ni. Okay…okay.. Saya ikut awak.’ rengek Hafni menahan malu. 

            Bibir Luqman menguntum senyum. Kemenangan berpihak baginya. Luqman menyusun langkahnya menuju ke arah jeti disusuli oleh Hafni di sebelahnya. Muka Hafni cemberut. Dirinya dipandang dari atas ke bawah. Ke manalah suaminya akan membawa dirinya yang hanya sehelai sepinggang. Perjalanan tidak memakan masa yang lama. Sekejap sahaja mereka berdua menjejakan kaki di Rottnest Island. Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri ketika menikmati keindahan Rottnest Island. Suasana yang damai dari gangguan bunyi kenderaan menambahkan lagi kelekaan pasangan pengantin baru.
            Luqman terus membawa Hafni ke pantai. Mereka berjalan di atas pasir putih yang halus di selang seli dengan hempasan ombak dibibir pantai.

            ‘Kenapa awak bawa saya ke sini Luq?’ tanya Hafni tiba-tiba.

            ‘Hmmmm…. Saya dengar orang kata kat sini permadangan matahari terbenam yang paling cantik. Saya nak nikmati permandangan matahari terbenam yang cantik tu dengan orang yang paling sayang. That’s why I bring you here.’ terang Luqman tanpa berselindung. Moga-moga Hafni memahami hasrat yang baru disampaikannya.

            Hafni berhenti melangkah. Dia faham dengan maksud kata-kata yang baru diluahkan oleh Luqman. Harapan Luqman terlalu tinggi menggunung. Mampukah untuk dirinya membalas cinta Luqman. Pudar sudahkah cintanya buat Idham. Memang hatinya sakit mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh Idham terhadapnya namun perasaan sayangnya terlalu dalam buat Idham.

            ‘Hafni…. Awak okay ke tak ni?’ tegur Luqman yang risau melihat Hafni.

            ‘Maaf. Saya faham maksud awak. Saya hargainya cuma bagi saya masa untuk menerima awak dalam hati saya.’

            ‘Tak pe. Ambil la masa seberapa lama yang awak nak. Tapi janganlah lama sangat. Jom.’ ajak Luqman menarik tangan Hafni.

            Luqman memilih tempat yang agak jauh sedikit dari tumpuan orang ramai. Mereka duduk beralaskan pasir putih menikmati keindahan permandangan matahari terbenam. Perlahan-lahan bibir kedua-dua mereka memuji kebesaran ciptaan yang Esa. Tak terungkap kata-kata menghayati keindahan bumi Allah. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga matahari terbenam hilang dari pandangan mata. Setelah puas menyaksikan keindahan alam, Luqman dan  Hafni beredar meninggalkan pantai yang menghidangkan sejuta perasaan yang sukar diungkapkan. Hafni menggaru kepala yang tidak gatal. Laluan yang mereka lalui tidak sama ketika mereka tiba di Rottest Island.

            Hafni menarik tangan Luqman. ‘Ni bukan jalan ke jeti. Kita nak ke mana lagi ni?’.

            ‘Sapa kata kita nak ke jeti. Kita bermalam kat sini malam ni. Kemungkinan akan hujan malam ni. Bahaya untuk balik ke hotel.’ jawab Luqman mula menapak. Langkahnya terhenti apabila Hafni menarik tangannya sekali lagi.

            ‘Nak bermalam kat sini dengan masing-masing sehelai sepinggang? Awak betul ke tak ni?’ Hafni mula berang melihat Luqman yang masih lagi mampu tersenyum. Dia ingat aku ni tengah buat lawak ntah. Boleh pulak senyum-senyum bebel Hafni perlahan.

            Soalan Hafni dibiarkan sepi. Terpancar senyuman di wajah Luqman. Kali ini dia pula yang menarik tangan Hafni. Hafni yang masih berang dengan sikap Luqman terdorong ke hadapan. Dalam keterpaksaan, Hafni pasrah. Perjalanan ke hotel tidak mengambil masa yang lama. Luqman terlebih dahulu telah membuat urusan penginapan sebelum tiba di pulau itu. Tanpa mengambil masa yang lama, akhirnya mereka telah masuk ke dalam bilik. Badan yang terasa lenguh kembali segar melihatkan katil putih terbentang luas menanti tuannya untuk tidur di atasnya. Luqman terus menuju ke arah slinding door. Langsir diselak ke tepi dan sekelip mata sahaja pintu slinding telah terbuka luas. Bayu laut menerpa masuk ke dalam bilik. Dinginnya bayu laut menyucuk hingga ke tulang. Hafni yang duduk di katil hanya memerhati Luqman dari jauh. Ingin sahaja dia membersihkan dirinya tapi sayangnya dia hanya sehelai sepinggang ke pulau itu. Hafni mengeluh.

            Keluhannya sempat didengari oleh Luqman. Luqman berpaling menghadap ke bilik. ‘Kalau nak mandi, pergilah. Baju awak ada kat dalam almari.’

            Hafni seperti tidak percaya dengan apa yang baru disampaikan oleh Luqman. Hafni memandang Luqman untuk mendapatkan kepastian. Luqman memandang almari memberi isyarat kepada Hafni agar ke almari pakaian.  Hafni melangkah ke almari pakaian. Perlahan-lahan tangannya membuka pintu almari. Mahu sahaja luruh jantungnya melihat isi kandungan almari. Terdapat sepasang baju tidur miliknya dan sepasang lagi baju untuk esok dan siap sekali dengan baju adiknya. Membahang wajah Hafni. Dia sendiri tidak sedar bila masa Luqman mengemas pakaiannya.

            ‘Tak jadi nak mandi ke sayang? Ke nak abang temankan?’ Luqman bersuara tiba-tiba.

            Wajah Hafni pucat. Dia menelan air liur. Kelat! Segera dia mencapai tuala dan mengambil baju tidurnya terus menuju ke bilik air sebelum Luqman bertindak sesuka hatinya. Hafni kembali termenung di dalam bilik air. Persoalan yang masih belum berjawap kembali bermain dimindanya. Setahunya, Luqman tidak pernah pun mendekati luggage mereka.  Ketika mereka ke pulau itu, Luqman tidak membawa apa-apa beg pun. Dek kerana terlalu ingin mendapatkan jawapan dari persoalan yang bermain dibenaknya, Hafni terlupa yang dia telah berada di dalam bilik air agak lama.


            ‘Lamanya sayang kat dalam tu. Sayang buat apa lama-lama dalam bilik air. Kalau lama lagi, abang bukak pintu ni. Kita mandi sama-sama.’ laung Luqman dari luar.

            Hafni mengetap bibir. Geram mengenangkan sikap Luqman yang selalu menyakatnya. ‘Jap. Dah sudah dah ni.’

            ‘Dah sudah apanya. Tak dengar bunyi air pun. Tahulah kat sini sejuk, tak kan dah tak boleh nak mandi. Alamatnya abang tidur malam ni kenalah tutup hidung. Ada orang tu tak mandi.’ sakat Luqman.

            Hafni memulas pili air. Laju air mengalir terus membasahi tubuhnya. Lega rasanya selepas seharian berada di luar. Siap berpakaian, Hafni terus keluar. Luqman yang sedang baring di atas katil, bingkas bangun.

            ‘Ingatkan tak nak keluar tadi? Macam mana, muat tak?’ soal Luqman terus melangkah ke arah Hafni dan duduk di sebelahnya.

            Hafni hairan dengan soalan Luqman. ‘Apa yang muat? Hafni menyoal Luqman semula.

            ‘Yang bahagian dalam tu la. Saya main agak je beli untuk awak?’.

            Segera otak Hafni mencerna apa yang baru dikatakan oleh Luqman. Tidak sampai beberapa saat, Hafni menjerit sekuat hatinya. Terbantut ketawa Luqman mendengarkan jeritan Hafni. Niatnya hanya untuk menyakat Hafni. Tidak sangka lain pula yang jadi. Sepantas kilat, kedua-dua tangan Luqman memegang bahu Hafni supaya isterinya dapat bertenang.

            ‘Syyyyyy…..’ Agak lama jugak baru Luqman dapat menenangkan isterinya.

            ‘Saya gurau je la. Tak kan awak tak kenal barang awak.’

            Bertimpa-timpa kejutan buatnya. Hafni melihat ke dalam baju tidurnya. Sememangnya adik itu adalah kepunyaannya. Bagaimana dia boleh tidak perasan. Malu datang bertandang.

            ‘Saya tidur dulu.’ Hafni bingkas bangun dan terus baring di atas katil bagi menutup perasaan malunya sebelum diketahui oleh Luqman. Akhirnya berderai tawa Luqman apabila Hafni menyedari kesilapannya. Tawanya di sambung hingga di dalam bilik air.

            Sakit telinga Hafni mendengar ketawa Luqman. Lucu sangat ke? desis Hafni. Menyedari Luqman naik ke atas katil, segera Hafni menutup matanya. Luqman berpaling menghadap isterinya. Semulusnya wajah isterinya begitulah setulus cintanya buat Hafni. Luqman menghadiahkan kucupan di ubun-ubun Hafni. ‘Selamat malam sayang.’ bisik Luqman perlahan.
           
            Tersentuh naluri wanitanya apabila ubun-ubunnya dikucup oleh Luqman. Satu perasaan yang damai dan tenang menyelinap di dalam hatinya.  Satu perasaan yang pernah dirasainya ketika suatu masa dulu bersama Idham. Apakah luka lama bersama Idham dahulu telah pulih dengan kehadiran Luqman yang bergelar suami kepada dirinya. Pelukan bantal di tangannya dieratkan manakala akalnya ligat mentafsir kata hatinya. Entah bila, Hafni sendiri tidak sedar dia telah terlelap.


Comments

  1. thank you for the comment... next chapter coming s00n

    ReplyDelete
  2. yang lalu biarlah... Suami perlu dihormati ... jangan terlalu ikut perasaan ... buka lah hati sedikit demi sedikit ....

    ReplyDelete
  3. Add me for Units Please! I just got awarded with 100 Level 4 Units from the Official Throne Rush Page. Hurry up and get yours at http://bit.do/TRunits before the period ends

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22