Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 14


BAB 14
                Hari yang di nanti telah tiba. Hari yang akan menyatukan  Luqman dan Hafni. Riuh rendah suara sanak saudara Hafni yang datang membantu meringankan majlis. Haji Hadi dan Hajah Azizah adalah orang yang paling sibuk ketika itu. Tidak menang tangan dibuatnya. Khemah putih telah siap tersusun di hadapan rumah. Begitu juga pelamin yang tersergam indah di dalam rumah. Warna biru turquoise menjadi pilihannya dan juga uminya. Merah inai di tangannya menarik minat anak buahnya yang kebetulan masuk ke dalam rumah.

            ‘Tangan Aliya pun sama macam maksu tapi inai kat tangan maksu lagi cantik.’ Puji Aliya lantas duduk di atas riba Hafni.

                        ‘Inai kat tangan Aliya pun cantik cuma Aliya punya tak terang je. Aliya kan kena pergi sekolah. Nanti cikgu ingat Aliya dah kahwin. Macam mana?’ Hafni menyakat si anak kecil.

            ‘Eh….! Aliya kecik lagi la maksu. Mana boleh kahwin. Orang kahwin je ker boleh pakai inai?’ petah Aliya bertanyakan soalan.

                        ‘Tak lah sayang. Semua orang boleh pakai inai. Selalunya masa orang kahwinlah yang pakai inai. Ada jugak yang saja-saja pakai inai. Aliya masuk ni nak cari siapa?’

            Aliya menganggukkan kepalanya tanda faham. ‘Lupa pulak Aliya. Ada kawan maksu kat depan.’

                        ‘La ye ke. Jom kita pergi tengok sapa kawan maksu yang datang tu.’ ajak Hafni. Aliya dan Hafni sama-sama berjalan menuju ke pintu utama. Dari jauh lagi Hafni amat mengenali kawan yang dimaksudkan oleh anak buahnya.

            ‘Asalamualaikum pengantin baru.’ sergah Rose yang cantik memakai dress muslimah berwarna kelabu dihiasi dengan labuci-labuci yang menarik.

                        ‘Walaikumsalam. Hai….. siapa pengantin sekarang ni? Aku ke kau? Pengapit macam over je dari pengantin nampaknya.

            ‘La…. Cantik sangat ke baju aku ni Af. Kalau aku dah ter over shadow kau, aku balik dulu lah. Nak tukar baju.’ Rose pun sama melayan.

                        ‘Mengada-ngada la kau ni Rose. Dah, jom masuk.’ pelawa Hafni lalu berpimpinan tangan bersama Rose masuk ke dalam rumah. Hafni ingin terus masuk ke bilik. Belum pun sempat mendaki anak tangga, tangannya ditarik oleh Rose dari belakang. Rupa-rupanya pelamin berwarna biru turquoise menarik perhatian sahabatnya.

            ‘Amboi, amboi, amboi…. Dalam tak nak kahwin tu, kemain lagi pelamin kau nok. Jeles mak tau.’ sakat Rose yang telah berposing ala-ala mak andam di pelamin.

                        ‘Ewah, ewah, ewah…. Sedap aja mulut kau ni kan. Kenapa mak nak jeles. Bukan ke pelamin mak aritu lagi gempak ke?’ Hafni tak mahu mengalah.

            ‘Mak tau la pelamin mak aritu gempak. Ye la kan dalam kena kahwin paksa gitu, kelass pelamin kau nok.’

                        ‘Sudah, sudah la tu Rose. Penat aku nak melayan kepala kau yang ting tong ni. Jom naik atas.’ akhirnya Hafni yang mengalah.


            Rose melonjak kegirangan kerana dia menang kali ini. Rose mengekori Hafni dari belakang. Sekali lagi Rose terkejut apabila memasuki bilik pengantin. ‘Ya Allah. Kalah bilik pengantin aku. Kau ni biar betul Af. Kau ni betul-betul kena kahwin paksa ke atau rela kahwin?’ Rose mula pening melihat sahabatnya.

                        ‘Siapa lah cikgu kau masa kau belajar bahasa melayu. Ada ke perkataan rela kahwin. Kenapa? Kau tak percaya bila kau cakap kat kau yang aku ni di paksa kahwin dengan the only one brother that you have.’ Hafni geram.

            ‘Hehehe…. Cikgu aku dah ajar yang betul. Aku je yang buat ayat tu tak betul. Yela, yela. Aku percaya kau kena kahwin paksa. Janganlah marah. Nanti hilang pulak seri pengantin.’ Rose memujuk sahabatnya.

                        ‘Dah la. Lagi lama aku layan kau, lagi cepatlah aku jadi giler.’

            ‘Sampai hati kau cakap aku macam tu Af. Lupa pulak nak tanya. Kau dah ready ke belum untuk malam pertama. Abang Luq aku tu romantik orangnya.’ Rose terus lari keluar dari bilik.

                        ‘Rosssdiana………………………………….!!!!! Jerit Hafni kuat.

            Pintu bilik diketuk dari luar. Hafni membuka pintu. Rupa-rupanya mak andam baru sahaja sampai. Sementara Hafni didandan, Rose turun ke bawah untuk mengisi perutnya. Rose tidak kekok berada di rumah Hafni kerana Hafni selalu membawanya pulang ke rumah. Dua orang anak buah Hafni jugak rapat dengan Rose. Mana tidaknya, Rose gemar melayan mereka berdua apabila menziarah rumah orang tua Hafni. Rose leka melayan anak buah Hafni di luar rumah sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi. Mesej baru sahaja masuk. Dari Hafni rupanya.

            Rose nanti tolong bawakan sikit nasi ke atas. Lapar la pulak. Jangan marah ye.

                        Rose tersenyum membaca mesej dari Hafni. Dia segera ke dapur ingin mengambil nasi yang dipesan oleh Hafni. Rose menatang sepinggan nasi bersama lauk untuk sahabatnya. Pinggan yang ditatangnya di hulurkan kepada Hafni. Hafni terkejut. ‘Kau macam tak bagi aku makan je Rose.’ Hafni mengambil pinggan yang dihulurkan oleh Rose.

            ‘Kata tadi kahwin terpaksa. Mana nak lalu makan. Kira okay la ni dapat makan.’ Rose masih mahu menyakat Hafni.

                        ‘Kau kan Rose, kalau sehari tak sakat aku tak boleh ker? Aku tak kisah. Janji dapat alas perut. Dari pagi tadi aku tak jamah apa-apa.’ terang Hafni.
           
            Sementara menunggu mak andam menyiapkan baju nikahnya, Hafni menjamu selera. Terliur dia melihat lauk di dalam pinggannya. Rose disebelahnya hampir dilupakan.

            ‘Opsss… Sorry. Terlupa pulak yang kau ada kat sebelah ni. Nah, makan sekali.’ kata Hafni lalu menyuakan sudu ke mulut Hafni. Pada mulanya Rose tak ingin membuka mulutnya. Apabila Hafni membuat muka kesian, barulah Rose membuka mulutnya. Akhirnya berderai ketawa kedua-dua sahabat.

            Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Majlis akad nikah yang akan menyatukan hati dua insan. Ikatan yang akan menyimpul hubungan yang belum ada hujung pangkalnya. Sementara menunggu Hafni turun dari bilik, Luqman sempat menunaikan solat sunat. Selesai menunaikan solat sunat, Luqman diminta terus duduk bersila menghadap tok kadi manakala Hafni duduk bersimpuh di atas pelamin. Setelah semua bersedia, acara dimulakan.

            ‘Aku terima nikahnya Amni Hafni bt Amar Hadi dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai. Dengan sekali lafaz, Amni Hafni sah menjadi milik mutlak Luqman Haqeem. Hafni sendiri  tak dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. Perlukah dia gembira atau berduka di atas perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga mereka.  Luqman menyarungkan cincin bertahtakan sebutir berlian ke jari manis Hafni. Hajah Azizah menyuruh Hafni mencium tangan suaminya. Hafni agak keberatan, namun diturutkan jua kerana dia sedang menjadi tonton ramai ketika itu. Kemudian Luqman diminta oleh jurugambar untuk mencium dahi pengantin perempuan. Hafni serba salah. Luqman hanya menurut permintaan jurugambar. Dahi Hafni diciumnya. Satu perasaan lain tiba-tiba terbit. Seperti ada arus elektrik yang mengalir. Pasangan pengantin baru diminta untuk sesi bergambar manakala ahli rombongan yang lain menjamu selera. Pelbagai pose yg diminta oleh jurugambar sehinggakan Hafni kekok dibuatnya. Laju sahaja tangan Hafni ingin menepis tangan Luqman yang baik punya landing di pinggang Hafni namun sempat juga dia mengawal emosinya. Kalau tidak, gempar jugak bila pengantin perempuan melipat pengantin lelaki gara-gara hanya pegang pinggang sahaja.

                        Naik pedih matanya terkena flash kamera. Dah naik lenguh kakinya berdiri. Bilalah jurugambar ni nak berhenti. Badannya dah mula naik rimas bila berdekatan dengan Luqman. Mamat poyo sorang ni pun tak tahu penat ke? desis Hafni. Luqman yang sedari tadi hanya mengikut sahaja kehendak jurugambar. Sempat juga dia mengerling isteri yang baru dikahwininya. Wajah penat terpancar di wajah Hafni. Kesian pula melihat keadaan Hafni. Selesai memberi pose yang terakhir, Luqman minta berehat dan akan disambung di majlis resepsi yang akan diadakan di hotel. Lega hati Hafni apabila acara bergambar selesai.

Matlamatnya hanya satu. Hafni segera naik ke bilik. Hafni terus duduk di meja solek. Terkial-kial tangannya menanggalkan satu persatu aksesori yang dipakaikan dikepalanya. Luqman masuk ke dalam bilik. Dia sekadar memerhati isterinya yang ralit membuka aksesori dikepalanya. Selesai membuka tudung, Hafni berasa lega. Rambut yang disimpul dilepaskan. Ringan kepalanya. Luqman terpaku. Tidak disangkanya Hafni memiliki rambut yang panjang dan cantik. Terliur Luqman dibuatnya. Hafni menepuk-nepuk lehernya yang tegang. Dia terkejut ada tangan yang membantu mengurut lehernya dari belakang. Alangkah terkejutnya Hafni apabila mengetahui Luqman betul-betul berada dibelakangnya. Mahu sahaja dia melompat tetapi urutan Luqman melegakan lehernya. Biarkan sahaja. Bukannya luak pun kalau mamat poyo ni pegang. Lagipun dah halal. Hafni terbuai dengan urutan Luqman sehinggalah bibir Luqman mendarat di leher putih gebu Hafni. Mahu sahaja Hafni menolak, berdosa la pulak. Kedua-dua tangan Luqman telah pun erat melingkari pinggang Hafni. 

            Tolakkan pintu bilik mengejutkan pasangan pengantin baru. Hafni dan Luqman terkantoi dengan Rose. ‘Oppssss….. Sorry. Terlupa nak ketuk pintu la pulak.’

Akibat terkejut dengan kehadiran Rose, Luqman segera melepaskan pelukannya. Hafni malu sendirian. ‘Lain kali masuk bilik orang ketuk pintu dulu. Ni tak, main redah je. Nak apa masuk dalam bilik ni?’ Luqman memberi amaran.

‘Salah adik pulak. Yang abang Luq dengan Af tak kunci pintu apasal? Mana adik tau yang korang ni se ekpress ni. Kot iya pun tunggu la malam-malam sikit.’

Luqman melabuhkan punggung di atas katil. ‘Haih. Kemain mulut adik ni kan. Tau la awak tu pengantin dah basi. Jeles la tu. Abang Luq tanya ni, adik nak apa masuk bilik ni sebenarnya?’

            Rose mencebirkan mulutnya. ‘Adik bukan nak jumpa abang Luq pun, adik nak jumpa Af. Af aku balik dulu. Malam nanti kita jumpa kat hotel.’

            Hafni yang sedari tadi diam membisu akhirnya membuka mulut. ‘Owh. Okay Rose. Terima kasih banyak-banyak. Jumpa kat hotel malam ni.’ Rose terus menutup pintu dan turun ke bawah. Janggal rasanya apabila duduk berdua bersama Luqman di dalam bilik. Terasa canggung dibuatnya. Luqman bangun lalu mengunci pintu. Cukup-cukuplah terkantoi dengan adiknya. Luqman kembali duduk di atas katil manakala Hafni masih berada di depan meja solek. Dia menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Hafni menanggalkan makeup di wajahnya. Selesai menanggalkan makeup, Hafni bangun menuju ke almari untuk mengambil tshirt dan seluar. Luqman yang masih berbaju melayu lengkap telah lena di ulit mimpi. Tak kan penat sangat mamat poyo ni. Bukan buat apa pun. Setakat posing je tadi. Nak buat apa ni? Nak kejutkan atau nak biarkan je. Majlis resepsi lambat lagi. Hafni berfikir sendirian.

            Hafni duduk betul-betul disebelah Luqman. Butang baju melayu Luqman dibuka satu persatu tanpa mengejutkan tuan punya badan. Dua bejaya ditanggalkan, tinggal satu butang lagi sahaja. Sedang Hafni membuka butang ketiga, Luqman membuka matanya. Terkejut Hafni dibuatnya. Belum pun sempat Hafni ingin melarikan diri, Luqman terlebih dahulu telah memeluk pinggang Hafni. Hafni betul-betul berada di atas badan Luqman. Bau minyak wangi Luqman mengugat iman Hafni. Hafni cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya. Tubuh Luqman menolak tubuh Hafni ke kanan. Kini mereka telah bertukar posisi. Luqman kini  berada di bahagian atas tubuh Hafni. Hafni terperangkap. Ciuman nakal Luqman mula mendarat di  wajah Hafni. Terlepas juga di leher putih gebu Hafni. Hafni terpana apabila ciuman nakal mula mendarat di bibir mungilnya. Disebabkan tiada penolakan dari Hafni, bertambah liar ciuman nakal Luqman. Hafni merelakan dalam keterpaksaan. Akibat keletihan akhirnya kedua-dua terlena dalam dakapan.

                        Bunyi kuat ketukkan dipintu membuatkan Hafni terjaga dari lenanya. Jam di dinding dikerlingnya. Dah masuk waktu Asar rupanya. Pandangannya jatuh ke Luqman yang lena disebelahnya. Perlahan-lahan Hafni melepaskan pelukan Luqman. Gagal. Bertambah kejap pelukan Luqman.

            ‘Awak lepaslah. Dah masuk Asar dah ni. Kejap lagi nak bergerak ke hotel pulak.’ Hafni merayu.

                        Luqman tidak berbunyi langsung. Hafni geram. Dia nekad. Hafni mengigit lengan Luqman sekuat hatinya. Luqman menjerit kesakitan. ‘Padan muka.’ bisik Hafni ditelinga Luqman. Hafni segera bangkit lalu terus masuk ke dalam bilik air. Keluar sahaja Hafni dari bilik air, dua sejadah telah siap dibentang oleh Luqman.

            ‘Kita solat jemaah.’ ujar Luqman sebelum masuk ke bilik air. Hafni tersentuh.

                        Usai solat berjemaah, Hafni mengemas barangnya untuk dibawakan ke hotel. sempat Luqman berpesan dengannya sebelum turun ke bawah untuk membawa baju spare kerana mereka akan bermalam di hotel. Bertambah kecut perut Hafni apabila mengetahui yang mereka akan bermalam di hotel. Apa-apa sahaja yang boleh berlaku. Sedangkan sekejap tadi sahaja, ciuman nakal Luqman telah pun berleluasa mendarat di tubuhnya. Hafni membelek lehernya di cermin. Banyak gigitan sayang dilehernya yang putih gebu. Macam mana aku nak turun ke bawah ni kalau leher ni penuh dengan tompok-tompok merah. Lagi-lagilah Along ada. Mahu sahaja dia dijadikan bahan oleh Alongnya. Mamat poyo ni pun satu, tak menyempat-nyempat nak tunggu malam ntah. Hafni kebingungan. Dia mundar mandir di dalam bilik. Hafni mendapt idea. Dia segera menukar bajunya kepada tshirt berkolar. Hafni berdiri di hadapan cermin. Setelah berpuashati dapat menyorokan bintik-bintik merah dilehernya, Hafni lekas turun ke bawah. Semua ahli keluarganya sedang menunggu kehadirannya kecuali Angahnya sahaja tiada. Angah tak dapat bercuti untuk meraikan hari bersejarahnya.

            ‘Asal lambat turun Af? Banyak sangat ke Af pack barang. Luqman cakap dengan umi hanya satu malam je menginap kat hotel tu.’ Hajah Azizah mula menyoal bertubi-tubi.

            Hafni kehilangan kata-kata. Semua mata memandang ke arahnya. ‘Tak da la banyak sangat pun yang Af pack. Dah lama siap packing baju tadi. Af kemas bilik kejap tadi. Tu yang lambat turun.’

            Semuanya gara-gara si mamat poyo. Dia boleh je sedap-sedap minum kopi kat bawah ni. Bukannya nak tolong selamatkan aku gumam Hafni. Leka berborak, masing-masing tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Hafni dan Luqman meminta diri untuk ke hotel bagi persiapan majlis resepsi. Setibanya di bilik yang ditempah khas untuk mereka, Ray dan pembantu telah siap menunggu kehadiran mereka. Sementara menunggu Hafni siap di makeupkan, Luqman sempat lagi melayari internet melihat isu-isu semasa. Tiba-tiba telefon Hafni berbunyi minta dijawab. Hafni melihat nama yang tertera di telefonnya. Panggilan dari Angahnya.

                        ‘Assalamualaikum. Baru nak telefon sayang ker? Sampai hati buat sayang macam ni kan.’ Hafni merengek seperti budak kecil.

            Mata Luqman yang hampir-hampir terlelap, terbuntang mendengarkan perbualan isterinya. Belum pun sehari berkahwin, isterinya telah berlaku curang terhadapnya. Mahu sahaja dia merampas telefon isterinya.

                        ‘Walaikumsalam. Sorry la sayang Angah. Angah sibuk sikit la. Macam mana majlis kat sana? Semua okay tak?’ Amril Hanif memujuk adiknya.

            ‘Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Sayang ni je yang tak lancar sangat. Bila nak balik sini. Sayang rindulah.

                        ‘Insyallah kalau tak busy nanti, Angah cuba balik sana okay. Demi sayang angah ni, lautan api pun sanggup Angah redah. Nanti kirim salam dengan yang lain yer. Assalamualaikum.’ panggilan telefon ditamatkan. Hafni kesedihan kerana satu-satunya Angahnya tidak dapat bersama. Luqman yang sedang menahan amarahnya hairan dengan siapa pula isterinya bersayang-sayang. Dengan aku tak nak pulak bersayang-sayang, berawak-awak je. Hangat pula hatinya.

            Sedari tadi Ray memanggil Luqman kerana turn Luqman untuk dipakaikan baju. namun panggilannya Ray tidak berjawab. Fikiran Luqman menerawang ntah kemana. Terpaksalah Ray menepuk bahu Luqman. Luqman tersedar. Jauh betul dia mengelamun.

                        I’m sorry Ray. Banyak benda yang I fikir tadi. Tak dengar you panggil I tadi.’ Luqman menyedari silapnya.

            Its okay la Luq. You pakai baju ni dulu.’

                        Siap menukar baju Luqman terus berdiri dihadapan cermin. Ray dibelakangnya membetulkan apa yang patut. Setelah berpuas hati dengan sentuhannya, Ray meminta Hafni berdiri bersebelahan dengan Luqman. Mahu tidak mahu, Hafni terpaksa berdiri bersebelahan dengan Luqman. Luqman segak dengan satu sut berwarna hitam didalamnya kemeja putih berserta bow tie manakala Hafni persis bidadari kayangan dengan gaun labuh berwarna white pearl dihiasi cantik dengan sequin-sequin yang ditempah khas dari luar negara yang tidak terlalu seksi memandangkan Hafni bertudung. Mata Luqman terpukau dengan keanggunan Hafni dalam gaun labuh. Hari ni sahaja, Hafni banyak memberikan kejutan kepadanya. Selepas sahaja acara persandingan di rumah Hafni, dia hampir-hampir sahaja terbabas. Nasib baik Rose menyelamatkannya walapun dia terkantoi dengan adiknya sendiri. Disambung pulak dengan adengan atas katil. Kebetulan pula masing-masing kepenatan. Malam ni pula, gelojak nafsunya bertambah bila melihatkan Hafni memakai gaun labuh dengan menampak susuk tubuhnya yang menggiurkan. ‘Sabar Luqman. Baru sahaja tadi isteri kau curang dihadapan kau. Ntah dengan sapa dia bersayang-sayang.’ suara hatinya berbicara. Luqman cuba lebih fokus. Dia cuba membuang segala gelojak hatinya. Amarahnya tidak akan hilang selagi dia tidak tahu dengan siapa Hafni berbual sebentar tadi.


            Majlis resepsi berlangsung dengan jayanya. Tiba masanya pulak bersalaman dengan tetamu yang hadir. Hafni mula keletihan. Namun di gigihkan jua untuk melayan tetamu yang hadir. Hafni dan Luqman sampai di meja teman-teman sepejabatnya.

                        By the way tahniah Hafni dan Luq. Wah Hafni. Macam tak percaya je yang you dah berkahwin dengan the most popular bachelor in town. Pandai you simpan rahsia ye. Ramai la yang makan hati dengan you lepas ni.’ Encik Fariz menyakat pasangan pengantin baru.

            ‘Terima kasih Encik Fariz. Tak kan I nak heboh satu Haslam Holdings yang I nak berkahwin dengan this bachelor. Bukan you tak tahu, kebanyakkan staff wanita kita kan admirer this bachelor. Kalau dia orang tahu awal-awal lagi, silap haribulan mahu I kena ganyang dengan dia orang.’

            Really ke sayang. Macam I tak percaya je yang I ramai admirer kat ofis you. You pun satu Fariz. You tak pernah cerita kat I pun masa kita meeting.’ Luqman mula kembang apabila dia menjadi bualan ramai di Haslam Holdings.

                        ‘That’s why la saya tak nak cerita dengan awak. Kalau tak, tiap-tiap hari lah awak duk asyik datang ofis saya je.’ sempat lagi Hafni mencubit tangan Luqman yang mula melingkari di pinggangnya. Luqman menyeringai menahan bahana cubitan Hafni. Dah macam kena ketip ketam. Berbisa. Mereka beralih ke meja tetamu lain. Seseorang sedang melambai tangan memanggil kedua pasangan pengantin.

            Luqman tidak sangka kekasih lamanya Liyana akan datang ke majlis perkahwinannya. Tangan Hafni ditarik perlahan menuju ke meja Liyana.

            ‘Tahniah. Selamat pengantin baru Luq dan Hafni.’ datar sahaja suara Liyana.

                        ‘Terima kasih Yana. Kenalkan suri hati I, Amni Hafni. Af kenalkan ni  Liyana Laily. Kawan masa I belajar di universiti dulu.’ terang Luqman. Hafni bersalaman dengan Liyana yang cantik berbaju kebaya pendek berwarna hitam.

            ‘Nice to me you Liyana. You seorang je ker?’

                        ‘Aha Yana. Mana husband you? Luqman menyoal pula.

            ‘Owh! Husband I busy. Dia tak dapat datang. Dia ucap selamat kat you all berdua.’ ucap Liyana tersekat-sekat. Hafni hairan melihat Liyana. Kelihatan Liyana seperti tidak selesa apabila Luqman bertanyakan perihal suaminya. Hafni mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Hafni meminta izin Luqman untuk berjumpa dengan kawannya yang duduk di hujung sudut ballroom. Luqman sekadar menganggukkan kepalanya memberi keizin kepada isterinya.

                        Gaun labuh diangkat sedikit bagi memudahkan perjalanannya. Tetamu yang menghuni meja di hujung sudut ballroom itu telah pun berdiri menantikan Hafni. Hafni tersenyum melihatkan telatah teman-teman dan anak-anak buah silatnya. Berselang seli ucapan tahniah yang diterimanya.

            ‘Asal kau datang sorang je Af. Mana suami yag baru dikahwini? Nak gak kenal-kenal. Ke kau sorok suami kau Af?’ tanya Faizal memandang sekeliling ballroom mencari pengantin lelaki.

                        ‘Hello..! Kau ingat laki aku tu benda ke boleh sorok-sorok. Dia ada tadi. Tengah berborak dengan kawan-kawan dia. Almaklum lah orang bisnes. Ramailah yang nak ucap tahniah. Kalau nak tunggu dia habis berborak, alamatnya tak dapat aku jumpa kengkawan aku ni.’ panjang lebar Hafni memberi penjelasan.

            ‘Alhamdulillah. Nasib baik kawan aku ni masih ingat kengkawan di yang kat sini. Tak macam tu Naz.’ sengaja Faizal mengaitkan nama Nazri. Sedari tadi Nazri hanya diam tidak berkutik apabila Hafni sampai di meja mereka. Pada mulanya, Nazri keberatan untuk menghadiri majlis Hafni. Setelah puas dipujuk, akhirnya dia bersetuju.

                        ‘Asal nama aku dikaitkan pulak? Af mana boleh lupakan kawan-kawan dia. Ni lah kawan dunia akhirat dia.’ Kedengaran sayup-sayup suara Nazri di cuping telinga Hafni. Berduka kah temannya yang sorang ni atas perkahwinannya dengan Luqman desis Hafni. Hafni mengeluh. Telinga Luqman dapat mendengar keluhan kecil dari mulut isterinya sehinggakan kehadirannya tidak disedari. Tangannya mula melingkari pinggang Hafni. Hafni tergamam. Segan diperlakukan sedemikian dihadapan teman-temanya. Apatahlagi anak-anak buah silatnya turut serta. Ingin ditepis, apa pula kata-kata teman-temannya.

            Luqman berdehem agar Hafni sedar akan kewujudannya disitu. ‘Oppss.. Sorry. Kenalkan ni suami Af, Luqman Haqeem dan awak, kenalkan  ni semua kawan-kawan silat Af. Yang tua-tua bangka ni semuanya guru-guru silat dan yang comel-comel ni semuanya anak-anak buah silat Af.’ Hafni memperkenalkan satu persatu temannya. Majoriti kesemuanya kaum adam. Cuma ada satu dua guru silat wanita. Mereka telah hadir semasa majlis akad nikahnya. Luqman bersalaman di antara satu sama lain apabila tiba giliran Nazri, kepalanya ligat memikirkan yang dia pernah terjumpa mamat dihadapannya itu. Baru dia teringat. Inilah mamat yang dilihatnya bersama Hafni semasa di pusat boling dan di kedai mamak. Cemburunya datang tiba-tiba. Luqman tidak banyak berbual dengan teman-teman Hafni. Dia lebih suka menjadi pendengar. Rose menyampaikan pesanan orang tuanya memanggil kedua pasangan pengantin untuk ke pintu ballroom.

                        Luqman dan Hafni meminta diri. Tangan Luqman masih melingkari di pinggang Hafni. Hafni mula rimas. Masa kan tidak, badannya dah cukup letih memakai gaun yang berat dan meleret labuh ke bawah ditambah pula dengan pelukan Luqman. Manalah mampu badannya yang cekeding tu menampung berat badan Luqman yang dah sama macam badan Aaron Aziz. Lega rasanya apabila Luqman melepaskan tangannya dari pinggang Hafni setibanya di pintu utama ballroom. Seperti dapat nyawa baru rasanya. Dato’ Lutfi dan Datin Azizah turut sama berdiri diantara pengantin bagi bersalaman dengan sanak saudara yang sudah mula beransur pulang. Jam sebelas setengah, semua tetamu selamat pulang. Luqman dan Hafni terus menuju ke bilik hotel manakala yang lain pulang ke banglo orang tuanya.

Comments

  1. mcam mana plak afni n luqman nnti lps khwin plak..luqman nie tnya la dulu afni dan2 nk cmburu buta plak

    ReplyDelete
  2. Lokman sebagai seorang suami ada hak bertanya dan Af sebagai seorang isteri mesti berterus terang agar x ada salah faham antara keduanya...
    Jangan lama sangat sambung ya.... Kak Sue Follow...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22