Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 13



BAB 13
            Hafni menarik nafas lega kerana segala persiapan untuk majlis telah selesai di lakukan. Masa berlalu terlalu cepat bagi Hafni. Majlis perkahwinan hanya tinggal seminggu lebih sahaja. Esok dia akan bertolak ke Perak untuk menyertai Pertandingan Pencak Silat peringkat kebangsaan. Dia akan berada di sana selama lima. Berbaki tiga hari lagi adalah untuk dia bersedia menukar status singlenya kepada married. Tumpuannya sekarang adalah persediaan untuk berhadapan dengan lawannya kelak. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya.

                        Perjalanan ke Ipoh hanya mengambil masa dua jam sahaja. Hafni selamat sampai di Bandar Ipoh. Terasa lenguh seluruh badannya. Masa kan tidak, kali terakhir dia menaiki bas ketika dia belajar di sekolah menengah. Itupun apabila dia mewakili sekolah dalam acara yang sama. Hafni senyum sendirian. Dia akan jadikan ianya sebagai pengalaman dalam hidupnya. Hafni dan kumpulannya mula bergerak menuju ke hotel. Selesai sahaja urusan check in Hafni terus bergerak menuju ke lif. Nazri mengejar Hafni. Dia merasakan Hafni cuba mengelak dari bertemu dengannya.

            ‘Tunggu dulu Af…!’ panggil Nazri

                        Hafni mengeluh. Sememangnya sengaja dia mengelak untuk bertemu dengan Nazri. Dia berkecil hati dengan sikap Nazri yang terlalu mementingkan diri. Dia sendiri tidak mahu Nazri menggantikan tempat Luqman disebabkan untuk menyelamat dirinya daripada berkahwin dengan Luqman. Andai kata perkahwinannya dengan Nazri menemui jalan buntu, sia-sia sahaja persahabatan yang telah lama terjalin terputus disebabkan penceraian.

            Kebetulan pintu lif terbuka. Hafni dan Nazri masuk ke dalam lif. Hafni merasa kekok apabila berduaan bersama Nazri. Butang bernombor tiga ditekan oleh Hafni manakala Nazri pula menekan butang nombor lima.

                        ‘Kau nak apalagi Naz?’ Hafni tanya acu tak acuh.

            ‘Kau sengaja mengelak dari aku kan. Apa salah aku Af?’

                        Hafni geram. ‘Memang aku sengaja mengelak dari kau Naz. Selagi kau masih pasang impian untuk berkahwin dengan aku. Dah berapa kali aku cakap kat kau Naz, aku sayangkan persahabatan kita. Kalau aku kahwin dengan kau dan perkahwinan kita jumpa jalan buntu, perhubungan kita terputus macam tu sahaja. Kau nak aku terang kat kau macam mana lagi?’

            ‘Sekurang-kurangnya kau berilah aku peluang Af.’ pinta Nazri.

                        ‘Aku tak bagi kau peluang dan tak ada peluang untuk kau Naz. That’s my final decision. Fullstop!’ Hafni segera menarik bagasinya keluar dari lif.

            Pintu lif tertutup rapat. Begitulah tertutup rapatnya hati Hafni buat Nazri. Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap Hafni, Nazri melepaskan tumbukan di dinding lif. Nazri mengadu kesakitan. Buku limanya berdarah. Tangannya mula berdenyut. Rasa sakit di tangannya tidak sesakit di hatinya. Nazri baru sahaja keluar dari perut lif dan menuju ke bilik. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Darah yang mengalir di tangannya tidak di endahkan. Nazri terlelap sehinggalah teman sebiliknya masuk mengejutkannya.

            ‘Naz kau okay tak? Tangan kau berdarah ni?’ tegur Faizal.

                        Baru Nazri teringatkan tangannya. Dia mengadu kesakitan apabila cuba menggengam tangannya. ‘Ouchh…! Aku okay Faizal cuma tangan aku ni tak boleh nak genggam.’

            ‘Kot iya pun marahkan seseorang, janganlah jadikan tangan kau sebagai mangsa. Habis macam mana ni? Boleh ke kau bertanding dengan keadaan tangan kau macam ni.’

                        ‘Benda nak jadi Faizal. Entahlah…. Aku pun tak tahu sama ada aku boleh bertanding ke tak ni.’ Nazri mula menyalahkan dirinya kerana bersikap terburu-buru.

            ‘Tak payah nak duduk merenung masa depan kau pulak. Pergi cuci muka. Aku hantar kau pergi klinik. Nanti tak pasal-pasal melarat la pulak.’ suruh Faizal.

            Sungul wajah Nazri apabila doktor mengesahkan tulang tangannya retak akibat daripada hentakan yang kuat. Doktor menasihatinya agar tidak memberi beban kepada tangannya andai dia ingin tangannya cepat sembuh. Setelah membuat pembayaran, Nazri dan Faizal mula meninggalkan Klinik Othman. Perjalanan pulang ke hotel hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja. Nazri tidak terus naik ke bilik sebaliknya dia memilih untuk minum di kafeteria hotel. Faizal turut menemaninya. Nazri memilih untuk duduk berdekatan dengan kolam. Nazri memandang balutan ditangannya. Rasa kesal datang bertimpa-timpa.

            ‘Sudahlah tu Naz. Benda dah jadi. Aku dah makluman kes kau ni dekat coach. Dia suruh kau banyakkan berehat. Pasal tempat kau tu, dia akan gantikan dengan orang lain. Aku nak cakap sikit. Aku harap kau tak terasa hati.’ pujuk Faizal.

                        ‘Apa dia Faizal?’

            ‘Hati dan perasaan tak boleh dipaksa Naz. Mungkin apa yang Hafni cakap tu ada betulnya. Dia lebih sayangkan persahabatan antara kau dan dia. Kalau kau tak boleh bertahta di hati dia sebagai teman istimewa, sekurang-kurangnya kau boleh jadi teman susah dan senang dia. Kau tak bahagia ke kalau kau tengok dia bahagia?’ nasihat Faizal sebagai seorang teman.

                        Nazri mengakui apa yang diperkatakan oleh Faizal ada benarnya. Hatinya tersentuh. Biarlah dia sahaja yang beralah. Kebahagian Hafni adalah kebahagian dia jugak. ‘Terima kasih Faizal sebab kau sedarkan aku. Aku terlalu ikutkan perasaan.’

            Terukir senyuman di wajah Faizal. Faizal menepuk bahu Nazri sebelum meninggalkan Nazri sendirian.


                       










Nazri mencari kelibat Hafni. Dia harus berjumpa dengan Hafni sebelum acara bermula.  Pencariannya berhasil apabila dia ternampak Hafni sedang berjalan menuju ke arahnya. Hafni terkejut melihat tangan Nazri yang berbalut.

                        ‘Macam mana boleh jadi macam ni Naz?’ tegur Hafni.

            ‘Benda nak jadi. Tangan aku ni tak penting tapi ada lagi penting yang aku nak cakap kat kau. Aku minta maaf sebab aku paksa kau terima aku. Aku dah sedar Af. Aku alpa kerana terlalu obses mengejar cinta kau. Aku ingatkan bila Am tinggalkan kau, aku boleh gantikan tempat dia. Aku silap rupanya. Aku harap kau masih sudi jadi sahabat baik aku.’

                        Hafni nanar. ‘Aku dah lupakan semua tu Naz. Aku gembira bila kau dah sedar. Kau tetap sahabat baik aku Naz. Aku tak pernah terfikir sampai ke situ pun. Habis kau tak bertandinglah kali ni?

            Thanks Af. Nampak gayanya macam tu la Af. Lain kali lah aku bertanding.’ Nazri sempat lagi berjenaka.

                        ‘Ada-ada je la kau ni Naz. Jom la ke gelanggang. Acara dah nak bermula dah.’ ajak Hafni mula bergerak menuju ke tepi gelanggang di ikuti oleh Nazri di belakang. Debar hatinya mula terasa. Mana tidaknya, Hafni telah lama tidak menyertai pertandingan setelah dia menjawat jawatan jurutera di Haslam Holdings. Kekangan masa dengan projek yang yang datang menyebabkan dia tidak menyertai mana-mana acara yang dipertandingan. Kebetulan kali ini, Hafni berkelapangan. Apa salahnya dia mencuba nasib. Mungkin salah satu sebab utamanya dia cuba menenangkan perasaannya sebelum di ijab kabulkan dengan Luqman.

            Hilang semua debar di hatinya apabila Hafni layak ke peringkat akhir. Seluruh badannya terasa sengal. Hafni menghilangkan lelahnya di tepi gelanggang bersama teman-temannya yang lain sementara menunggu acara yang lain tamat. Sempat jugaklah di antara mereka mengucapkan tahniah kepada Hafni kerana layak ke peringkat akhir. Kini di matanya hanya terbayangkan tilam empuk di hotel. Nazri melabuhkan punggungnya disebelah Hafni. Hafni beralih sedikit memberi ruang kepada Nazri.

                        ‘Tahniah la Af. Hebat jugak kau kan. Dah lama jugak kau tak bertanding. Sekali masuk bertanding, terus layak ke akhir. Kau ni diam-diam ubi berisi la.’ ucap Nazri.

            ‘Terima kasih. Aku ni tak lah sehebat kau Naz. Dah tiga tahun berturut-turut kau gondol gelaran juara tu. Kali ni biar aku pulak yang merasa. Kalau aku menang nanti jangan kau cemburu. Kang tangan belah kiri pulak yang berbalut.’ Hafni mengenakan Nazri.

                        ‘Wah..wah..wah…. Perli aku nampaknya.’

            ‘Tu bukan perli la. Tu satu nasihat. Tak gitu Nazri Armin.’ jawab Hafni. Penyudahnya meletus ketawa mereka. Hafni senang melihat sikap baru Nazri. Setelah tamat semua acara, Hafni dan teman-teman mula bergerak pulang ke hotel. Dapatlah dia berehat panjang kerana acaranya akan berlangsung lusa. Hafni menolak pelawaan Nazri untuk menikmati minum petang di kafeteria hotel. Dia terus menuju ke bilik. Tudung di kepala ditanggalkannya. Hafni mencapai tuala dan terus membersihkan dirinya. Selesai mengerjakan solat Asar, Hafni membaringkan dirinya di atas katil. Hafni segera mencapai Iphone di atas meja. Ada sepuluh missed calls dan lima mesej yang belum dibaca. Tiga missed calls daripada walid dan selebihnya daripada Luqman. Manakala mesej pula, dua daripada pengantin baru, Rose dan tiga lagi adalah daripada siapa lagi kalau bukan Luqman. Ingatkan pergi Perak ni bolehlah lari daripada mamat tu, silap! rungut Hafni. Hafni tidak bercadang untuk membalas mesej Rose mahupun Luqman. Belum pun sempat dia meletakkan Iphonenya, berkumandang ringtone Maher Zain. Tertera nama mamat poyo. Hafni mengeluh.

            ‘Assalamualaikum. Awak kat mana?’ Saya call awak dari pagi tapi tak berjawab pun.’

                        ‘Walaikumsalam. Saya masih kat Malaysia lagi. Saya sibuk Encik Luqman Haqeem. Apa yang awak nak ni?’ tanya Hafni acu tak acu sahaja.

            Luqman kecewa dengan sikap Hafni yang tidak berterus terang dengannya. Kalau dia tidak datang ke rumah Hafni, pastinya dia tidak tahu Hafni ke Perak. ‘Saja je saya call awak ni. Tak pe la kalau awak sibuk. Lain kali saya call awak balik.’ Luqman terus menamatkan talian.

                        Hafni terkejut dengan tindakan Luqman. Jarang Luqman berkelakuan sebegitu. Rasa bersalah datang bertandang. Perasaannya dibiarkan begitu sahaja sehinggalah dia terlelap keletihan.

            Hafni terjaga dari tidurnya. Jam menunjukkan pukul enam setengah. Hafni menyandarkan badannya di kepala katil. Penat masih terasa. Dia memicit-micit tangannya yang lenguh. Hafni menekan punat on pada remote control tv. Rancangan destinasi pelancongan kegemarannya sedang disiarkan. Kali ini Australia menjadi destinasi pilihan. Hafni khusyuk menonton. Dia teruja dan berharap agar suatu hari nanti dia dapat menjejakkan kakinya di bumi kanggaru itu. Hafni menonton siaran sehingga habis dan barulah dia bangkit dari katil untuk membersihkan dirinya. Selesai solat maghrib, Hafni bersiap-siap untuk bersiar-siar sekitar bandar Ipoh serta mengisi perut yang mula berkerongcong.

            Sesampai di lobi hotel, Hafni bertembung dengan Nazri dan Faizal. Kebetulan mereka juga mempunyai tujuan yang sama seperti Hafni. ‘ Jom la Hafni joint kita orang sekali. Lagipun bahaya juga kalau kau jalan sorang-sorang.’ ajak Faizal yang berdiri di sebelah Nazri.

                        ‘Kau ni menakutkan aku je la Faizal. Aku bukannya tak biasa dekat bandaraya Ipoh ni. Aku pernah duduk sini hampir lima tahun sebelum aku berpindah ke Putrajaya. Kalau korang tak kisah, apa salahnya kan. Kita nak pergi mana sekarang ni?’

            Faizal malu sendirian. Nazri di sebelahnya tersengih sumbing. ‘Kita jalanlah dulu Af. Tak tahu lagi nak pergi mana. Firstly kita cari tempat makan. Aku dah mula kebulur dah ni.’ omel Faizal. Kaki mula melangkah namun belum ada arah tujuan lagi.

                        Selesai menjamu selera, tiga sekawan menyusuri jalan di sekitar bandaraya Ipoh. Lama sudah dia tidak menjejakkan kakinya di Bandaraya Ipoh. Banyak perubahan di Bandaraya Ipoh. Bandarnya terang-benderang di limpahi sinar neon yang berwarna-warni. Rindunya mula bertaut pabila terkenangkan kenangan-kenangan lama bersama teman-temannya. Raut wajah tiga teman rapatnya terbayang di mata. Apalah yang sedang dilakukan oleh Aisyah si bulat, Jijah si tinggi lampai dan Liza si putih gebu. Sudah berumah tangga ke mereka atau sudah beranak pinak ke? Hafni tersenyum sendirian. Faizal dan Nazri yang berada disebelahnya memandang sesama sendiri. Hairan melihat Hafni tersenyum seorang diri. Faizal menyiku lengan Hafni. Ternaik kening sebelah kanannya yang binggung kerana disiku oleh Faizal.

            ‘Yang kau senyum sorang-sorang ni apa kes?’ Nazri menyampuk tiba-tiba.

            ‘Kes apa kau nak?’ jawab Hafni selamba.

                        ‘Kau loyar buruk pulak dengan aku ye Af. Kes teringatkan buah hati yang jauh di mata ker?’

            Hafni terkena. ‘Hampeh la kau ni Nazri. Buat hilang mood aku je. Tak da maknanya aku teringatkan orang jauh. Aku teringat tiga orang kawan karib aku masa aku duduk sini. Lama betul aku tak bertanya khabar. Entah sihat entahkan tidak. Aku loose contact dengan dia orang.’ terang Hafni.

            ‘Owh…..’ panjang sahut Faizal dan Nazri bersama.

                        ‘Lain macam je aku dengan ‘owh’ korang ni. Ni mesti ada udang di sebalik mee ni kan. Baik korang cakap dengan aku sekarang!!!’ Hafni memaksa dua orang teruna di hadapannya.

            ‘Mmmmmmm…. Kita orang tak maksud apa-apa pun. Manalah tau kalau-kalau kau jumpa balik kawan karib kau tu dan dia orang masih belum berpunya, kau rekemen la dia orang kat aku dengan Nazri. Tak kan kita orang nak membujang selamanya. Jelous jugak tengok kau dah naik pelamin tak lama lagi.’ Faizal menyatakan hasrat yang terbuku di hatinya manakala Nazri mengangguk-anggukkan kepalanya.

                        ‘Ceh!!!! Aku ingatkan apa la tadi. Aku boleh rekemenkan kat kau orang. Itupun kalau aku dapat jumpa dia orang balik dan itupun kalau dia orang belum berpunya la. Tapi kau orang kenalah janji dengan aku yang kau orang kena jaga kawan aku baik-baik. Kalau tak, aku lipat-lipat kau orang nanti.’ amaran kecil Hafni buat Nazri dan Faizal.

            Setelah penat tawaf Bandaraya Ipoh, tiga sekawan melangkah pulang ke hotel. Hafni yang keletihan lena dibuai mimpi. Bunyi telefon yang berdering minta dijawab tidak dapat menggangu lena Hafni sehinggalah azan subuh menyedarkan Hafni dari lenanya. Selesai menunaikan kewajipan kepada Penciptanya, Hafni terus mengemas dan menyusun pakaian ke dalam luggage agar dia tidak akan terkejar-kejar ketika checkout nanti. Kemudian, Hafni terus turun ke kafeteria untuk menikmati sarapan pagi sebelum bertolak ke Kompleks Sukan Ipoh.

            Hafni duduk di sebelah Nazri yang sedang khusyuk melihat pertarungan di antara Faizal dan wakil dari tuan rumah. Persaingan amat sengit. Kehadiran Hafni tidak dihiraukannya. Hafni bungkam. Kehadirannya tidak dapat menarik perhatian Nazri. Hafni sedang berkira-kira sama ada mahu menceritakan masalahnya kepada Nazri atau sebaliknya. Baru sahaja Nazri ingin bertanyakan sesuatu kepada Hafni, Hafni telah bangun dan berlalu menuju ke arah vending machine yang tidak jauh dari tempatnya. Minuman berkhasiat milo menjadi pilihan Hafni. Air yang mengalir didalam tekaknya terasa payau. Ini semua gara-gara Luqman Haqeem. Hafni terus menuju ke bilik persalinan dan bersiap untuk perlawanan terakhirnya. Resah hatinya dibuang ke tepi dahulu. Dia harus menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menghadapi lawannya. Pertarungan amat sengit. Hafni hampir-hampir sahaja mengalah. Namun dia bangkit di saat-saat akhir. Kejuaraan menjadi miliknya buat kali pertama. Usahanya selama ini berbaloi. Kegembiraannya hanya sementara. Ingatannya kembali pada panggilan telefon yang diterimanya pagi tadi. Hafni mencari kelibat Nazri. Hampa. Nazri hilang entah ke mana.




            Selesai meminta pelepasan untuk pulang sendiri dari ketua pasukan, Hafni terus pulang ke hotel. Luqman telah sedia menanti Hafni di lobi hotel. Hafni terus menuju ke pintu lif. Sakit hatinya melihatkan wajah Luqman yang tidak berperasaan. Baru sahaja dia memasang impian untuk belanja teman-temannya bagi meraikan kejayaannya. Semuanya musnah sekelip mata apabila Luqman telah sampai di Ipoh untuk menjemputnya pulang. Hafni mengekori Luqman dari belakang menuju ke kereta BMW 5 Series kepunyaan Luqman. Sekali lagi Hafni dilanda dengan perasaan yang hairan apabila Luqman tidak memandu BMW kesayangannya sebaliknya memandu Ferrari SUV hitam. Nak menayang la gamaknya tu desis Hafni. Hafni meninggalkan luggage di belakang kereta dan terus menaiki kereta. Luqman yang memandang hanya menggelengkan kepalanya. Sudah pastinya Hafni sedang sakit hati dengannya. Memang dia sengaja menjemput Hafni untuk pulang ke Putrajaya setelah berjaya meminta izin dari bakal mertuanya. Luqman mula memandu. Hafni disebelah dikerling sekilas dengan ekor mata. Luqman tersenyum sendirian. Tercuit hatinya melihatkan kemarahan Hafni. Perjalanan yang panjang hanya ditemani dengan celoteh deejay radio.

                        Luqman singgah berhenti di hentian rehat untuk mengisi perutnya yang mula memanggil untuk diisi. Luqman telah sedia berdiri di tepi pintu sebelah penumpang menunggu Hafni keluar dari kereta. Hafni hanya diam membeku tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk keluar dari kereta. Dengan wajah yang selamba, Luqman meninggalkan Hafni keseorangan di dalam kereta. Perutnya perlu diisi segera, jika tidak takut penyakit gastriknya datang semula. Bertambah geram Hafni kepada Luqman. Selamba dek je Luqman meninggalkan dirinya di dalam kereta yang telah dimatikan enjinnya sedangkan di luar panas membahang. Hafni segera keluar dari kereta dan terus menuju ke deretan gerai. Hafni hanya membeli sebotol fresh oren dan sandwich sebungkus. Cukup sekadar mengalas perutnya. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya, Luqman datang dengan menantang dulang di tangan. Nasi putih berlaukkan sambal udang dan kangkung goreng cili api menjadi pilihan mamat yang duduk dihadapannya.

            ‘Nak rasa?’ pelawa Luqman yang telah menghulur nasi didalam tangannya.

            Hafni buat acuh tak acuh. Pelawaan Luqman tidak dijawabnya.

            Disebabkan tiada jawapan dari Hafni, Luqman terus menyuakan nasi yang berada di tangannya ke dalam mulutnya. ‘Jangan diganggu harimau yang sedang kelaparan. Nanti tak pasal-pasal kena ngap.’ Luqman bercakap sendirian. Hafni mengetap bibir menahan kemarahan.

            Cool Hafni. Mamat tu sengaja nak naikkan kemarahan kau je tu.’ suara hatinya memujuk

                        Luqman telah siap menjamu selera. Licin pinggannya manakala air di dalam gelas pun habis diteguknya. Tanpa berkata apa-apa, Luqman segera mengangkat kaki dan terus menuju ke keretanya. Baru sahaja beberapa langkah meninggalkan Hafni, suatu suara memanggilnya. ‘Bang, bini abang ni abang tak nak ker?’

            Muka Hafni tidak berperasaan. Mahu sahaja tersembur ketawanya apabila Luqman ditegur oleh budak pelayan yang bekerja disitu. Luqman malu sendiri. Semua gara-gara Hafni yang sedang marah kepadanya.

            ‘Terima kasihlah dik sebab ingatkan abang. Bini abang ni manja sikit. Kalau berjalan asyik nak pegang tangan aje.’ luah Luqman lantas memegang tangan kiri Hafni dan menariknya berjalan bersama dengannya. Hafni merasa menyesal pulak apabila budak pelayan menegur Luqman yang meninggalkannya sendirian disitu. Perjalanan diteruskan. Suasana di dalam kereta masih sama seperti mereka bertolak dari Ipoh. Sunyi sepi. Setelah sejam setengah perjalanan, akhirnya Hafni tiba di perkarangan rumahnya. Hilang semua azabnya bersama dengan Luqman. Tanpa membuang masa, Hafni segera keluar dari kereta dan terus mengambil luggagenya di bonet kereta. Luqman yang cuba membantu tidak dihiraukannya. Selesai mengeluarkan luggage dari bonet, Hafni terus menarik luggage masuk ke rumah. Luqman menyusul dari belakang. Haji Hadi dan Hajah Azizah telah sedia menanti kepulangan mereka. Senyuman dilemparkan buat Hafni dan Luqman. Hafni menyalam tangan walid dan uminya disusuli oleh Luqman.

            ‘Terima kasihlah sebab susah-susahkan diri jemput saya kat Ipoh. Af masuk dulu walid, umi.’ Ujar Hafni lalu menarik luggagenya masuk ke dalam rumah.

                        Haji Hadi pelik dengan sikap Hafni. Tiada angin tiada ribut tetibanya angin satu badan. ‘Kenapa dengan Af tu Luqman?’

            ‘Dia marah kat saya kot pakcik. Sebab jemput dia kat sana.’ Luqman hanya menduga.

                        ‘Pakcik minta maaf bagi pihak Hafni. Harap-harap Luqman tak kecil hati dengan perangai Af tu.’

            ‘Sikit pun tak, pakcik. Hafni tengah penat tu. Nanti dia okay la tu. Kalau tak da apa-apa, saya balik dulu pakcik, makcik.’ pinta Luqman ramah.

                        ‘Eh! Masuklah dulu. Minum air dulu.’ pelawa Hajah Azizah.

            ‘Tak pa lah makcik. Lain kali lah. Kirim salam dekat Hafni. Assalamualaikum.’ ucap Luqman.

                        ‘Walaikumsalam.’ jawab Haji Hadi dan Hajah Azizah serentak

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22