Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 11


BAB 11
Suasana mula meriah di halaman banglo dua tingkat milik Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah yang bakal menyambut menantu baru. Banglo mula dipenuhi dengan kehadiran anak-anaknya dan juga kaum keluarga terdekat. Ruang tamu bawah bertambah riuh apabila semua anak-anak Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah telah berkumpul.

            ‘Hmmm…. Untung la mama dengan papa dapat dua menantu sekaligus dalam tahun ni la ye. Lagi cepatlah mama dengan papa dapat tambah cucu.’ bicara  alongnya, Rosmaira.

Terukir senyuman di wajah Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah apabila mengenangkan anak-anaknya bakal mengakhiri zaman bujang masing-masing dan mereka hanya menanti kehadiran orang baru. ‘Mama harap sangatlah Rose dengan Luqman cepat-cepat bagi cucu kat mama dengan papa. Ni mama yang cakap. Tak tahu la pulak kalau dia orang ni nak anak cepat ke tak Maira. Kenalah tanya dengan tuan punya badan.’ Datin Rafidah meluahkan rasa hatinya.
            Rose yang sedari tadi sibuk melayan anak buahnya, mengalih pandangannya ke arah Datin Rafidah. ‘Insyallah ma. Rose dengan Zaufi dah bincang pasal anak. Kita orang tak buat family planning pun. Kalau tuhan nak bagi rezeki awal, kita orang terima je. Takut abang Luq je buat family planning.’ Ujar Rose menyelamatkan dirinya dan sengaja menyebut nama Luqman yang sedang leka membaca majalah business.

‘Eh apasal pulak nama abang Luq terlibat dalam perbualan ni. Adik ni saja je  babitkan abang Luq.’ Luqman tidak berpuas hati apabila namanya dikaitkan sekali.

‘Betul lah apa yang adik cakap tu Luq. Luq pun akan berkahwin tahun ni. Tak kan awal-awal lagi dah buat family planning.’ angah pula menyampuk membela adiknya.

            Luqman terkedu. Dia sendiri terlupa yang dirinya juga akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa dua bulan lebih dari sekarang. Fikirannya berserabut. Kenapalah alongnya gatal-gatal menimbulkan isu cucu ketika ini.

‘Kenapa diam Luq? Apa yang angah cakap tu betullah ye. Luq memang buat family planninglah dengan Hafni?’ mama mula bersuara seperti tidak bersetuju.

            Luqman meraup wajahnya. ‘Luq tak cakap apa-apa pun lagi. Semua dah buat andaian sendiri. Luq tak kisah nak ada anak awal. Lagipun Luq belum bincang pasal anak pun dengan Hafni. Nanti bila Hafni ada kat sini, jangan pulak mama, along, angah dan adik tak tanya kat Hafni pulak dia nak awal ke tak. Luq on je.’ ujar Luqman lemah. Sedap je mulut aku ni bercakap. Belum sempat nak usik Hafni, habis keluar silat kuntau Hafni. Untung la kalau dapat anak awal desis Luqman sendirian. Masing-masing memandang sesama sendiri. Ada betul jugak apa yang Luqman katakan.

‘Yeh..yeh pakyang nak dapat baby. Ayyan nak baby boy. Boleh main dengan Ayyan.’ Rayyan Rizqin pula petah bercakap dengan bahasa pelatnya. Semua yang berada di ruang tamu terhibur dengan kata-kata anak kecil yang baru mencecah usia tiga tahun.

            ‘Pak lang belum dapat baby lagi la Rayyan sayang. Kan Rayyan dah adik Aqish. Ajaklah Aqish main dengan Rayyan.’ jawab Luqman lalu memangku Rayyan di ribanya.

‘Adik Aqish gurl-gurl la pakyang. Dia tak nak main dengan Ayyan.’ ujar Rayyan yang mula petah bersuara. Luqman terdiam. Apa yang harus diperkatakannya lagi. ‘Okay. Nanti pak lang cakap kat mak lang yang Ayyan nak baby boy ye. Ayyan pun kena minta baby boy kat maksu jugak. Baru best main ramai-ramai.’

                        ‘Kalau macam tu Ayyan pun nak baby boy kat makcu jugak la. Boyehkan makcu.’ tanya Rayyan kepada Rose yang sedang memangku Aqish yang baru berusia lima bulan.

            ‘Maksu no problem la Ayyan sayang. Nanti maksu bagi baby boy kat Ayyan ye.’ bersahaja Rose menjawab pertanyaan Rayyan dan sempat memberi jelingan kepada Luqman yang masih tidak berpuashati dengannya.

            Datin Rafidah yang diam dari tadi mula bersuara. ‘Baguslah macam tu. Cepat-cepat sikit dapatkan cucu untuk mama. Tak da lah sunyi sangat rumah ni nanti. Along, angah dan adik jom ikut mama pergi tengok apa yang berlaku kat luar tu. Tak kan nak biarkan saudara-saudara kita tu je. Yang kamu tu duk kat dalam ni je kenapa Luq? Tolong-tolong la papa dengan abang long kamu tu. Macam kamu pulak yang jadi pengantin.’ Semuanya yang berada di ruang tamu itu, segera bangun mengekori Datin Rafidah yang telah melangkah menuju ke pintu. Rose sempat menjelirkan lidahnya kepada Luqman.

            Sementara di halaman rumah, Dato’ Lutfi sedang rancak berbual dengan sanak saudara yang mula bertandang ke rumah. Luqman melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan paklongnya. ‘Macam mana persiapan majlis perkahwinan kamu pulak Luq? Tinggal beberapa bulan je lagi ni. Paklong tengok kamu ni bukan macam orang nak berkahwin je.’ tanya Paklong Lokman.

                        Tersembur air yang baru saja diminum oleh Luqman. Nasib baik tidak mengena kepada muka yang berada di situ. ‘Soalan paklong ni soalan cepumas lah. Sampai tersembur air yang Luq minum ni. Luq ni tak da gaya orang nak kahwin ke paklong?’ jawab Luqman sambil control macho.

            ‘Tak gaya langsung pun paklong tengok. Gaya orang bujang ada lah. Gaya orang nak kahwin langsung tak nampak. Jadi ke idak ye kamu nak kahwin ni Luq oi.’ Paklongnya mula bercakap dalam loghat utara.

                        ‘Apa pulak tak jadinya paklong. Mestilah jadi. Memang la paklong nampak Luq ni tak gaya nak kahwin. Kalau dah semua persiapan yang mama buat. Mama kata semua ditanggung beres. Cuma Luq kena pergi kursus kahwin je. Lagipun Luq sibuk dengan kerja yang berlambak kat ofis tu paklong. Kalau Luq tak da, mau huru-hara pejabat papa tu.’ tungkas Luqman seraya memang wajah papanya yang berkerut kerana namanya dikaitkan dalam perbualan mereka.

            ‘Macam-macam la kamu ni Luq. Kenapa tak mohon cuti je nak buat persiapan majlis kamu? Anytime je papa luluskan.’ balas papanya pula.

                        Luqman terperangkap dengan perangkap yang dibuatnya sendiri. Dia menggarukan kepala yang tidak gatal. Semua orang yang berada disitu hanya tersenyum melihat perangai Luqman.

            Hafni tiba di hadapan banglo dua tingkat yang tersergam indah. Nasib baik dia tidak tersesat mencari rumah Rose dan tidak lama lagi rumah ini akan menjadi rumah mertuanya. Hafni meletakkan keretanya tidak jauh dari pintu pagar utama. Dalam diam dia memuji kecantikan rumah banglo yang dihias cantik sempena majlis perkahwinan Rose. Mungkin begitu juga apabila majlis perkahwinannya dengan Luqman. Cukup-cukup berangan Hafni oi desis Hafni sendirian. Dia berasa gugup untuk memasuki halaman rumah. Bagimana penerimaan Luqman melihatkan kehadirannya nanti. Pastinya Rose belum memberitahu orang tuanya mahupun Luqman tentang dirinya yang bakal menjadi pengapit Rose. Terasa menyesal kerana mempersetujui menjadi pengapit Rose.

            Hafni betul-betul berada di hadapan pintu utama. Mulutnya terkunci untuk memberi salam. Mahu saja dia berlari meninggalkan rumah itu. Namun mengingatkan janjinya dengan Rose, Hafni turutkan jua. Belum sempat dia memberi salam, terpacul seorang wanita dihadapan pintu yang kebetulan hendak keluar. ‘Assalamualaikum. Rose ada?’ pantas Hafni memberi salam dan memberitahu tujuan kehadirannya.

                        ‘Walaikumsalam. Rose ada kat atas. Mak andam tengah mengandam. Boleh akak tahu siapa adik ni?’ tanya Rosziana, kak ngah kepada Rose. Belum sempat Hafni menjawab soalan wanita yang berada dihadapannya, dia terdengar seseorang memanggil namanya dari belakang. Hafni menoleh ke belakang.

            ‘Awak buat apa kat sini Af? Awak cari saya? Bukan kita janji nak keluar lepas majlis Rose ke?’ tanya Luqman yang telah betul-betul berdiri bersebelahan dengan Hafni. Hafni geram. Pagi-pagi lagi Luqman sengaja mencari pasal dengannya.

                        ‘Tak kan saya nak cari awak pagi-pagi ni kot. Tak da masa saya nak cari awak. Saya datang ni  sebab saya dah janji nak jadi pengapit Rose.’ jawab Rose perlahan takut didengari oleh wanita yang berada bersama mereka. Rosziana yang berada bersama mereka hairan melihat sikap Luqman dengan wanita yang datang ke rumahnya. Rosziana berdehem mengingatkan mereka berdua yang dirinya masih ada di situ.

            ‘Sorry ngah. Luq terlupa pulak angah ada kat sini lagi. Kenalkan ni Amni Hafni bakal isteri Luq dan Hafni ni best friends Rose. Dia jadi pengapit Rose hari ni. And Af kenalkan ni my second sister Rosziana and just call her angah..’ Luqman memperkenalkan Hafni dengan angahnya. Rosziana memberikan senyuman kepada Hafni dan mereka bersalaman. Hafni tidak mampu berkata apa-apa.

                        ‘Pandai mama pilih menantu dia. Manis dan cantik. Kalau nak harapkan Luqman ni cari calon menantu untuk mama, alamatnya tak da la. Jom masuk dalam Af.’ tutur angah selamba sahaja. Tangan Hafni diraihnya dan menarik Hafni masuk ke dalam rumah. Luqman seperti lembu yang dicucuk hidung tidak berkata apa-apa dan hanya mengekori dari belakang. Belum pun sempat Hafni melabuhkan punggungnya di sofa, Datin Rafidah muncul dari dapur. Betapa gembira hati Datin Rafidah melihatkan kehadiran bakal menantunya. Hafni menghulurkan tangannya dan menyalami tangan Datin Rafidah. Manakala Luqman sekadar menjadi pemerhati di belakang Hafni.

            ‘Hafni sihat? Awal Hafni datang. Majlis nikahnya lambat lagi.’ tutur Datin Rafidah.

                        ‘Af sihat aunty. Aunty sihat? Sebenarnya Af datang awal ni sebab Af jadi pengapit Rose.’ ujar Hafni yang telah pun duduk disebelah Datin Rafidah. Luqman memilih untuk duduk bertentangan dengan Hafni.

            Walaupun agak terkejut dengan penjelasan Hafni, sekurang-kurangnya Datin Rafidah berasa lega kerana Hafni tidak perlu  bersusah payah untuk menyesuaikan dirinya apabila menyertai keluarganya kelak. ‘ Aunty tak sangka pulak Af dah lama berkawan dengan Rose. Rose pun tak cerita apa-apa dengan aunty. Pandai betul kamu semua ni simpan rahsia.’

                        ‘Sebenarnya Af pun baru tahu yang Luqman ni abang Rose. Saja je Rose dan Af nak surprise kan semua orang. Af harap aunty tak kecil hati dengan Af.’ perlahan Hafni menuturkan butir bicara. Takut-takut menyinggung bakal mertuanya.

            Aunty tak kecil hati pun. Sekurang-kurangnya nanti Af ada lah geng kalau Af kena buli dalam rumah ni.’ balas Datin Rafidah yang sempat menjeling Luqman yang ralit memandang Hafni.

                        ‘Yang kamu tu kenapa Luq. Pandang Hafni macam nak terkam je?’ soal Datin Rafidah tiba-tiba.

            Belum pun sempat Luqman menjawab, angah terlebih dahulu menjawab soalan mamanya. ‘Dah tak sabar-sabar nak kahwin dengan Hafni tu la mama. Kot dah kahwin nanti mau tak keluar bilik gamaknya.’ merona wajah Hafni mendengarkan usikan dari bakal kakak iparnya.

                        ‘Sudah-sudahlah tu. Dah blushing muka Hafni tu. Af pergi la naik atas. Rose ada kat dalam bilik. Lagi lama Af kat bawah ni, lagi teruk la Af kena sakat dengan angah. Tu belum lagi along.’ arah Datin Rafidah. Hafni segera bangun nak menuju ke tangga. Luqman memandang dari hujung ekor mata. Hatinya tidak puas melihat Hafni. Sabar wahai sang hati. Tak ke mana gunung dikejar. Hafni mendaki anak tangga.  Terdapat empat bilik di tingkat atas. Hafni menolak pintu bilik yang terletak sedikit hujung disebelah kiri. Salam diberi. ‘Assalamualaikum pengantin baru?’ Hafni berdiri di tengah pintu.

            ‘Wa’alaikumsalam. Sampai jugak kau Af. Aku ingat kau tak datang lagi.’ balas Rose yang sedang di andam. Hafni melabuhkan punggungnya di atas katil bercadarkan tema berwarna putih. ‘

                        ‘Kau ni suka cakap semborono je kan. Kau tak nak aku datang ker? Kalau kau tak aku datang, aku balik je.’ Hafni pula mengugut. Dia telah bangun nak melangkah menuju ke pintu.

            Rose menarik muka. ‘Aku cakap sikit je, kau dah nak merajuk. Mentang-mentang la tak lama lagi turn kau pulak nak naik pelamin.’ Rose pula mengusik. Hafni tersenyum kemenangan. Hafni melangkah semula ke arah katil. Hafni memilih untuk duduk bersebelahan dengan Rose yang telah siap diandam. Tangan Rose diraihnya. Wajah teman baiknya ditatap sekian kalinya. Terasa sebak di dadanya. Berubah sedikit riak wajah Hafni. Rose bingung.

                        ‘Kenapa wajah kau sungul Af? Kata-kata aku tadi menyinggung perasaan kau?’ soal Rose pelik.

            ‘Bukan sebab kata-kata kau Rose. Aku sedih sebab tak lama lagi kau akan jadi milik orang. Aku akan kehilangan kawan baik aku. Walau apa pun aku tumpang gembira dengan perkahwinan kau Rose.’ tutur Hafni sebak.

            Terkikih ketawa Rose. ‘Come on la Af. Memanglah aku dah kahwin tapi kau tetap teman baik aku. Aku selalu ada bila kau memerlukan aku. Jangan kau dah kahwin dengan abang Luq langsung kau lupakan aku pulak Af. Satu cubitan hinggap di peha kiri Rose. Rose menjerit kesakitan sambil mengusap pehanya yang pedih dicubit oleh Hafni.

                        ‘Aku tengah serius. Boleh pulak kau main-main. Boleh tak kalau jumpa aku jangan cerita pasal abang Luq kau tu. Rimas la.’

            Meletus hilai tawa dua sahabat di dalam bilik. Mak andam yang menyolek Rose turut sama ketawa walapun tidak tahu apa yang dibualkan oleh dua orang sahabat itu. Sementara di sebalik pintu, angah menggelengkan kepala melihatkan telatah adik dan bakal adik iparnya. Pastinya gamat rumah mamanya tidak lama lagi dengan kehadiran Hafni yang sekepala dengan Rose. Terlupa seketika niat utamanya naik ke bilik Rose. Daun pintu bilik berwarna cream itu ditolak perlahan. Semua pasang mata memandang ke arah pintu. Rosziana melemparkan senyuman manis kepada penghuni bilik.

                        ‘Mama suruh tengokkan Rose sama ada dah siap ke belum? Pengantin lelaki dah dalam perjalanan.’ Rosziana menyatakan tujuannya masuk ke dalam bilik.

            ‘Rose dah siap dah.’ ujar Rose pendek. Rosziana sekadar mengangguk mendengarkan jawapan daripada adiknya.

                        ‘Kalau macam tu kakngah turun dulu la. Nanti kakngah panggil kalau pengantin lelaki dah sampai. Cover sikit ketawa tu. Awak tu bakal isteri orang. Kot dengar orang tua si Zaufi tu langsung cancel jadi menantu.’ Rosziana berlalu meninggalkan Rose dan yang lain.

            Hafni memandang Rose. Keningnya dinaikkan menunjukkan isyarat kepada Rose. Terkekeh ketawa mereka mengingatkan pesanan dari kakngahnya. Ketawa mereka reda apabila pintu bilik ditolak sekali lagi dari luar. Hafni dan Rose kehairanan. Masakan pengantin lelaki telah sampai sedangkan kakngahnya baru sahaja turun ke bawah. Mereka memandang sesama sendiri. Rose menjongketkan bahunya menandakan dia sendiri tidak tahu siapa empunya diri disebalik pintu biliknya.

                        Luqman berdehem kecil. Pantas sahaja Rose dan Hafni memandang ke arah empunya diri. Tak ada orang lain ke? Balik-balik muka dia, desis Hafni. ‘Abang Luq nak apa masuk bilik adik ni.’ Rose sound direct kepada Abang Luq nya.

            ‘Mentang-mentang jadi raja sehari ni, dengan Abang Luq pun nak sombong. Abang Luq bukan saja-saja je nak masuk bilik adik ni. Abang Luq nak jumpa dengan orang yang kat sebelah adik tu. Pinjam Af sekejap.’ ujar Luqman pantas tangannya menggapai tangan Hafni dan menarik Hafni mengikutnya. Hafni membuat muka kesian agar Rose dapat membantunya. Belum pun sempat Rose berkata apa-apa, Hafni telah bangkit dari duduknya dan mengekori Luqman dari belakang. Hafni sebal.

            Luqman membawa Hafni ke ruang tamu di tingkat yang sama. Luqman sengaja memilih ruang tamu kerana ianya berada dihujung sudut memudahkan perbincangannya dengan Hafni. Tangannya masih erat memegang tangan Hafni. Luqman senang berkeadaan sebegitu. Hafni yang berada dihadapannya sedang menyumpah seranah didalam hati. Hafni cuba mengawal amarahnya memandangkan dia masih sedar yang dirinya masih berada di dalam banglo milik keluarga Luqman. Luqman mengambil kesempatan yang ada menatapi wajah Hafni yang mulus dan cantik walaupun hanya disolek dengan solekan yang nipis. Hafni kurang senang diperlakukan sebegitu. Pipinya mula kemerahan menahan malu. Kalau dibiarkan sahaja Luqman, mahu heboh satu rumah dibuatnya. Hafni mengambil kesempatan di atas kelekaan Luqman dengan memijak kaki Luqman. Akibat terkejut kakinya dipijak oleh Hafni, Luqman hilang kawalan badannya lalu menyebabkan badannya terdorong sedikit kehadapan dan menyebabkan Hafni terpaksa berundur kebelakang. Namun apa dayanya, Hafni cuba menjarakkan dirinya daripada Luqman tetapi dinding menjadi penghalang. Hafni terperangkap di dalam perangkapnya sendiri. Keluhan kecil kedengaran keluar dari mulut Hafni.
                        ‘Awak…. Boleh tak awak kawal tingkah laku awak. Awak nak ke satu rumah ni heboh pasal perangai awak yang tak senonoh ni. Kita kan dalam majlis Rose sekarang?’ lemah Hafni menegur Luqman.

            ‘Saya tak buat apa-apa pun. Awak yang pijak kaki saya dulu. Kalau awak tak pijak tadi, tak da lah kita dalam keadaan ni sekarang. Apa pun saya suka dalam keadaan sekarang ni. Terima kasihlah sebab pijak kaki saya tadi.’ Luqman membetulkan kedudukan tangannya yang baik punya landing dekat dinding agar Hafni tidak boleh lari lagi darinya. Hafni kelemasan.

                        ‘Apa yang awak nak sebenarnya Luqman? Saya dah penat nak melayan kerenah awak ni. Orang luar sana tu mengagumi awak sebagai seorang ahli perniagaan yang berkarisma  dan berjaya pada usia yang muda tapi apa yang nampak sekarang ni adalah yang sebaliknya. Perangai awak ni tak ubah macam budak kecil. Ke awak tak puas bermain masa zaman awak kecil-kecil dulu?’ panjang lebar Hafni meluahkan isi hatinya seraya Hafni menolak dada Luqman agar ada jarak di antara mereka. Luqman terpana dengan tindakan Hafni. Jantungnya berdegup kencang. Hafni turut merasai rasa yang sama. Agak lama mereka berkeadaan sebegitu sehinggalah kehadiran Datin Rafidah.

            ‘Astagfirullahalazim Luq. Apa yang Luq buat ni. Bawaklah bersabar Luqman Haqeem oi. Tak kemana pun Hafni ni. Nasib baik mama yang nampak kamu berdua macam ni. Kalau saudara mara kita yang nampak, tak ke malu papa dengan mama. Ada – ada je la kamu ni Luq.’ Datin Rafidah mula berceramah. Segera Luqman melepaskan tangannya dan  memberi laluan kepada Hafni. Hafni bersyukur kerana Datin Rafidah datang menyelamatkanya dariapda menjadi bahan renungan Luqman.

            ‘Rose dah nak turun dah tu. Pengantin lelaki dah sampai. Hafni pergi temankan Rose. Aunty minta maaf dekat Hafni atas apa yang Luqman dah buat tadi.’ Datin Rafidah mengusap tangan Hafni memohon maaf bagi pihak Luqman.

                        Aunty tak perlu minta maaf pun. Bukan aunty yang buat silap pun. Af pergi tengok Rose dulu.’ Hafni meminta diri dan meninggalkan dua beranak.

            Luqman juga turut sama ingin beredar tetapi sempat ditahan oleh Datin Rafidah. ‘Mama suruh Af seorang je. Kamu ni kenapa Luqman. Hafni tu masih anak dara orang. Nanti apa pulak kata pakcik Hadi dengan makcik Zah kamu. Mama tak habis lagi dengan kamu lagi Luq. Nanti kita sambung. Pengantin lelaki dah sampai kat bawah. Tunggu apa lagi. Cepat turun.’ bebel Datin Rafidah lalu meninggalkan Luqman keseorangan. Luqman duduk di sofa yang berdekatan dengannya. Panas telinganya mendengarkan bebelan dari mamanya. Luqman meletakkan tangan kanannya di dada sebelah kiri. Gelora jantungnya masih terasa. Tak terlintas oleh akalnya yang Hafni akan meletakkan tangan di dadanya. Mungkin ada sebab Hafni bertindak sedemikian. Bertambah kusut dirinya disebabkan oleh seorang wanita yang bernama Amni Hafni.

                        Sementara di ruang tamu bawah mula dibanjiri sanak saudara kedua-dua belah pihak. Tok kadi telah sedia menantikan pengantin lelaki yang sedang menunaikan solat sunat. Zaufi tampak segak lengkap berbaju melayu satin berwarna kuning susu manakala baju kurung moden dengan tema yang sama yang penuh dengan labuci menjadi pilihan Rose persis bagaikan seorang puteri. Hanya dengan sekali lafaz Rosdiana bt Lutfi sah menjadi suri buat Zaufi Raiqal. Selesai upacara nikah, rombongan pengantin lelaki di sajikan dengan jamuan kecil sementara menunggu majlis resepsi pada sebelah malam. Hafni berjalan beriringan bersama  kakngah Rose untuk menjamu selera di bawah khemah yang disediakan. Hafni seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya. Jika tidak silap matanya memandang, lelaki yang lengkap berbaju melayu berwarna biru amat dikenalinya. Idham lelaki yang menghilangkan diri entah kemana dan akhirnya timbul di majlis pernikahan Rose dan Zaufi. Apa pula hubungan Zaufi dengan Idham. Tak kan adik beradik? Tak mungkin. Hafni berdoa agar Idham tidak menyedari akan kehadirannya. Setelah selesai mengambil makanan, Hafni dan kakngah bersama si kecil Ayyan memilih untuk gazebo ditepi kolam untuk menikmati hidangan yang dipilih oleh mereka. Rosziana sengaja makan di gazebo agar senang bagi dirinya untuk mengawal Ayyan yang sedang lasak.

            Baru sahaja kakinya melangkah, kedengaran seperti seseorang sedang memanggil namanya. Satu suara yang telah lama tidak didengarinya. Hafni serba salah. Ikutkan rasa marahnya, ingin sahaja dia menghamburkan apa yang telah terbuku sekian lama tetapi akalnya masih waras lagi. Hafni mematungkan dirinya sehinggalah Idham betul-betul berada dibelakangnya. Salam diberi. Namun tiada jawapan. Kosong!

            ‘Hafni kan?’ tegur Idham.

            Hafni memalingkan tubuhnya. Hafni sekadar mengangguk.

            ‘Awak sihat Af? Lama kita tak jumpa kan? Awak buat apa kat sini?’

            ‘Sihat. Siapa yang menghilangkan diri? Saya tengah jemur baju kat sini.’

            ‘Awak masih marahkan saya sebab kisah lama kita? Saya minta maaf. Berilah
            peluang pada saya untuk ceritakan perkara yang sebenar.’ pinta Idham

            ‘Kisah kita dah lama berakhir Am. Tak perlu rasanya awak nak ceritakan perkara
            yang sebenar pun. Sudahlah Am. Kita dalam majlis orang. Saya minta diri dulu.’

Luqman memandang dari jauh sesi perbualan Hafni dengan seorang mamat salah seorang daripada rombongan pengantin lelaki. Bait-bait cemburu mula menyelinap di dalam jiwanya.

                        Majlis resepsi telah berlangsung dengan jayanya. Hafni cantik berbaju kurung moden berwarna light silver mengikut tema yang dipilih. Badanya terasa penat kerana menjadi pengapit Rose. Hafni segera mencari ruang beristirehat semantara menunggu Rose yang sibuk dengan sesi bergambar. Hafni memilih lobi hotel untuk melepaskan lelahnya seharian. Sedang asyik membaca majalah yang disediakan, seseorang telah pun duduk dihadapannya. Namun Hafni tidak mempedulikannya kerana baginya lobi adalah tempat yang terbuka untuk sesiapa duduk.

            ‘Kenapa awak cuba nak melarikan diri dari saya Af?’ soal Idham inginkan kepastian.

            Hafni tersentak. Bagaimana pula Idham tahu akan kehadirannya di situ. Majalah di letakkan semula ditempatnya. Hafni bingkas bangun dan berlalu meninggalkan Idham. Tiada sebab baginya untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Idham. Idham sempat menyambar pergelangan tangan Hafni. Hafni cuba merentap tangannya tetapi tidak gagal. Tiba – tiba Luqman yang datang entah dari mana telah membantunya. Pergelanggannya bertukar tangan. Kini Luqman sedang memegang tangannya.

            ‘Cuba beradab sikit dengan perempuan!’ bentak Luqman.

                        ‘Kau siapa? Jangan sibuk masuk campur hal orang lain.’ marah Idham

            ‘Aku bakal suami Hafni. Hal dia hal aku jugak. Baik kau berambus dari sini sebelum aku panggil security.’ Luqman memberi amaran. Hafni dah menjangkakan perkara ini akan berlaku juga.

                        ‘Apa semua ni Af? Am tak faham semua ni. Betul ke apa yang lelaki ni cakapkan?’

            ‘Maafkan Af, Am.’ pendek jawapan Hafni. Musnah semua harapannya. Hajatnya pulang semula ke tanahair ingin membetulkan semula silapnya dan menjalinkan semula perhubungannya dengan Hafni. Dia mengakui memang apa yang telah terjadi adalah silap dirinya. Idham berlalu dengan hati yang walang meninggalkan Hafni dan Luqman.

                        Who that’s guy Af?’ soal Luqman yang masih memegang tangan Hafni.

                        An old friend. No more question Luqman. Saya penat sangat. Sampaikan pesan saya dekat Rose saya balik dulu. Nanti saya call dia.’ ujar Hafni lalu memandang tangannya. Luqman yang menyedari maksud Hafni segera melepaskan pegangannya. Hatinya belum puas dengan jawapan yang diberikan oleh Hafni. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menahan Hafni dan inginkan penjelasan. Paksaan bukannya satu cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Luqman menghantar Hafni hingga sampai ke keretanya.

            ‘Thanks. Good nite.’ ucap Hafni sebelum keretanya meninggalkan perkarangan hotel.

            Your welcome. Good nite to you too. Balas Luqman perlahan.

Comments

  1. best lama juga x update nak lg boleh.

    ReplyDelete
  2. thanks kerana membaca....
    maaf banyak2 sebab x dapat nak update citer bi sebab lately bz sedikit dengan kerja....
    sy akan update dalam masa terdekat....
    selamat memebaca

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22