Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 10


BAB 10
                        Latihan silatnya bersama pesilat-pesilat yang lain berjalan dengan lancar. Penat semasa sesi fitting baju pun boleh hilang di tambah lagi dengan penat latihan silat. Hafni mengeluh kecil. Hafni melabuhkan punggungnya di kerusi kayu tidak jauh dari gelanggang. Air mineral dihirupnya untuk menghilangkan penat.
           
            ‘Kau nampak penat sangat hari ni Af? Banyak kerja ke kat pejabat hari ni?’ Nazri bersuara dari belakang mengejutkan Hafni. Perbuatannya itu hampir-hampir sahaja membuatkan Hafni tersedak.

            ‘Nasib baik aku tak ada penyakit jantung Naz. Kalau tak, dah lama aku gol. Hari ni kerja aku kat ofis tak banyak sangat tapi kerja kat luar yang buat aku penat. Penat petang tadi pun tak hilang di tambah pulak dengan penat latihan silat.’ Jawab Hafni.

            Nazri menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Aku minta maaf lah kalau aku terkejutkan kau tadi. Tak sangka pulak kau tengah termenung jauh. Tengah berangan nak naik pelamin ke Af?’

                        Senyuman terukir dibibir munggil Hafni. Senyuman inilah yang menambat hati lelaki yang bernama Qairul Idham yang telah menjadi sejarah buatnya dan termasuklah Nazri yang duduk dihadapannya. Hatinya langsung tidak terusik dengan kata-kata Nazri. ‘Ahah Naz. Aku tengah berangan duduk atas pelamin ni ha. Kau tak joint aku sekali ker? Lagi ramai lagi meriah.’ seloroh Hafni. Nazri menggeleng-gelengkan kepalanya.

            ‘Banyaklah kau punya meriah Af. Aku serius ni, kau boleh main-main pulak.’ bidas Nazri yang sedikit kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Hafni. Hafni sendiri tahu yang dia telah lama menyimpan perasaan terhadap Hafni sejak dari bangku sekolah lagi. Namun cintanya tidak di balas oleh Hafni atas alasan perasaan sayang tidak hadir dalam diri Hafni ketika bersamanya.

                        Hafni merenung wajah Nazri yang berada dihadapannya. Dia hairan kenapa perlu dia menjawab soalan Nazri sedangkan Nazri sendiri tahu perkahwinannya adalah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Cukup-cukuplah Luqman Haqeem  membawa pelbagai masalah kepadanya. Janganlah Nazri menambah lagi beban masalah yang ditanggungnya. ‘Naz aku tahu kau prihatin dengan masalah yang aku hadapi tapi kau bagi aku sebab kenapa aku perlu jawab soalan kau tadi?’ Nazri tersentak. Adakah pertanyaannya menyinggung perasaan Hafni. Hatinya tidak tenteram apabila melihat Hafni masuk ke butik pengantin bersama seorang lelaki yang berkemungkinan besar adalah calon suami pilihan keluarganya.

            Mulutnya berat untuk memberitahu kepada Hafni, sebalik hatinya meronta-ronta untuk bertanya apa yang dilakukan Hafni di dalam butik tersebut. Hafni masih menanti Nazri memberi sebab kenapa perlu dia menjawab soalan Nazri. Pertanyaan Hafni belum dijawab. Nazri serba salah. Dia pernah memberitahu Hafni tentang perasaannya tetapi Hafni menolak untuk menerima perasaannya. Ketika Hafni menolak perasaannya, dia tidak ralat kerana Hafni masih tiada pengganti Idham dan hatinya mula merasa ralat apabila kekosongan yang ditinggalkan Idham bakal di isi tetapi bukan dirinya. Dia yang selayaknya untuk mengisi ruang kekosongan itu.. ‘A….a…aku…. aku… aku nampak kau jalan dengan sorang mamat berjalan masuk ke dalam butik pengantin. Itu ke calon suami pilihan orang tua kau Af?’ tergagap-gagap Nazri menjawab soalan Hafni.

Hafni serba salah. Dia tidak sangka Nazri ternampak dirinya bersama Luqman berjalan masuk ke dalam butik pengantin. Dia berharap sangat agar tiada sesiapa di antara temannya mahupun kakitangan Haslam Holdings melihatnya bersama dengan Luqman Haqeem. ‘Itu lah bakal suami yang bakal aku kahwini tak lama lagi. Aku pergi fitting baju kahwin tengah hari tadi dengan dia.’ jawab Hafni lemah.

Hati Nazri kecewa mendengarkan jawapan Hafni. Tiada ruangkah di hati Hafni buat dirinya yang sekian lama menanti cintanya di balas. ‘Af, kalau kau tak boleh terima dia dalam hidup kau, aku sanggup berkahwin dengan kau demi memenuhi hajat orang tua kau untuk melihat kau berkahwin. Sekurang-kurangnya aku dah lama mencintai kau.’ rayu Nazri.

            ‘Kau ni kenapa Naz? Dah berapa kali aku cakap kat kau yang antara kita tak mungkin ada hubungan yang lebih dari seorang kawan. Walau selama mana pun kau mencintai aku, itu tak bererti yang kita akan bahagia. Aku bahagia dengan kau dalam hubungan kawan. Buat pengetahuan kau, aku dah mula untuk menerima perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua aku. Jangan kau tambah beban yang sedang aku tanggung ni Naz.’ Hafni berang dengan sikap Nazri yang tiba-tiba berubah tiga ratus enam puluh darjah.

‘Aku tak boleh terima yang kau akan jadi milik orang lain Af. Kau tak pernah beri aku peluang dan kau sendiri tak beri peluang pada diri kau untuk aku. Ini tak adil Af. Perasaan aku juga bernilai Af…..’ bela Nazri untuk dirinya.

            ‘Sudah Nazri. Semua ni nonsense. Aku dah tak dengar apa-apa dari kau lagi.’ Hafni bingkas bangun nak meninggalkan Nazri. Hayunan langkah kakinya laju menuju ke gelanggang silat yang mula dipenuhi semula oleh pesilat-pesilat. Hafni sebolehnya mengelak dari bertemu dengan Nazri. Sakit hatinya bila mengenangkan sikap Nazri. Seingatnya Nazri sedia maklum tentang hatinya kepada Nazri. Susah sangat ke nak faham bahasa melayu desis Hafni. Sesi kedua latihan silat bermula setelah pelatih-pelatih silat selesai berehat. Hafni menumpukan sepenuh tumpuan terhadap latihan silatnya. Selesai latihan silat, Hafni segera menghayun langkah kakinya ke kereta. Mana tahu takut-takut Nazri mengejarnya dan meminta untuk menerimanya. Terlalu banyak masalah yang sedang ditanggungnya dan cukup-cukuplah.

Hafni masih berada di dalam kereta. Segera dia mengunci pintu keretanya. Enjin dihidupkan. Hafni sedang memikirkan berita yang baru disampaikan oleh guru silatnya. Dia bersama sepuluh orang pesilat yang lain bakal menyertai pertandingan silat peringkat kebangsaan di Perak. Apa yang merunsingkan dirinya adalah pertandingan itu akan berakhir tiga hari sebelum majlis pernikahannya. Pasti orang tuanya tidak akan membenarkan dirinya untuk menyertai pertandingan tersebut. Bertimpa-timpa masalah buat dirinya. Penat Hafni mengerah otaknya berfikir cara bagaimana untuk memberitahu orang tuanya. Walaupun dia sudah cukup besar untuk membuat keputusan, Hafni pasti akan berbincang terlebih dahulu dan meminta pandangan orang tuanya sebelum membuat apa-apa keputusan. Gagal… Hafni sendiri tidak tahu bagaimana mahu merangka ayat untuk berbincang dengan orang tuanya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dahulu.

Haji Hadi sedang menunggu kepulangan Hafni di ruang tamu. Pintu dibuka apabila terdengarkan bunyi kenderaan masuk ke dalam perkarangan rumah. Hafni terkejut kerana walidnya membuka pintu untuk dirinya.

            ‘Walid tak tidur lagi? Ada perkara penting ke walid nak bincang Af? soal Hafni yang telah sedia maklum yang walidnya tidak akan menunggu kepulangannya sekiranya tiada hal yang penting untuk dibincangkan.

‘Ada hal sikit yang walid nak tanya dengan Af. Jomlah kita ke ruang tamu.’ jawab Haji Haji lalu menuju ke arah ruang tamu dan disusuli oleh Hafni dibelakang.

            ‘Hal apa yang penting sangat walid nak bincang dengan Af?’ Hafni bertanya.
           
‘Ini mengenai perkahwinan Af dan Luqman. Walid tak nak Af rasa terbeban dengan perkahwinan ni. Mungkin walid dan umi dah setuju dengan lamaran dari keluarga Luqman, kalau Af tak boleh nak teruskan perkahwinan ni, walid sanggup berjumpa dengan Lutfi dan Rafidah untuk batalkan perkahwinan ini.’ ujar Haji Hadi.
           
                        Pucat lesi wajah Hafni. Tidak disangka yang walid sanggup bertindak
sedemikian walaupun terpaksa menconteng arang dimukanya sendiri. Berbelas hatinya mendengarkan kata-kata walid. ‘Af minta maaf andai Af ada buat silap dengan walid dan umi. Terus terang Af katakan, Af memang terbeban sedikit dengan perkahwinan yang diaturkan oleh walid dan umi. Tapi sekarang ni Af cuba untuk menyesuaikan diri dengan Luqman walid. Walid tak perlulah berjumpa dengan orang tua Luqman untuk membatalkan apa yang telah dirancang. Tapi dengan satu syarat. Walid kena penuhi syarat Af ni.’

            Lega hati tuanya apabila anak yang dibesarkannya masih tahu menjaga maruah keluarga walaupun terpaksa mengadaikan masa depan. Namun jauh disudut hatinya, pilihan yang dibuat adalah yang terbaik untuk masa depan anak-anaknya. Bab yang bersyarat ni lah yang payah sikit. ‘Nak kahwin pun ada siap syarat pulak ke Af?’ Haji Hadi menggaru kepala. Hafni menyunggilkan giginya.

                        ‘Syarat dia senang je walid. Af nak minta izin walid nak pergi pertandingan silat peringkat kebangsaan di Perak. Masalahnya, pertandingan tu habis tiga hari sebelum majlis akad nikah Af.  Af minta sangat kalau walid benarkan Af pergi. Lagi pun Af pergi cuma lima hari je walid. Af janji dengan walid, Af akan settlekan semua persiapan majlis Af sebelum Af bertolak ke Perak. Dah lama Af tunggu peluang ni walid. Bila lagi Af nak tunjukkan skill yang dah Af pelajari. Betul tak walid.’ kata Hafni yang tiba-tiba sahaja mulutnya laju mengarang ayat.

            Haji Hadi serba salah. Bijak sahaja anak perempuannya yang satu ni mengenakan dirinya. Tak di beri pergi, dia sendiri yang menyuruh Hafni mempelajari silat. Bila di beri pergi, pasti isterinya mengamuk sakan nanti. Haji Hadi mengangguk menandakan yang dia membenarkan Hafni menyertai pertandingan tersebut. ‘Af kena tunaikan semua janji yang Af dah buat sebelum Af ke Perak ya.’ Haji Hadi mengingatkan Hafni.

                        Hafni melonjak kegirangan. ‘Janji akan ditepati.’ ujar Hafni lantas menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Haji Hadi. Segera dia menghayun kakinya mendaki anak tangga menuju ke bilik. Haji Hadi gembira melihat anaknya mula tersenyum kembali. Semoga sinar kebahagian akan terus menyinari buat Amni Hafni. Amin.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22