Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 8


BAB 8
Fikri memandang jam di tangannya. Hampir lima belas minit dia menunggu Luqman. Batang hidung belum timbul-timbul lagi. Ni lah melayu. Janji bagai nak rak. Sampai pun tidak lagi. Fikri memandang di segenap pusat boling tu. Pengunjung ketika itu masih kurang kerana belum sampai waktu puncak. Sepasang pasangan di lane sepuluh menarik perhatiannya. Cantik pasangan lelaki yang memakai t-shirt berwarna biru. Wanita yang hadir bersama pasangannya itu memiliki wajah yang redup mata memandang. Penampilannya pula tidak terlalu ketara cukup bersahaja mengenakan seluar jeans levis dan blous petak-petak. Aku rasa macam aku pernah tengok je wanita tu tapi kat mana ya? Puas Fikri berfikir. Akhirnya baru dia perasaan wanita yang memakai blous petak-petak tu adalah Amni Hafni. Siapa lelaki bersama dengan dia? Musykil-musykil. Apa yang dia perhatikan dari tadi, tak da pulak adengan pegang-pegang tangan. Segera dia mengalihkan pandangannya apabila terdengar suara Luqman memanggil namanya.
            Sorry bro aku lambat. Jammed la tadi. Sebelum keluar rumah tadi pun mama siap membebel dulu.’ ujar Luqman mengakui kelewatannya.

                        ‘Aku ingat kau tak datang tadi. Nasib baik aku tunggu kau. Kalau tak hye hye bye bye la kau. Dah jom gi lane tiga. Aku dah bayar untuk tiga frame. Kita tengok siapa juara hari ni.’ cabar Fikri. Dia berdoa agar Luqman tidak perasan akan kehadiran Hafni dengan pasangannya. Kalau Luqman perasan, tak tahu la apa nak jadi. Bukannya boleh di duga Luqman ni. Masih segar di ingatannya, Luqman membelasah junior fakulti Liyana kerana cuba mengambil kesempatan ke atas Liyana. Lunyai jugak lah budak tu dikerjakan Luqman.

            ‘Apa hal dengan kau ni Fik? Kau okay ke tak? Game belum mula lagi. Tak kan kau dah takut kot?’ Luqman hairan.

                        ‘Aku okay la. Sapa kata aku takut. Kita tengok nanti. Fikri menjawab sedikit gugup.

            Pada frame pertama, Fikri hilang tumpuan. Kebanyakan balingannya mengena tetapi tidak cukup untuk menjatuhkan kesemua pin. Berlainan pula dengan Luqman, dia mula mendapat rentak balingan yang agak konsisten menyebabkan matanya lebih dari Fikri. Hampir empat puluh lima minit yang diambil oleh Luqman dan Fikri untuk menghabiskan frame yang pertama. Luqman menuju ke kedai untuk membeli minuman. Alangkah terkejutnya dia terserempak dengan Amni Hafni di pusat boling itu. Hatinya mula hangat apabila terpadangkan lelaki yang sama yang pernah dia nampak tempohari. Apa sebenarnya hubungan Hafni dengan lelaki tu? Tahap kesabarannya memuncak. Ikutkan hati lelakinya, mahu saja dia belasah budak lelaki yang bersama dengan Hafni. Luqman mula menggeggam tangan dan terasa ingin melepaskan sebiji dekat mamat yang bersama dengan Hafni. Dia segera memujuk hatinya untuk bersabar. Kalau kau boleh main kasar Hafni, begitu jugak dengan aku. Luqman melangkah laju menuju ke kedai minuman dan segera menuju semula ke arah Fikri tanpa memandang merpati dua sejoli. Hafni juga terkejut dengan apa yang dilihatnya. Di luar jangkaannya untuk berjumpa dengan Luqman di pusat boling tersebut. Lebih-lebih lagi dia keluar berdua dengan Nazri. Dia takut Luqman tersalah tafsir hubungannya dengan Nazri. Moodnya untuk bermain boling hilang begitu sahaja apabila terpandangkan wajah Luqman. Nasib baik permainan bolingnya telah habis. Hafni segera mengajak Nazri untuk pulang. Hajatnya untuk membeli barang keperluannya terbantut. Semuanya itu boleh dibeli kemudian. Apa yang penting sekarang mulutnya terkunci seribu bahasa apabila melihatkan pandangan Luqman yang sinis terhadapnya. Nazri pelik melihat sikap Hafni yang berubah seratus peratus. Ingin bertanya takut Hafni terasa. Biarkan sahaja Hafni melayan emosinya.

            ‘Kau ke mana tadi?’ Fikri bertanya apabila menyediari Luqman hilang begitu sahaja tanpa memberitahunya.

                        ‘Aku pergi beli air ni ha. Tekak dah haus sangat. Kau tu kedekut sangat nak belanja air.’ bersahaja Luqman menjawab sedangkan hatinya sedang mendidih menahan marah.

            Fikri perasan dengan perubahan Luqman selepas pulang dari membeli air. Pastinya Luqman telah ternampak Hafni dan pasangannya. Sepantas kilat Fikri mengalihkan pandangannya ke lane sepuluh. Kosong. Tak kan Luqman dah belasah budak lelaki. Kalau Luqman belasah mesti dah kecoh pusat boling tu. Ni tak da langsung. Aman je. Fikri segera mengajak Luqman menyambung semula frame kedua agar Luqman tidak ketahui apa yang telah diketahui olehnya. Malang sekali, frame kedua Luqman kalah teruk sehinggalah ke frame ketiga. Sekelip mata sahaja tumpuannya hilang. Amni Hafni punca segalanya. Semasa membuat balingan, hanya wajah Hafni yang kelihatan di pin boling. Parah Luqman Haqeem. Luqman menukar kasut boling kepada sneakersnyang dipakainya sebentar tadi sementara Fikri menyudahkan balingan terakhirnya. Fikri mengalihkan pandangannya ke arah tempat duduk yang menempatkan Luqman. Kemain tadi Luqman menunjukkan skills permainannya, alih-alih sampai frame kedua dan ketiga balingan Luqman lebih banyak ke longkang. Luqman dah nampak apa yang telah dia nampak sebentar tadi ke? Nak tanya ker tak? Argh!!!!! Payahnya.

            Fikri duduk disebelah Luqman. Kasut boling yang dipakai ditanggalkan. ‘Apa dah jadi dengan frame kedua dan ketiga kau sampai kebanyakkannya asyik masuk longkang. Kalau tak masuk longkang pun, kau tak dapat jatuhkan kesemua pin tu. Kau okay ke tak ni Luq?’ Fikri memancing Luqman untuk berkongsi cerita dengannya.

                        ‘Aku nampak Hafni dengan seorang mamat kat lane sebelah sana. Mesra je aku tengok.’ adu Luqman perlahan.

            Fikri sedikit cuak. Luqman telah nampak apa yang telah dia nampak sebelum ni. ‘Kau tak tegur dia ker? Mana tau tu kawan dia ker. Tak baik salah sangka.’

                        ‘Ntah la Fik. Dia nampak aku tadi tapi dia buat tak tahu je. Aku pun malas nak kacau date orang. So aku pun buat tak nampak je.’ luah Luqman. Fikri hilang kata-kata. Dia sekadar menjungkitkan kedua-dua bahunya.

            ‘Disebabkan kau kalah, kau belanja aku makan tengahari hari ni.’ ujar Fikri yang telah bangun dan mula menarik beg bolingnya menuju ke pintu keluar pusat boling. Luqman mengekori Fikri dari belakang. Pizza hut menjadi pilihan untuk makan tengahari. Luqman tidak banyak bunyi dan hanya menurut sahaja. Tempat duduk yang agak terpencil menjadi pilihan mereka. ‘Orang melayu makan tengaharinya makan nasi dengan lauk. Bukannya makan pizza bro. Tekak omputih la pulak kau hari ni Fik.’ Luqman menyindir Fikri.

            ‘Sebab kau belanjalah tekak aku jadi omputih sekejap hari ni. Aku ingatkan dalam tak ada mood kau ni, kau tak nak bercakap. Boleh pulak menyindir aku. Tak yah ar fikir sangat pasal Hafni tu. Budak lelaki tu mesti kawan dia. Kau slow talk lah dengan dia nanti. Cukup-cukup ar kau buat muka huduh kau tu. Lari rezeki ar bro.’

            Hatinya terubat sikit setelah Fikri memberi kata semangat kepadanya. Hidangan yang dipesan telah sampai. Masing-masing menikmati hidangan memandangkan perut masing-masing telah berbunyi keroncong. Lewat petang baru Luqman sampai di rumah. Sahaja berjalan-jalan mencuci mata di tasik berhampiran dengan kawasan perumahannya. Keretanya diberhentikan di sebelah kereta Rose. Tak merayap pulak budak ni desis Luqman. Kakinya melangkah menuju ke pintu utama. Luqman memalingkan mukanya apabila terdengarkan mama memanggil namanya.

            ‘Lambat balik Luq. Lamanya main boling dengan Fik.’ Mamanya bertanya lalu menghulurkan secawan kopi kepadanya.

            Luqman mengambil cawan yang dihulurkan oleh mamanya. ‘Terima kasih ma. Dah lama habis main boling dengan Fik tadi. Lepas main boling tadi, Luq singgah kat tasik depan tu. Saja ambil angin petang. Adik dengan papa mana ma?’

            ‘Adik ada kat dalam. Baru lepas susun barang hantaran dia. Tadi weeding planner datang hantarkan barang tu tadi. Papa pergi masjid petang tadi tapi belum balik lagi. Luq tu pun jangan pulak lupa ajak Hafni pergi beli barang hantaran. Tak sampai beberapa bulan lagi nak majlis Luq tu nanti.’ Datin Rafidah mengingatkan anaknya lagi.

                        Bertambah sesak jiwanya apabila mamanya menyebut nama Hafni. ‘Esok Luq call Hafni tanya bila dia ada masa lapang. Bolehlah Luq set kan hari untuk keluar beli barang hantaran. Luq penat la ma. Luq nak naik bilik dulu.’ lemah Luqman menjawab soalan mamanya.

            Datin Rafidah memandang Luqman hingga hilang dari pandangan matanya. Hati tuanya risau melihatkan sikap Luqman yang cepat sangat berubah. Keadaan Luqman tidak seperti biasa. Hendak ditanya pastinya dia sendiri sudah tahu jawapan yang bakal keluar dari mulut Luqman. Datin Rafidah menggeleng-gelengkan kepalanya.

                        ‘Kenapa dengan awak ni Fidah? Awak tak sihat ker?’ Dato’ Lutfi bertanya lalu merasai dahi isterinya. Manalah tahu kalau tiba-tiba sahaja isterinya itu diserang demam.

            Datin Rafidah mengalihkan tangan suaminya. ‘Saya sihat la bang. Yang tak sihatnya anak awak tu, Luqman. Murung je saya tengok dia balik tadi. Masa keluar tadi kemain riang hatinya saya tengok. Alih-alih sampai rumah ni tadi monyok je muka dia saya tengok. Saya tanya dia kata tak ada apa-apa.’ luah Datin Rafidah panjang lebar.

            Dato’ Lutfi meneguk air kopi  di atas meja. Terukir senyumannya buat si isteri. ‘Luq tu dah besar Fidah. Pandailah dia settle kan masalah dia. Janganlah awak desak dia kalau dia tak nak cerita dengan kita. Ada perkara yang dia boleh kongsi dengan kita ada yang personal untuk dia. Dah tu. Tak yah awak nak pening-peningkan kepala awak tu fikirkan masalah Luq. Baik awak fikirkan saya ni. Lagi baik. Jom masuk. Dah nak maghrib ni. Saya ingat nak maghrib kat masjid hari ni? Awak nak ikut ke tak?’ Dato’ Lutfi menarik tangan isterinya masuk ke rumah. Datin Rafidah menganggukan kepalanya menurut sahaja kata suaminya.

Comments

  1. sorry.....
    bz sikit kebelakang ni....
    nantikan bab seterusnya...
    terima kasih kerana sudi membaca

    ReplyDelete
    Replies

    1. kak..tak sambung ke bab 33??nak baca lagi..

      Delete

    2. kak..tak sambung ke bab 33??nak baca lagi..

      Delete

    3. kak..tak sambung ke bab 33??nak baca lagi..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22