Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 9


BAB 9
                                Irah tolong hantarkan fail projek Lutfi Holdings ke dalam bilik saya.’ Pinta Hafni kepada pembantunya melalui intercom.

            Pintu biliknya diketuk dari luar. Pastinya Irah menghantar fail yang diminta olehnya sebentar tadi. ‘Ni dia fail yang Cik Hafni minta tadi. Ada apa-apa lagi Cik Hafni?’

            ‘Buat masa ni tak ada lagi. Sekejap Irah. Any appointment for me today? Kalau  tak silap saya hari ni jadual saya kosong kan?’ Hafni meminta kepastian.

                        ‘Hari ni Cik Hafni tak ada temujanji. Cuma tadi Encik Luqman Haqeem call tapi Cik Hafni ke ladies . Dia tinggalkan pesanan buat Cik Hafni supaya arrange satu hari untuk dia. Katakanya nak keluar beli barang? Cik Hafni nak beli barang apa dengan Encik Luqman tu?’ Irah sedikit hairan dengan pesanan yang ditinggalkan oleh Encik Luqman buat bosnya. Riak wajah Hafni berubah. Kenapa Luqman call ofis? Kenapa dia tak call kat handphone aku je. Hafni cepat-cepat sedar yang Irah masih ada didalam biliknya.

            ‘Maksud Encik Luqman tu nak pergi pilih material untuk projek dia. Awak jangan salah faham pulak Irah.’ Hafni cuba menutup rahsia agar tidak terbongkar. Irah hanya tersenyum dan meninggalkan bilik Hafni. Jarinya mengetuk meja. Patut ke tak dia call Luqman. Tangannya pantas mendail nombor telefon Luqman.

            ‘Assalamualaikum. Awak ada call saya ke tadi?’ tanya Hafni

            ‘Waalaikumsalam. Saya call tadi. Tak kan pembantu awak tak sampaikan pesanan saya.’ Jawab Luqman dingin

            ‘Dia dah sampaikan pesanan awak. Kenapa awak tak call handphone saya.’

            ‘Anythings else? Saya tengah sibuk sekarang ni. Nanti tetapkan tarikh untuk kita beli barang hantaran. Just text me the date.’ Klik! Talian dimatikan. Hafni terkedu. Luqman berlainan dengan Luqman sebelum ini. Adakah disebabkan pertemuannya di pusat boling tempohari membuatkan Luqman bersikap acuh tak acuh kepadanya. Hafni tidak mahu memeningkan kepalanya untuk memikirkan perangai Luqman yang berubah dalam sekelip mata. Fikirannya sudah cukup terbeban dengan projek Lutfi Holdings dan dengan majlis perkahwinannya dengan Luqman. Pandangannya jatuh pada borang cuti yang berada di atas mejanya. Borang cutinya sudah siap diisi cuma tinggal minta Irah untuk menghantar borang tersebut kepada bahagian pentadbiran. Sengaja dia mengambil cuti selama lima hari. Rose memintanya untuk mengambil cuti selama tiga hari untuk menjadi pengapit Rose semasa majlis perkahwinan Rose manakala baki dua hari adalah untuk merehatkan dirinya. Lagipun cuti tahunannya itu belum lagi terusik. Hafni masih berkira-kira sama ada ingin menggunakan salah satu hari cutinya untuk keluar membeli barang hantaran bersama Luqman.
                        Hafni mula menaip mesej dan selesai menaip, segera dia menekan butang send. 
            Perbincangan Luqman bersama Fikri sedikit terganggu dengan kehadiran mesej yang baru sahaja masuk di handphone nya. Luqman segera membaca mesej.

Assalamulaikum. Nak bagi tahu kat awak yang kita akan keluar beli barang hantaran sehari selepas majlis perkahwinan Rose. Harap awak setuju dengan tarikh tersebut. Bye.
                        Selesai membaca mesej dari Hafni, tangannya ligat menekan skrin membalas mesej yang baru dihantar oleh Hafni. Ringkas dan padat.

Okay!!

Hafni mengeluh setelah selesai membaca balasan mesej dari Luqman. Lantak kau la Luqman. I phone nya diletakkan di tepi komputer. Segera Hafni menyambung semula kerjanya yang terbengkalai. Nasib Hafni baik hari ni kerana dia mampu memberi sepenuh tumpuannya terhadap kerja. Tiada gangguan dari Luqman mahupun gangguan panggilan telefon. Kerana terlalu leka, Hafni hampir terbabas waktu rehatnya. Jam ditangan dikilas. Ya Allah dan pukul satu setengah. Patutlah perut aku ni berbunyi hip hop. Hafni mengemas meja yang sedikit berselerak. Setelah siap menyusun dan memasukkan kertas kedalam  fail, tangannya segera mencapai iPhone dan beg tangannya lalu menuju ke meja Irah. Belum sempat dia memberi arahan kepada pembantunya, telefonnya berbunyi. Hafni mengisyaratkan untuk tunggu sekejap kepada Irah sementara dia menjawab panggilan yang baru sahaja masuk.

‘Assalamualaikum Af. Ni aunty mama Luq. Af kat mana sekarang ni?’ tanya pemanggil disebelah sana.

‘Walaikumsalam aunty. Af baru je nak keluar makan. Leka buat kerja sampai terlupa nak makan. Kenapa ya aunty call Af ni?’ Hafni hairan.

‘Bagusla kalau macam tu. Hari ni lunch dengan aunty boleh tak? Lagipun aunty ada dekat area ofis Af. Kita jumpa dekat Restoran Seri Anjung. Aunty tunggu Af kat sana ye. Jumpa sekejap lagi. Bye.’ Datin Rafidah mematikan talian telefon.

Hafni terkedu. Belum sempat dia hendak memberi alasan untuk mengelak, Datin Rafidah telah mematikan talian telefon. Mati kutu Hafni dibuatnya. ‘Sorry  Irah buat saya buat awak tertunggu-tunggu. Ni fail projek Lutfi Holdings. Saya dah siapkan semuanya. Nanti awak minta Amir office boy kita hantar kat Lutfi Holdings. Jangan lupa buat salinan untuk saya sekali. Saya nak keluar pergi lunch tapi mungkin saya lewat. Just take note for me. Awak tak keluar makan ke?’

‘Saya minta Suziana bungkuskan untuk saya. Malas saya nak keluar. Lepas saya buat salinan Cik Hafni, nanti saya minta Amir hantarkan fail ni ke Lutfi Holdings. Take care Cik Hafni.’ramah Irah.

            Setelah menyerahkan fail ke tangan Irah, Hafni menapak ke lif untuk turun. Dia tidak mahu Datin Rafidah mamanya Luqman tertunggu-tunggu kehadirannya. Datin Rafidah mengangkat tangan apabila ternampak kelibat Hafni yang sedang mencarinya. Lega hati Hafni kerana dia tidak mengambil masa yang lama untuk ke restoran Seri Anjung. Riang hatinya apabila melihatkan Datin Rafidah hanya keseorangan tidak ditemani oleh sesiapa. Takut juga dia kalau-kalau Luqman turut serta.Hafni memilih untuk duduk dihadapan Datin Rafidah. Tangan dihulur untuk menyalami Datin Rafidah.

‘Dah lama aunty tunggu Af?’ Hafni berbasa basi.

‘Tak lama lah Af. Hah tu pun dia Luq. Lamanya pergi toilet.’ ujar Datin Rafidah. Hafni terasa kekok tiba-tiba. Apa aku nak cakap dengan dia ni. Hafni bertambah bingung bila Luqman melabuhkan punggungnya disebelah kerusinya.

‘Hai.’ tegur Luqman pendek. Hafni sekadar tersenyum.
Datin Rafidah memandang Luqman dan Hafni. Sama cantik sama padan. Bagai pinang di belah dua. Hafni dan Luqman diam membisu. Datin Rafidah sengaja membiarkan keadaan sebegitu sehingga pelayan menghidangkan makanan yang dipesan. ‘Makan Af. Jangan malu-malu. Luq bagilah Af lauk tu.’ Arah mamanya.

            Luqman hanya menurut arahan mamanya. Sambal sotong diceduknya lalu diletakkan di dalam pinggan Hafni. Hafni serba salah untuk menolak. Bukannya kerana dia memilih makanan tetapi dia sendiri alah dengan sotong. Makan laut yang lain boleh je dia telan cuma hanya sotong sahaja yang dia allergic. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Luqman hairan melihatkan Hafni tidak mengusik sambal sotong yang dicedukkannya.

                        ‘Asal tak makan sambal sotong tu?’ tegur Luqman sedikit keras.

            ‘Ahah Af. Kenapa tak usik sambal sotong tu Af?’ tanya Datin Rafidah pula.

                        Nak tak nak Hafni terpaksa menjawab soalan yang diajukan kepadanya. ‘Sebenarnya Af allergic dengan sotong.’jawab ku sedikit gugup.

            ‘Owh allergic dengan sotong rupanya. Ingatkan takut nak makan sebab saya yang cedukkan untuk awak.’ Luqman sedikit menyindir. Datin Rafidah yang tidak tahu hujung pangkal sekadar tersenyum.

                        Sabar Hafni. Jangan cepat melatah desis Hafni sendirian. Akhirnya mereka selesai menjamu selera. Hafni merasakan perutnya tidak kenyang. Semuanya gara-gara Luqman. ‘Lepas ni Af masuk kerja balik ker? Datin Rafidah bertanya.

            ‘Ya aunty. Kenapa aunty?’ lembut sahaj Hafni bertanya.

                        ‘Kalau Af tak masuk balik ofis petang ni boleh tak? Mak andam ada telefon aunty tadi minta Af dengan Luqman pergi fitting baju nikah dengan baju sanding. Dia takut tak sempat nak alter baju tu kalau ada tak kena dekat baju tu.’

            Jantungnya seakan berhenti seketika. Baru sebentar tadi dia menetapkan tarikh untuk membeli barang hantaran bersama Luqman dan sekarang ni pula Datin Rafidah mengajaknya ke butik pengantin. Kacau bilau kehidupannya hari ni. Tak akan aku nak cakap aku pergi sendiri. Butik pengantin tu pun aku tak tahu kat mana. Parah Amni Hafni kali ni. ‘Af rasa Af tak da kerja yang penting hari ni aunty. Boleh lat kot kalau Af pergi fitting baju-baju tu. Kalau macam tu Af follow kereta Luqman dari belakang je la.’

            Pantas sahaja Datin Rafidah menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak setuju dengan cadangan Hafni.’ Idea Af tu aunty tak setuju. Af pergi sekali dengan aunty dan Luqman. Kereta Af tu Af tinggalkan kat ofis. Lagipun sekarang ni waktu puncak. Takut jalan jammed je. Hafni tak mampu untuk menolak permintaan Datin Rafidah. Terpaksa dia menurut kehendak Datin Rafidah a.k.a bakal mertua dia jugak. Hafni mohon untuk beredar dahulu sementara Luqman membayar harga makanan. Selesai sahaja dia memparkirkan keretanya diruang yang dikhaskan untuknya, Luqman telah sedia menantikanya. Hafni pelik kerana hanya Luqman seorang sahaja. Kemana pulak perginya Datin Rafidah. Kakinya seperti tidak mahu melangkah masuk. Cermin tingkap penumpang hadapan diturunkan.

            ‘Awak tunggu apa lagi? Nak saya turun bukakan pintu untuk awak ker?’ datar suara Luqman.

            ‘Kenapa awak sorang je. Mana Datin Rafidah?’ petah sahaja mulut ni berbicara.
            ‘Kalau tak da mama, awak tak nak naik kereta ni ke? Tak nak naik sudah. Pergilah sendiri. Buang masa je’ Luqman angin satu badan. Pedal minyak ditekan. Berdesup laju BMW 5 series meninggalkan Haslam Holdings. Hafni terpaku. Hatinya sedikit terusik dengan sikap Luqman yang agak kasar dengan dirinya. Hafni mengeluarkan i-phonenya dan mendail nombor Datin Rafidah. Belum sempat Hafni bercakap dengan Datin Rafidah, i-phone kesayangannya ditarik dari belakang. Hafni kaget. Seperti lipas kudung, Hafni mempratikkan ilmu persilatan yang telah lama dipelajarinya. Hafni cuba menyerang malangnya serangannya dapat dipatahkan. Akibatnya dia hilang keseimbangan badannya menyebabkan dia betul-betul berada dalam dakapan si penyerang. Hafni amat mengenali bau wangian yang dipakai oleh penyeranganya. Dengan sedikit kekuatan yang ada Hafni mendongakkan kepalanya.  Hafni terkejut. Dia betul-betul berada dalam dakapan Luqman Haqeem buat kali kedua. Mamat ni dah kemaruk sangat ke nak peluk aku. Dah tak sabar nak tunggu tiga bulan lagi? Celotehnya sendirian.

            ‘Boleh tolong lepaskan saya tak? Malulah orang nampak.’ Pinta Hafni cuba menjarakkan antara badannya dan badan Luqman.

            ‘Biar orang nampak. Senang sikit hati saya. Tak da lah orang nak mengurat awak’ Luqman menjawab bersahaja. Hatinya riang berkeadaan sebegitu bersama Hafni.

            ‘Lepaskanlah saya Luqman. Saya dah tak boleh nak bernafas dah ni. Please.!!!!!’ Hafni membentak sambil meronta untuk dilepaskan. Akibat dari rontaan yang agak kuat, pegangan Luqman sedikit terlepas namun dia sempat menyambar Hafni. Pandangan Luqman jatuh tepat di mata Hafni. Jantungnya berdetak kencang. Hatinya terpaut pada alis mata Hafni yang teratur, bibir merah yang mungil, hidungnya yang terletak. Pemanis Hafni adalah lesung pipitnya. Mahu sahaja Luqman menjamah pipi yang mulus itu. Disebabkan kealpaan Luqman, Hafni berjaya meloloskan diri dari dakapan Luqman. Luqman tersedar. Cepat-cepat Luqman berlagak selambar lalu menapak menuju ke keretanya manakal Hafni membetulkan kemeja yang sedikit renyuk. Telefonnya menjerit untuk dijawab. Tangannya pantas menyeluk telefonnya yang berada di dalam beg tangannya. Tertera nama Datin Rafidah. ‘Af kat mana tu? Tak kan tak sampai-sampai lagi. Aunty ada kat butik pengantin ni.’

            ‘Af dalam perjalanan dengan Luqman ni aunty. Jap lagi Af sampai. Aunty tunggu sekejap.’ bohong Hafni untuk menyelamatkan dirinya. Pintu kereta dibuka. Hendak tak nak Hafni terpaksa berkongsi satu kereta bersama Luqman untuk ke butik pengantin. Masing-masing membisu seribu bahasa. Hanya alunan lagu dari radio sahaja yang berkumandang seperti memahami gelodak jiwa mereka. Lagu yang ke udara terlalu sentimental buat mereka. Hafni tidak selesa dengan keadaan yang di alami oleh nya. Hatinya berdoa agar mereka cepat sampai ke destinasi yang ditujui. Hafni terlupa untuk memberitahu Irah yang dia tidak akan masuk ofis petang itu. Telefon dikeluarkan dari dalam beg dan Hafni segera mendail nombor Irah.

            ‘Hello. Assalamulaikum Irah. Saya nak bagitahu awak petang ni saya tak masuk ofis. Kalau ada urgent job just call me.’ pantas sahaja Hafni memberi arahan
.
            ‘Wa’alaikumsalam Cik Hafni. Baiklah Cik Hafni. Jaga diri baik-baik.’ jawab  Irah pendek.

            Luqman menangkap satu keluhan kecil dari mulut Hafni. Terbebankah Hafni dengan perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua mereka. Ingin sahaja dia berkongsi masalah bersama Hafni tapi mahukah Hafni berkongsi masalah bersama dengannya. Perhatiannya dihalakan ke jalan raya dihadapan. Keretanya di parkingkan betul-betul di hadapan butik pengantin. Mereka berjalan beringin masuk ke dalam butik. Naluri wanita Hafni kagum melihatkan keindahan baju-baju pengantin yang ada didalam butik tersebut. Pandai betul bakal mak mertua aku ni memilih weeding planner. Datin Rafidah telah sedia menanti kehadiran Hafni dan Luqman. Tangannya menepuk sofa di sebelahnya meminta Hafni untuk duduk bersebelahan dengannya. Hafni menurut sahaja kehendak bakal mertuanya. Pandangannya masih ditebarkan keseluruh ruang kedai. Dia terpesona dengan hiasan ruang kedai dua tingkat yang dihias indah. Pandai pemilik butik menyusun atur ruang sehingga menjadikan ia tampak esklusif.

            ‘Maaf Datin kerana menunggu.’ ujar Ray pemilik butik Ray’s Touch & Bridal.

                        ‘Tak apa Ray. Ni saya kenalkan my son Luqman dan bakal isterinya Amni Hafni and both of you meet’s Ray your weeding planner.’  
           
            ‘Hai. Selamat bekerjasama to both of you. Bagai pinang dibelah dua lah Datin.’ Ray menghulurkan tangan untuk bersalaman. Huluran tangan disambut mesra oleh Luqman dan di ikuti dengan Hafni. Mereka sekadar melemparkan senyuman. Lebar senyuman Datin Rafidah mendengarkan kata-kata Ray.
           
                        ‘Cik Hafni kenalkan ni Mia, pembantu I yang akan uruskan you nanti manakala Luqman, I yang akan uruskan. Firstly kita cuba baju nikah dulu. Mia membawa Hafni menuju ke fitting room. Baju nikah buatnya telah tersedia tergantung di dalam bilik. Sementara Luqman berada di bilik sebelah. Luqman keluar dari bilik setelah siap menyarung baju melayu untuk acara pernikahannya dan di ikuti pula dengan Hafni.

            ‘Perfect. I minta izin kat you ye Luqman nak pegang Cik Hafni you ni. Come’s near to me Hafni. Biar I tengok baju you sama ada I perlu adjust atau tak? You are so beautifull in that dress Hafni.’ Ray mengarahkan Hafni untuk berada dihadapan cermin yang telah tersedia. Hafni berasa segan berpakaian sedemikian dihadapan Luqman. Luqman yang sedari tadi hanya tersenyum apabila Ray meminta kebenarannya untuk memegang Hafni hilang dalam sekelip mata apabila terpandangkan Hafni yang telah lengkap memakai persalinan baju kurung moden untuk upacara nikah. Ternganga mulut Luqman melihatkan Hafni yang cukup mempersonakan dalam persalinan pernikahan. Pantas sahaja tangan Datin Rafidah menutup mulut Luqman yang ternganga.

                        ‘Tahu la Hafni tu cantik. Kot iya pun janganlah sampai lalat masuk dalam mulut. Luq ni buat malu mama je la.’ bisik Datin Rafidah di telinga Luqman. Luqman malu dengan tindakannya sendiri. Pantas sahaja dia mencapai majalah yang berada di atas meja.

            ‘Saya rasa persalinan nikah untuk Hafni dah cantik dah. Cuma I akan kecilkan sikit dekat pinggang dia. How about your opinion Datin?’ Ray mengajukan soalan kepada Datin Rafidah.

            Datin Rafidah menuju ke arah Hafni dan Ray. ‘Terpulang kat you la Ray. Saya ikut je tapi yang penting you tanyalah tuan punya badan. Mana tahu, kot dia tak berkenan la pulak. Macam mana Af? Kena dengan selera Af tak?’ Datin Rafidah bertanya.

                        ‘It’s so beautiful aunty. Kena dengan selera Af. Nice touch Ray. Macam yang you cakap tadilah, dekat pinggang ni you kena kecilkan sikit sebab nampak besar.’ kata Hafni sambil memegang pinggangnya. Ray mengangguk bersetuju dengan pendapat Hafni. Datin Rafidah sedang leka membelek persalinan yang sedang dipakai oleh bakal menantunya. Luqman yang terasing dari kelompok itu mula berdehem menandakan yang bukan mereka bertiga sahaja berada di dalam butik tersebut. Datin Rafidah tersenyum manakala Hafni buat-buat tak dengar sahaja.

            ‘Maaf la Luqman. I terlupa pulak ada pengantin lelaki tadi. Sebab Hafni ni cantik sangat langsung you, I lupakan.’ pujuk Ray seraya menarik tangan Luqman untuk berdiri bersama dengan Hafni di hadapan cermin. Kehadiran Luqman menyebabkan Hafni sedikit kekok. Luqman disebelahnya berlagak biasa ibarat pasangan yang sedang gembira menyambut hari bahagia tetapi sebaliknya. Cantik jugak aku ni desis Hafni sendirian sambil membetulkan veil di kepalanya. Luqman yang perasan dengan perbuatan Hafni, segera Luqman menukar posisinya lalu menghadap Hafni dan membantu Hafni membetulkan veilnya. Hafni terkedu dengan tindakan Luqman menyebabkan jarak di antara mereka terlalu dekat.
                        You are gorgeous Hafni. Tak salah saya terima pilihan orang tua saya.’ bisik Luqman.

            ‘Terima kasih. Baru awak tahu. Kalau saya tak kahwin dengan awak pun ramai lagi lelaki kat luar tu yang nak kan saya.’ perli Hafni.

                        Luqman tidak sangka Hafni masih berani memerlinya. Lantas idea nakal terlintas di kepalanya. Sekelip mata tangannya memaut pinggang Hafni dan menarik Hafni lebih dekat dengannya. ‘Lelaki kat luar tu yang kempunan dengan saya sebabnya tak lama lagi awak akan jadi milik saya tapi kalau awak tak sabar nak jadi milik saya, saya boleh cakap dekat orang tua kita. Suruh orang tua kita percepatkan tarikh pernikahan kita. Nak ke Hafni?’ cabar Luqman.
           
            Hafni menyesali perbuatannya itu. Dia tidak selesa dengan situasinya ketika itu. ‘Boleh tak sopan sikit. Tak malu ker dengan mama awak dan Ray. Lepaskan saya. Lagi satu awak jangan nak buat kerja gila. Majlis kita yang akan berlangsung tiga bulan lagi tu pun dah terlalu cepat untuk saya. Lepaskan la saya Luqman.’ rayu Hafni.
           
            Ray membisikkan sesuatu ke telinga Datin Rafidah. Setelah mendengarnya, Datin Rafidah segera menoleh ke arah Luqman dan Hafni. Lega hatinya melihatkan kemesraan anak dan bakal menantunya namun segera Datin Rafidah meminta Ray untuk menyambung semula fitting baju persalinan. Kalau di biarkan takut jadi lain pulak. Bukannya boleh dipercayai sangat anak tunggalnya yang satu tu. Dia sendiri perasaan renungan Luqman ketika Hafni baru keluar dari fitting room. Macam nak diterkam je si Hafni tu.

                        Akhirnya selesai jugak sesi fitting baju untuk majlisnya. Satu badannya terasa penat. Nampak sahaja senang tapi susah sebenarnya. Itu termasuklah dengan mengikut kehendak bakal ibu mertuanya. Hafni berdoa agar Luqman segera menghantarnya pulang ke ofis. Perjalanan pulang ke ofisnya kurang lancar disebabkan jalan yang sedang jammed. Hafni menoleh ke arah Luqman yang sedang memandu. Sejak menaiki kereta, Luqman hanya diam membisu. Dia sendiri hairan melihat sikap Luqman yang sukar dijangka. Ketika berada di butik Ray tadi, petah mulutnya mengenakan Hafni. Alih-alih bisu seribu bahasa ketika kereta mula meluncur di atas jalan. Lantak kau la Luqman. Yang penting kau hantar aku kat ofis. Bunyi telefon memecah kesunyian. Hafni segera menjawab panggilan telefon itu. ‘Asalamuallaikum Af. Maaf ganggu kau. Kau kat mana?’ tanya si pemanggil.

            ‘Aku dalam perjalanan balik ke ofis? Kenapa kau telefon aku ni Naz?’ Hafni bertanya pula

            ‘Tak ada apa. Aku Cuma nak tanya, kau datang ke tak latihan silat malam ni?’

                        ‘Insyallah aku datang. Nanti jumpa kau kat sana.’ jawab Hafni lalu menekan punat end call. Api-api cemburu mula bercambah apabila terdengarkan perbualan Hafni dengan si pemanggil yang bernama Naz. Dirinya sendiri tertanya-tanya apakah hubungan sebenar Hafni dengan Naz. Adakah Naz orang sama yang pernah dilihatnya bersama Hafni tempohari.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22