Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 7


BAB 7
                            Abang, saya risau la tengok Luq tu. Tak da semangat je nak buat persiapan untuk majlis perkahwinan dia. Kita ni terlalu mendesak dia ke bang?’ tanya Datin Rafidah agak runsing mengenangkan sikap Luqman yang bersahaja apabila ditanya tentang persiapan perkahwinannya.

            Dato’ Lutfi menutup majalah bisness yang dibacanya. ‘Awak tak yahlah risau sangat Fidah oi. Tahulah Luq tu nak uruskan persiapan majlis dia. Kalau hal pejabat dia boleh uruskan, tak kan persiapan majlis dia tak boleh buat. Percaya la sikit kat anak awak tu. Saya tahulah awak excited nak terima menantu pilihan awak.’ Dato’ Lutfi mengenakan isterinya.

                        ‘Ke situ pulak awak ni. Pilihan awak jugak. Saya bukan apa bang. Siapa yang tak risau bang. Luq tu satu-satunya anak lelaki kita bang. Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk dia dan Hafni.

            ‘Untuk abang Luq je ker? Untuk adik tak ada ker mama?’ Rose merengek dan terus landing di sebelah Datin Rafidah.

                        ‘Mama buat yang terbaik untuk semua anak-anak mama dik. Tak da mama lebihkan sesiapa pun.’ pujuk Datin Rafidah sambil membelai rambut Rose. Senang hati Rose mendengarkan kata mamanya. Dia bukan apa, sengaja mahu menyakat mamanya. ‘Awak tu dah nak jadi isteri orang dah. Kurang-kuranglah manja dengan mama tu.’ tegur Dato’ Lutfi.

            ‘Ala papa ni. Mesti papa cemburu dengan adik sebab papa tak dapat kan. Kan mama?’ Rose mula menyakat papanya.

                        ‘Tak da maknanya papa nak cemburu dengan adik. Kot adik je nanti cemburu dengan papa. Fidah tak lama lagi semua anak-anak kita dah nak berumahtangga. Tinggallah kita berdua kat umah ni je. Apa kata kita tambah anak lagi. Mesti seronok nanti.’ cadang suaminya

            Melopong mulut Datin Rafidah mendengarkan kata-kata suaminya. ‘Awak ni biar betul Dato’ Lutfi oi. Dah tua-tua nak beranak kecik. Buang tabiat ke awak ni? Ke awak ada hati nak pasang lain.’ tangan Datin Rafidah mula mencubit lengan suaminya.

                        Riuh rendah ruang tamu dengan gelak tawa tiga beranak.  Luqman yang baru siap berpakaian tersenyum mendengarkan gelak tawa di ruang tamu. Pastinya papa membuat lawak menyebabkan mama dan adiknya ketawa sakan. Luqman berdiri di balkoni biliknya. Dia belum berhajat untuk turun ke bawah untuk menyertai keluarganya kerana dia sendiri tidak bersedia dengan soalan-soalan cepumas mengenai persiapan majlisnya dengan Hafni dari mamanya. Pandangannya jatuh ke kolam renang. Hatinya tidak setenang air di kolam renang. Lama Luqman berkeadaan sedemikian sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Longlai langkahnya menuju ke meja kopi. Luqman menghenyakkan dirinya di atas sofa hitam lalu membaca mesej yang di hantar. Luqman terus mendail nombor penghantar mesej kepadanya.

            Morning. Kau buang tabiat ke Fik hantar mesej pagi-pagi kat aku ajak pergi main boling. Selalunya cuti hujung minggu ni kau habiskan dengan kekasih hati kau. Apahal pulak ajak aku keluar? Hanim mana?’.

                        Morning bro. Apalah punya kawan kau ni Luq. Ajak salah, tak ajak lagilah salah. Kau ni macam tahu-tahu je. Hanim tak balik minggu ni sebab dia sibuk ulangkaji pelajaran untuk final exam. Aku bosan la duduk kat rumah. Orang tua aku balik kampung ada hal katanya. Kau nak pergi tak?

            ‘Tu lah kau kan. Bila Hanim tak ada baru nak cari aku kan. Apa lah punya kawan kau ni Fik. Kau nak main kat mana?’ Luqman bertanya kembali.

                        ‘Kita main kat Sunway Pyramid. Dah lama tak main kat sana. Owh lupa pulak. Siapa kalah dia belanja lunch. Kalau kau setuju kita jumpa pukul 10.00 pagi. Deal or not? tanya Fik pula.

            Deal. Ni Luqman Haqeem la. The best bowling player la bro. Jumpa kat sana. Talian dimatikan. Matanya melilau ke sekeliling bilik mencari beg bola bolingnya. Puas dia mencari namun hampa. Bayang begnya pun dia tidak nampak. Tak silap aku, last aku main boling hujung tahun lepas. Aku simpan beg tu kat dalam bilik ni. Macam mana pulak boleh tak da dalam bilik ni. Tak kan Mak Jah ambil kot. Mak Jah nak buat apa dengan bola boling tu. Malasnya nak turun bawah.

                        Langkahnya laju menuruni anak tangga dan terus mencari kelibat Mak Jah di dapur. Dato’ Lutfi, Datin Rafidah serta Rose pelik melihat sikap Luqman. Masa balik dari jogging tadi mendung je. Ni cerah berseri-seri pulak. Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah berpadangan sesama sendiri lalu menghalakan pandangannya ke arah Rose. Rose menjungkitkan bahu menandakan yang dia sendiri tidak tahu apa-apa. Sementara di dapur, Mak Jah yang sedang mengemas dapur terkejut melihat Luqman berada di belakangnya.

            ‘Luq nak sarapan ke? Kalau Luq nak sarapan Mak Jah siapkan. Mama dan papa dah sarapan dengan Rose tadi?’ ujar mak Jah yang telah lama berkhidmat dengan Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah. Luqman dan Rose telah menganggap Mak Jah seperti ibu kandung sendiri kerana Mak Jah mengasuh mereka dari kecil lagi.

                        ‘Eh tak pe Mak Jah. Kalau Luq nak makan, Luq ambil sendiri. Luq nak tanya Mak Jah ada nampak tak beg boling Luq? Seingat Luq, Luq simpan beg tu kat tepi sofa kat dalam bilik Luq. Puas Luq cari tapi tak jumpa? tanya Luq yang sedang mencurahkan susu ke dalam gelas.

            Mak Jah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. ‘Tak silap Mak Jah, beg tu memang ada kat tepi sofa tu. Macam mana pulak boleh tak ada pulak. Nak kata Mak Jah ambil tak mungkin la kot. Mak Jah nak angkat pun tak larat masa mengemas bilik Luq apatahlagi nak bawa turun bawah. Hah, baru Mak Jah ingat. Dua minggu lepas, mama Luq ada kemas bilik Luq lepas Luq, mama dan papa balik dari rumah Hafni. Mak Jah ada perasan yang mama Luq ada bawa barang Luq turun ke bawah. Katanya Luq dah tak pakai barang tu. Cuba la Luq tanya mama.’ cadang mak Jah.

            Belum sempat Luq mencari mamanya, Datin Rafidah telah terpacul di dapur dengan muka kehairanan. Apalah dua beranak ni berbincang sehinggakan namanya menjadi topik perbualan. “Apa yang Luq bualkan dengan Mak Jah sampai sebut nama mama ni? Ni mesti mengumpat mama dengan Mak Jah ker? Luq cari apa Kak Jah?’ Datin Rafidah terus menyoal.

                        ‘Anak bujang ni tanya ada nampak beg boling dia tak? Kak Jah bagitahu kat Luq, masa kemas bilik Luq tu pun Kak Jah tak larat nak angkat beg tu apatah lagi nak bawa turun bawah. Ada Datin nampak beg tu.’
            ‘Luq cari beg boling tu ker? Hari tu mama kemas bilik Luq. Mama tengok beg tu dah lama tak berusik langsung, tu yang mama bawak turun. Mama simpan kat dalam stor. Tetiba je cari beg boling tu kenapa? Mama rasa dah lama Luq tak main boling? tanya Datin Rafidah. Luqman terus menuju ke stor di belakang mencari beg bolingnya sebelum mamanya bertanyakan lebih banyak soalan. Lebar senyumannya apabila terpandang beg bolingnya. Zip dibuka untuk melihat isi kadunggannya. Nasib baik mama aku tak buang kau. Nasib kau memang baik lah bola boling oi. Zip ditutup semula dan Luqman menarik beg bolingnya masuk ke dalam. Datin Rafidah mengetuk meja dengan jarinya  yang sedang  menunggu jawapan dari Luqman.

            Luqman cukup arif dengan tindakan mamanya. ‘Fik ajak main boling. Katanya bosan sebab beberapa minggu ni Hanim, tunang Fik tu tak balik. Sibuk dengan final exam. Tu yang Fik ajak Luq temankan dia.’ akhirnya Luqman bersuara lalu menarik kerusi di sebelah mamanya dan menarik  gelas yang berisi susu yang belum dihabiskannya.

                        ‘Luq boleh main boling lagi ker? Bukan dah lama ke Luq tak main boling.’

            See the leg la dulu mama. Luq ni pemain boling yang professional.’ Jawab Luqman megah.
                        ‘Pemain professional la sangat. Nak cari teman hidup pun tak dapat-dapat. Ni nak main boling. Masuk ke longkang je la Luq.’ Datin Rafidah sengaja mematahkan semangat Luqman.

            ‘Mama ni saja je nak down kan Luq la. Patutnya mama bagi Luq semangat ni tak. Buat apa susah-susah nak cari teman hidup. Mama dah tolong carikan. Susahlah nak urus kan hal wanita ni. Senang lagi uruskan kerja kat pejabat tu.’ bersahaja Luqman menjawab.

                        ‘Ada je lah jawapan kamu kan Luq. Kerja-kerja jugak. Jangan lupa apa yang mama cakap kat kamu tadi.’

            ‘Iya. Luq tak lupa apa yang mama pesan tadi. Luq naik atas dulu. Kalau layan mama berborak ni sampai ke petang tak habis. Kan Mak Jah.’ Luqman segera melarikan diri sebelum telinganya di hujani dengan bermacam-macam persoalan. Luqman telah menghilangkan diri dari dapur dan terus mendaki anak tangga menuju ke bilik. ‘Tengoklah budak ni Kak Jah. Cepat je dia nak larikan diri. Kita ni nak menasihatkan dia. Ini tak, belum buka mulut dia dah cabut.’ lirih Datin Rafidah.

                        ‘Budak sekarang ni Datin. Bukannya nak dengar cakap orang tua tapi insyallah Luqman dengan Rose tu budak yang dengar kata orang tua. Tak yahlah Datin risau sangat.’ Mak Jah memujuk. Lega Datin Rafidah mendengarkan kata-kata Kak Jah. Kak Jah lebih arif dengan anak-anaknya berbanding dengan dirinya kerana anak-anaknya membesar dari didikan dan asuhan dari Kak Jah. Hasilnya, anak-anaknya kini telah berjaya dalam hidup masing-masing dan bertanggungjawab bukan sahaja kepada orang tuanya tetapi juga kepada penciptaNya. Dalam diam Datin Rafidah memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa kerana dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22