Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 5


BAB 5
Hafni tidak terus naik ke bilik tetapi terus menuju ke ruang tamu. Hajah Azizah sedang khusyuk membelek majalah pengantin manakala Haji Hadi sedang menonton siaran ulangan Imam Muda. Hafni memilih sofa tiga dan meluruskan kakinya sambil merehatkan otaknya yang agak berserabut akibat penangan Luqman Haqeem.  Haji Hadi sempat memerhatikan Hafni melalui ekor matanya. Ikutkan rutin harian Hafni selepas pulang dari pejabat, dia akan terus naik ke bilik untuk solat asar dan hanya akan turun ke ruang tamu selepas solat maghrib. Itupun kalau tiada projek yang penting. Kalau ada projek yang penting, siap bersuruh baru nak turun makan. Budak-budak zaman sekarang ni semuanya giler kerja. Sampai makan pun boleh lupa. ‘Af dah solat Asar?’ tegur Haji Hadi pendek.

                        Hafni sekadar senyum sahaja. Segan untuk memberitahu walidnya yang dia sedang bercuti. Al maklumlah wanitalah katakan. ‘Allah bagi cuti.’ Hajah Azizah mula bersuara. Haji Hadi tertawa mendengarkan jawapan yang ringkas dan padat daripada isterinya.

            Hafni menggaru kepalanya yang tidak gatal. ‘Menarik sangat ke isi kandungan majalah yang umi baca tu? Dari tadi Af tengok umi tak selak ke muka surat yang lain.Hajah Azizah sengaja membiarkan Hafni membuka bicara terlebih dahulu. ‘Dah nama pun majalah pengantin Af. Mestilah menarik perhatian umi. Cuba Af tengok majalah ni. Pelbagai corak dan reka bentuk hantaran sehinggakan fesyen terkini pakaian pengantin. Berkenan umi tengok.’ Hajah Azizah beralih duduk disebelah Hafni dan menghulurkan majalah pengantin kepada Hafni. Hafni membelek satu persatu helaian majalah pengantin. Hati wanitanya tertarik dengan pelbagai reka bentuk gubahan hantaran. Terbayang di mindanya apakah warna tema untuk majlis perkahwinannya kelak. Hafni hanyut dalam khayalan keindahan majlis perkahwinan. Pastinya dia kelihatan anggun dalam busana pengantin berwarna biru turquois. ‘Auch… sakitlah umi. Yang umi cubit Af ni kenapa?’ Hafni mengusap pehanya yang kepedihan akibat dari cubitan manja dari Hajah Azizah.

            ‘Macam mana umi tak cubit. Umi panggil Af dari tadi. Af mengelamun apa tadi? Mengelamun nak kahwin ker?

                        ‘Ke situ pulak umi ni. Calon pun tak ada macam mana nak kahwin. Tak kan Af nak kahwin sorang-sorang kot. Nanti  kalau Af dah ada calon, Af bagitahu kat umi dan walid ye.’ ujar Hafni yang masih membelek majalah pengantin.

            ‘ Siapa kata Af kahwin sorang-sorang. Af kan dah ada calon. Af lupa ker? soal Haji Hadi pula.

                        ‘Bila masa pulak Af dah ada calon? Siapa calon suami Af walid? Hafni keliru.

            ‘Luqman Haqeem sayang.’ celah Hajah Azizah lalu mengusap bahu Hafni.

                        ‘Kan Af dah cakap kat umi dan walid. Af tak suka dengan mamat tu. Af tak nak hidup dengan mamat yang  berperangai buruk tu. Hafni cuba membangkang.

            ‘Biarlah umi dan walid berterus terang dengan Af. Dato’ Lutfi dah telefon walid tengahari tadi. Dia berkenan sangat dengan Af. Walid hilang kata-kata bila dia beriya-iya nak kan Af jadi menantunya.

                        Hafni kaget. ‘Af tak suka kan dia umi, walid.’ Riak terkejut di wajah Hajah Azizah dan Haji Hadi. Benci benar Hafni terhadap Luqman sedangkan mereka telah menerima hajat Lutfi dan Rafidah.. 
         
‘Af…… umi dengan walid minta maaf sangat kalau kami dah buat keputusan tanpa berbincang dengan Af. Umi dan walid tak sampai hati nak tolak hajat Lutfi dan Faridah. Kami dah setuju dengan hajat mereka. Benci tu akan hilang perlahan-lahan kalau Af pupuk perasaan sayang dekat Luqman. Dulu umi dengan walid pun bukannya bercinta baru berkahwin. Berkahwin dulu baru bercinta. Alhamdulillah kekal sampai sekarang. Siap ada anak tiga lagi.’ terang Hajah Azizah lembut . Hafni mengeluh panjang. Ikthiar untuk menolak permintaan hajat umi dan walidnya semakin pudar. Silap….Bukan pudar dah tak ada warna Amni Hafni. Suara hatinya berkata.

                        ‘Kalau itu keputusan umi dengan walid, Af ikut je. Umi buatlah apa yang patut. Af naik dulu. Malam ni Af ada kelas silat.’ Hafni beredar meninggalkan kedua orang tuanya. Langkahnya terasa longlai. Hilang semua kekuatannya yang ada. Hajah Azizah dan Haji Hadi saling berpandangan. Risau bertandang di jiwa tua Hajah Azizah dan Haji Hadi. Sementara di dalam bilik. Hafni termenung di tepi jendela. Merenung dada langit yang semakin kelam. Begitukah nanti kelamnya kehidupan aku setelah berkahwin dengan mamat poyo tu. Kicauan burung pulang ke sarang menarik minatnya. Alangkah baik jika dia umpama burung yang bebas berterbangan di angkasa. Subahanallah… Apa yang aku merepek ni. Menidakkan kebesaran ciptaan tuhan.  Ya Allah kau lindungilah hambamu ini ke jalan kebenaran dan jauhilah hambamu ini dari jalan kesesatan. Dah terlalu lama aku menidakkan apa yang sepatutnya. Umi, walid, Af redha dengan ketentuannya dan Af terima apa jua yang umi dan walid fikirkan yang terbaik buat Af. Itu janji Af buat umi dan walid. Jam di dinding menunjukkan jam 7.30 malam. Ya Allah, aku dah lambat. Hafni segera mencapai tuala dan terus melangkah ke bilik air.

            Hafni cuba mencari semangatnya yang baru hilang setelah mendengarkan berita yang disampaikan oleh orang tuanya. Bagaimana dia harus berdepan dengan pesilat-pesilatnya. Fokus Hafni. Lupakan mamat yang poyo tu. ‘ Assalammualikum. Cikgu sihat ke tak ni?’ tegur Amira anak didiknya.

                        ‘Cikgu okay Amira. Ada apa-apa yang tak kena dengan cikgu ke?’ soalku kehairanan.

            ‘Bukan apa. Saya tengok dari tadi cikgu asyik termenung. Tu yang saya tanya takut-takut cikgu tak sihat..’ jawab Amira prihatin. Prihatin jugak budak-budak ni kat aku. Nampak sangat ke muka aku ni bermasalah. Fokus…Fokus…Fokus Amni Hafni.

            Hafni memulakan kelas dengan latihan panaskan badan dan disusuli dengan latihan asas. Hafni sekadar memerhatikan setiap gerak geri pesilatnya. Dia hanya akan membetulkan gerak sekiranya ada di antara pesilatnya tersilap gerak buah. Setelah berpuas hati dengan latihan asas. Hafni meminta pesilatnya untuk membuat latihan gerak serangan. Demonstrasi gerak serangan baru ditunjukkan. Malang buat Hafni ketika membuat ulangan gerakan tersebut, sebiji tumbukan hinggap di pipi mulusnya. Perit mula terasa. Keadaan riuh seketika.

                        ‘ Maafkan saya cikgu. Saya ingatkan cikgu dan bersedia nak terima buah dari saya.’ ujar Saiful sedikit gabra.

            ‘Saya okay. Silap saya jugak. Saya hilang tumpuan tadi. Bukan salah awak pun Saiful.’  jawabku sambil menahan kepedihan akibat dari tumbukan Saiful. Pesilat-pesilat yang lain mula mengerumi aku. Ingin melihat lebih dekat apa yang telah terjadi. Namun keadaan itu tidak lama setelah kehadiran Nazri teman lama dan jugak salah seorang guru silat.

 ‘Af macam mana boleh jadi macam ni? Kau okay tak?’

            Prihatin jugak Nazri ni kat aku. Kenapalah aku tak boleh terima perasaan dia kat aku. Aku cuba gak tapi jawapannya tetap sama. Soalan Nazri tidak berjawab.

                        ‘Af, aku tanya kat kau  ni. Kau okay ke tak? Ke kau nak aku hantar kau ke hospital.’ kedengaran suara Nazri sedikit tinggi.

            Sorry Naz. Aku tak dengar kau cakap apa tadi. Aku okay la. Tak payahlah susah-susah nak hantar aku pergi hospital. Tuam dengan ais ni nanti hilanglah lebam ni. Nazri membantu aku bangun dan menemani aku duduk jauh sedikit dari gelanggang latihan. Nazri merenung aku atas ke bawah. Aku tidak selesa diperlakukan sebegitu walaupun kami telah lama berkawan tetapi masih ada batasan di antara wanita dengan bukan muhrimnya.

            ‘Kenapa kau tengok macam tu Naz? Ada yang tak kena dengan aku ker? soalku inginkan kepastian.

                        ‘Memang ada yang tak kena kat kau ni. Kau ada masalah ker sampaikan serangan si Saiful tu pun kau tak dapat nak elakkan. Kau tak nak share masalah kau dengan aku ker? Mana tau aku boleh tolong kau. Kalau tak boleh nak solvekan pun aku boleh tolong dengar je.’ Nazri berhujah panjang lebar.

            ‘Aku malu nak citer kau la Naz. Kalau aku cerita pun mesti kau tak percaya. Tapi kalau kau nak pinjamkan telinga kau nak dengar masalah aku ni apa salahnya kan. Kalau aku cerita pun mungkin bukan kat sini. Kita gi minum. Pastu aku cerita kat kau.

                        ‘Okay tak da masalah. Kau tunggu jap. Aku pergi bagitahu yang lain dulu yang kita balik awal. Nanti tak ada lah dia orang tercari-cari.’ Aku sekadar memandang sahaja.

            Hafni sengaja memilih kedai yang kurang pengujung agar perbualannya dengan Nazri tidak terganggu. Setelah air yang dipesan telah sampai, barulah aku membuka bicara. Nak start tang mana pulak ni. Konfius la pulak.

                        ‘Kalau kau keberatan nak cerita, aku tak kisah Af.’ Nazri memulakan bicara.

            ‘Bukan macam tu Naz. Aku sendiri tak tahu nak start kat mana. Aku tengah karang ayat tadi. Tetiba pulak kau sensitif. Okay la. Sebenarnya orang tua aku nak aku kahwin dan bakal suami aku tu pilihan orang tua aku. Pendek kata kena kahwin paksa.’ terasa hilang segala beban yang aku pikul.   
    
            Bulat mata Nazri. Sangkaannya tepat sekali. Berita yang baru disampaikan oleh Hafni meragut tangkai hatinya. Bertahun lamanya dia memuja wanita di hadapannya ini yang memiliki kecantikan luaran malah kaya dengan sopan santun. Sabar wahai sang hati desis Nazri sendirian. ‘Kau biar betul. Zaman la ni pun ada kahwin paksa ker? Hensem tak mamat tu? Aku hensem ke atau mamat tu lagi hensem.’

                        ‘Mungkin ada tapi dalam seribu ada satu kot. Tak ke mana pun hensem tu. Boleh hidup ke dengan hensem je.’ sakit hatiku soalan yang di ajukan oleh Nazri. Saat-saat genting ni pun kau masih boleh nak buat perbandingan.’ kataku lantas memandang ke arah Nazri yang sedang menghirup baki minumannya.

            ‘Af, aku simpati dengan masalah yang kau hadapi. Sebagai seorang teman, kau bukalah pintu hati kau untuk insan bernama lelaki. Memanglah perkahwinan tu wujud di sebabkan atas dasar cinta. Tapi tak salahkan kalau berkahwin dahulu lepas tu bercinta. Kau pun tahu masa zaman orang tua kita pun, bukannya dia orang bercinta lepas tu kahwin. Ni kahwin dulu pastu baru bercinta. Okay je aku tengok. Perkahwinan dia orang boleh bertahan sampai sekarang. Itu semua panduan untuk kita. Pokok pangkalnya semua kat tangan kita. Kita sendiri yang mencorakkan kehidupan kita. Aku nak cakap lebih pun tak boleh gak sebabnya aku pun boleh berkahwin. Kau lupakan je la Idham tu. Ntah-ntah dia dah bahagia dah sekarang ni. Aku kawan baik dia pun tak setuju dengan tindakan dia.’

                        Kata-kata Nazri mengembalikan kenangan aku dengan Idham di zaman persekolahan. Aku mengenali Idham melalui Nazri ketika di sekolah menengah sehinggalah kami melanjutkan pelajaran di menara gading. Kami sama-sama berjaya melanjutkan pelajaran tapi sayangnya Idham melanjutkan pelajaran di oversea manakala aku hanya melanjutkan pengajianku di universiti tempatan sahaja. Pada tahun pertama pengajian, Idham sering mengutuskan surat kepadaku. Tidak cukup dengan surat, setiap malam aku menerima e-mel dari Idham. Aku rasakan akulah mahkluk tuhan yang paling bahagia kerana sering di buai dengan bait-bait puisi yang indah susun katanya. Aku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Menjengah tahun kedua pengajian, Idham mula berubah. Dalam sebulan hanya sepucuk surat sahaja yang aku terima. Tiada langsung pesanan e-mel yang dihantar. Aku di pagut kerisauan. Perhubungan kami terputus tanpa ada kata perpisahan. Suara Nazri memanggil namaku menarik aku keluar dari khalayanku yang tiada berpenghujungnya. Aku pasrah.

            ‘Kau masih teringatkan Am ke Af?’ sayu suara Nazri di telingaku.

            ‘Bukan salah kau pun. Tetiba je kenangan tu nak flash back.’

            ‘Habis kau setuju dengan pilihan orang tua kau ke Af? Atau kau nak bantah perkahwinan ni?’ Nazri mendugaku.

                        ‘Naz, aku faham apa yang kau nak bagitahu kat aku. Macam yang pernah aku bagitahu kat kau. Aku tak nak disebabkan kau nak kan perhubungan yang serius, persahabatan kita yang dah terjalin sekian lama akan putus macam tu sahaja. Aku tak nak kehilangan seorang sahabat yang sentiasa ada dengan aku masa susah mahupun senang dalam sekelip mata Naz. Kalau aku terima kau dan berkahwin dengan kau sama jugak aku berkahwin dengan pilihan keluarga aku yang mana aku berkahwin tanpa ada rasa cinta. Aku harap kau faham apa yang aku maksudkan.’ terangku untuk menyakinkan Nazri yang idea yang diberikan tidak cukup bernas.. 

            Di sudut hujung tidak jauh dari meja mereka berdua, sepasang mata memandang merpati dua sejoli sedang rancak berbual. Hasratnya untuk menikmati teh tarik terbantut begitu sahaja. Seribu persoalan bermain di benak mindanya, siapakah lelaki yang sedang berdamping dengan wanita yang perlahan-lahan berjaya mengetuk pintu hatinya. Api-api cemburu mula menusuk ke seluruh jiwa. Walaupun tiada adengan yang menyakitkan matanya tetapi hatinya terasa sakit. Dia tidak betah untuk terus melihat apa yang akan terjadi. Luqman segera mengangkat punggungnya. Perjalanannya pulang ke rumah terasa jauh baginya pada malam itu. Semuanya gara-gara Amni Hafni. Kunci kereta dicampakkan di atas meja. Hanya Rose sahaja yang berada di ruang tamu bawah. Pastinya kedua orang tuanya telah berehat di dalam bilik.

                        Rose menggaru kepalanya yang tidak gatal.‘ Awal abang Luq balik. Kata nak pekena teh tarik mamak.’

                        ‘Kedai mamak tu tutup.’ Jawab Luq bersahaja.

                        ‘Abang Luq ni biar betul. Baru petang tadi Rose singgah beli roti canai. Tetiba pulak malam ni kedai mamak tu tutup pulak. Tak da maknanya mamak tu nak tutup kedai. Abang Luq ada masalah ker? Rose cuba mengorek rahsia Luqman.

            Senyap. Tiada jawapan dari mulut Luqman. Akibat geram melihatkan sikap abangnya yang tidak acuh dengan pertanyaannya, Rose mula menapak untuk naik ke bilik. Luqman memandang adiknya. Dia masih was-was untuk berkongsi masalahnya dengan Rose. ‘Adik dah nak tidur ker? Tak nak temankan abang Luq kat bawah ni sekejap? soal Luqman. Langkahnya mati. Rose kembali duduk di sofa.

                        ‘Now tell me what happened to you today abang Luq?’ Rose mula memuntahkan persoalan.

            ‘Amni Hafni.’ Jawab Luqman ringkas dan padat.

                        ‘Kenapa dengan Amni Hafni? Are you trying to seduce her abang Luq?

            ‘Tak masuk akal betullah adik ni. Adik ingat abang Luq ni kasanova ker? Nak goda-goda anak orang. Maksudnya memang adik tak tahu lah yang Amni Hafni tu bakal ada kena mengena dengan kita tak lama lagi.’ Luqman masih berteka-teki.

                        ‘Apa semua  ni abang Luq. Adik tak Faham la. Straight to the point je. Tak yah nak bengkang bengkok.’ Rose mula rimas dengan sikap abangnya. Abangnya membuatkan perkara yang senang menjadi susah. Inilah masalahnya kalau berborak dengan ahli perniagaan. Bila berborak je mesti ada maksud tersurat. Siap bagi hint ntah apa ntah. Klise sangat.

            ‘For your information my liltle sister, your only one brother akan dikahwinkan dengan Amni Hafni a.k.a your best friend. Are you clear enough with my announcement?'

                        ‘What???? Akan dikahwinkan. Maksudnya, mamat poyo yang  akan berkahwin dengan Hafni tu rupa-rupanya abang Luq. How small this world? Kawan baik adik akan jadi kakak ipar adik. Menarik….. ujar Rose dengan ekspresi wajah yang mengujakan.

            Ekspresi wajah Rose mencuit hati kecilnya. Hilang sedikit kerisauan dihatinya namun ia belum boleh menghilangkan sepenuhnya kegusaran yang sedang melanda. ‘Dia panggil abang ni mamat poyo? Tak kisahla dia nak panggil apa pun. Sekarang ni abang Luq ada benda penting nak tanya dengan Rose pasal Hafni.

                        Belum sempat Luqman menanyakan soalan, Rose telah bangun dan mula melangkah menuju ke tangga. ‘Abang Luq belum habis cakap lagi ni. Adik nak pergi mana pulak?

            ‘Maaf abang Luq. Kalau abang Luq ada pasang niat nak korek rahsia Hafni dekat adik, lupakan je lah. I won’t say anything. Kalau nak tahu kenalah tanya tuan punya badan. Cuma satu je yang boleh adik bagitahu, a good man deserve to have a good women as Hafni. Lagi satu, it’s sounds sweets when you call her Hafni. Selamat maju jaya untuk menawan sekeping hati dan selamat malam. Tuan puteri nak masuk beradu.’ pesan Rose lalu menghadiahkan senyuman double meaning.

                        Ingatkan dapat jugaklah nak korek dari adik. Hampeh. Susah jugak nak setlle kan masalah perempuan ni. Kalau masalah pasal bisness senang sikit. Benda yang susah pun boleh jadi senang. Nama Amni Hafni sehebat orangnya yang berjaya menggetarkan naluri lelakinya. Luqman Haqeem dah sasau kerana penangan Amni Hafni. 

Comments

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22