Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 4


BAB 4
                        Hari yang serba serbi tidak sempurna buat jurutera muda Haslam Holdings. Hafni tergesa-gesa keluar dari pintu lif lalu terlanggar seseorang yang kebetulan lalu di hadapan pintu lif. Fail yang ada di tangannya melambung sehingga semua isi kertas didalamnya bertaburan. ‘Damn it. Waktu macam ni pulak nak langgar orang pulak. I’m really sorry. I’m in hurry right now. Sorry again.’ Hafni segara mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai dan berlalu pergi tanpa melihat orang yang dilanggarnya.

            Hatinya sebal bila mengenangkan apa yang telah berlaku. Semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya gara-gara bersetuju dengan keputusan walid dan uminya yang menerima pinangan Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah. Dia sendiri pun hairan kenapa mulutnya ringan sahaja berkata ya bukannya berkata tidak sedangkan hatinya sendiri berkeras tidak mahu dijodohkan dengan mamat yang poyo giler tu.

                        ‘Irah meeting saya pagi ni dengan Lutfi Holdings pukul berapa ya?

            ‘Pukul 10.30 pagi Cik Hafni. Wakil Lutfi Holdings dan pun sampai. Dia ada dalam meeting room sekarang ni.’

                        ‘Owhh…ok. Macam mana dengan paperwork yang saya minta awak siapkan tu? Dah siap ke belum?’Hafni bertanya sambil mengetuk meja Irah.

            ‘Dah siap Cik Hafni. Semuanya saya dah letak atas meja Cik Hafni. One more thing Cik Hafni, you look awfull today. Baik Cik Hafni touch up. Pucat sangat.’

                        Thanks sebab tegur saya. Today is my miserable day. Apa yang saya buat semua tak kena je. Harap-harap perbincangan ni tak ada masalah yang timbul.’ Hafni sedikit merungut lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Hafni melihat penampilannya dihadapan cermin. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Irah. Mukanya kelihatan pucat sedikit. Macam mana tak pucat, semalaman tak tidur. Ini semua penangan mamat poyo giler. Nasib baik perbincangan hari ni bukan dengan Luqman tetapi dengan wakil Luqman. Katanya si Luqman Haqeem tu ada site visit. Lantaklah… yang penting perjumpaan hari bukan dengan mamat poyo tu. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Hafni menuju ke meeting room. Hafni sekadar memberikan senyuman kepada Irah, pembantu kanannya.

            Permandangan alam menarik minat Luqman. Walaupun ada bangunan pencakar langit, elemen alam semulajadi masih di terapkan di sekitar Haslam Holdings. ‘Selamat pagi Encik Fikri. Sorry because waiting for me.’ kata Hafni menariknya kembali ke alam nyata. ‘She think’s that i’m Fikri. Wacht out what is going to happens desis Luqman nakal. Luqman sengaja menyuruh setiausahanya, Murni memaklumkan kepada pembantu Hafni bahawa dia tidak dapat hadir untuk perbincangan hari ini kerana dia terpaksa membuat urgent site visit. Namun dia terpaksa menghantar Fikri sebagai wakilnya apabila mamanya memberitahu Amni Hafni setuju menerima pinangan dari pihaknya.  Misi utama kedatangannya ke Haslam Holdings adalah ingin memastikan kesahihan berita yang diketahuinya semalam dan bukanlah disebabkan perbincangan yang telah ditetapkan .

            ‘Selamat pagi to you too. It’s okay Cik Amni Hafni. You look better now than before this. Barulah sedap mata memandang.’

            Hafni terpaku. Macam kenal je suara tu. Hafni memandang susuk tubuh yang membelakanginya. Ingatannya menerjah kembali kejadian di hadapan pintu lif. Kalau tak silap dirinya, inilah orang yang dilanggarnya pagi tadi. Tapi aku tak pandang pun wajah orang tu disebabkan kelewatan yang melanda diriku.

                        Luqman memusingkan badannya menghadap Amni Hafni. Hafni cemberut. Wajah Hafni tidak berwarna. Pucat lesi. Insan yang paling ingin dia elak untuk bertemu. Luqman berwajah bersahaja. Senyuman yang menggoda di hadiahkan kepada Amni Hafni menantu pilihan orang tuanya atau yang lebih betulnya bakal isterinya. Hafni kaku. Luqman mengatur langkahnya ke arah Hafni sehinggakan hanya kerusi yang memisahkan jarak diantara mereka. Bau minyak wangi yang dipakai Luqman menggegarkan naluri kewanitaan Hafni.

            ‘Nice smell.’ Hafni terlepas cakap.

            ‘Really. Thank you.’ Luqman menolak ke tepi kerusi yang memisahkan jarak di antaranya dengan Hafni. Kini jaraknya hanya seinci sahaja. Hanya kedengaran derus nafas masing-masing.

Hafni tersedar. Dirinya hampir-hampir termakan godaan Luqman. Hafni segera angkat kaki. Namun nasib tidak menyebelahi dirinya, tubuh Hafni tertolak kebelakang namun tangan sasa sempat menyambut tubuhnya. Mata bertentang mata. Jantung Luqman bergetar. Hatinya terpaut melihat wajah Amni Hafni. Amni Hafni memiliki bibir yang mungil, redupan mata yang cukup menggetarkan naluri kelakiannya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengucup bibir kecil mungil itu. Pastinya semua itu tidak akan terjadi apabila Luqman baru terasa perit di tangannya.  Hati Hafni panas lantas tangan sasa yang telah menyelamatkan tubuh badannya menerima habuan yang setimpal.

            ‘Arghhhhh……. Sakit lah.!

            ‘You deserve it. Apalagi!!! Lepaskan I. Hafni mengarah.

            ‘Opppsss…Sorry. I tak sengaja. tutur Luqman yang masih belum melepaskan Hafni dari dakapannya walaupun dia sedang menahan kesakitan. ‘Macam ni ke you balas jasa I yang dah tolong selamatkan you.

‘Terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong I. I gigit tangan you tu sebab you  sengaja mengambil kesempatan ke atas I. Dah selamat dah lah. Yang you peluk I lama-lama apa kes? Lepaskan I, kalau tak I jerit nanti. Biar satu ofis tahu anak Dato’ Lutfi cuba mengambil kesempatan ke atas jurutera di Haslam Holding.’

            ‘Elok jugak staff Haslam Holding tahu yang kita ni ada hubungan. So tak da lah I risau kalau-kalau ada staff Haslam Holdings yang teringin nak mengurat you. Luqman mengenyitkan matanya sambil melemparkan senyuman yang menggoda. Perlahan-lahan tangannya melepaskan tubuh Hafni.

Amarah Hafni memuncak mendengarkan tutur kata Luqman. Hafni membetulkan kedudukan baju serta tudungnya yang senget akibat dari kejadian telah berlaku. Nasibnya agak baik kerana tiada staff Haslam Holdings yang masuk ke dalam bilik mesyuarat yang hanya menempatkan mereka berdua. Luqman sekadar menjadi pemerhati melihatkan perilaku Hafni dihadapannya.

‘Kita batalkan saja perbincangan hari ni. I tak mood nak tengok muka you apatah lagi nak dengar suara you.’

Hafni berlalu meninggalkan Luqman dengan seribu satu perasaan yang sukar untuk diluahkan. Sebal hatinya..

            See you again. I will miss you Amni Hafni.’ canda Luqman.

            ‘Tak hingin! I hate you.’ bentak Hafni.

Fail yang berada di tangannya di campakkan ke meja kopi. Sofa baldu hitam di hadapan meja kerjanya menjadi pilihan Hafni untuk merehatkan dirinya yang keletihan mengenangkan kejadian yang baru menimpa dirinya. Hafni letih memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang kerana dia akan lebih kerap berjumpa dengan Luqman Haqeem. Seboleh-bolehnya, dia cuba mengelak untuk tidak berjumpa dengan mamat poyo tu.
‘Kenapa la nasib kau malang Amni Hafni. Dah jatuh ditimpa tangga pulak tu.

‘Bila kau jatuh Af? Tangga mana pulak yang timpa kau? Aku tengok okay je kau ni.’ Rose menutup pintu bilik Hafni dan menuju ke arah Hafni.

‘ Bila masa pulak kau ada kat sini Mek Rose. Dah la datang ofis orang, pastu tak bagi salam pulak. Kau tak kerja ke hari ni? Hafni menyoal bertubi-tubi.

‘Mak ai. Macam machine gun la kau ni Af. Agak-agak ar Ami Hafni. Kau tengok jam kau sekarang pukul berapa? Nak dekat lunch time dah. Aku jumpa client dekat area ni. Dah terlanjur ada kat sini tu yang aku datang nak ajak kau gi makan.

            Jam ditangannya di kilas. Hafni menepuk dahinya sendiri.

                        ‘Astagfirullahalazim….. tak sedar aku nak dekat pukul satu Rose.

                        Rose menggelengkan kepalanya. ‘Banyak sangat ke kerja kau Af sampai waktu lunch pun kau boleh lupa. Kau kena buli kat sini ke Af?’ tegur Rose.

                        Hafni ketawa kecil mendengarkan butir bicara Rose. ‘Kau okay ke tak ni Rose. Ada pulak kena buli. Masa kita belajar kat U tu adalah kena buli. Tak kan dah kerja pun kena buli plak. Orang yang selalu buli aku nama dia Rose.

            Pecah ketawa masing-masing apabila mengenangkan zaman mereka ketika berada di universiti. Hafni dan Rose merupakan roommate cuma berbeza bidang pengajian. Amni Hafni mengambil jurusan kejuruteraan manakala Rose pula mengambil jurusan pengurusan perniagaan. Walaupun berbeza bidang pengajian, mereka sering berkepit ke mana sahaja sehinggakan ada yang menggelarkan mereka pasangan kekasih.

                        ‘Af kau ingat tak masa kita sem 4, ada junior datang jumpa kita masa kat kafeteria. Dia tanya kat kita yang kita ni pasangan kekasih ke? soal Rose.

                        ‘Ahah… Budak tu junior aku. Macam mana la budak tu boleh tanya soalan yang merepek tu. ‘

            ‘Sebenarnya budak tu tanya pun sebab ada orang suruh tanya. Bukannya dia saja-saja nak tanya kat kita.’ balas Rose.

                        ‘Sape la pulak yang suruh dia tanya dengan kita? Aku pun hairan masa tu. Tapi aku tak ambil port sangat masa tu sebab masa tu aku tengah sibuk dengan assignment bertimbun-timbun.’

                        ‘Kalau kau nak tahu, si Zaufi yang hantar budak tu. Tak gentleman langsung si Zaufi. Ada ke pakai budak suruhan. Ceh!!!.

                        ‘Eleh!!!. Tak gentleman langsung kau kata. Orang yang tak gentleman tu lah yang bakal kau kahwin tak lama lagi Rose. Ceh!!!. Zaufi rupanya. Aku ingatkan putera kayangan ke yang suruh tanya. Best lah jugak. Cukup…… Kau kata tadi nak pergi makan. Kalau bagi kau peluang bercakap, alamatnya kebulurlah aku Rose. Jom gerak.’ Hafni bangun terus menuju ke mejanya dan mengambil beg tangannya lalu meninggalkan Rose terpinga-pinga.

                        ‘Hafni tunggu aku la…… teriak Rose sambil berlari anak mengejar Hafni yang telah menonong meninggalkan dirinya keseorangan. Hafni bersandar di Vios kesayangannya menantikan kehadiran Rose yang telah ditinggalkannya sebentar tadi. Mencungap-cungap nafas Rose mengejar Hafni. Punat alarm keretanya ditekan lalu Hafni masuk ke dalam keretanya di susuli dengan Rose. Hafni ketawa melihatkan gelagat teman karibnya. ‘Kau marathon ke tadi Rose.’ sindir Hafni selamba.

            ‘Agak-agaklah nak sindir aku pun Af. Ni semua kau punya pasal. Macam mana pulak kau boleh cepat sampai kat kereta?’ tanya Rose kehairanan. Hafni hanya tersenyum. Soalan Rose tidak berjawab. Hafni menumpukan sepenuh perhatiannya di atas jalan raya. Perjalanan mereka hanya mengambil masa sepuluh minit untuk sampai ke destinasi yang dituju. Rose hanya mengekori Hafni dari belakang. Hafni memilih untuk makan disebuah restoran masakan melayu yang kerap dikunjunginya. Cuma lewat kebelakangan ini, dia jarang ke situ kerana bebanan kerja yang banyak. Pilihan tempat duduknya seperti biasa di sebelah hujung sudut yang jauh sedikit dari orang ramai. Rose memilih untuk makan nasi berlauk sementara Hafni menunggu Rose memilih juadah untuk makan tengaharinya. Hafni memandang sekitar restoran. Kelihatan pelanggan agak kurang ketika kehadirannya kali ini. Dalam kelekaannya memandang di sekitar restoran, kerusi di hadapanya ditarik. Hafni tersenyum. Hambar!!. Bukan Rose yang berada di hadapannya tetapi mamatnya yang telah mengacau bilaukan harinya ini.

            Luqman tidak berseorangan. Kali ini dia berteman. Not bad kawan mamat ni. Desis Hafni sendirian. Luqman terus duduk di hadapan Hafni manakala temannya duduk disebelah Luqman. Pandangan Luqman bertaut di wajah Hafni. Hafni kelu..

                        ‘Eh! Abg Luq. Buat apa kat sini? ujar Rose yang kelihatan terkejut dengan kehadiran abangnya.

            ‘ La. Adik rupanya. What are you doing here? Are you suppose meeting with our client? Lagi satu abang Luq nak tanya adik kenal dengan Amni Hafni ni ke? soal Luqman bersahaja.

                        ‘Soalan abang Luq ni lain macam je Rose dengar. For your information, meeting Rose dengan client kita sebelah pagi tadi. Disebabkan habis awal, tu yang Rose ajak Hafni lunch. Oh lupa nak kenalkan. Af kenalkan ni Luqman Haqeem. My only one brother dan yang kat sebelah ni his best friend Encik Fikri. Abang Luq dan Abg Fik kenalkan ni kawan baik Rose, Amni Hafni. Satu-satunya jurutera wanita di Haslam Holdings. Still single and setakat ni masih available.’

            Single tu abang Luq percaya la tapi yang available tu macam salah je.’ canda Luqman malah sempat mengenyitkan matanya ke arah Hafni. Sakit hati Hafni mendengarkan  bicara Luqman. Ingat aku hadap sangat ntah nak kahwin dengan dia. Hafni sempat memberikan jelingan yang tajam kepada Luqman.

                        Hatinya panas. Dia tidak betah untuk terus duduk lama berhadapan dengan musuh ketatnya.‘Tak percaya sudah. Rose aku minta maaf banyak-banyak sebab aku tak dapat temankan kau makan hari ni. Tetiba je selera makan aku mati. Aku gerak dulu. Nanti aku call kau.’ Hafni berlalu meninggalkan Rose terpinga-pinga.

            ‘Af tunggu.!’ teriak Rose lalu cuba mengejar Hafni namun Luqman menahan adiknya. Hafni berlalu tanpa mengendahkan panggilan Rose. Sakit hatinya hanya tuhan saja yang tahu. Kakinya melangkah laju agar dia segera sampai ke keretanya. Hafni terus menuju ke biliknya. Geramnya terhadap Luqman masih bersisa. Hafni cuba memberi tumpuan terhadap kertas kerja yang berlambak di atas meja. Sayangnya dia gagal. Hafni keliru.  Irah memandang Hafni dari muka pintu.  Panggilan yang terakhir dari Irah menyedarkan Hafni. ‘ Saya minta maaf Cik Hafni sebab suara saya agak tinggi. Saya panggil Cik Hafni dari tadi tapi Cik Hafni tak dengar. Cik Hafni ada masalah ker?’ terang Irah sedikit gugup.

                        ‘I’m sorry Irah. Saya tak dengar awak panggil saya tadi.  A tiny problem but it’s personal. Don’t worry. I’m okay. Anything urgent perhaps?’

            ‘Tak ada yang urgent pun Cik Hafni. Cuma tadi Cik Hafni ada panggilan telefon dari Rose, ur best friend. Dia kata ada hal penting nak bincang dengan Cik Hafni. Dia mintak Cik Hafni call dia balik dan Cik Hafni ada perbincangan dengan Encik Luqman dari Lutfi Holdings minggu depan.

            Bertambah serabut aku bila dengar nama mamat tu. ‘Terima kasih Irah. Lagi satu Irah, kalau boleh saya tak nak terima apa-apa panggilan dan saya tak jumpa sapa-sapa pun hari ni. Mood saya tak berapa nak okay la.’ pinta Hafni lemah..

                        ‘My pleasure bos. Saya keluar dulu Cik Hafni.’ Irah meninggalkan Hafni sendirian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22