Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 2


BAB 2

                                ‘Assalamualaikum Cik Hafni oi.’ kedengaran suara yang amat dikenalinya.

                        ‘Walaikumsalam Mek Rose a.k.a mawar berduri’ ujar Hafni.

            ‘Kau busy tak petang ni. Kalau tak busy, aku ingat nak jumpa kau dekat Alamanda Putrajaya. Hafni menyelak diari berwarna hitam. Kosong. Tiada meeting dengan client. ‘Deal.’ Talian dimatikan.

Apa yang penting sangat si mawar berduri tu nak jumpa aku. Kepalanya terasa berat apabila memikirkan halnya dengan si Luqman Haqeem. Hafni hanya mengenali Luqman Haqeem melalui dada akhbar dan majalah business sahaja. Dia belum berpeluang untuk bersua muka dengan ahli perniagaan yang terkenal itu apatah lagi untuk bekerjasama bersama. Haslam Holdings pernah bekerjasama dengan Menara Holdings milik Dato’ Lutfi untuk projek pembinaan cawangan ketiga Menara Holdings di Putrajaya. Dato Haslam menyerah projek tersebut di bawah kendalian Encik Fariz jurutera seniornya yang berbeza dengan jurutera senior yang lain. Encik Fariz lah yang banyak mengajar Hafni dia mula menjejakkan kakinya di Haslam Holdings. Deringan telefon di atas mejanya mematikan lamunan Hafni.

            ‘Hafni speaking.’ ujar Hafni.

            ‘Cik Hafni, En. Fariz wants to see you in his office,’ tutur Azura pembantu Encik Fariz.

            ‘Lagi lima minit I sampai. By the way thanks a lot Zura.’

            Your welcome Cik Hafni.’ balas zura lalu menamatkan talian.

                        Hafni membetulkan baju kurung muda laut yang tersarung dibadannya. Hafni sentiasa memastikan penampilannya agar sentiasa kemas dan elegant sesuai dengan jawatan yang disandangnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Hafni melangkah menuju ke bilik Encik Fariz. Dari jauh Hafni telah memberikan senyuman kepada Azura yang sedang menunggunya di hadapan pintu bilik Encik Fariz.

            ‘Encik Fariz is waiting for you.’ terang Azura lalu membantunya membukakan pintu.

            Come in Hafni. Have a sit.’

            Thanks Encik Fariz. New project perhaps?

            Sort of like that... Actually our company baru dapat job from Lutfi Holdings.’

            ‘Lutfi Holdings!’ berita yang baru diterimanya amat mengejutkan. Bala..bala... Masalah family dia pun belum selesai, tup-tup company aku boleh pulak dapat job dari company dia. Tak adil langsung. Hafni terasa seperti seseorang memanggil namanya.

                        ‘Amni Hafni are you okay?’ tegur Encik Fariz.

                        ‘Hah....! I’m fine Encik Fariz. Sorry.’ Hafni berasa kurang selesa dengan renungan Encik Fariz.

                        ‘Kalau macam tu baguslah. Pada mulanya, projek ni I yang handle tapi I ingat I nak serahkan projek ni kat you cause Dato’ Haslam minta I cover projek terbengkalai dekat Klang. I rasa you adalah candidate yang paling sesuai untuk gantikan tempat I. I dah berbincang perkara ni dengan Dato’ Haslam and he’s agree with my suggestion’.

            Terkedu Hafni mendengarkan butir bicara Encik Fariz. Ini bermaksud Amni Hafni terpaksa, eh bukan, dipaksa sebenarnya untuk berurusan dengan pengarah urusan Lutfi Holdings a.k.a Luqman Hakeem b Dato’ Lutfi.  Kenapalah aku yang dipilih oleh Dato’ Haslam. Encik Fariz ni pun satu, dah tak ada orang lain ntah yang dia nak rekemenkan.

            Thanks sebab percayakan I untuk sambung projek you ni. Kalau I mintak you bagi dekat orang lain boleh tak? I rasa macam tak confident je nak uruskan projek sebesar ni’. Hafni cuba berdalih supaya dia tidak perlu berhadapan dengan Luqman Hakeem.

            ‘Kenapa you cakap macam tu. Sebelum ni pun bukannya you tak pernah uruskan projek besar. You tak ingat projek pembinaan hotel lima bintang dekat Port Dickson dua tahun lepas? Siapa punya idea kalau bukan idea you? Ke you saja bagi alasan atau you pernah buat salah dengan Lutfi Holdings’? Encik Fariz memancing.

            Ridiculous la you ni Encik Fariz. Nak berurusan dengan Lutfi Holdings pun tak pernah apatah lagi nak buat salah. Lain la you, dah banyak kali berurusan dekat sana. Tak da yang berkenan ke? Hafni mengubah topik perbualan’.

            ‘Pandai you tukar topik atau you takut nak berurusan dengan the most popular bachelor in town Amni Hafni’? Encik Fariz menduga reaksi Hafni.

Hafni gugup. Mukanya sedikit pucat. Akalnya bekerja keras untuk lari dari perangkap yang dibina oleh Encik Fariz.

                        Maybe. Itu bukan perkara yang penting pun, Cuma..... I takut my performance is out from his expectation. Encik Hariz jangan risau. I akan cuba yang terbaik untuk Haslam Holdings’. ujarnya bersemangat dari luaran sahaja. Dalamannya......aku saja yang tau.

                        ‘Bagus. Itu yang I nak dengar dari you. All the best dan ini antara dokumen mengenai projek yang kita bincang tadi. Yang lain nanti I akan suruh Zura hantar pada you’.
                        ‘Ok then. I keluar dulu. Thanks agains’.

            Kenapa aku perlu ada kaitan dengan mamat tu. Bencinya....! Jam di tangan diliriknya. Dah pukul lima petang rupanya. Suis komputer dimatikan. Hafni mengemas sekadar yang mampu. Setelah siap, Hafni mencapai handbagnya dan berlalu meninggalkan Haslam Holdings. Perjalanan dari pejabatnya ke Alamanda Putrajaya hanya mengambil masa dua puluh minit. Hafni tidak mengambil masa yang lama mencari tempat parkir kereta. Langkahnya diatur menuju ke Secret Recipe seperti yang dijanjikan. Disebabkan terlalu leka untuk membaca mesej yang baru masuk, Hafni terlanggar seorang hamba Allah.

                        ‘Ouchh!! Maaf salah saya.’ Hafni mengusap lengannya yang terasa sakit akibat pelanggaran yang tak di sengajakan.’

                        ‘Buta ke?’ si lelaki bersuara tidak berpuas hati.

            Hafni berang mendengarkan kata-kata lelaki dihadapannya.

                        ‘Manisnya bahasa. Tak beradab langsung.’ Hafni memuntahkan amarahnya.

            Lelaki dihadapannya pun tidak mahu mengalah. Ibarat buku bertemu dengan ruas.

                        ‘Siapa langgar siapa sekarang ni?’

                        ‘Memang la salah saya. Saya dah pun minta maaf. Tak cukup lagi ke? Tak kan sampai saya nak melutut depan awak nak minta maaf. Jawapnya dalam mimpi ar...’ getus Hafni lalu meninggalkan mamat yang poyo giler terpinga-pinga sendirian.

            ‘Apasal lambat. Macam ni la janji melayu. Janji kul 5.30 petang tapi pukul 6.00 petang baru sampai. Kau merewang ke mana Af?’ tanya Rose bertubi-tubi.

            ‘Kot ya pun bagilah salam dulu. Ni tak, main terjah je la kau ni Rose. Banyak kau punya rewang. Ingat nak buat kenduri ke nak rewang-rewang ni.’ ujar Hafni menarik kerusi di hadapan Rose.
Rose melemparkan senyuman buat temannya. Sekali sekala mengusik teman karib yang sudah agak lama tidak berjumpa. Silap dirinya jugak kerana terus menerjah temannya itu.

                        ‘Ye lah salah aku. Ampunkan patik wahai tuan puteri intan payung. Yang kau nak angin satu badan ni apasal. Datang bulan ke Cik Amni Hafni’.

                        ‘Giler ke apa kau ni Rose? Asal angin je, datang bulan? Tak da maknanya datang bulan. Aku hangin satu badan ni sebab masa aku on the way ke sini tadi aku terlanggar sorang mamat tu. Aku dah admit salah aku tapi dia pulak nak angin satu badan. Dia ingat dia sorang je  boleh naik angin. Belom tengok aku naik angin lagi.’ adu Hafni

                        ‘Mamat tu hensem tak Af. Sempat tak kau minta nombor phone dia?’

                        ‘Kalau muka hensem tapi tak ada adab pun tak guna Cik Rosdiana oi. Kalau dia bagi free pun phone number dia pun aku tak hingin.’ sindir Hafni geram.

Rose seronok melihat temannya yang sedang marah hingga terlupa tujuannya untuk berjumpa dengan Hafni.
                        ‘Sudah-sudah la tu. Sebenarnya aku ada hal nak bagitau kat kau ni,’ ujar Rose kembali ke tujuan asalnya untuk berjumpa Hafni.

                        ‘Aha... Lupa plak aku. Apa yang penting sangat kau nak bagitau kat aku ni? Jangan cakap yang kau nak kahwin?’ duga Hafni

                        Ten points for you Amni Hafni. Kau macam dah tahu je kan. Memang aku nak kahwin dah Af. Bulan depan,’ ujar Rose sambil memegang tangan sahabatnya sejak mereka belajar di universiti.

                        ‘Tahniah Rose. Dah memang patut pun kau kahwin. Aku ingat lagi masa kita kat universiti dulu, Zaufi selalu merajuk dengan kau. Puncanya, kau selalu lebihkan aku dari Zaufi. Dalam asyik kau bergaduh akhirnya ke jenjang pelamin jugak korang kan. Aku tumpang gembira dengan perkahwinan kau ni Rose. Tinggallah aku sensorang. Kawan baik aku dah kena rembat dengan si Zaufi.

                        ‘Tau tak apa. Ala.... kau tu memilih sangat Af. Ingat masa kita kat kampus dulu, ramai yang tergilakan kau tapi kau buat dek je. Kau ni memilih sangat kot Af atau..... kau tunggu putera raja datang minang kau?’

                        ‘Banyak kau punya putera raja datang meminang. Kau kan Rose kalau benda yang mengarut kaulah orangnya. Belum jodoh aku lagi kot. Rose... Aku sebenarnya adalah masalah besar ni. Aku nak cakap pun aku malu. Orang tua aku nak jodohkan aku dengan anak kenalan lamanya,’ terang Hafni entah apa yang harus difikirkannya.

            Suasan sepi..... Rose terpaku mendengarkan kata-kata Hafni. Masih ada lagi perkahwinan yang dirancang oleh orang tua pada zaman sekarang. Wajah Hafni ditatapnya. Walaupun zahirnya Hafni kelihatan tenang tapi pada batinnya Hafni sendiri yang merasainya.

                        ‘Kau buatlah keputusan yang sewajarnya. Kau yang akan hidup dengan orang tu. Macam mana kau nak hidup dengan orang tu sedangkan kau tak pernah cintakan orang tu..’ nasihat Rose yang turut merasa beban yang dipikul Hafni.

                        ‘Entah la Rose. Aku pun pening bila fikirkan hal ni. Lain la kalau aku ada teman istimewa. Boleh gak aku reject perkahwinan ni.. By the way, thanks a lot Rose sebab kau sudi jadi pendengar masalah aku. Kalau tak da kau dengan sapa la aku nak luahkan,’ keluh Hafni.

                        ‘Itulah guna sahabat, kawan.... Masa susah dan senang. Oh lupa pulak... Af nanti masa majlis aku, kau jadi pengapit aku ek..’ pinta Rose.

                        ‘Agak-agak la kau ni Rose. Main sedap je suruh aku jadi pengapit kau..!’

            Rose membuat muka selamba. ‘Ah... Aku tak peduli. Mana tau, lepas kau jadi pengapit aku, kau bertemu jodoh pulak.’

                        ‘Ye ar... Nanti kau bagitahu aku awal sikit. Boleh aku mohon cuti demi sahabat tercenta aku ni.’ ujar Hafni.

            Pertemuan itu berakhir di saat matahari terbenam di ufuk timur. Permulaan bahagia buat Rose dan aku....................

Comments

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22