Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 1


BAB 1
Rintik hujan semakin kuat kedengaran. Suasana dingin semakin terasa mencucuk hingga ke tulang. Namun tangan Amni Hafni bt Haji Amar Hadi masih ligat menaip di laptop kesayangannya.... Tumpuannya terganggu seketika apabila terdengar ketukan pintu bilik.

‘Maaf Cik Hafni kerana mengganggu. Ada apa-apa yang cik perlukan bantuan saya. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu ‘ terang setiausahanya.

Hafni melirik jam di tangan. ‘Dah pukul lima rupanya. Tak pe Irah… Tinggal sikit lagi je laporan ni. Awak balik la dulu. By the way, thanks a lot kerana tolong saya’ ujar Hafni.

‘Saya balik dulu Cik Hafni. Assalamualaikum.’ Irah berlalu meninggalkan Hafni sendirian. ‘Waalaikumsalam’ jawab Hafni pendek.

            Hafni memandang segenap ruang pejabatnya. Dia teringat ketika dirinya mula berkhidmat di Haslam Holdings. Dirinya sering diperkotak-katik oleh jurutera senior di Haslam Holdings. Bagi mereka kebolehan dan idea dari jurutera wanita adalah terhad berbanding dengan jurutera lelaki. Ini kerana bidang kejuruteraan sering dimonopoli oleh kaum Adam. Namun bagi Amni Hafni, kritikan dari seniornya di jadikan pembakar semangatnya agar dia setanding dengan mereka. Usaha kerasnya kini berbaloi dengan kejayaaan yang telah dimilikinya. Ringtone The Rest Of My Life nyanyian Maher Zin mematikan lamunannya.

‘Asalamualaikum Af. Walid ni. Af kat mana? Masih kat ofis lagi ker?’ tanya Haji Hadi tak ubah seperti polis pencen.

‘Walaikumsalam walid. Af ada kat ofis lagi. Sekejap lagi Af gerak balik. Sebab sekarang ni tengah hujan lebat.

‘Kalau macam tu tak apa lah. Jangan lambat sangat. Tak baik anak dara tinggal sorang-sorang kat ofis tu.’ Haji Hadi cuba menakutkan anak bongsunya.

‘Walid ......!’ Amni Hafni menjerit kecil. Yela....yela...., Af balik lepas hujan reda. Walid saja nak kenakan Af, omel Hafni tidak berpuashati dengan tindakan walidnya. Bukan walidnya tidak tahu yang Hafni fobia memandu kereta ketika hujan lebat.  Kedengaran suara walidnya mentertawakan dirinya. ‘

Drive carefully Af’ pesan walidnya pendek. 

'Baik bos.' Hafni segera mengemas meja kerjanya dan menutup laptop.

Setelah semua perkakasannya teratur, Hafni berlalu meninggalkan biliknya. Sesampai dibahagian pentadbiran, masih ada kakitangan yang masih belum pulang. Masing-masing leka menghadap komputer. Pasti ada saja kerja yang belum dibereskan.

‘Dah nak balik ke Cik Hafni’ tegur Razlan selaku kerani pentadbiran.

‘Ahah...nak balik dah Lan. Bos besar dah call suruh balik’ terang Hafni

‘Seronoknya dapat balik awal’ ujar Razlan sedikit merungut.

‘Dah dua hari saya perhatikan bahagian pentadbiran balik lewat. Ada yang urgent sangat ke Lan’.

Razlan menceritakan segala yang berlaku dibahagian pentadbiran. Betul la apa yang didengarnya sejak dua menjak ni. Bahagian pentadbiran sedikit kelam kabut mengumpulkan laporan projek setengah tahun untuk dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah. Hafni sekadar menganggukkan kepalanya. Nasib baik aku ada buat salinan laporan aku sebelum dihantar ke bahagian pentadbiran Tak pasal-pasal nanti aku jadi macam En. Ikmal dengan En. Jamal yang tengah pecah kepala untuk submit laporan yang diuruskan oleh mereka, gumam Hafni sendirian sambil tersenyum. ‘Ok lah Lan. Saya gerak dulu’.

‘Ok Cik Hafni. Hati-hati masa memandu’ pesan Razlan.

Thanks a lot’, jawab Hafni berlalu pergi meninggalkan bahagian pentadbiran.

Perjalanan pulang ke rumahnya hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Hafni sengaja memandu dalam kelajuan yang sederhana agar dapat menikmati keindahan permandangan di Putrajaya. Toyota Vios berwarna putih kesayangannya menjalar masuk ke dalam perkarangan rumah. Umi telah sedia menanti kepulangannya dihadapan pintu.

Tangan umi dikucup mesra. ‘Lambat anak umi balik hari ni?’ tanya Hajah Azizah berjalan beriringan menuju ke ruang tamu.

‘Siapkan laporan projek umi. Tu yang lewat sikit balik. Lagipun tadi hujan lebat. Af tak berani nak memandu dalam hujan lebat. Kalau tak, awal-awal lagi Af dah sampai rumah.'

Hajah Azizah sekadar mengangguk mendengar bicara anaknya sementara Haji Hadi khusyuk membaca akhbar. Hafni hairan melihat walidnya. Tiada sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya seperti kebiasaan. Pasti ada sahaja soalan-soalan yang diutarakan oleh walid tidak kira isu semasa sehinggakan ke isu pekerjaannya. Ruang tamu yang sederhana besar itu sunyi. Hanya bunyi televisyen sahaja yang kedengaran. Hajah Azizah mencuri memandang wajah Haji Hadi di sebalik akhbar. Namun hampa kerana suaminya masih leka membaca akhbar. Hafni memandang wajah kedua orang tuanya. Pasti ada rahsia yang disembunyikan oleh kedua-dua insan dihadapannya.

                ‘Ada perkara ke yang umi dan walid rahsiakan dari pengetahuan Af?’ soal Hafni memandang wajah Hajah Azizah dan Haji Hadi.

            Sunyi……. Haji Hadi diam membisu seribu bahasa dan membiarkan sahaja pertanyaan Hafni. Hafni cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Haji Hadi. Akalnya ligat mencari helah agar dia dapat mengetahui rahsia tersebut.

‘Kalau macam tu Af naik dulu lah walid, umi. Nak mandi.’ umpan Hafni seraya bangun dari sofa berwarna keemasan lalu menuju ke tangga.

            ‘Nanti Af. Ada perkara yang walid dan umi nak berbincang dengan Af,' ujar walidnya.

Nada suara Haji Hadi kedengaran agak serius di gegendang telinga Hafni. Cuak la pulak gumam Hafni sendirian. Hafni membatalkan niatnya dan duduk semula disebelah Hajah Azizah tetapi hanya bersandar di tepi sofa tidak jauh dari uminya. Hafni terasa jantungnya berdegup kencang ibarat seorang penjenayah yang sedang menerima hukuman.

            ‘Untuk pengetahuan Af, Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah datang bertanyakan pasal Af untuk anak teruna tunggalnya Luqman Haqeem.

Hafni terkesima…Setahu Hafni, Luqman Haqeem b Dato’ Lutfi hanya ada seorang sahaja dalam dunia ni. Siapa yang tak kenal dengan LUQMAN HAQEEM yang terkenal dengan jolokan ahli perniagaan muda yang berjaya dan namanya sering meniti di bibir wanita termasuklah staf-staf wanita di ofisnya. Pasti ada sahaja wanita di luar sana yang berkeinginan untuk menjadikan lelaki yang berkarisma itu sebagai calon suami tetapi tidak bagi dirinya.

            ‘Luqman Haqeem ahli perniagaan muda yang berjaya tu?’ Hafni bertanya untuk mendapatkan kepastian.

            Akhirnya, soalan itu yang di nantikan oleh Haji Hadi. Haji Hadi tersenyum melihat telatah anaknya. Hafni menepuk kepalanya menandakan yang dirinya telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh walidnya sendiri. Siapa yang tak kenal dengan Haji Amar Hadi. Seorang bekas pengetua cemerlang yang bijak membuat reverse sikologi terhadap anak didiknya yang dari malas untuk belajar tetapi akhirnya berjaya menjadi pelajar terbaik dalam keputusan SPM. Semasa walidnya masih berkhidmat, pasti ada sahaja anak didiknya akan datang ke rumah untuk menghantar cenderahati kepada walidnya di atas keputusan yang cemerlang yang diperolehi oleh mereka. Ketika itu, Amni Hafni lah orang yang paling gembira kerana setiap hadiah yang diterima oleh Haji Amar Hadi pasti menjadi milik Hafni. Apa tidaknya, hadiah yang diterima Haji Hadi pasti sahaja coklat, buah-buahan, kek dan banyak lagilah.

‘Walid dan umi dah lama kenal dengan Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah. Kalau Af nak tahu, walid dan Dato’ Lutfi dah berkawan sejak kecil lagi. Kami satu kelas sehingga darjah enam. Selepas tamat darjah enam, walid dan Dato’ Lutfi menyambung pelajaran ke asrama penuh tetapi berlainan sekolah. Perhubungan walid dan Dato’ Lutfi tetap masih terjalin walaupun kami berlainan sekolah sehinggalah masing-masing berkahwin. Kejadian ini berlaku 28 tahun yang lepas dan ketika itu Amni Hafni anak kesayangan walid ni belum dilahirkan. Ketika itu Datin Rafidah sedang sarat mengandungkan Luqman Hakeem telah kehilangan banyak darah akibat tergelincir didalam bilik air. Disebabkan hal tersebut, walid dengan ikhlas mendermakan darah walid bagi menyelamatkan nyawa Datin Rafidah. Ekoran dari kejadian itu, Dato’ Lutfi terhutang budi dengan keluarga kita lantas dia berjanji dengan walid akan menjodohkan Luqman Hakeem dengan anak perempuan walid. Bagi walid, walid menolongnya kerana walid ikhlas dan walid tak minta apa-apa balasan dari Dato’ Lutfi. Allah tu Maha Mengetahui Amni Hafni. Selepas tiga tahun kejadian tu berlalu, Amni Hafni lahir ke dunia dan pada ketika tu walid dan umi tak teringat langsung dengan janji Dato’ Lutfi sehinggalah hari ini dengan kehadiran Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah ke rumah kita.’ ujar Haji Hadi panjang lebar.

            Tiba-tiba kakinya tidak gagah untuk berdiri. Hafni terduduk di tepi sofa setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Haji Hadi. Tak terlintas akal fikirannya yang perkara itu akan berlaku terhadap dirinya. Hajah Azizah segera mendapatkan anaknya. Sayu hatinya melihatkan keadaan Amni Hafni lantas dipeluk tubuh muda itu.

            ‘Sabar anak umi. Apa yang walid ceritakan belum ada keputusan yang muktamad lagi sayang. Sebenarnya umi dan walid masih terkejut dengan hajat yang disampaikan oleh mereka. Umi dan walid tak akan paksa Af untuk membuat keputusan. Semua keputusan di tangan Af,’ pujuk Hajah Azizah.

‘Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kekuatan kepada hambamu ini dalam menempuh liku-liku kehidupan,’ doa Hafni di dalam hati. Hafni cuba mengumpul sedikit kekuatan dalam dirinya. ‘Bagilah Af sedikit masa untuk memikirkan hal ni ye walid, umi. Walid dan umi jangan risaukan Af. Af ok. Af naik ke bilik dulu,’ jawab Hafni lantas bangun sambil dipapah oleh Hajah Azizah.

            ‘Betul Af tak apa-apa?’ tegur Haji Hadi.

‘Af ok la.’ balas Hafni agar walid dan uminya tidak berasa risau terhadap dirinya. Tak ok sebenarnya Hafni menjerit didalam hati.

                        ‘Habis yang sampai terduduk tu tadi kenapa?’

'Tadi tu Af cuma terkejut. Tu yang sampai terduduk tadi.' Hafni cuba berjenaka dengan walidnya
.
‘Kalau Af cakap macam tu, tak apa la. Risau walid dan umi tengok keadaan Af tadi. Ambil masa sebanyak mana yang Af nak. Dah ada keputusan nanti Af bagitahu saja kat walid dan umi.’ Haji Hadi berasa lega mendengar penjelasan dari anaknya.

Hafni menuju ke tangga sambil diperhatikan oleh orang tuanya. Haji Hadi dan Hajah Azizah memandang sesama sendiri. Namun tak terluah di bibir masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Abangku Suamiku Bab 26

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

Abangku Suamiku Bab 22