Posts

Showing posts from October, 2017

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 32

BAB 32 P erjalanan pulang ke kampung halaman bapa mertuanya memberi seribu pengalaman baru buat Hafni. Luqman dan Hafni berkongsi kereta dengan papa dan mamanya. Kebetulan Dato’ Lutfi tidak boleh memandu perjalanan yang jauh. Seperti kebiasaan, Luqman pastinya menjadi pemandu ditemani Dato’ Lutfi di tempat penumpang hadapan manakala Datin Rafidah dan Hafni  menjadi penumpang di belakang. Sempat juga Luqman menjeling Hafni melalui cermin pandang belakang. ‘Hai bang, tak sampai la kita ke kampung awak kalau driver nya asyik pandang penumpang belakang ni.’ pedas sindiran Datin Rafidah. ‘Mati keringlah kita kat dalam kereta ni Fidah. Susah jugak satu kereta dengan orang yang tengah hangat bercinta.’ giliran Dato’ Lutfi mengenakan anak menantunya. Wajah Hafni mula membahang. Geramnya dengan perangai Luqman. Dihadapan papa dan mamanya sempat lagi dia hendak bergurau senda. ‘Mama dengan papa ni, kalau tak sakat Luq memang tak sah. Dah merah wajah isteri Luq tu.’ Tersenyum Dato’ L

Abangku Suamiku Bab 18

BAB 18 Aku melempar beg kuliahku di atas sofa. Seronoknya dapat balik rumah. Rumah mama bukannya tak seronok cuma sejak ada abang Rizz ni, tingkah laku aku asyik sumbang je di matanya. Kalau duduk sini tak da yang sakit mata. Tipah pun lebih kurang macam aku. ‘Senang hati nampak? Kena loteri ke?’ Tipah di depanku sengaja ku jeling. ‘Tak boleh tengok orang senang hati ek? Ke kau nak tengok aku susah hati. By the way loteri tu  haram.’ Tipah tertawakan aku. Lawak ke apa yang aku cakapkan. Ada member seorang ni pun masuk air macam aku. ‘Tipah…. Tipah. Siapalah yang jadi boyfriend kau Tipah? Mahu sakit kepala dibuatnya. Dah puas ketawakan aku?’ sindirku apabila Tipah berhenti ketawa tak hengat dunia. ‘Sejak nak jadi pengantin ni, cepat betul buddy aku ni sentap. Nasib baik dapat husband hati batu mcam abang Rizz tu.’ ‘Tak sayang mulut nampak.’ Tipah menutup mulutnya. ‘Ala… Gurau pun tak boleh. Aku bukannya apa Hana. Aku tengok kau macam tertekan je lately ni. Bila tengok