Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 31
BAB 31 L uqman termenung di meja kerjanya. Baru sahaja dia berura-ura untuk keluar makan bersama Hafni terpaksa di batalkan di saat akhir. Dia baru sahaja menerima pesanan ringkas dari papannya untuk makan tengah hari bersama. Kerja yang berada di atas meja tidak menarik minatnya. Kesejukkan penghawa dingin tidak mampu mendamaikan hatinya yang resah. Ingin sahaja dia menghantar mesej kepada Hafni untuk berkongsi resah hatinya tetapi apa pula yang akan diberitahu sekiranya Hafni bertanya apa perkara yang membuatkan hatinya resah. Itu seperti menjerat lehernya sendiri. Hanya satu nama sahaja yang terlintas di benaknya. Fikri! Nombor telefon Fikri segera didail. Lama Luqman menanti di talian namun tidak berjawab. Cubaan kali keduanya berjaya. Fikri menjawab panggilan telefon Luqman. ‘Asal lambat jawab call ?’ sergah Luqman tanpa salam. ‘Wa’alaikumsalam. Hai… Tak kan aku tak boleh nak pergi melepas Encik Luqman?’ sindir Fikri. ‘Maaf Fik. Assalamualaikum. Bukannya tak boleh. Buka