Abangku Suamiku Bab 6
Dua minggu telah berlalu. Kakiku beransur pulih. Selama dua minggu tu jugaklah aku dirawat oleh doktor tak terlatih a.k.a suamiku tercenta. Dah macam mak nenek gayanya. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Sampai mama pun angkat tangan surrender. Hari pertama menghadiri kuliah selepas dua minggu aku terperap di rumah. Apa yang lebih dramatik, pergi balik aku dihantar dan dijemput oleh abang Rizz. Berjalan dengan menggunakan tongkat taklah serimas hidup disamping abang Rizz. Berlari-lari Tipah mendapatkan aku yang terkedek-kedek berjalan menggunakan tongkat. Mika hanya memandang dari jauh. ‘Warghh!! Rindunya aku kat kau Hana.’ Jerit Tipah selamba. ‘Kau ni buat malu je la Tipah.’ Rungutku geram. ‘Asal pulak? Kau tak suka jumpa aku ke?’ ‘Bila masa aku cakap macam tu?’ ‘Habis tu?’ Tipah memintas percakapanku. ‘Ye lah. Tak kan kau nak satu uni ni tahu aku baru datang kuliah?’ Tipah tersengih malu. ‘ Sorry lah. Aku terlebih teruja tadi.’ Aku dan Tipah mendapatkan Mika yang setia