Posts

Showing posts from June, 2015

Abangku Suamiku Bab 6

Dua minggu telah berlalu. Kakiku beransur pulih. Selama dua minggu tu jugaklah aku dirawat oleh doktor tak terlatih a.k.a suamiku tercenta. Dah macam mak nenek gayanya. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Sampai mama pun angkat tangan surrender. Hari pertama menghadiri kuliah selepas dua minggu aku terperap di rumah. Apa yang lebih dramatik, pergi balik aku dihantar dan dijemput oleh abang Rizz. Berjalan dengan menggunakan tongkat taklah serimas hidup disamping abang Rizz. Berlari-lari Tipah mendapatkan aku yang terkedek-kedek berjalan menggunakan tongkat. Mika hanya memandang dari jauh. ‘Warghh!! Rindunya aku kat kau Hana.’ Jerit Tipah selamba. ‘Kau ni buat malu je la Tipah.’ Rungutku geram. ‘Asal pulak? Kau tak suka jumpa aku ke?’ ‘Bila masa aku cakap macam tu?’ ‘Habis tu?’ Tipah memintas percakapanku. ‘Ye lah. Tak kan kau nak satu uni ni tahu aku baru datang kuliah?’ Tipah tersengih malu. ‘ Sorry lah. Aku terlebih teruja tadi.’ Aku dan Tipah mendapatkan Mika yang setia

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 29

BAB 29 H afni rimas dipandang oleh Idham yang duduk di hadapannya. Dia menjadi kekok untuk berbincang mengenai urusan kerja memandangkan Idham lebih gemar memerhatikannya daripada mendengar apa yang hendak disampaikannya. ‘Encik Idham, saya rasa kita tak boleh nak teruskan perbincangan ni lagi.’ Idham di pagut resah. ‘ Af ada masalah ker?’ Hafni mendengus geram. ‘Memang saya ada masalah. Masalahnya Encik Idham sendiri. Yang banyak cakap sekarang ialah saya. Tiada satu pun pandangan pun Encik Idham utarakan. Baik Encik Idham cari engineer lain untuk projek ni.’ Hafni mengemas kertas-kertas yang bertaburan dan bersiap untuk meninggalkan bilik perbincangan. Idham kaget. Sememangnya semua berpunca dari dirinya juga. Dia gagal untuk menumpukan perhatian terhadap perbincangannya dengan Hafni. Matanya seperti ada magnet untuk menatap wajah Hafni. Belum pun sempat Hafni memusingkan badannya, tangannya terlebih dahulu disambar oleh Idham. Terkejut dengan tindakan Idham, segera Hafn