Posts

Abangku Suamiku Bab 27

  Bab 27 P enuh ruang tamu mama malam ni. Usai makan malam, papa menyuruh aku dan semua isi rumah berkumpul di ruang tamu. Family meeting katanya. Aku membantu mama menatang dulang berisi air kopi. Aku duduk di sebelah mama. ‘Hai! Dah ada suami masih nak berkepit bawah ketiak mama lagi ke?’ along mula menyakat. Panjang muncungku disakat oleh along. ‘Tak habis ek sakat Hana, long?’ ‘Bila masa along sakat Hana. Along cakap benda yang betul. Tak nampak tu muncung suami Hana tu bila Hana duduk sebelah mama.’ Aku memandang abang Rizz yang duduk bertentangan dengan aku. ‘Tak panjang pun muncung abang Rizz. Biasa je Hana tengok.’ Jawabku lurus bendul. ‘Pergi duduk sebelah abang Rizz tu Hana. Kurang-kurang sikit manja dengan mama. Nanti ada yang jealous pulak kat mana.’ Mama tiba-tiba bersuara. Dalam rela paksa, aku bangun menukar tempat dudukku. Seram sejuk aku duduk sebelah Mr. Tarzan. Rasanya Mr. Tarzan tengah sakit tekak. Sejak balik dari hotel hinggalah sekarang, hanya sepatah dua k...

Abangku Suamiku Bab 26

                                                                              Bab 26 ‘ A mboi! Masam nye muka anak mama ni! Baru lepas majlis dah masam muka.’ Perli mama apabila aku dan Mr. Tarzan tiba di Villa Anggerik. ‘Ada orang meroyan kat hotel tadi ma.’ Jawabku acuh tak acuh. ‘La! Macam mana boleh terlepas masuk. Tapi apa kena mengena orang meroyan dengan muka masam anak mama ni?’ Aku mengeluh. Mama tak faham apa sebenarnya maksud yang ingin aku sampaikan. Baru sahaja aku hendak menerangkan, papa tiba-tiba mencelah. ‘Tak ada yang terlepas masuk pun Mai. Tak Hana atau Rizz yang meroyan. Tu yang masam muka anak kesayangan awak tu.’ ‘Sepuluh markah untuk papa. Bukan Hana yang meroyan ye.’ Mama memicit kepalanya. Tak kan mama dah pening kot. ...

Abangku Suamiku Bab 25

  Bab 25 A ku perhatikan sahaja inai di jariku. Semuanya gara-gara Tipah. Dia menjadi dalang utama menyuruh aku memakai inai. Baru nampak seri pengantin walaupun pengantin dah basi. Dari posisi duduk, aku telah menukar posisi baring pula di gazebo tepi kolam. ‘Aku tengok kau ni macam cacing kepanasan je Hana.’ Tipah pelik melihat aku. ‘Entahlah Tipah. Aku pun tak tahu nak jawab pertanyaan kau ni. Nak kata aku takut dekat abang Rizz, elok je aku menjawab sampai bergegar Villa Anggerik ni. Nak kata sayang dekat dia, I don’t feel it . Nak kata benci dekat dia, tak juga. Bila dia tak ada, aku pulak yang tercari-cari dia ke mana. Serabut wei fikirkan Rizzman Adha.’ Akhirnya terluah jua. ‘Parah dah kau ni Hana. Can you just admit yang kau dah mula terima dia dalam hati kau. Sebab tu kau rasa semua tu. Atau sebenarnya kau ada perasaan pada orang lain.’ ‘Mengarut! Selama ini kau dengan aku. Kau ada nampak aku layan mana-mana lelaki?’ soalku geram. ‘Tak ada!’ laju Tipah menjawa...