Posts

Showing posts from August, 2016

Abangku Suamiku Bab 14

BAB 14 ‘Abang dah balik?’ tegur Puan Sri Maimon. ‘Tak da la lama mana pun Mai. Hana dengan Rizz mana?’ senyap je rumah hari ni. ‘Rizz katanya outstation. Hana pula tolong Mika jadi model busana pengantin.’ Tan Sri Razlan diam tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum. ‘Anak kesayangan awak macam dah tak sabar nak naik pelamin nampaknya.’ ‘Ke situ pulak abang ni. Sempat Mai pesan pada Mika suruh tengokkan kalau-kalau ada busana yang cantik. Bolehlah digunakan untuk majlis Hana nanti.’ Suaminya menggelengkan kepala. ‘Sampai situ awak boleh fikir Mai. Bukan Hana yang excited nak naik pelamin tapi mamanya. Susah-susah kita sahaja yang naik pelamin, Mai.’ ‘Ke situ abang ni. Ke abang nak merasa naik pelamin dengan orang lain?’ serkap Puan Sri Maimon. ‘Saya sayang awak seorang je Mai. Tak da orang lain dah.’ berderai tawa Puan Sri Maimon dan Tan Sri Razlan. Mak Jah yang memandang dari jauh turut tersenyum melihat kemesraan majikannya. ‘ Puan Sri, Tan Sri jomlah ke dapur.