Posts

Showing posts from October, 2016

Abangku Suamiku Bab 15

BAB 15 Aku menatang dulang berisi semangkuk bubur, segelas air dan ubat yang dibekalkan oleh doktor semasa di klinik tadi. Ini kali kedua aku masuk ke dalam bilik abang Rizz. Seumur hidup aku duduk di Villa Anggerik, tidak pernah aku menjejakkan kaki di dalam bilik abang Rizz. Kalau Mr. Tarzan ni tak sakit, jangan haraplah. Dulang yang ku bawa aku letakkan di atas meja sisi di tepi katil. Dahi abang Rizz ku rasa semula. Alhamdulillah panasnya semakin kebah. Aku membuka wardrobe abang Rizz. Tersusun rapi mengalahkan anak dara. Aku ambil sehelai t-shirt dan sehelai seluar untuk menyalin pakaian abang Rizz. Tak lupa juga tuala kecil untuk mengelap badan abang Rizz. Nak patah pinggang aku menukar pakaian abang Rizz. Mana taknya, badan abang Rizz lebih besar dari badan aku yang comel loteh ni. ‘Ni apa usik-usik orang ni?’ tiba-tiba abang Rizz terjaga dari tidurnya. ‘Usik apanya. Hana tolong tukarkan baju abang Rizz. Tak kan nak pakai baju masam tu sampai malam.’ ‘ What !’ Aban