Posts

Showing posts from June, 2016

Abangku Suamiku Bab 12

BAB 12 Selepas makan malam aku terus menghilangkan diri. Mahu keluar peluh jantan kalau ikutkan idea giler abang Rizz menyuruhku memakai gaun malam yang baru ku beli. Siapa lagi kawan komplotku kalau bukan mak Jah. Siap membantu mak Jah di dapur dan melihat abang Rizz telah naik ke tingkat atas, aku terus meloloskan diri ke bilik mak Jah. Memanglah bilik mak Jah bukan tempat yang selamat untuk menyorok tetapi ada bahagian tersembunyi untuk aku menyorok. Mesti korang akan kata aku menyorok dalam kabin kan? Maaf. Tekaan anda salah. Tempat menyorok aku tu dah tak selamat. So kena lah cari tempat baru. Mesti semua tertanya-tanya. Kat tempat mana lagi yang boleh aku menyorok di dalam bilik mak Jah. Jawapannya ada. Aku dapat tahu pun secara kebetulan. Di belakang almari baju mak Jah ada satu ruang kecil yang ada tangga terus ke satu tempat. Pasti korang tak percaya tempat tu menuju ke mana kan. Anak tangga tu terus ke bilik along. Along sendiri pun tak tahu. Hebat tak Hana Qusandria.