Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 12
BAB 12
Jam
di dinding menunjukkan tepat 8.30 pagi. Hafni masih di pembaringan. Penat
membantu perkahwinan Rose masih lagi terasa.
Hafni teringatkan janjinya bersama Luqman. Hafni terasa malas untuk
keluar bersama Luqman untuk mencari barangan hantarannya apabila mengenangkan
kejadian di lobi hotel semalam. Baru sahaja Hafni berkira-kira untuk menghantar
mesej membatalkan janjinya, telefon bimbit berbunyi. Mesej daripada Luqman.
Pukul sepuluh saya jemput awak di rumah.
Hafni blur sekejap. Macam tahu-tahu je
aku nak hantar mesej kat dia. Hafni membebel sendirian. Tangannya pula ligat
menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
As your wish.
Pendek
sahaja mesej Hafni kepada Luqman. Telefonnya diletakkan semula di atas meja
kecil di sebelah katilnya. Dia mempunyai masa yang agak lama sementara
menantikan Luqman menjemputnya. Akhirnya Hafni mengambil keputusan untuk turun
ke ruang tamu. Umi keseorangan sahaja di
bawah. Ke mana pula hilang walidnya?.
‘Umi seorang je? Walid pergi mana?’
soal Hafni lalu duduk di sebelah Hajah Azizah.
‘Walid
ke surau. Katanya ada gotong royong.’ jawab Hajah Azizah
‘Pukul sepuluh Luqman
datang umi. Af dengan Luqman nak keluar cari barang hantaran.’
Lebar senyuman Hajah Azizah.
‘Pergilah Af. Lagipun dah tak lama lagi dah majlis kamu nanti. Eloklah cari
barang-barang tu sekarang. Nanti tak lah kelam kabut.’
Diam. Hafni tidak menjawab apa-apa.
Dia sekadar menganggukkan kepalanya. Pantas sahaja tangannya mencapai surat
khabar yang berada di atas. Dibeleknya satu persatu helaian akhbar. Tiada satu
pun yang menarik minatnya. Surat khabar diletak kembali di atas meja. Bosan
mula melanda dirinya. Siaran televisyen juga tidak dapat menghilangkan rasa
bosannya. Hafni bangkit lalu terus menuju ke pintu utama. Hajah Azizah bingung.
‘Af nak ke mana pulak
tu? Kata tadi nak keluar dengan Luqman.’
‘Af tak pergi mana-mana la umi. Af
nak basuh kereta. Dah lama jugak kereta tu mandi. Dah bau macem la umi.’ Hafni
mengenakan uminya.
‘Ada-ada je la Af ni.’
jawab Hajah Azizah.
Hafni melipat kaki seluarnya sampai
ke lutut. Pantas sahaja tanganya mencapai semua peralatan mencuci. Bermula
operasi mencuci boyfriend kesayangannya. Hajah Azizah sekadar
memerhati dari jauh. Selesai menyabun keseluruhan badan keretanya, Hafni menyembur
air bagi menghilangkan buih yang ada. Sedang Hafni leka menyembur air, Luqman
yang terlebih bijak menyergah Hafni dari belakang. Hafni yang pantang disergah
mulalah melatah dan habis disemburnya air ke arah Luqman. Habis basah kuyup
Luqman dibuatnya. Luqman segera mencapai getah dari tangan Hafni dan segera
menutup pili air. Luqman kembali semula mendapatkan Hafni. Luqman memandang
Hafni atas bawah. Hafni separuh kebasahan manakala dirinya totally wet. Imannya sedikit tergugat apabila melihat Hafni
kebasahan.
‘Habis saya sampai basah awak
kerjakan.’ Luqman bersuara.
‘Yang awak bijak sangat
sergah saya tu kenapa. Padan dengan muka awak.’ jawab Hafni selamba.
Hajah Azizah terkejut dengan apa
yang telah berlaku. ‘Ya Allah. Macam mana kamu boleh basah ni Luqman?’
‘Bakal menantu umi ni
bijak sangat. Boleh dia sergah Af dari belakang. Penyudahnya Af tolong mandikan
Luqman ni sekali umi.’ Hafni tersenyum menayangkan giginya yang putih.
‘Kalau kamu nak tahu Luqman, Hafni
ni tak boleh kena sergah, alamatnya habis pinggan mangkuk melayang. Dah tu nak
buat macam mana ni? Kamu dah basah lencun ni.’ terang Hajah Azizah.
‘Tak pe makcik. Luq
memang sentiasa bawa baju spare dalam kereta.’ Jawab Luqman.
‘Kalau macam tu, kamu pergi ambil
baju dulu. Af tolong ambilkan tuala untuk Luqman.’ arah Hajah Azizah.
Hafni kurang setuju
dengan cadangan umi. Mahu sahaja dia memprotes tetapi tidak berhasil apabila
uminya menjegilkan biji matanya. Laju sahaja Hafni berlari masuk ke dalam
rumah. Tuala baru dicapai lantas Hafni segera menuruni anak tangga. Luqman
sedia menantinya di luar rumah. Tuala bertukar tangan. Hafni menunjukkan bilik
tamu kepada Luqman.
‘Awak tukarlah baju awak kat dalam
bilik ni. Bilik air pun ada sekali dalam bilik. Saya nak naik atas bersiap.’
laju sahaja Hafni berkata.
Hafni telah siap. Jam di
tangan diliriknya. Hampir setengah jam dia bersiap. Itu bukanlah sikap sebenar
Hafni. Hafni sengaja mengenakan Luqman. Tangan uminya dikucup mesra. Kali kedua
Hafni berduaan bersama Luqman di dalam kereta. Pavilion menjadi pilihan Luqman.
Hafni sekadar menurut. Kalau ikut tekak mamat ni, mau papa kedana aku macam ni
rungut Hafni. Lepas satu kedai ke satu kedai di redah oleh Luqman. Hampir dua
jam mereka berada di Pavilion, satu barang pun belum terbeli. Ini semua
gara-gara Luqman yang terlampau memilih. Kaki Hafni mula terasa lenguh mengikut
Luqman membeli belah. Hafni mengeluh. Luqman dapat mendengar keluhan Hafni.
‘Awak dah penat ke?’ Luqman
bertanya.
‘Dah hampir dua jam kita
kat dalam Pavilion ni. Keluar masuk kedai tapi tak ada satu pun barang yang
kita beli. Awak boleh cakap saya dah penat ke? Awak ni terlampau memilih la
Luqman. Kaki saya ni dah nak tercabut ikut awak shooping.
Kalau saya tahu macam ni lah cara awak shooping, lagi
baik kita beli barang sendiri. Lepas tu tukar je barang kita.’ hambur Hafni
yang kepenatan.
‘Saya minta maaf. Saya lupa pulak
yang hari ni saya jalan berdua. Biasanya kalau saya pergi shooping
pun saya pergi sorang-sorang je. Right now kita pergi makan dan solat. Lepas tu
kita terus pergi beli barang. Saya janji, lepas ni kita terus ambil dan bayar.
Tak da lagi sekadar tengok sahaja.’ pujuk Luqman.
Hafni tidak kata tidak
dan tidak kata ya. Dia ibarat lembu dicucuk hidung. Setelah selesai makan dan
solat, Luqman telah menepati janjinya. Tidak sampai setengah jam, kedua-dua
tangan Hafni termasuklah Luqman telah sarat mengendong paperbag.
Setelah berpuas hati, Luqman mengajak Hafni pulang memandangkan wajah Hafni
yang keletihan. Perjalanan pulang mereka sunyi sepi hanya ditemani riuh rendah
suara deejay radio.
Sesampai di rumah, Luqman
menghulurkan paperbag yang berisi barangnya kepada Hafni.
Dahi Hafni berkerut. Kenapa pula Luqman menghulurkan paperbag
yang berisi barangnya?.
Luqman faham maksud kerutan
di wajah Hafni.
‘Ni mesti awak blur
sekejap kan. Barang saya kan hantaran daripada pihak awak dan barang awak
hantaran daripada pihak saya.’ terang Luqman.
‘Owh…!
Saya terlupa.’ Hafni malu.
‘Awak pergilah berehat.
Muka awak tu nampak penat sangat. See you
soon.’
Hafni menghempas badannya di atas tilam. Bahagia rasanya dapat
merehatkan badannya. Apa yang dia perasaan, sehari suntuk keluar bersama Luqman
harini, tiada satu pun mereka bertegang urat. Mungkin harini merupakan hari
aman bagi sesi bertikam lidah tetapi hari ini merupakan hari yang penat bagi
badannya.
Comments
Post a Comment