Posts

Showing posts from May, 2016

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 31

BAB 31 L uqman termenung di meja kerjanya. Baru sahaja dia berura-ura untuk keluar makan bersama Hafni terpaksa di batalkan di saat akhir. Dia baru sahaja menerima pesanan ringkas dari papannya untuk makan tengah hari bersama. Kerja yang berada di atas meja tidak menarik minatnya. Kesejukkan penghawa dingin tidak mampu mendamaikan hatinya yang resah. Ingin sahaja dia menghantar mesej kepada Hafni untuk berkongsi resah hatinya tetapi apa pula yang akan diberitahu sekiranya Hafni bertanya apa perkara yang membuatkan hatinya resah. Itu seperti menjerat lehernya sendiri. Hanya satu nama sahaja yang terlintas di benaknya. Fikri! Nombor telefon Fikri segera didail. Lama Luqman menanti di talian namun tidak berjawab. Cubaan kali keduanya berjaya. Fikri menjawab panggilan telefon Luqman. ‘Asal lambat jawab call ?’ sergah Luqman tanpa salam. ‘Wa’alaikumsalam. Hai… Tak kan aku tak boleh nak pergi melepas Encik Luqman?’ sindir Fikri. ‘Maaf Fik. Assalamualaikum. Bukannya tak boleh. Buka

Abangku Suamiku Bab 11

BAB 11 Aku yang baru bangun tidur terdengar bunyi riuh rendah suara mama dan abang Rizz di dapur. Dah kenapalah dengan Mr. Tarzan tu? Mama pun satu, bagi saja lah apa yang Mr. Tarzan tu nak. Jangan dihalang. Kan dah memekak. Aku dengan muka yang sememeh, rambut mengerbang keluar dari bilik mak Jah dengan muka selamba. Sunyi sepi terus suasana di dapur mak Jah. ‘Subahannallah! Kat sini rupanya Hana.’ tempik mama. ‘ Good morning ma.’ ucapku seperti tidak berlaku apa-apa. Aku menapak ke arah mama dan menghadiahkan satu ciuman di pipi mama. ‘Masam!’ komen mama pendek. Ini riuh ni mesti kes aku. Sengaja aku tidak memandang wajah abang Rizz. Kalau tak, mahu ada yang kena telan. ‘Cuba Hana beritahu mama, Hana tidur kat mana semalam?’ ‘Kat kabin la.’ jawabku laju. ‘Kalau nak menipu bagilah kat dia.’ bengis wajah abang Rizz. ‘Rizz….. Bawa bersabar. Jangan ikutkan sangat marah tu.’ Tegur mama penuh dengan lemah lembut. Nak harap aku, comfirm ntah dah berapa oktaf suara aku dah