Posts

Showing posts from July, 2016

Abangku Suamiku Bab 13

BAB 13 Dek terlalu sibuk, Rizzman terlupa untuk membaca mesej yang telah lama masuk dalam peti mesejnya. Kesempatan yang ada, barulah Rizzman membuka mesej yang dihantar. Budak kecik yang hantar mesej. ‘What! ’ jerit Rizzman kuat. ‘Sabar bro . Siapa yang hantar mesej kat kau sampai kau terjerit. Janganlah kata Hana yang hantar mesej tu?’ telah Feez sahabat baiknya. ‘Siapa lagi Feez kalau bukan bukan kecik tu.’ ‘Dia kata apa?’ ‘Dia minta izin keluar dengan kawan dia. Hari ahad baru balik. Group assignment katanya.’ datar suara Rizzman membaca mesej yang dihantar. ‘Kau ni cemburu sangatlah. Adatlah budak tengah belajar. Ni belum lagi dia kerja nanti. Mahu haru biru jiwa kau.’ ‘Ikutkan hati aku, aku tak nak dia kerja. Aku mampu tanggung budak kecik tu.’ ‘Tak boleh macam tu Rizz. Betul kau ketua keluarga. Apa pun kau kena berbincang dengan Hana dulu. Aku tengok Hana tu bukannya budak ligat pun. Cuma dia sengaja buat nakal depan kau. Dah lama tak jumpa lah katakan.’ ‘K