Posts

Showing posts from November, 2015

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 30

BAB 30 S etibanya Hafni di rumah, Luqman telah pun berada di rumah terlebih dahulu. Jam di tangan diliriknya. Awal suami aku balik hari ni bisik Hafni sendirian. Hafni mengeluh kepenatan. Agak lama dia bersembang dengan Rose adik ipanya dan Nazri. ‘Baru balik?’ tegur Luqman yang berdiri di belakang Hafni. ‘Maaf. Sebab Af balik lambat. Ingatkan lepas hantar Rose dekat rumah mama, boleh terus balik. Mama ajak bersembang dulu.’ Luqman terejut dengan apa yang baru disampaikan oleh isterinya. Sangkanya Hafni berjumpa dengan Nazri hanya berdua. Rupa-rupanya Rose juga turut serta. ‘Sayang tak cakap pun yang Rose ada sekali? Abang ingatkan sayang jumpa Nazri seorang je’ Luqman melabuhkan duduknya di sebelah Hafni. Hafni menukar posisi duduknya menghadap Luqman. ‘Kalau Af jumpa Nazri seorang macam mana pulak? Bukan abang dah izinkan Af jumpa Nazri ker?’ Luqman terkedu. Hafni sedang memerangkap dirinya. ‘Memang abang izinkan. Curiosity tu terlampau sangat. Abang cuba

Abangku Suamiku Bab 7

BAB 7 Entah bila masa aku terlelap pun aku tak sedar. Aku pandang ke arah luar tingkap. Deretan kedai di kiri kanan. Bila masa pulak boleh sampai sini? Tiba-tiba abang Rizz memberhentikan kereta. ‘Kita buat apa kat sini?’ soalku terpinga-pinga. Senyap! Tiada jawapan yang keluar dari mulut abang Rizz. Sekelip mata abang Rizz telah keluar dari perut kereta. Aku yang berada di dalam kereta memerhati ke mana arah tujuan abang Rizz. Pintu kedai farmasi ditolak abang Rizz. Selepas beberapa minit, kelibat abang Rizz kelihatan keluar dari kedai farmasi dengan menjinjit beg plastik kecil di tangan. Seperti mana abang Rizz diam membisu ketika keluar dari perut kereta begitu juga ketika abang Rizz telah berada di dalam kereta sebaik membeli sesuatu dari farmasi. Terencut-encut aku berjalan ke pintu rumah. Ruang tamu mama sunyi sepi. Kelibat mak Jah pun tidak Nampak. Selalunya mak Jah akan menunggu kepulanganku. Jangan kata mak Jah, mama pun lesap entah ke mana. Ingin ditanya singa kela