Posts

Showing posts from 2015

Abangku Suamiku Bab 8

BAB 8 ‘Hai abang Rizz!’ tegur empunya suara. ‘Wa’alaikumsalam. Kau nak apa?’ ‘Eeeeeyew. Tak romantik langsunglah abang Rizz ni. Boleh pulak ber ‘kau’ ‘aku’ dengan Zara. Panggilah Zara. Kalau nak manja lagi panggillah sayang.’ Meluat Rizzman mendengar kata-kata Zara. Kecik, besar, kecik, besar Rizzman melihat Zara. Sementara aku yang ada dalam kat dalam bilik ni dah cacing kepanasan. Apalah yang dibisikkan oleh mak Jah pada abang Rizz. Makin lama aku duduk terperap dalam bilik makin macam-macam yang aku fikirkan. Cara terbaik , aku perlu meninjau siapa yang datang. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di anak tangga terakhir, aku amat mengenali suara wanita yang sedang merengek di ruang tamu. Untuk memastikan telahanku benar, perlahan-lahan aku meninjau ke arah ruang tamu mama. Sahih! Zara Arlysa musuh ketatku. Aku duduk di anak tangga mencuri dengar perbualan musuh ketatku dan musuh suam-suam kukuku kalau bukan abang Rizz. ‘Abang Rizz ni kenapa? Macam tak suka je Zara datang

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 30

BAB 30 S etibanya Hafni di rumah, Luqman telah pun berada di rumah terlebih dahulu. Jam di tangan diliriknya. Awal suami aku balik hari ni bisik Hafni sendirian. Hafni mengeluh kepenatan. Agak lama dia bersembang dengan Rose adik ipanya dan Nazri. ‘Baru balik?’ tegur Luqman yang berdiri di belakang Hafni. ‘Maaf. Sebab Af balik lambat. Ingatkan lepas hantar Rose dekat rumah mama, boleh terus balik. Mama ajak bersembang dulu.’ Luqman terejut dengan apa yang baru disampaikan oleh isterinya. Sangkanya Hafni berjumpa dengan Nazri hanya berdua. Rupa-rupanya Rose juga turut serta. ‘Sayang tak cakap pun yang Rose ada sekali? Abang ingatkan sayang jumpa Nazri seorang je’ Luqman melabuhkan duduknya di sebelah Hafni. Hafni menukar posisi duduknya menghadap Luqman. ‘Kalau Af jumpa Nazri seorang macam mana pulak? Bukan abang dah izinkan Af jumpa Nazri ker?’ Luqman terkedu. Hafni sedang memerangkap dirinya. ‘Memang abang izinkan. Curiosity tu terlampau sangat. Abang cuba

Abangku Suamiku Bab 7

BAB 7 Entah bila masa aku terlelap pun aku tak sedar. Aku pandang ke arah luar tingkap. Deretan kedai di kiri kanan. Bila masa pulak boleh sampai sini? Tiba-tiba abang Rizz memberhentikan kereta. ‘Kita buat apa kat sini?’ soalku terpinga-pinga. Senyap! Tiada jawapan yang keluar dari mulut abang Rizz. Sekelip mata abang Rizz telah keluar dari perut kereta. Aku yang berada di dalam kereta memerhati ke mana arah tujuan abang Rizz. Pintu kedai farmasi ditolak abang Rizz. Selepas beberapa minit, kelibat abang Rizz kelihatan keluar dari kedai farmasi dengan menjinjit beg plastik kecil di tangan. Seperti mana abang Rizz diam membisu ketika keluar dari perut kereta begitu juga ketika abang Rizz telah berada di dalam kereta sebaik membeli sesuatu dari farmasi. Terencut-encut aku berjalan ke pintu rumah. Ruang tamu mama sunyi sepi. Kelibat mak Jah pun tidak Nampak. Selalunya mak Jah akan menunggu kepulanganku. Jangan kata mak Jah, mama pun lesap entah ke mana. Ingin ditanya singa kela

Abangku Suamiku Bab 6

Dua minggu telah berlalu. Kakiku beransur pulih. Selama dua minggu tu jugaklah aku dirawat oleh doktor tak terlatih a.k.a suamiku tercenta. Dah macam mak nenek gayanya. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Sampai mama pun angkat tangan surrender. Hari pertama menghadiri kuliah selepas dua minggu aku terperap di rumah. Apa yang lebih dramatik, pergi balik aku dihantar dan dijemput oleh abang Rizz. Berjalan dengan menggunakan tongkat taklah serimas hidup disamping abang Rizz. Berlari-lari Tipah mendapatkan aku yang terkedek-kedek berjalan menggunakan tongkat. Mika hanya memandang dari jauh. ‘Warghh!! Rindunya aku kat kau Hana.’ Jerit Tipah selamba. ‘Kau ni buat malu je la Tipah.’ Rungutku geram. ‘Asal pulak? Kau tak suka jumpa aku ke?’ ‘Bila masa aku cakap macam tu?’ ‘Habis tu?’ Tipah memintas percakapanku. ‘Ye lah. Tak kan kau nak satu uni ni tahu aku baru datang kuliah?’ Tipah tersengih malu. ‘ Sorry lah. Aku terlebih teruja tadi.’ Aku dan Tipah mendapatkan Mika yang setia