Posts

Showing posts from December, 2014

Abangku Suamiku Bab 2

            Semuanya telah berada di meja makan. Wajah papa, mama dan along aku perhatikan kecuali mamat yang berbaju merah tidak ku peduli. Geramku petang tadi masih bersisa. Aku menarik kerusi kosong di sebelah along walaupun semua mata memandang terkejut dengan tindakanku. Aku pura-pura buat tak tahu.             “ Kenapa Hana tak duduk sebelah abang Rizz?’ soal along. Along ni pun satu. Masa-masa macam nil ah nak tanya soalan maut. Nak je aku cekik-cekik leher along. “ Saja. Ni kan tempat Hana bila kita makan ramai-ramai.” nasib baik aku ada alasan yang kukuh.             “ Tu masa kita berempat. Sekarang ni kita dah berlima. Dah tak seimbang meja makan ni. Apa kata Hana duduk sebelah sana?’ ujar along sambil menjuihkan bibir menunjukkan tempat kosong di sebelah abang Rizz.             Nak menangis aku mendengar arahan Along. Kenapa along yang dulunya selalu mempertahankan semua tindakanku, kini mula seperti menjauhkan diri dariku. Kenapa semuanya menyebelahi abang Rizz?

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang Bab 25

BAB 25 L uqman tersandar di sofa. Letihnya bukan kepalang. Letih menemani mamanya lebih berbanding dengan letih kerja seharian di pejabat. Akibat kepenatan, Luqman terus pulang ke rumah. Dia telah memaklumkan kepada papanya terlebih dahulu. Nasib baik papanya tidak bersoal balas dengannya. Semuanya gara-gara menemani mamanya membeli belah. Tali leher ditanggalkan dan diletak bersama-sama kot di atas meja. Tubuhnya direbahkan di atas sofa. Kesejukan penghawa dingin menyebabkan mata Luqman semakin berat. Lama kelamaan, Luqman telah di buai mimpi.             Kereta BMW 5 series menjalar masuk ke perkarangan rumah. Kekok Hafni memandu kereta Luqman. Pandangan ditala ke arah rumah. Sunyi sepi. Barangkali suaminya belum pulang. Hafni menapak masuk ke dalam rumah. Bunyi penghawa dingin yang terpasang meresahkan jiwanya. Terjengket-jengket Hafni berjalan menuju ke bilik menonton. Dia meninjau ke dalam bilik. Sekujur tubuh terbaring di sofa. Melihat kot dan tali leher yang berada di atas

Abangku Suamiku Bab 1

“ Kau menungkan apa tu Hana? Sejak kau balik dari rumah mama kau, aku perhatikan kau banyak termenung. Kau ada masalah ker? Cer citer dengan mak. Mana tahu mak boleh tolong.” radio buruk si Mika dah berbunyi. “ Aku ada masalah besar ni Mika.” pendek jawapan yang ku berikan. “ Masalah apa nyer nok ? Kalau kau tak cerita macam mana mak nak tolong?” “ Kau ni kan Mika, suka sangat cakap nok ! Lama-lama jadi tenok baru tahu. Abang Rizz dah balik.” tak da mood aku nak cerita panjang lebar kat Mika. “ What! Abang Rizz dah balik!” serentak Mika dan Tipah menjerit. Pekak telinga aku sekejap. Bila masa pulak si Tipah ni sampai. Setahu aku, cuma aku dengan Mika sahaja yang melepak kat bawah pokok ni tadi. Minah ni pun sorang, lepas kelas terus ghaib. Nasib baik ada si Mika ni walaupun lelaki tetapi lembut mengalahkan perempuan. “ Hmmm… Tak lama lagi kita dapatlah anak buah kan Mika?” celoteh Tipah main sedap mulut je. “ Wonderful . Mesti anak Hana macam aku. Cantik dan bergaya.”

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 24

BAB 24 H afni khusyuk di meja kerjanya. Dia meneliti semula laporannya sebelum membuat perbentangan. Ketukan di pintu menggangu tumpuannya.       ‘Puan Hafni dah hampir pukul sepuluh. Masa untuk perbentangan projek.’ Tutur pembantunya.             ‘Terima kasih Irah. Sekejap lagi saya keluar.’            Irah terus menutup pintu setelah mendengar arahan ketuanya. Irah berpaling semula ke arah Hafni. ‘Maaf puan. Saya dengar Dato’ Haslam akan buat pengumuman penting masa perbentangan nanti.’             Hafni terkejut dengan makluman dari pembantunya. ‘Pengumuman apa Irah?’             ‘Saya tak pasti puan. Dengar-dengarnya ada orang baru yang nak di perkenalkan oleh Dato’. Saya keluar dulu puan.’             ‘ Thank’s again Irah.’ Hafni termenung sendirian. Fikirannya terganggu. Jadi benarlah apa yang didengarinya kebelakangan ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengalami perasaan yang tidak sedap hati. Perkataan orang baru sedikit menakutkan dirinya.