Posts

Showing posts from September, 2014

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 23

BAB 23 L uqman mendekatkan badannya dengan Hafni. Perlahan-lahan dia menepuk bahu Hafni. Senyap! Tiada jawapan. Cubaan kali kedua Luqman mengejut isterinya. Luqman berganjak ke hadapan sedikit agar lebih rapat dengan Hafni memandangkan tubuh Hafni terlentok di sebelah kiri. ‘Sayang bangun. Kita dah sampai.’ kejut Luqman lembut. Hafni tersedar. Dalam keadaan mamai, Hafni terus menoleh ke arah suaminya. Cupp!!! Bibir bertemu bibir. Ciuman tak di duga. Hafni tersilap percaturan. Terbeliak matanya yang mengantuk. Segera Hafni menoleh ke arah bertentangan. Luqman ibarat menang loteri. Senyumnya meleret hingga ke telinga. ‘Jom.’ ajak Luqman berlagak seperti tidak berlaku apa-apa. Hafni mengetap bibir. Malunya bukan kepalang. Dia masih berkira-kira sama ada mahu keluar atau pun tidak. Belum pun sempat dia membuat keputusan, pintunya telah dibuka dari luar. Pandangannya ditala keluar. Kelihatan Luqman yang berkemeja biru dengan lengan baju yang siap dilipat sampai ke sik

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 22

BAB 22 H ari pertama Hafni memulakan tugas selepas lama bercuti. Ramai kakitangan Haslam Holdings mengucapkan tahniah di atas perkahwinanya, tidak kurang juga ada suara sumbang mempertikai perkahwinannya dengan Luqman. ‘Wah!!! Semakin cantik Puan Hafni sejak berkahwin ni.’ tegur Irah, pembantunya.             ‘Ada-ada jelah awak ni Irah. Masuk bilik saya sekejap.’ arah Hafni.             Hafni memandang sekeliling ruang biliknya. Masih sama seperti ditinggalkannya dua minggu yang lepas. Pandangannya jatuh di atas meja. Bertimbun fail untuk tindakannya. ‘Jadual saya untuk hari dah ada ke belum?’ soal Hafni.             ‘Dah ada Puan Hafni. Pukul 10.00 pagi, puan ada mesyuarat dengan Dato’ Haslam dan board directors yang lain. Dato’ nak bincang status projek yang sedang berjalan. Sebelah petang pula, puan ada site visit projek di Seri Kembangan. Tiga fail hitam atas meja puan dah saya prepare untuk mesyuarat pagi ni dan fail yang berwarna merah adalah untuk site visit peta