Posts

Showing posts from June, 2014

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 21

BAB 21 S elesai akhirnya Hafni mengemas rumah baru yang diberi oleh keluarga mertuanya. Terasa besar rumah dua tingkat pemberian papa dan mamanya hanya buat mereka berdua. Ingin ditolak, takut mertuanya terasa hati. Hendak tak nak, Hafni terpaksa menerimanya. Nasib baik Luqman mahu membantunya mengemas rumah. Hafni bersandar di sofa berwarna hitam di ruang menonton tv. Seharian dia dan Luqman berpenat lelah mengemas dan memunggah barang-barang. Hafni mencari kelibat Luqman. Sayangnya, Luqman hilang entah ke mana. Hafni melepaskan lelahnya seketika. Alat penghawa dingin dihidupkan. Tanpa sedar, matanya terlelap keletihan. Luqman yang baru masuk ke dalam rumah mencari kelibat isterinya. Puas dia mencari dari tingkat bawah hinggalah ke tingkat atas. Malangnya dia masih tidak menjumpai isterinya. Luqman merebahkan badannya di atas katil. Pandangannya di tala ke siling bilik. Sejenak memikirkan di mana isterinya berada, Luqman teringat satu tempat yang belum dicarinya. Pantas sahaja Lu