Posts

Showing posts from September, 2013

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 18

BAB 18             U sai solat subuh, Hafni duduk termenung di balkoni bilik. Kicauan burung-burung di pantai sedikit pun tidak menarik perhatiannya. Dia masih memikirkan perasaan yang dirasainya semalam. Jiwanya meronta-ronta untuk mendapatkan jawapan bagi perasaannya. Sangkanya perasaan itu akan hilang begitu sahaja namun sebaliknya. Itu bukanlah kali pertama Luqman mengucup ubun-ubunnya. Satu susuk tubuh sedang memerhatikannya dari tepi pintu gelangsar. Risau hatinya melihat Hafni duduk termenung di luar dengan hanya memakai baju tidur dalam keadaan cuaca yang agak sejuk. Ingin ditegur takut pula menggangu ruang privasi isterinya. Luqman mengetap bibir menahan sejuk. Alat kawalan penghawa dingin dicapai lalu dimatikan. Pandangannya ditala ke balkoni bilik. Hafni tiada. Luqman cemas. Baru sahaja Hafni ingin melangkah masuk, Luqman yang datang dari dalam terus berlanggar dengan isterinya. Sempat tangannya menangkap tubuh isterinya dari menjadi mangsa bucu pintu gelangsar. Akibat da