Posts

Showing posts from August, 2013

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 17

BAB 17                 P agi-pagi lagi Luqman dan Hafni telah siap untuk bersiar-siar menikmati keindahan bumi Perth. Mereka bersarapan di hotel sebelum mereka keluar mencuci mata dan poket sekali. Siap bersarapan, Luqman dan Hafni memulakan edisi menjelajah mereka. Luqman lebih gemar untuk memandu sendiri berbanding menggunakan khidmat tour guide . Selepas pulang dari Fremantle semalam, Luqman sempat membuat research tempat-tempat yang menarik di Perth.  Luqman memilih untuk melawat Kings Park. Perjalanan dari hotel hanya memakan masa selama sebelas minit sahaja.             Setiba di Kings Park, Hafni terpegun dengan kehijauan lanskap sehingga Luqman siap membuka pintu untuknya. ‘Cantik.’ aju Hafni.             ‘Sememangnya cantik. Tak kan nak duk dalam kereta je. Jom kita berjalan.’ ajak Luqman  yang telah siap memegang kamera di tangannya. Mereka menyusuri di bawah kanopi eucalypt yang tinggi dan sempat bergambar dibawah rimbunan pohon. Kings Park dikenali sebagai sebua