Posts

Showing posts from May, 2013

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 14

BAB 14                 H ari yang di nanti telah tiba. Hari yang akan menyatukan   Luqman dan Hafni. Riuh rendah suara sanak saudara Hafni yang datang membantu meringankan majlis. Haji Hadi dan Hajah Azizah adalah orang yang paling sibuk ketika itu. Tidak menang tangan dibuatnya. Khemah putih telah siap tersusun di hadapan rumah. Begitu juga pelamin yang tersergam indah di dalam rumah. Warna biru turquoise menjadi pilihannya dan juga uminya. Merah inai di tangannya menarik minat anak buahnya yang kebetulan masuk ke dalam rumah.             ‘Tangan Aliya pun sama macam maksu tapi inai kat tangan maksu lagi cantik.’ Puji Aliya lantas duduk di atas riba Hafni.                         ‘Inai kat tangan Aliya pun cantik cuma Aliya punya tak terang je. Aliya kan kena pergi sekolah. Nanti cikgu ingat Aliya dah kahwin. Macam mana?’ Hafni menyakat si anak kecil.             ‘Eh….! Aliya kecik lagi la maksu. Mana boleh kahwin. Orang kahwin je ker boleh pakai inai?’ petah Aliya be

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 13

BAB 13             H afni menarik nafas lega kerana segala persiapan untuk majlis telah selesai di lakukan. Masa berlalu terlalu cepat bagi Hafni. Majlis perkahwinan hanya tinggal seminggu lebih sahaja. Esok dia akan bertolak ke Perak untuk menyertai Pertandingan Pencak Silat peringkat kebangsaan. Dia akan berada di sana selama lima. Berbaki tiga hari lagi adalah untuk dia bersedia menukar status single nya kepada married . Tumpuannya sekarang adalah persediaan untuk berhadapan dengan lawannya kelak. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya.                         Perjalanan ke Ipoh hanya mengamb il masa dua jam sahaja. Hafni selamat sampai di Bandar Ipoh. Terasa lenguh seluruh badannya. Masa kan tidak, kali terakhir dia menaiki bas ketika dia belajar di sekolah menengah. Itupun apabila dia mewakili sekolah dalam acara yang sama. Hafni senyum sendirian. Dia akan jadikan ianya sebagai pengalaman dalam hidupnya. Hafni dan kumpulannya mula bergerak menuju ke hotel. Selesai