Posts

Showing posts from November, 2013

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 20

BAB 20 T angan Hafni lincah mengacau air di dalam teko. Manakala Rose membantu Datin Rafidah menyusun kuih di dalam pinggan. Senang hati Datin Rafidah memandang wajah anak menantunya. Semoga kebahagian mereka berpanjangan. ‘Macam mana dengan percutian kat Perth Af? Seronok tak?’ Datin Rafidah mula mengorek rahsia. Hafni hampir-hampir tersedak dibuatnya. ‘Seronok sangat mama. Banyak yang Af timba di bumi kangaroo. Cuma tak sempat nak jelajah semua tempat. Masa terhad sangat. Insyallah kalau diberi peluang, mungkin Af nak ke sana semula.’             Rose menguntum senyuman. Ada sahaja akalnya mahu mengenakan Hafni. ‘Seronok macam mana tu Af? Tak kongsi ke dengan mama dan aku sekali. Nak tahu jugak kalau dah ehem-ehem.’             Tercuit hati Datin Rafidah dengan soalan yang diajukan oleh Rose. Merona wajah Hafni. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia cili-cilikan mulut Rose. Soalan yang tak sepatutnya ditanya di hadapan mama. ‘Itu soalan P and C la. No komen .’ Hafni pan