Posts

Showing posts from October, 2013

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 19

BAB 19             A khirnya mereka tiba di tanahair selepas seminggu di bumi kangaroo. Banyak tempat yang mereka dilawati oleh mereka. Dalam tempoh seminggu itu jugaklah, Luqman dan Hafni saling mengenali sesama sendiri. Teksi Limo berwarna hitam memasuki perkarangan banglo milik Dato’ Lutfi. Sementara menunggu Luqman memunggah luggage dari bonet limo, Hafni memerhati sekeliling perkarangan banglo milik mertuanya. Sunyi sepi je banglo ni. Mana pergi semua orang dalam banglo ni desis Hafni sendirian.             Luqman yang sedari tadi memerhati perlakuan isterinya, segera memeluk Hafni dari belakang. Hafni tidak membantah sebaliknya membiarkan sahaja Luqman memeluknya.             ‘Apa yang sayang pandang tu? Sampai abang kat sini pun sayang tak nak pandang.’               ‘Ke situ pulak awak. Tiap-tiap hari saya pandang awak. Tak cukup lagi ke?’ soal Hafni geram dengan perangai suaminya.             ‘Eh!! Mana cukup. Kalau boleh, mana abang pergi mesti sayang kena