Posts

Showing posts from July, 2013

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 16

BAB 16             P erjalanan ke KLIA hanya mengambil masa tiga puluh minit sahaja dari rumah orang tua Luqman. Selesai Luqman bersalaman dengan Pak Deris, Luqman menarik luggage masuk ke Terminal KLIA. Selesai urusan check in dan mendapat boarding pass , Luqman dan Hafni terus menuju ke balai berlepas. Rasa gementar tiba-tiba menerjah.  Ini bukannya kali pertama Hafni menaiki kapal terbang. Cuma dia akan berasa kecut perut ketika pesawat berlepas. Penerbangan Hafni kali ini lebih selesa kerana dia berada dalam business class . Untunglah sebab dapat laki businessman kalau tak, jangan haraplah. Alamatnya economy class la. Hafni berdialog sendiri.            Debaran dadanya bergetar hebat. Tanpa disedarinya, kemas tangannya menggenggam erat tangan Luqman. Hafni di sebelahnya ditoleh. Dilihatnya mata Hafni terpejam dan dahi Hafni berkerut seribu. Luqman sengaja membiarkan Hafni menggenggam tangannya. Setelah berada di awan biru, Hafni melepaskan genggam tangannya. Tersedar tan

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 15

BAB 15                 H afni memilih untuk duduk di hadapan meja solek. Satu persatu aksesori di kepalanya ditanggalkan. Lehernya terasa lenguh. Alangkah baiknya kalau ada yang sudi memicit. Jangan nak berangan Hafni. Ingat sikit, kau berdua je dengan Luqman dalam bilik ni. Suara hati Hafni mengingatkan dirinya. Luqman baru sahaja keluar dari bilik air dengan hanya tuala berbalut di pinggangnya. Merona merah wajah Hafni melihatkan Luqman yang tidak berbaju. Segera dia memalingkan wajahnya. Luqman yang tidak berperasaan terus menyarung tshirt levis berwarna putih dan hanya memakai boxer berwarna hitam. Hai la suami aku yang tak da perasaan. Lupakah kau yang aku ni sebilik dengan kau. Hafni merintih.             Tangannya cuba membuka zip baju dibelakang badannya. Jawapannya tak sampailah. Belum pun sempat Hafni ingin meminta tolong, zip baju belakangnya telah terbuka luas. Mukanya blushing tiba-tiba.             ‘ Thank’s. ’ luah Hafni dengan suara yang agak perlahan. Di