Posts

Showing posts from February, 2013

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 9

BAB 9                                 ‘ I rah tolong hantarkan fail projek Lutfi Holdings ke dalam bilik saya.’ Pinta Hafni kepada pembantunya melalui intercom .             Pintu biliknya diketuk dari luar. Pastinya Irah menghantar fail yang diminta olehnya sebentar tadi. ‘Ni dia fail yang Cik Hafni minta tadi. Ada apa-apa lagi Cik Hafni?’             ‘Buat masa ni tak ada lagi. Sekejap Irah. Any appointment for me today? Kalau   tak silap saya hari ni jadual saya kosong kan?’ Hafni meminta kepastian.                         ‘Hari ni Cik Hafni tak ada temujanji. Cuma tadi Encik Luqman Haqeem call tapi Cik Hafni ke ladies . Dia tinggalkan pesanan buat Cik Hafni supaya arrange satu hari untuk dia. Katakanya nak keluar beli barang? Cik Hafni nak beli barang apa dengan Encik Luqman tu?’ Irah sedikit hairan dengan pesanan yang ditinggalkan oleh Encik Luqman buat bosnya. Riak wajah Hafni berubah. Kenapa Luqman call ofis? Kenapa dia tak call kat handphone aku je. Hafni

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 8

BAB 8 F ikri memandang jam di tangannya. Hampir lima belas minit dia menunggu Luqman. Batang hidung belum timbul-timbul lagi. Ni lah melayu. Janji bagai nak rak. Sampai pun tidak lagi. Fikri memandang di segenap pusat boling tu. Pengunjung ketika itu masih kurang kerana belum sampai waktu puncak. Sepasang pasangan di lane sepuluh menarik perhatiannya. Cantik pasangan lelaki yang memakai t-shirt berwarna biru. Wanita yang hadir bersama pasangannya itu memiliki wajah yang redup mata memandang. Penampilannya pula tidak terlalu ketara cukup bersahaja mengenakan seluar jeans levis dan blous petak-petak. Aku rasa macam aku pernah tengok je wanita tu tapi kat mana ya? Puas Fikri berfikir. Akhirnya baru dia perasaan wanita yang memakai blous petak-petak tu adalah Amni Hafni. Siapa lelaki bersama dengan dia? Musykil-musykil. Apa yang dia perhatikan dari tadi, tak da pulak adengan pegang-pegang tangan. Segera dia mengalihkan pandangannya apabila terdengar suara Luqman memanggil namanya.